Isnin, 28 Januari 2013

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Kerajaan Nafi Anjur Pesta Seks <b>di Port Dickson</b>.

Posted: 26 Dec 2012 06:00 AM PST

alt

PUTRAJAYA, 26 Mei - Kementerian Pelancongan hari ini menafikan Tourism Malaysia terlibat dalam penganjuran pesta seks di Port Dickson, Sabtu lalu.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu kesal dengan tindakan sebuah syarikat yang menganjurkan pesta tersebut Sabtu lepas dan memberi gambaran salah bahawa ia disokong Tourism Malaysia.

"Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat tersebut.

"Kementerian serta Tourism Malaysia tidak pernah menyokong kegiatan berkenaan atau memberi kebenaran untuk penggunaan logo pada acara tersebut.

Kementerian juga tidak menyokong kegiatan yang berunsurkan gejala negatif walaupun ia berlandaskan pelancongan," katanya.

Kementerian Pelancongan memandang serius perkara itu dan akan melakukan satu siasatan menyeluruh bagi mengelak insiden sedemikian terus berleluasa, sekaligus memberi persepsi buruk terhadapnya dan Tourism Malaysia.

Sebelum ini, sebuah akhbar tabloid melaporkan polis berjaya menggagalkan penganjuran pesta yang dikenali sebagai 'Moon Soon Beach Party' di Port Dickson yang lengkap dengan pentas dan minuman keras.

Penganjur pesta dikatakan mengguna nama sebuah hotel terkemuka dan Tourism Malaysia untuk menjual tiket secara dalam talian pada harga RM165 seorang.

Malah pihak pengunjung disaran berbikini dan berseluar pendek sebagai tema pakaian pada malam penganjuran tersebut.

Walaubagaimanapun pesta seks yang dirancang sekumpulan remaja diberkas pihak polis, yang dilengkapi dengan pentas dan sistem pembesar suara dihidangkan dengan minuman keras.

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Rozmal bin Malakan: Semarak Maulid Nabi 24 Jan 2013 <b>di Rembau</b>

Posted: 24 Jan 2013 12:00 AM PST

Oleh Ustaz Abdul Mukti Baharudin , Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Tempat : Masjid Kg Senama, Rembau
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


LukisanHati: Bercuti <b>di Linggi</b>

Posted: 26 Jan 2013 07:53 PM PST

Sekejap sungguh masa berlalu. Rindu pula kenangan pagi tadi. Bila dikenang-kenang, selalu je aku tersenyum seorang. Seronok sangat apabila kami sekeluarga menghabiskan masa bersama-sama dengan keluarga Mak Long, bercuti di Homestay Desa Balqis, Kuala Linggi. Percutian selama 3 hari bermula pada petang Khamis (24/1/2013) sehinggalah tadi, Sabtu (26/1/2013). 
Sebenarnya hari ini ialah hari sambutan Maulidur Rasul. Pukul 5pm kami bertolak dari Balakong dan sampai di Kuala Linggi pada pukul 8pm. Perjalanan mudah sahaja sebenarnya. Entah macam mana kami asik la sesat. Abang sepupu salah bagi maklumat. Dekat dengan ALAM (Akademi Laut Malaysia) je. Takla susah. Hmm.. Kasihan kami. Dah hampir sampai ke ALAM. Selepas sahaja call abang sepupu, kami berpatah-balik ke Kuala Sg. Baru. Sampai sahaja di Kuala Sg. Baru, kami dapat call untuk ke ALAM semula. Hah! Hampeh. 
Kemudian, sesampai sahaja di rumah tersebut, kami dihidangkan dengan mihun goreng berserta rendang yang dimasak oleh Kak Oji. Kak Oji ni anak Mak Long. Mereka dah sampai awal dari kami. Kami beramai-ramai menjamu selera di beranda rumah. Untuk pengetahuan korang, Homestay Desa Balqis ni ala-ala rumah kampung. Best. Memang macam rumah kampung zaman dahulu kala. Rumah yang kami duduk ni besar. Menempatkan 4 buah keluarga. Yang paling best, rumah kami ni menghadap laut. Jadi, kalau bosan duduk dalam rumah, kami akan melepak di beranda rumah sambil melayan perasaan dengan melemparkan pandangan sejauh-jauhnya ke arah laut tersebut. 
Keesokan harinya, selesai sahaja menunaikan solat subuh, aku bergegas ke kolam renang yang berhadapan dengan laut. Kolam renang ni tinggi. Kalau nak ke pantai, kena turun, menuruni anak-tangga dahulu kemudian barulah boleh sampai ke pantai. Boleh dikatakan tempat yang kami duduk ni di kawasan bukit. Sebabnya, kita boleh nampak dengan jelas kapal-kapal yang berada di lautan Selat Melaka tu. 
Bermandi-manda di kolam renang bersama dengan sepupu-sepupu dan anak-anak buah memang mengasyikkan. Sekali-sekala aku tersenyum melihat telatah anak-anak kecil berenang, bergurau, bergaduh pun ada semata-mata berebut goggle. 
Selesai je berendam, kami bersarapan di beranda rumah. Kemudian, kami sekeluarga sahaja keluar merayau-rayau di sekitar kawasan tersebut. Orang lain tinggal di rumah. Kami ke Pangkalan Balak. Kemudian, meronda-ronda di sekitar Masjid Tanah. Dari Masjid Tanah, kami ke Tanjung Bidara dan akhir sekali kami ke RTC Melaka. Setelah beberapa jam meronda, kami pun pulang ke Desa Balqis. Sebelum memasuki ke pintu utama Desa Balqis, mak singgah di satu kedai di tepi jalan, betul-betul berhadapan dengan pintu utama Desa Balqis. Mak beli 6 bungkus jambu-batu 916. Memang sedap! Aku memang suka buah jambu batu. Alhamdulillah, rezki dapat buah yang manis. 
Waktu pun dah tengahari. Perut dah kriuk-kriuk minta nasi diisi. Oh, sebagai anak dara, ewahhhh.. sebagai anak dara, aku menolong apa yang patut. Kaum wanita sibuk menyiapkan juadah makan tengahari. Mak masak asam-pedas ikan pari. Kak Eja masak sup ayam. Adib goreng ayam tepung KFC. Ona buat sambal tomato. Kak Oji goreng ikan Talang. Aku pula sibuk mengupas bawang dan menyiapkan awas-awas untuk masakan. Abang Iskandar buat air sirap dan memerap ikan-ikan berserta ayam-ayam untuk juadah BBQ di malam hari nanti. Masing-masing sibuk berkerja. ***
Petangnya pula, tepat jam 5pm, aku pun bergegas ke kolam renang. Aku berendam lagi bersama-sama dengan sepupu-sepupu, adik aku Si Mamat dan juga anak-anak buah kami. Berendam di kolam renang sampai la jam 6.30pm. Kami tak mandi laut sebab air laut tu macam kotor. Aku nampak banyak buih-buih oren dan rasa geli nak mandi. Yaksss! Aku rasa, air laut ni kotor mungkin sebab minyak-minyak dari kapal yang lalu di sekitar kawasan tersebut. 
Aku segera pulang ke rumah untuk persiapan Maghrib. Begitu juga dengan yang lain. Selesai sahaja Maghrib, Abang Deris, Pak Anjang dan Abang Iskandar bertungkus-lumus menyiapkan bara-api untuk tujuan BBQ. Tempat BBQ telah tersedia. BBQ dimulakan dengan appetizer, bak kata Adib, makanan pembukaan, juadah pencuci mulut. Kanak-kanak sibuk berkumpul untuk mendapatkan sosej bakar. Seronok main rebut-rebut makanan. 


Selain daripada sosej, BBQ diteruskan dengan memanggang ayam, ikan pari, ikan siakap, ikan cencaru, broccoli, terung dan juga lada benggala. Ramai yang tolong makan. hahahaha. Aku pula tolong mengipas supaya api yang hidup atas bara tu dapat dipadamkan. Kalau api kuat, makanan akan cepat hangus dan tak masak dalam. Bara lebih penting daripada api. Habis t.shirt yang aku pakai malam tu berbau asap. Apa pun, aku gembira dapat membantu dalam aktiviti BBQ. 

Sabtu (26/1/2013)
Kami diarahkan keluar pada jam 12pm, iaitu waktu tengahari nanti. Buat pertama kalinya dalam hidup aku menunaikan solat subuh di beranda rumah. Indah rasanya cuaca pagi itu. Ambil wudhu' di luar rumah. Memang mengasyikkan. Selesai sahaja subuh, aku berseorangan berjalan kaki menuju ke kolam renang. Aku berbaring di kerusi yang disediakan di tepi kolam tersebut. Aku baring sambil menghadap ke laut. Cantik sangat. Subhanallah. Kapal-kapal yang berlabuh begitu indah. Cahaya lampu dari kapal-kapal di lautan membuatkan aku lalai memerhatikan pemandangan tersebut. Memang indah. Aku rasa tidak puas menikmati keindahan alam di situ. Kagum dengan ciptaan Allah S.W.T. Pada waktu itu juga aku teringat pada seseorang yang sedang bekerja kapal di lautan tersebut. 

Anak-anak buah sudah mula turun ke kolam renang. Tepat jam 8am, aku pulang ke beranda rumah untuk menikmati sarapan pagi. Selesai bersarapan, aku mengajak Ona dan Dina berjalan ke pantai. Hajat hati aku teringin hendak ke jeti ALAM. Sangat hampir dengan Homestay Desa Balqis. Oleh kerana Ona dan Dina malas ke sana, aku pun mengambil keputusan untuk berpatah-balik ke tempat penginapan kami. 

Dalam perjalanan pulang, aku menulis beberapa potong ayat di atas nota kecil. Memang aku bawa di dalam poket. Sudah lama aku ingin menulis surat kepada laut. Pertama kalinya dalam hidup aku buat begitu. Sebenarnya aku tertarik dengan kisah Saidina Umar menulis surat kepada Sg.Nil. Sempat juga kami bertiga singgah bermain buaian di tepi pantai. Buaian tersebut mungkin milik nelayan yang menetap di situ. Seronok sangat! 

Hari semakin panas. Jam menunjukkan 11am. Waktu tengahari. Kami pulang ke Homestay Desa Balqis. Eh, terkejut sebab kami nampak abang sepupu, anak-anak buah dan adik-beradik aku sibuk menunggu sesuatu. Aku lihat ada bot dan ada banana. Sebuah banana boleh dinaiki oleh 7 orang. Pak Anjang duduk di bahagian utama. Aku kedua. Dina ketiga. Mamat keempat. Abang Mimi kelima. Poji keenam. Man ketujuh. Susunan tersebut mestilah dari yang ringan kepada yang berat. Kami bertujuh rasa sangat teruja dan seronok!

Man asik menjerit suruh abang bot bawa banana laju-laju. Dina pula menjerit kata jangan bawa laju-laju. Semakin laju banana, semakin panik pula aku rasa. Tiba-tiba! Dalam sekelip mata sekali 7 orang terbalik. Tercampak ke dalam laut. Seronok sangat. Panik pun ada tetapi nasib baiklah ada jaket keselamatan yang boleh membuatkan kita terapung di permukaan air. Fuhhhhhhhhhhhhhhhh.... agak payah nak membetulkan semula banana. Rupa-rupanya memang sampai bila-bila pun banana takkan dapat diterbalikkan selagi abang bot tak membetulkannya. Hampeh. Sia-sia sahaja kami menolaknya. hahahahahaha... 

Abang bot mengajar kami cara menaiki banana dengan betul jika berlaku peristiwa macam tadi. Pertama sekali, katanya, kami terbalik sebab kami tak imbang banana dengan betul. No balancing. Next, kami kena lawan arah jika terasa banana senget sebelah. Banana sangat licin. Susah nak naik sorang-sorang. Kena ada orang yang hulurkan tangan dari atas. Ada step-step yang mesti dipatuhi. Jika tidak, berlaku risiko/kemalangan yang tidak diingini. 



Kami meneruskan perjalanan ke arah ALAM dan sekali lagi kami tercampak ke dalam laut sebaik sahaja bot membelok tajam. Kahkahkahkahkah... Seronok gila majoroti semua tercampak ke dalam laut kecuali Man. Orang yang paling susah nak panjat banana ialah Dina. Sekali 3 orang tolong dia naikkan badannya ke atas banana. Adoi... Dina.. Dina.. haha. Perkara yang paling penting yang aku pelajari dalam aktiviti ini ialah sikap kerjasama. Wajib ada kerjasama untuk menaiki banana atau bot. 

Bot terus meluncur laju di permukaan air. Dina berkali-kali jatuh ke dalam laut sehinggalah dia mengambil keputusan untuk tidak bersama kami di atas banana. Kali ini penumpang banana berkurangan  menjadi 6 orang. Dina menaiki bot. Aku pun tidak pasti entah kali yang keberapa kami jatuh ke dalam laut. Untuk finishing, Man pun akhirnya terjatuh juga ke dalam laut. Kahkahkahkahkah... 

Ini adalah pengalaman kedua aku menaiki banana. Terima kasih kepada abang bot sebab ajar kami cara-cara menaiki banana dan bot dengan betul. Dahulu, semasa sekolah rendah, kami pernah menaiki banana di PD. Itu pun sekejap sangat. Air laut di PD tidaklah sedalam kawasan laut di Linggi. Dah nama pun kawasan perkapalan. Tempoh yang diberikan untuk menaiki banana di Linggi jauh lebih lama berbanding di PD dengan  kadar bayaran sama, RM15/orang. Untunglah kami. Sangat-sangat berpuas hati!! Alhamdulillah... 

Untuk yang terakhir, aku dah mula rasa pening kepala. Mana taknya, air laut dah masuk telinga, hidung, tekak pun sama. Tengkuk dah mula sakit. Otot-otot lengan pun dah krem. Kami berenang ke pantai. Masing-masing puas hati. Bayaran dilakukan sekali dengan sewa penginapan. Kami bermandi-manda di rumah untuk kali yang terakhir. Selesai sahaja berkemas dan bersiap, kami berkumpul di beranda rumah. Abang Iskandar memberi idea untuk bercuti di Janda Baik, Pahang, untuk aktiviti seterusnya. Kami ikut sahaja. Aktiviti terakhir kami ialah bergambar bersama keluarga. 



Semua orang berangkat pulang ke negeri Selangor tercinta. Kami pula ke Kajang. Kereta Perodua Myvi aku perlu diservis buat pertama kalinya. Bayaran dkenakan RM149, termasuk pula pemasangan alarm untuk safety, jadi jumlahnya RM199. Wow... mahal gak eh cas servis perodua. Selesai sahaja servis kereta, kami pulang ke rumah pada jam 5pm. Alhamdulillah.. Semua selamat.. :)

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


Ceramah Anwar dihadiri 2000 hadirin <b>di Gemas</b>, Apa kata Anwar <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2013 09:11 AM PST

Pekan Pasir Besar Gemas, 27 Januari 2012, Anwar malam tadi menuduh terikat dengan keputusan Presiden PAS Hadi Awang mengenai kebenaran menggunakan kalimah Allah dan menegaskan PR masih berpendirian membenarkan kalimah Allah digunakan masyarakat Bukan Islam kerana ia telah diputuskan semasa mesyuarat PR yang dihadiri beliau, Hadi Awang dan Pemimpin DAP. Kenyataan beliau ini didengari dan disaksikan lebih 2000 orang yang hadir mahu mendengar penjelasan beliau di Gemas malam tadi.
Beliau yang sekali lagi menolak PAS dengan mengatakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Kuala Lumpur dihadiri 200,000 orang meskipun lidah rasmi PAS iaitu HARAKAH menyatakan bahwa HKR dihadiri 700,000 orang. Jangkaan pemerhati luar mendapati HKR dihadiri lingkungan 30,000-45,000 Sahaja. 
Dalam menyerang isu AES, seperti biasa, menuduh UMNO dan kroni-kroni UMNO memakan hasil saman AES tanpa pembuktian. Anwar sepatutnya mengemukakan apakah langkah Pakatan Pembangkang untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya hasil cambahan fikiran pakatan pembangkang tanpa menggunakan AES bukannya memberikan pertuduhan bodoh yang dangkal dan bersifat fitnah.
Kalau Kerajaan guna AES untuk kurangkan kemalangan dan saman, pembangkang syorkan guna apa? itulah persoalan yang perlu dijawab oleh Anwar bukan jawapan yang membabi buta.  myhomesoil- 
anwar meroyan depan 2000 orang penyokong seluruh NSDK! WOW! 

ads