05 di rasah - Google Blog Search |
orangkecilorangbesar: Mee Kari Railway <b>Rasah di</b> Seremban 2 Posted: 25 Jun 2013 12:25 AM PDT Mee Kari Railway Rasah di Seremban 2 Biasanya orang akan order ayam goreng kalau di KFC, order burger kalau di McD dan order pizza kalau di Pizza Hut. Walaupun ada makanan lain (side order), makanan utama di restoran masing-masing ini akan tetap menjadi pilihan utama. Kalau aku di Ipoh dan ingin menjamu selera di Mee Rebus Ramli sama ada di Tasek atauub di Bandar, sudah tentu Mee Rebus nya menjadi pilihan utama. Semasa mengisi petrol di Stesen Petronas Seremban 2 petang semalam, aku ternampak papan tanda sebuah retsoran berhadapan (seberang jalan) Stesen Petronas ini yang tertulis Mee Kari Railway Rasah. Kalau papan tanda sudah tertulis begitu, sudah pasti ianya makanan utama! Aku memang mengemari Mee Kari tetapi Mee Kari pilihan aku mesti cukup pakej. Kuah mesti ada udang dan kalau boleh campur ketam. Mesti ada Sambal Kerang (asing). Mesti banyak bahan-bahan ala Yong Tau Fu seperti Fishball, Fishcat, Fucuk, dan lain-lain. Sayur tak semestinya ada dalam pilihan aku tetapi kebanyakan Mee Kari sekarang selain tauge ada kacang panjang, sawi malah di Yik Mun Tanjung Malim turut disediakan terung dan cabai ala salok (Nasi Kerabu)! Mee Kari di Restoran Mee Kari Railway Rasah, Seremban 2 ini turut disertakan Telur Rebus dan Ayam (menu special). Kesedapannya? Boleh tahan le! Walaupun memenuhi hampir 100% pakej yang disebutkan di atas namun masih tak menepati citarasa aku! http://orangkecilorangbesar.blogspot.com. *Tak pasti juga aku sama ada Mee Kari Railway Rasah (di Railway Rasah) sememangnya ada dan terkenal! |
You are subscribed to email updates from di rasah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |