Khamis, 16 Februari 2012

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


Gaya kediaman moden <b>di Bahau</b> - Utusan Malaysia Online - Keluarga

Posted: 06 Nov 2011 11:14 AM PST

Gaya kediaman moden di Bahau

Gaya kediaman moden di Bahau

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

KALAU dulu, jika disebut dekorasi kediaman, golongan luar kota metropolitan atau pinggiran bandar memilih gaya seringkas yang boleh. Menjengah dekorasi kediaman mereka, masih lagi terdapat elemen lama seperti perabot kayu dan rotan.

Tanpa terikat dengan tema tertentu, pemilik kediaman lebih selesa menghias mengikut gaya 'suka-suka'. Konsep ini cenderung kepada kemampuan isi rumah atau sekadar melengkapkan perabot di ruang tamu, dapur mahu pun bilik tidur.

Memadai sekadar memiliki keperluan asas seperti tilam, katil, televisyen dan almari kecil.

Berbeza sekarang, golongan itu juga dilihat semakin peka dengan dunia hiasan dalaman. Bahkan, mereka turut ghairah menata rias rumah dengan memastikan setiap ruang dari dapur hingga ke kamar beradu, tampil menarik hingga sesetengahnya mengalahkan rumah kelamin.

Sama ada memilih gaya moden , retro, Inggeris, tropika, Bali, ala rumah pelancongan dan sebagainya, yang penting dekorasi memenuhi cita rasa dan mengikut trend semasa.

Melewati sebuah pusat perhentian hiasan kediaman di Bahau, Negeri Sembilan, penulis berpendapat penduduk di situ lebih berminat kepada konsep kediaman moden.

Kelengkapan

Pusat sehenti kedai perabot, Ilham Design Furniture (IDF) yang terletak di Bahau memberi ilham kepada penduduk sekitarnya untuk mencari perabot moden dengan warna-warna yang lebih berani.

Bercirikan reka bentuk moden , IDF mencerminkan pemiliknya, Mejar Wan Munadi Wan Mamat (B) yang dinamik dan sofistikated.

Menarik perhatian penduduk di sekitar Bahau , ia menawarkan pelbagai koleksi kelengkapan rumah daripada yang kecil sehinggalah kepada sebesar-besarnya.

Ditambah pula dengan hiasan dalamannya yang sepadan dengan konsep kediaman, pastinya membuatkan tetamu teruja dan kagum dengan sentuhan emas pemiliknya.

Klasik kontemporari dan moden , begitulah konsep percaturan hasil idea kreatif yang popular sekarang.

Bagi yang melangkah ke rumah baru khususnya pasangan pengantin, inilah peluang terbaik untuk menyusun kediaman sendiri menjadi cantik dan kelihatan moden dan bergaya.

Pelbagai pilihan dan idea hiasan untuk kediaman dengan tema kediaman desa Perancis ke Victoria, gaya Timur, Safari Afrika, gabungan kontemporari dan oriental.

Kontemporari

Sofa berciri moden digabungkan dengan fabrik warna terang menepati ciri klasik kontemporari.

Malah setiap perabot membawa konsep berbeza dengan set sofa paling popular ialah bercirikan moden.

Set bilik tidur yang mengetengahkan warna merah misalnya, menyerlahkan elemen moden sesebuah kediaman.

Dalam pada itu, setiap katil yang dijual mempunyai pilihan 15 warna merangkumi keperluan pasangan suami isteri, kanak-kanak, anak gadis dan pengantin baru.

Ruang berehat keluarga seperti sofa boleh direka sendiri menggunakan gabungan warna putih dan hitam amat praktikal.

Secara peribadi, keupayaan Wan Munadi memperkenalkan kediaman mewah khusus untuk warga luar kota metropolitan seperti di Bahau yang inginkan konsep moden dan menawan sememangnya mengkagumkan.

Mengakui dekorasi sentiasa mengikut perubahan semasa, Wan Munadi berpendapat orang ramai mula bijak mencari panduan menghias rumah sama ada yang tinggal di kampung mahupun luar bandar.

Memenuhi hasrat tersebut, IDF yang terletak di Bahau ini mengalu-alukan kedatangan orang ramai.

Dalam pada itu, cawangan IDF yang baru di buka 23 Oktober lalu menawarkan harga runtuh khususnya untuk penduduk Bahau. Manakala pasangan pengantin baru boleh mendapatkan set kelengkapan bilik tidur dengan harga yang istimewa. Orang ramai yang berbelanja RM 3 ribu ke atas turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah percuma.

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Jempol</b> Terkini 2012

Posted: 01 Feb 2012 09:47 PM PST

Tarikh Tutup Permohonan : 10 Februari 2012

Majlis Daerah Jempol ditubuhkan pada 1 Ogos 1980 sebagai tindakan lanjut pada latihan kembali batas bahagian Kuala Pilah. Latihan kembali batas telah mencipta sebuah kabupaten baru yang dikenali sebagai Daerah Jempol sebelum ini dikenali sebagai bahagian Bahau Kecil yang terletak di bawah pentadbiran bahagian Kuala Pilah. Majlis Daerah Jempol berfungsi selaras dengan tujuan utama dari tatacara itu, seperti yang dinyatakan dalam undang-undang Kerajaan Daerah UU 1876 171. Pada prinsipnya, fungsinya adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk dalam wilayah bekerja dalam hal kesihatan awam, pengurusan sisa, perancangan bandar dan negara, perlindungan alam sekitar, bangunan kawalan, meningkatkan penyelenggaraan infrastruktur sosial dan ekonomi, dan bandar.

Majlis Daerah Jempol kini menjemput individu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong seperti berikut:

- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N4-3

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Incoming search terms:

  • majlis daerah jempol jawatan kosong
  • jawatan kosong majlis perbandaran jempol
  • jawatan kosong pejabat daerah jempol
  • majlis daerah jempol
  • jawatan dimajlis daerah jempol
  • jawatan kosong di pejabat daerah jempol
  • jawatan kosong pembantu tadbir majlis daerah jempol
  • permohonan jawatan di majlis daerah jempol
  • polis bantuan jempol

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Guru Tuisyen Dikehendaki <b>di Mambau</b> | Malaysia Job & Career

Posted: 01 Nov 2011 01:55 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Mambau, Negeri Sembilan – Advertising and such is forbidden and will be traced. Pemasaran dan lain-lain adalah dilarang dan akan dijejak. NEVER pay in advance to a seller you don't know. JANGAN membuat bayaran ...

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


SheeraDHatee: Pembunuhan <b>di Nilai</b>,<b>Negeri Sembilan</b>

Posted: 19 Jan 2012 05:50 AM PST


NILAI: Kemusykilan seorang lelaki yang berjoging apabila melihat seorang wanita 'tidur' di bawah pokok membawa kepada penemuan mayat seorang wanita dibunuh kejam dengan kesan tikaman pada lehernya, semalam.
Mayat Raftah Abdul Samad, 51, ditemui terlentang dan berlumuran darah oleh seorang lelaki yang sedang berjoging di taman permainan Taman Desa Melati Fasa 1 di sini, jam 7 pagi. 
Pada mulanya, lelaki itu dikatakan menyangka mangsa yang berpakaian lengkap sedang tidur, namun tidak berani menghampirinya, lantas menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, bertindak atas maklumat diterima, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati wanita masih bujang itu sudah meninggal dunia.


"Terdapat kesan tikaman pada leher mangsa dan polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati enam jam sebelum itu akibat pendarahan teruk. Satu telefon bimbit dan kunci kereta Proton Saga mangsa turut ditemui padanya.

"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berada 50 meter dari mayat mangsa, polis menemui beberapa dokumen dan dompet mangsa berisi wang tunai.

"Berikutan itu, kita menolak unsur samun berikutan semua barangan berharga mangsa tidak dilarikan penjenayah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, di sini, semalam. 

(Lokasi kejadian berdekatan dengan rumah aku...huhu..So Scary)

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Teres <b>di</b> taman desa PD <b>linggi</b> : Semua Homestay

Posted: 08 Feb 2012 01:40 AM PST

penduduk majoriti kakitangan kerajaan.kondisiterbaik.

rumah berdekatan kem tentera darat,pusatperanginan
teluk kemang.sesuai untuk homestay,taski,dannurseri

Rumah teres 1 tingkat (3 bilik + 2 bilik air)

car porch

ruang tamu & ruang makan = jubin seramik
bilik tidur 1 = jubin seramik
bilik tidur 2 = jubin seramik
biliktidur 3 = kemasan simen

bilik mandi = 5'0″ jubin seramik

surau, padang permainan & kedai runcit.
Amat mudah ke Linggi, Rantau, PD, Seremban.

kalau nak cari rumah ni:
dr highway seremban-pd, sampai simpang 4(trafiklight sua betong)kalau ke
kanan kem sri rusa, ke kiri menuju ke rantau.silaamik ke kiri.tmn desa pd ni
x jauh je dr simpang tersebut.

owner pindah KL, jual segera.

Contact wan norkihan

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


<b>di</b> Kem Karisma PLKN <b>Kuala Pilah</b>... - Inspirasiku

Posted: 06 Feb 2012 01:35 AM PST

Masih teringat2  dengan kehilangan 'style' rambutnya yang asal... hihihi .. 5 Feb di Kem PLKN Karisma.. kulit dah bertambah gelap.. muka pun cam dah tak berjaga.. aduhai anak ibu.. badan memang dah slim ..  dek kerana agak memilih makan dan kurang selera makan.. bersabar  yer anak ibu.. semoga anak ibu terus diberi kekuatan fizikal dan mental dan kesihatan yang baik  sepanjang mengikuti prgram ini.. ibu juga sama2 count down bila la nak abis plkn ni... huuuu
 makan2... join sekali anak kawan...
berkelah di kuala pilah...
 Rich Oreo Choc Brownies
 lama dah tak buat keje angkut-mengangkut camni... puas n rasa seronok...

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


GERAKAN ANTI PKR: HIMPUN <b>DI NEGERI SEMBILAN</b>. SEBARKAN

Posted: 04 Jan 2012 07:00 PM PST

.

ads