Selasa, 14 Jun 2011

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


ANTHONY LOKE (DAP <b>RASAH</b>) : TEMBELANG DAP GUGUR JUA !

Posted: 14 Jun 2011 07:51 AM PDT

Suara Anak Jawa: ANTHONY LOKE (DAP RASAH) : TEMBELANG DAP GUGUR JUA !

ANTHONY LOKE (DAP RASAH) : TEMBELANG DAP GUGUR JUA !

Salam 1 Malaysia , 




DAP RASAH sudah GELISAH la beb !!! Sanggup bingkas bangun untuk membangkang peruntukkan rm1.8 juta kepada Kementerian pelancongan page Facebook. 


Katanya, Kerajaan Penang membuat Visit Penang dan lebih mengaut ramai Facebookers untuk LIKE page tu berbanding Kementerian Pelancongan punya FB TANPA SESEN PUN. 


Tapi SAJ pelik, SAJ tak jumpa FB Visit Penang tu. Korang ada jumpa tak ??? Ker dah terkantoi ?? hehehehe....   


Bagi SAJ, tiada salah jika diberikan peruntukkan mempromosikan Pelancongan Malaysia. Ini supaya, dapat menarik lebih ramai pelancong didalam negara sekaligus meningkatkan hasil pendapatan negara. Tambahan pula, peniaga di Malaysia terutama di kawasan popular seperti di Pasar Payang, KLCC, Pulau Perhentian, Pulau Langkawi dan lain2 lagi akan merasa gembira apabila sektor pelancongan giat di promosikan. 





Mana tidaknya, atleast, peniaga pun akan dapat untung bila pelancong tak putus kunjung tiba. Bukan sahaja kerajaan pusat mendapat pendapatan membangunkan negara dan rakyat, tetapi juga, membantu peniaga meningkatkan taraf ekonomi mereka.


Pembaca sekalian, 




Fikirkan sejenak, DAP adalah antara orang dan parti yang takut kepada ISA. DAP juga adalah mereka dan parti yang suka main rasis. Jadi, apabila mereka ini suka main isu RASIS dan takut akan disumbat dalam ISA kerana RASIS, DAP berusaha untuk menghapuskan ISA. 


Bukankah di Selangor, peruntukkan sebanyak rm600 000 disediakan untuk membina billboard hapus ISA ??? Siapakah punya angkara ??? Sudah tentu DAP LAKNATULLAH !!!! PAS DAN PKR adalah media yg mencanangkan idea ini supaya yang busuk itu PAS dan PKR yg dapat, yang baik itu DAP yang rembat !!!


Ada sesiapa yg bangkang isu peruntukkan yang sia-sia ini yang tidak membangunkan negara dan tidak mendatangkan keuntungan pendapatan pada negara ????  Langsung tiada yang bangkang kerana ini idea DAP !!!! walaupun kos nya amat besar dan sia-sia !!!


Makanya, layakkan DAP RASAH mempersoalkan rm1.8 juta untuk mempromosikan Malaysia, berbanding rm 600k untuk hasutan rakyat yang sia-sia ???  TIDAK !!!


ternyata, tembelang DAP memperabih duit rakyat dan duit kerajaan negeri  demi kepentingan dan kuasa mereka semakin jelas terbuka kini !!!



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


pen buruk online ™: Kemalangan ngeri melibatkan 10 buah kenderaan <b>...</b>

Posted: 10 May 2011 06:21 PM PDT

Kemalangan kira-kira jam 11.20 pagi itu berpunca daripada sebuah lori membawa muatan kayu getah terbabas ketika menuruni bukit, dipercayai kerana brek gagal berfungsi.

Akibatnya, lori berkenaan merempuh sembilan kenderaan lain membabitkan dua lori, tiga kereta, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan tiga motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Mereka yang meninggal dunia adalah seorang penuntut Kolej Komuniti Jempol, Muhammad Izwan Noorazman, 20, yang terperosok di bawah lori berkenaan,

Dua lagi yang meninggal dunia adalah pemandu lori, Abd Halim Omar, 33, serta kelindannya, Nordin Amat, 45, yang tersepit di bahagian tempat duduk depan lori terbabit.

Sepasukan anggota bomba tiba dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau serta berusaha mengeluarkan mangsa tersepit.

Beberapa pengguna kenderaan di situ turut membantu anggota bomba menyelamatkan mereka yang terlibat.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu lori dari arah Mahsan, di sini, gagal mengawal kenderaannya ketika sampai di lampu isyarat, di landasan kereta api.

Beliau berkata, tiga penunggang motosikal dan seorang pembonceng tidak sempat mengelak menyebabkan kesemua mereka tercampak di atas jalan raya, manakala seorang penunggang terperosok di bawah lori berkenaan.

Menurutnya, kesemua yang maut mengalami cedera parah di kepala dan badan itu meninggal dunia di tempat kejadian.

"Penunggang, pembonceng motosikal yang cedera dikejarkan ke Hospital Jempol. Sementara, beberapa pemandu kereta hanya cedera ringan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di Tampin</b>, Jempol dan Port Dickson Rabu ini <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2011 08:02 PM PDT

Beberapa kawasan di daerah Tampin, Jempol dan Port Dickson akan mengalami gangguan bekalan air selama 12 jam mulai 8 pagi pada Rabu ini.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata kawasan terlibat di daerah Tampin ialah pekan Tampin, Taman Indah, Taman Clonlee, Taman Mutiara, Taman Bukit Ria, Jalan Seremban-Tampin, pekan Gemencheh, Kampung Gedok, Kampung Sri Asahan, Gemencheh Lama, Kampung Sungai Jernih, Kampung Ulu Rokan dan Felda Bukit Rokan.

Selain itu, Felda Pasir Besar, Kampung Pasir Besar, pekan Gemas dan kawasan sekitar, Taman Morris, Taman Desa Bakti, Taman Desa Permai Gemas, KTM Gemas,Taman Sungai Gemas, Rumah Rakyat Gemas, Kampung Tiong, Kampung Tionf Tambahan,Kampung Bukit Masjid, Kampung Londah, Kampung Bangkahulu, Kampung Bintangor,Kampung Ulu Ladang, Kampung Ladang, Kem Gemas, Nasional Feedlot Gemas, FeldaBukit Jalur, Air Kuning dan kawasan sekitar serta Kampung Mantai.

Di daerah Jempol pula melibatkan kawasan Felda Palong 2 hingga 11 (KompleksPalong) manakala daerah Port Dickson ialah seluruh kawasan Sunggala, seluruh kawasan Taman Negeri, Desa Permai, Kuala Lukut, seluruh pekan Lukut, seluruh kawasan Teluk Kemang, seluruh kawasan Jalan Pantai dan pekan Bukit Pelandok.

Azlan berkata gangguan di daerah Tampin dan Jempol kerana kerja-kerja pengalihan paip dan pencucian kolam air berjadual manakala di daerah Port Dickson berikutan kerja-kerja penggantian paip dan injap.

Katanya bekalan air dijangka pulih secara beransur-ansur pada 8 malam hari tersebut, tetapi beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.

Katanya pihaknya memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pengguna.

Para pengguna yang memerlukan bantuan diminta menghubungi talian bebas tol1-800-88-6982.

– Bernama

Related article

KomunitiKini

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Masalah jalanraya <b>di</b> daerah <b>Jempol</b> | Aduan Rakyat Online

Posted: 13 Jun 2011 12:07 PM PDT

Assalamualaikum,salam satu malaysia..

Saya mewakili seluruh pengguna jalanraya di Daerah Jempol hendak menyatakan rasa tidak puas hati dengan keadaan jalanraya di daerah kami.Terutamanya jalan dari kawasan MAHSAN ke Bandar Seri Jempol yang tidak rata membahayakan  keselamatan pengguna-pengguna jalanraya yang menggunakan jalan ini untuk pergi ke Temerloh,Muadzam dan ke Bahau.

Tambahan lagi pihak yang memperbaiki jalan ini hanya menampal sahaja lubang-lubang di jalan itu dengan bahan yang tidak berkualiti dan mudah pecah serta ini boleh menyumbang kemalangan jiwa pada ketika hujan lebat. Untuk pengetahuan Aduan Rakyat saya terpaksa menukar suspensi kereta saya sebanyak 4 kali sepanjang 2 tahun dibeli.

Ini disebabkan keadaan jalan yang tak ubah macam litar perlumbaan rally membuat saya tidak selesa untuk pergi bekerja dari Bandar Seri jempol ke Bahau setiap hari. Adakah jalan ini hanya diperbaiki tiap kali pilihanraya berlangsung? Mana perhatian ADUN tentang keselamatan rakyat yang menggunakan jalan ini/ Saya harap pihak Aduan Rakyat dapat mengambil perhatian berkenaan masalah ini agar tidak lagi berlaku kemalangan jiwa yang meragut nyawa orang-orang tersayang.

sekian terima kasih,

Yang Prihatin

By: SHAFRIZAL

Aduan yang berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Siapa yang janji nak bina UiTM <b>di Rembau</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2011 08:16 PM PDT

Masih ingat lagi Pilihanraya Umum 2008? Macam-macam janji manis ditaburkan pemimpin Umno di Negeri Sembilan. Antaranya ialah pembinaan Hospital Rembau, pembinaan Landasan Terbang Rembau, pembinaan UiTM Rembau. Sekarang dah tahun 2011, nak masuk 2012. Bayang pun tak nampak lagi. Tak apa , Melayu mudah lupa. Bagi komputer riba 1Malaysia, dah lupa semua janji sebelum ini.

Projek kereta laju KL - Gemas bermula
Kosmo 31 Jan 2008

SEREMBAN - Pembinaan landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat tahun lagi.

Projek itu yang dijalankan oleh Indian Railways Company (IRC), dijangka menjadi pendorong kepada pembangunan pesat di Seremban, Rembau, Tampin, Gemencheh dan Gemas.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.

"Projek landasan itu kini sudah dimulakan di atas tanah milik kerajaan manakala proses pengambilan tanah milik individu sedang dilakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.

Pada masa yang sama juga, Mohamad memaklumkan, syarikat yang sama turut diberi tugas oleh kerajaan bagi membina satu lagi laluan kereta api yang dikhaskan untuk komuter yang di- lanjutkan dari Seremban ke Sungai Gadut.

Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.

BELIAU JUGA MENGUMUMKAN PEMBINAAN SEBUAH LAGI KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) REMBAU selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm

Artikel Mohamad Hasan menjanjikan Landasan Terbang Rembau pada tahun 2008 di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/05/melayu-mudah-lupa.html

Artikel Mohamad Hasan menjanjikan Hospital Rembau pada tahun 2008 di http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PAS Negeri Sembilan: Ceramah Md Sabu 18 Jun 2011 <b>di Rembau</b> tunda <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2011 06:57 PM PDT

Adalah dimaklumkan ceramah Tn Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS yang dijadualkan pada 18 Jun 2011 di Kg Astana Raja, Rembau ditunda selepas Perarakan BERSIH (BERSIH RALLY). Maklumat terkini ceramah di Rembau akan dikemaskini di blog PAS Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

Maklumat lanjut mengenai PERARAKAN BERSIH atau BERSIH RALLY yang dijadualkan pada Sabtu 9 Julai 2011 di laman web BERSIH di http://bersih.org/

Maklumat PELANCARAN PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 adalah seperti berikut :

Tarikh :19 Jun 2011 (Ahad)
Masa :8.30 p.m. – 10.30 p.m
Tempat : Dewan utama, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, 1 Jalan Maharajalela Kampung Attap, 50150 Kuala Lumpur

Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah satu inisiatif yang dipimpin oleh masyarakat madani dengan niat untuk menjemput semua rakyat dan parti-parti politik untuk bergabung kuasa untuk mempromosikan dan menegakkan demokrasi di negara ini.

T-shirt rasmi Perhimpunan BERSIH 2.0 akan dijual di acara ini.

JAWATANKUASA PEMANDU BERSIH ialah :
Dato' Ambiga Sreenevasan (Chairperson), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Konsert Wali Band Live In Malaysia (<b>Nilai</b>, <b>Negeri Sembilan</b>) 2011 <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2011 09:58 PM PDT

» Konsert Wali Band Live In Malaysia (Nilai, Negeri Sembilan) 2011 | Tempahan , Harga Tiket Konsert

buat peminat wali band di malaysia...

tahu tak yang band yang popular dengan lagu baik baik sayang akan mengadakan konsert di malaysia tidak lama lagi..?? bila..??? julai 2011.. ya.. bulan depan..

konsert yang diadakan di malaysia ini akan dilangsungkan di Bandar Nilai, Negeri sembilan.. so yang berdekatan dengan nilai tu, boleh la datang..

tiket..?? boleh didapati di tingkat 7, Bangunan Yayasan Seremban (017-2580656), Fashar Event & Entertainment (06-6017383 atau 06-6015891).

macam mana dengan harga tiket pulak..??

harga tiket tak mahal.. RM50, RM100 dan RM300 manakala untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun akan mendapat diskaun 50 peratus daripada harga asal.

so tunggu apa lagi... nanti jangan cakap.. "alamak... kenapa aku boleh tak tahu nie.. "

jumpa disana k... ^ ^

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Rayuan sumbangan untuk PASTI <b>di Kuala Pilah</b> - Syarak Mengata <b>...</b>

Posted: 12 May 2011 06:08 AM PDT

Adalah dimaklumkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ar-Raihan di Taman Bukit Intan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan akan berpindah ke premis baru sebelum 25 Mei 2011.

Sehubungan dengan itu tawaran adalah dibuka kepada orang ramai yang sudi membantu untuk meringankan kos perpindahan dan persediaan tempat yang baru.

Sumbangan boleh dihulurkan terus kepada Pengerusi PASTI Ar-Raihan iaitu saudara Latip ( tel 013-6238278) atau melalui tunai/cek melalui akaun Bank Islam atas nama PASTI AR RAIHAN, nombor akaun 05030010175625.

Hulurkan sumbangan, ringankan beban, semoga Allah membalas jasa baik mereka yang membantu sebagai amal jariah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads