[unable to retrieve full-text content]SPR tidak telus!katanya dakwat kekal berjam-jam tapi sekali kene sabun abis dah! SELAMAT MENGUNDI KEPADA SETIAP PENGUNDI YANG PERGI MENGUNDI..JANGAN PANGKAH YANG LAIN PASTIKAN PANGKAH ...
[unable to retrieve full-text content]SPR tidak telus!katanya dakwat kekal berjam-jam tapi sekali kene sabun abis dah! SELAMAT MENGUNDI KEPADA SETIAP PENGUNDI YANG PERGI MENGUNDI..JANGAN PANGKAH YANG LAIN PASTIKAN PANGKAH ...
Menurut info pada video, peragut ini ditangkap di Maybank Seremban 2 pada jam 3 petang tadi.PEragut ini dikatakan telah merompak dan mengelar muka mangsa ragutnya iaitu seorang lekai india pada mukanya. Namun peragut ini tidak berjaya melarikan diri setelah dikejar orang ramai. Di a dibelasah teruk sehingga bermandi darah.
p/s : Apa pendapat korang? Street Justice? Sumber : Here
Mambau : 26 April : Pakatan Rakyat telah mengadakan siri ceramah mereka dengan membariskan Calon PR Rantau dan calon PR Rembau hanya disambut oleh 20 orang penyokong. Bagaimanapun ceramah diteruskan dengan membentangkan isu menefesto PKR di Negeri Sembilan. Penceramah begitu yakin dan menyatakan bahawa Putrajaya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU13 ini.
KUALA LUMPUR — Aliran trafik di beberapa lebuh raya dilapor masih lagi bergerak perlahan malam ini apabila warga kota mula pulang kampung sempena sambutan Tahun Baharu Cina esok.
Menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik masih perlahan dari Behrang ke Ladang Bikam.
Trafik juga sesak sebelum dan selepas Terowong Menora ke arah Kuala Kangsar serta terdapat kemalangan di Kilometer 147.7 arah utara di Bukit Tambun dan Juru.
Menurut laman itu, trafik masih perlahan dari Ayer Hitam ke Yong Peng kerana keadaan cuaca dan hujan.
Laman Twitter PLUS pula melaporkan, trafik perlahan di Kilometer 87.6 arah selatan Gurun ke Sungai Petani, yang melibatkan lorong kecemasan kerana berlaku kemalangan.
PLUS dan LLM menasihati pengguna lebuh raya supaya memandu dengan berhati-hati dalam cuaca hujan selain mengawasi jarak keselamatan kenderaan mereka. — BERNAMA
SEREMBAN — Dua lelaki suspek kes rompak terbunuh selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabas ketika cuba melarikan diri dari buruan polis di susur masuk ke Mambau, Lebuhraya Seremban-Port Dickson berhampiran Plaza Tol Mambau, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Abd. Wahab Harun berkata, dalam kejadian pada 12.45 tengah hari itu, kedua-dua suspek yang menunggang dua motosikal berasingan itu dipercayai melarikan diri selepas melakukan satu rompakan di sebuah kedai kek di Batu 6, Telok Kemang, Port Dickson dekat sini.
"Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian rompakan membabitkan dua suspek berusia 21 dan 27 tahun itu kira-kira 12.30 tengah hari dan sebaik menerima laporan, anggota peronda polis telah dapat mengesan motosikal yang ditunggangi suspek berada di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Mambau, lebuhraya itu.
"Apabila anggota polis berkenaan menghampiri kedua-dua lelaki ini mereka terus melarikan diri dan pasukan polis itu telah mengejar mereka," katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya, sebaik tiba di selekoh berhampiran susur masuk ke Mambau, kedua-dua suspek gagal mengawal motosikal masing-masing sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
Katanya, seorang daripada suspek itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja"afar, di sini.
Menurut Abd. Wahab, hasil pemeriksaan ke atas mangsa, polis menemui dua telefon bimbit jenis iPhone 4 dan Samsung S2 serta dua bilah parang yang dipercayai digunakan ketika melakukan rompakan itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangan kecederaan ketika merompak dan Seksyen 395 kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan. — BERNAMA
Curi kabel: 7 ditahan, lebih 100 kg kabel ditemui semula
Curi kabel: 7 ditahan, lebih 100 kg kabel ditemui semula
09/02/2013 10:07pm
KULIM — Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket membeli dan menjual kabel tembaga ekoran penahanan tujuh orang termasuk seorang wanita di sebuah premis membeli barang-barang lusuh, di Jalan Sungai Ular, di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kedah, ACP Mohd. Nashir Ya berkata, semua suspek berusia 22 hingga 71 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sekumpulan anggota polis ke atas premis berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi.
Beliau berkata, sindiket berkenaan dipercayai mencuri kabel tembaga milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Bhd (TM).
"Dalam serbuan itu juga hampir 100 kilogram kabel tembaga yang belum dan sudah diproses ditemui tersimpan dalam beberapa karung di premis tersebut dan semua suspek dipercayai bekerja di premis itu," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, serbuan berkenaan dibuat ekoran penahanan sepasang suami isteri dalam satu sekatan jalan raya di Sungai Kecil Ilir, Bandar Baharu dekat sini pada 31 Januari lalu. "Suspek lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 24 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah termasuk curi kabel dan suspek telah membawa pihak polis ke premis ini," katanya.
Menurut Mohd. Nashir, semua suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. — BERNAMA
2 suspek kes rompak maut, motosikal terbabas ketika dikejar polis
SEREMBAN, SABTU, 09 Februari, 2013: Dua lelaki suspek kes rompak terbunuh selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabas ketika cuba melarikan diri dari buruan polis di susur masuk ke Mambau, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson berhampiran Plaza Tol Mambau, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Abd. Wahab Harun berkata, dalam kejadian pada 12.45 tengah hari itu, kedua-dua suspek yang menunggang dua motosikal berasingan itu dipercayai melarikan diri selepas melakukan satu rompakan di sebuah kedai kek di Batu 6, Telok Kemang, Port Dickson dekat sini.
"Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian rompakan membabitkan dua suspek berusia 21 dan 27 tahun itu kira-kira 12.30 tengah hari dan sebaik menerima laporan, anggota peronda polis telah dapat mengesan motosikal yang ditunggangi suspek berada di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Mambau, lebuh raya itu.
"Apabila anggota polis berkenaan menghampiri kedua-dua lelaki ini mereka terus melarikan diri dan pasukan polis itu telah mengejar mereka," katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya, sebaik tiba di selekoh berhampiran susur masuk ke Mambau, kedua-dua suspek gagal mengawal motosikal masing-masing sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
Katanya, seorang daripada suspek itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini.
Menurut Abd. Wahab hasil pemeriksaan ke atas mangsa, polis menemui dua telefon bimbit jenis iPhone 4 dan Samsung S2 serta dua bilah parang yang dipercayai digunakan ketika melakukan rompakan itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangan kecederaan ketika merompak dan Seksyen 395 kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan. - BERNAMA
Rumah Untuk Dijual di Taman Ros Merah Fasa 2, Nilai, Negeri Sembilan
Compiled by Ross Aziz RESCOM at hartanahguru.com. Ross Aziz RESCOM is a real estate agent at Bangi, Kajang, Sepang, Putrajaya, Puchong and Seri Kembangan. More property tips and house for sale at www.facebook.com/hartanahguru
Disclaimer :
This is an advertisement only. The details may not be accurate. Kindly contact the developer for the accurate info. You may share this in your blog or facebook without altering anything in this blog
Belum pun bermula PRU-13 telah berlaku perbuatan khianat merobohkan billboard atau papan siaraya PRU-13 kepunyaan Keadilan di Kampung Tampin Kiri, Linggi.
Ini bukti jelas suatu ketakutan pihak Umno-BN terhadap kemaraan PR. Tindakan tidak demokrasi ini melambangkan sikap samseng pihak lawan dan tidak menghormati hak berpolitik.
Lebih menyakinkan bahawa ini adalah perbuatan khianat dengan terdapat kesan tayar kenderaan dipercayai lori berhampiran runtuhan tersebut. Adalah mustahil ia akan runtuh dengan mudah jika ditiup angin kerana bilboard tersebut telah dipasang dengan besi pada tiang billboard.
This entry was posted on April 14, 2013 at 4:14 pm and is filed under Malaysia news with tags Anwar Ibrahim. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
GEMAS – "Makcik tinjau hadapan rumah bila terdengar pokok tumbang, namun sebaik makcik berpusing ke belakang, makcik dapati sebahagian bumbung rumah sudah diterbangkan angin," luah Suraidah Tawal, 56, ketika ditemui di kediamannya di Taman Sentosa, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 7.20 petang itu, hujan lebat dan angin luar biasa mengakibatkan 42 kediaman iaitu Taman Sentosa, 28 rumah; Taman Desa Permai Gemas (6) dan Pasir Besar (3) termasuk Surau Taman Sentosa terjejas.
Suraidah berkata, ketika kejadian dia sedang membaca surat khabar sementara suaminya, Mohd Lamsah Tawal, 72, sedang menunggu untuk pergi bekerja sebagai pengawal keselamatan di Pekan Gemas.
"Mujur suami makcik belum pergi kerja lagi. Selepas itu, kami bergegas menutup perabot di dalam rumah namun kudrat kami tidak mampu menyelamatkan barangan dan banyak perabot rosak.
"Sepanjang makcik menetap di sini sejak 26 tahun lalu, kejadian seumpama ini sudah dua kali berlaku. Bagaimanapun, kejadian terbaru adalah yang terburuk pernah kami alami," katanya.
Susulan bencana itu, Setiausaha Barisan Nasional Bahagian Tampin, Hanafi Deris hadir bagi menyampaikan sumbangan Parlimen Tampin.
Sementara itu, Rohani Ahmad, 56, dari Taman Desa Permai Gemas berkata, kepulangan mereka sekeluarga dari Bangi, Selangor kira-kira jam 7.40 malam semalam, disambut dengan hujan lebat dan air memenuhi ruangan rumah.
"Sebaik membuka pintu rumah, makcik lihat air sudah memenuhi rumah dan ini adalah kejadian ribut paling buruk pernah makcik alami," katanya. – SH