Pada hari Sabtu (28.9.13) baru2 ini, Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf telah diundang untuk menyampaikan ceramah di Ampangan, Seremban. Lokasi ceramah ialah di Surau Besar Gedong Lalang. Alhamdulillah, penuh surau tersebut pada malam tu. Sheikh telah menyampaikan ceramah berkisar tentang buku terbaru beliau berkenaan Syiah.
Ceramah dipengerusikan oleh Us. Syuhadak dan diterjemahkan oleh Mudir Pondok Ar-Raudhah, Tn. Hj. Md Nasir. Ceramah bermula pada jam 7.40 dan berakhir sekitar jam 9.30 malam. Meskipun hanya beberapa point penting sahaja disentuh oleh Sheikh membuatkan hadirin yang hadir tertunggu2 buku terbaru Sheikh yang bakal dicetak kelak. Buku tersebut akan turut diterjenahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh beberapa orang anak murid Sheikh di Malaysia, termasuk Mudir.
Ceramah turut diserikan dengan alunan Qasidah daripada kumpulan Ulwan. Selesai membicarakan berkenaan buku beliau, sesi soal jawab dimulakan. Beberapa orang hadirin bertanya dalan Bahasa Inggeris, Sheikh tiada masalah menjawabnya memandangkan Sheikh sebelum ini agak lama bermastautin di Kanada.
Usai solat Isyak, Sheikh diminta mentahnik 2 orang bayi. Seperti biasa, Sheikh tidak menolak. Dengan sedikit urutan, Sheikh kemudiannya menyuapkan mulut bayi tersebut dengan tamar seterusnya mendoakan mereka. Di perkarangan surau, beberapa gerai jualan menanti antaranya gerai jualan Pondok Ar-Raudhah. Sheikh sendiri meminta gambar beliau diambil di gerai tersebut.
Minggu depan, 2 lagi program menanti. Nantikan maklumat berkenaan dengan program tersebut di FB Pondok Ar-Raudhah. Ayuh ambil kesempatan untuk menimba ilmu daripada Sheikh sementara beliau masih di tanah air.
Ahad lepas bertempat di kawasan bazar Ramadhan berhadapan Masjid Sikamat, Taman Desa Rhu telah berlangsung program edaran bubur lambuk kepada orang ramai. Turut sama dalam program ini Adun Sikamat YB Aminuddin Harun. Program anjuran Pejabat ADUN Sikamat ini menjadi acara tahunan tiap kali bulan Ramadhan.
Type: Land Daerah: Seremban Mukim: Sikamat Land Area: 5400sq.ft. (60×90) Title type: Leasehold Other info: Bumi Lot.
Keterangan : – Lokasi: Taman Perwira, Sikamat. – Landmark: Terletak di bahagian belakang padang Tmn Perwira. – Tanah lot bungalow yang luas 5400sq.ft. dan keadaan tanah rata. – Tanah dikeliling lot-lot rumah bungalow. – Kurang 5 minit ke highway LEKAS. – Kurang 7 minit ke Pusat Bandar Seremban. – Kurang 15 minit ke Highway PLUS. – 35 minit perjalanan ke PORT DICKSON. – 40 minit perjalanan ke KLIA / LITAR F1. – 45 minit perjalanan ke KUALA LUMPUR melalui PLUS. – Kawasan didiami kebanyakan orang melayu. – Berhampiran surau, taska, sekolah rendah dan sekolah menengah. – Suasana yg damai dan jauh dari kebisingan. – Kejiranan yang selesa. – Suasana yang damai dan jauh dari kebisingan. – Pembeli diperlukan SEGERA !!
Earnest Deposit 3% & Balance 7% masa sain S&P. Lawyer & Loan akan diuruskan.
Adakan Anda Nak Jual Rumah? Call sekarang untuk nasihat jual/beli PERCUMA*.
SERIOUS BUYER ONLY!!!!
Untuk sebarang pertanyaan hubungi: Mr. Syahz 010-2212334
About The Poster
TransAsia Property Consultancy Sdn. Bhd. - VE(1)0187
Lot 2-10, Aras 2, Plaza Seremban,
Jalan Dato' Muda Linggi, Negeri Sembilan.
Tel/Fax: 06-7620673
Wan Salwati Bte Abdullah , graduan Univrsiti Pertanian Malaysia , dilahirkan pada 19 05 1974 . Bertugas sebagai Pegawai Khas di Kenterian Belia dan Sukan Malaysia, Exco Puteri UMNO Malaysia , Ketua Puteri UMNO Bahgian Seremban.Presiden MBNNS , Naib Presiden Majlis Belia Malaysia. Ahli Majlis kerja tertinggi Belia 4 B Malaysia.
Mengenali Wan Salwati yang merupakan seorang aktivis yang telah lama bergiat dan berkecimpung dalam kerja kerja kemasyarakatan dan juga merupakan pemimpin Puteri UMNO yang begitu komited dalam tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau.
Sayugianya beliau perlu diberikan peluang untuk menjadi wakil kepada rakyat di Sikamat yang memerlukan seorang aktivis yang aktif dan didikasi. Peluang ini juga akan memberikan peluang kepada Wan Salwati untuk mebimbang belia belia di Sikamat untuk aktif dalam program program kemasyarakatan dan membuka peluang peluang bagi belia belia ini mencorakkan masa hadapan mereka.
Wan Salwati Abdullah merupakan anak sulung dari 4 beradik kepada pasangan Tuan Haji Abdullah Awang Embun Dan Allahyarhamah Puan Norhayati Bt Hj Abdul Rahman dan merupakan cucu sulung kepada Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahman Bin Lembok Dan Allahyarhamah Puan Hajah Rogayah Haji Ahmad.Beliau juga merupakan cicit AllahyarhamTuan Haji Ahmad dan Allahyarhamah Puan Zainab.
Wan Salwati Abdullah dilahirkan dan dibesarkan di Kg Jiboi Baru Ampangan Seremban dan dibesarkan dalam suasana keluarga yang terlalu aktif dengan aktiviti kemasyarakatan,Politik dan agama.Maka tidak hairanlah jika beliau dan adik beradiknya yang lain sentiasa mengambil bahagian dalam setiap aktiviti2 yang melibatkan keagamaan,politik,belia dan kemasyarakatan.
Sikap yang sentiasa mengambil berat tentang masyarakat sekeliling yang ada dalam diri Wan Salwati sebenarnya didorong oleh datuknya Tuan Haji Abdul Rahman Lembok dan kedua ibubapanya yang sangat aktif berpolitik berpentaskan Parti Umno (Barisan Nasional).Arwah datuknya semasa hayat pernah memegang jawatan Pengerusi Tetap Umno Bhg Seremban dan merupakan tunjang kekuatan kepada Persatuan Sinaran Muda Ampangan (PSMA) dan MAYC N.Sembilan.Manakala Ayah dan ibunya merupakan orang kuat Umno di Seremban dan tunjang kekuatan Belia 4b N.Sembilan.Sifat2 kepimpinan ini lah yang teresap ke jiwa Wan Salwati dalam terus memperjuangkan perjuangan yang ditinggalkan oleh datuk dan ayah ibu nya.
Agenda perjuangan melayu dan Islam adalah asas kepada perjuangan pemimpin wanita muda ini tanpa meninggalkan bangsa-bangsa lain yang dilihat perlu sama dibela secara berterusan demi memantapkan Ukhwah Masyarakat di Malaysia.
Wan Salwati merupakan ibu kepada 5 orang Puteri dan Isteri kepada seorang Pensyarah Maktab Perguruan Raja Melewar Sikamat Seremban.Pengorbanan suami dan anak-anak mendorong Wan Salwati lebih gigih di persada politik tempatan hingga beliau disayangi keluarga,rakan taulan dan sahabat handai dan di hormati lawan.
Wan Salwati Abdullah sekarang ini memegang tampuk amanah sebagai Ketua Puteri Umno Seremban dan menjawat tugasan sebagai Exco Puteri Umno Malaysia.Beliau kini merupakan Pegawai Khas kepada Menteri Belia Dan Sukan.Wan Salwati juga memegang jawatan Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan dan yang terbaru tercalon sebagai wakil Barisan Nasional bagi DUN SIKAMAT untuk PRU13.
Mendapat pendididkan awal di Sek Ren Keb. King George V Ampangan Seremban sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sek Men Agama Ampangan dan Sek Tunku Ampuan Durah Sikamat Seremban.Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Institut Teknologi Tun Abdul Razak dan kemudiannya menamatkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia.
Perkara ini umumnya tidak disedari oleh pengundi di luar DUN Lenggeng. Tetapi pengundi di dalam DUN Lenggeng yang tidak ada akses kepada maklumat tepat, barangkali sudah mula pening kepala atau keliru dengan situasi yang luar biasa ini.
Jika di DUN atau Parlimen lain cabaran utama adalah di antara calon Barisan Nasional (BN) dan calon Pakatan Rakyat (Pakatan). Calon bebas sekadar memeriahkan lagi suasana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.
Bagaimanapun di DUN Lenggeng, calon Umno-BN, Datuk Ishak Ismail bukan sahaja menghadapi saingan sengit daripada calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar tetapi daripada pemimpin Umno Lenggeng sendiri.
Pemimpin Umno Lenggeng yang dimaksudkan ialah calon Bebas, Zulkifli Abdullah.
Walaupun Zulkifli Abdullah menggunakan lambang cermin mata sebagai simbol dalam kempen, banner dan kertas undi nanti, kini sudah mula mengedarkan risalah kempen beliau dengan menggunakan logo 1 Malaysia.
Dalam risalah pertama dipetik berkata:
"Pada PRU13 ini kita menyokong sepenuhnya pemerintah yang memerintah (BN), namun kita perlu melihat kesesuaian calon yang dipilih.
"Khas untuk DUN Lenggeng, kita perlu menyokong sepenuhnya dan memberi undi kepada calon bebas Zulkifli Abdullah kerana calon ini bukannya calon bebas dan serpihan PAS, PKR dan DAP. Ianya datang dari Umno kerana beliau menyelamatkan maruah Umno dan BN.
"Kita perlu calon yang selari dengan pemerintahan pusat dan boleh membawa perubahan dan pembangunan di kawasan yang kita duduki. Kita perlu menolak calon yang lama yang mana cara pemikiran dan ideologinya yang lemah.
Malah biodata beliau dalam risalah yang kedua menyatakan jawatan beliau di dalam Umno walaupun beliau telah dipecat bersama 60 lagi pemimpin dan ahli Umno dari seluruh negara yang bertanding sebagai calon bebas oleh pucuk pimpinan Umno sehari selepas penamaan calon.
Dalam biodata tesebut, penglibatan Zulkifli Abdullah dalam politik disebut: 1988: Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Daching, Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Daching dan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Seremban.
Tidak jelas sama ada beliau masih memegang jawatan dalam Umno atau ianya bekas jawatan yang beliau pernah pegang.
Zulkifli Abdullah turut menyatakan penglibatan beliau dalam Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) Wilayah Persekutuan dan Jati (Jalur Tiga) Malaysia.
Namun dari 10 manifesto yang beliau senaraikan sekurang-kurangnya tiga perkara yang Zulkifli Abdullah melabelkan sebagai transformasi kesedaran sudah pasti akan menimbulkan tanda tanya dan kekeliruan di kalangan pengundi.
Tiga perkara tersebut ialah:
1Malaysia – Bersama kita seia sekata. Umno Seremban mahukan perubahan corak dan gaya kepimpinan
1Suara – Meremaja dan merombak Umno Seremban. Memilih barisan kepimpinan yang baru.
1Undi Calon Bebas (Cermin Mata) – Penentu survival Umno Seremban. Mendapat kepimpinan baru atau di takuk lama.
Perkembangan baru ini mungkin juga satu perkembangan positif kepada calon PAS, Zulkefly Omar.
Senario ini akan menimbulkan kemungkinan undi daripada penyokong BN akan berpecah kepada dua iaitu di antara Ishak dan Zulkifli Abdullah.
Walaupun Zulkefly Omar masih berehat dan menerima rawatan di hospital, sudah tentu perbalahan Umno Lenggeng ini akan menguntungkan beliau dan beliau mempunyai potensi besar untuk memenangi kerusi DUN Lenggeng pada hari Ahad, 5 Mei ini.
Di pihak Umno pula apakah tindakan yang menanti Zulkifli Abdullah? Kalau secara teknikal beliau sudah pun dipecat dari Umno. Tetapi risalah kempen beliau jelas mengambarkan seolah-olah beliau mewakili Umno Bahagian Seremban.
Situasi ini sudah pasti memeningkan lagi kepala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berhadapan dengan PRU yang paling sengit dalam sejarah tanahair.
Salah satu kegemaran saya adalah untuk menjelajah bumi Semenanjung Tanah Melayu ini dengan memandu melalui jalan jalan persekutuan, berhenti di pekan pekan kecil dan merakamkan suasana sekitar didalam bentuk fotografi dan video. Hari ini saya berkesempatan singgah di Lenggeng, sebuah pekan kecil lama di dalam Negeri Sembilan Darul Khusus. Ikuti lah rakaman spontan saya didalam bentuk video dibawah:
Saya tertarik dengan keadaan beberapa kedai papan lama di pekan Lenggeng ini. Walaupun keadaan kedai2 lama ini sesetengahnya sudah uzur namun ada termeterai keindahan senibina dan peradaban lama padanya.
Corak corak pada tingkap kedai kedai diatas bertarikh dari zaman era British dahulu. Cuma sejak kebelakangan ini dipasang kompresor pendingin hawa menurut keperluan zaman ini.Dulu dulu hanya dibuka sahaja tingkap itu dan angin sepoi sepoi bahasa meniup keseluruh ruang atas kedai tersebut. Sekarang terpaksa lah ditutup sebab nak dinginkan ruang dan untuk mengelakkan debu dan habuk dari jalan didepan terbang masuk! Mujur lantai ruang atas tu terletak tinggi. Jika tidak adalah nanti 'spiderman' merayap masuk menceroboh! :P Semasa saya singgah di pekan Lenggeng, keadaan jalan nya berdebu disebabkan laluan lori lori pembinaan yang membawa muatan tanah dan pasir. Itulah puncanya kenapa pekan Lenggeng begitu tercemar dengan debu debu di jalan utamanya. Di tambah pula dengan keadaan berjerebu yang di sebabkan oleh pembakar2 hutan Sumatera, Indonesia yang tidak peduli akan kesan pencemaran udara serantau. Phua Kong Hing, mekanik motor di pekan Lenggeng begitu mesra memberikan lambaian 'peace' kepada anda para pembaca blog Mahaguru58 yang budiman. Jika lalu disana, singgah lah sekejap bertanya khabar pada nya. Alang alang saya dah ada kat Lenggeng, daerah pendalaman Nogori Sembilan, makanya saya pun pergilah singgah makan disalah sebuah warung Masakan Minang di Kampong Katop dihujung pekan Lenggeng. Inilah makanan tengahari saya di sana. Daging masak lomak cili padi dan sepotong ayam goreng berempah. Sodap!!! Tapi kebanyakan isi ayam tu saya sedekahkan pada dua ekor kucing yang datang merayu mengiau ngiau pada saya. Dah rezeki kucing kucing tersebut. :-) Insya Allah jika ada masa, mahu saya menjelajah lagi.
Ahad lepas bertempat di kawasan bazar Ramadhan berhadapan Masjid Sikamat, Taman Desa Rhu telah berlangsung program edaran bubur lambuk kepada orang ramai. Turut sama dalam program ini Adun Sikamat YB Aminuddin Harun. Program anjuran Pejabat ADUN Sikamat ini menjadi acara tahunan tiap kali bulan Ramadhan.
Type: Land Daerah: Seremban Mukim: Sikamat Land Area: 5400sq.ft. (60×90) Title type: Leasehold Other info: Bumi Lot.
Keterangan : – Lokasi: Taman Perwira, Sikamat. – Landmark: Terletak di bahagian belakang padang Tmn Perwira. – Tanah lot bungalow yang luas 5400sq.ft. dan keadaan tanah rata. – Tanah dikeliling lot-lot rumah bungalow. – Kurang 5 minit ke highway LEKAS. – Kurang 7 minit ke Pusat Bandar Seremban. – Kurang 15 minit ke Highway PLUS. – 35 minit perjalanan ke PORT DICKSON. – 40 minit perjalanan ke KLIA / LITAR F1. – 45 minit perjalanan ke KUALA LUMPUR melalui PLUS. – Kawasan didiami kebanyakan orang melayu. – Berhampiran surau, taska, sekolah rendah dan sekolah menengah. – Suasana yg damai dan jauh dari kebisingan. – Kejiranan yang selesa. – Suasana yang damai dan jauh dari kebisingan. – Pembeli diperlukan SEGERA !!
Earnest Deposit 3% & Balance 7% masa sain S&P. Lawyer & Loan akan diuruskan.
Adakan Anda Nak Jual Rumah? Call sekarang untuk nasihat jual/beli PERCUMA*.
SERIOUS BUYER ONLY!!!!
Untuk sebarang pertanyaan hubungi: Mr. Syahz 010-2212334
About The Poster
TransAsia Property Consultancy Sdn. Bhd. - VE(1)0187
Lot 2-10, Aras 2, Plaza Seremban,
Jalan Dato' Muda Linggi, Negeri Sembilan.
Tel/Fax: 06-7620673
Wan Salwati Bte Abdullah , graduan Univrsiti Pertanian Malaysia , dilahirkan pada 19 05 1974 . Bertugas sebagai Pegawai Khas di Kenterian Belia dan Sukan Malaysia, Exco Puteri UMNO Malaysia , Ketua Puteri UMNO Bahgian Seremban.Presiden MBNNS , Naib Presiden Majlis Belia Malaysia. Ahli Majlis kerja tertinggi Belia 4 B Malaysia.
Mengenali Wan Salwati yang merupakan seorang aktivis yang telah lama bergiat dan berkecimpung dalam kerja kerja kemasyarakatan dan juga merupakan pemimpin Puteri UMNO yang begitu komited dalam tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau.
Sayugianya beliau perlu diberikan peluang untuk menjadi wakil kepada rakyat di Sikamat yang memerlukan seorang aktivis yang aktif dan didikasi. Peluang ini juga akan memberikan peluang kepada Wan Salwati untuk mebimbang belia belia di Sikamat untuk aktif dalam program program kemasyarakatan dan membuka peluang peluang bagi belia belia ini mencorakkan masa hadapan mereka.
Wan Salwati Abdullah merupakan anak sulung dari 4 beradik kepada pasangan Tuan Haji Abdullah Awang Embun Dan Allahyarhamah Puan Norhayati Bt Hj Abdul Rahman dan merupakan cucu sulung kepada Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahman Bin Lembok Dan Allahyarhamah Puan Hajah Rogayah Haji Ahmad.Beliau juga merupakan cicit AllahyarhamTuan Haji Ahmad dan Allahyarhamah Puan Zainab.
Wan Salwati Abdullah dilahirkan dan dibesarkan di Kg Jiboi Baru Ampangan Seremban dan dibesarkan dalam suasana keluarga yang terlalu aktif dengan aktiviti kemasyarakatan,Politik dan agama.Maka tidak hairanlah jika beliau dan adik beradiknya yang lain sentiasa mengambil bahagian dalam setiap aktiviti2 yang melibatkan keagamaan,politik,belia dan kemasyarakatan.
Sikap yang sentiasa mengambil berat tentang masyarakat sekeliling yang ada dalam diri Wan Salwati sebenarnya didorong oleh datuknya Tuan Haji Abdul Rahman Lembok dan kedua ibubapanya yang sangat aktif berpolitik berpentaskan Parti Umno (Barisan Nasional).Arwah datuknya semasa hayat pernah memegang jawatan Pengerusi Tetap Umno Bhg Seremban dan merupakan tunjang kekuatan kepada Persatuan Sinaran Muda Ampangan (PSMA) dan MAYC N.Sembilan.Manakala Ayah dan ibunya merupakan orang kuat Umno di Seremban dan tunjang kekuatan Belia 4b N.Sembilan.Sifat2 kepimpinan ini lah yang teresap ke jiwa Wan Salwati dalam terus memperjuangkan perjuangan yang ditinggalkan oleh datuk dan ayah ibu nya.
Agenda perjuangan melayu dan Islam adalah asas kepada perjuangan pemimpin wanita muda ini tanpa meninggalkan bangsa-bangsa lain yang dilihat perlu sama dibela secara berterusan demi memantapkan Ukhwah Masyarakat di Malaysia.
Wan Salwati merupakan ibu kepada 5 orang Puteri dan Isteri kepada seorang Pensyarah Maktab Perguruan Raja Melewar Sikamat Seremban.Pengorbanan suami dan anak-anak mendorong Wan Salwati lebih gigih di persada politik tempatan hingga beliau disayangi keluarga,rakan taulan dan sahabat handai dan di hormati lawan.
Wan Salwati Abdullah sekarang ini memegang tampuk amanah sebagai Ketua Puteri Umno Seremban dan menjawat tugasan sebagai Exco Puteri Umno Malaysia.Beliau kini merupakan Pegawai Khas kepada Menteri Belia Dan Sukan.Wan Salwati juga memegang jawatan Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan dan yang terbaru tercalon sebagai wakil Barisan Nasional bagi DUN SIKAMAT untuk PRU13.
Mendapat pendididkan awal di Sek Ren Keb. King George V Ampangan Seremban sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sek Men Agama Ampangan dan Sek Tunku Ampuan Durah Sikamat Seremban.Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Institut Teknologi Tun Abdul Razak dan kemudiannya menamatkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia.
Kursus dan penginapan bertempat di beberapa buah bungalow kayu kerajaan yang sudah agak lama yang sebuah daripadanya tempat dijalankan kursus dan sebuah sebagai kantin. Kursus lebih kurang dua minggu itu (10 – 23 November 1974) dijalankan secara kuliah dan bengkel. Sesi kuliah dihadiri oleh semua peserta, manakala sesi bengkel dihadiri oleh penulis karya dengan penyampai kursus di dalam bidang berkenaan dengan beberapa penulis – menurut bidang (jika puisi di kalangan penulis puisi). Pada satu peringkat penulis dengan penyampai kursus sahaja. Dalam kata lain jika bidang seseorang penulis adalah puisi, maka dia tak menghadiri bengkel cerpen, novel, drama dan sebagainya. Kursus dan bengkel berjalan menurut program berikut:
Hari pertama 10 November 1974 (Ahad):
Tiba di tempat kursus dan mendaftar, maka pada malamnya, ialah Majlis Pertemuan Antara Penulis secara santai – Briefing telah diadakan di DBP pada tengaharinya sebelum bertolak.
Pada pagi-pagi hari antara peserta mengambil peluang berlari di Pantai Teluk Kemang untuk mencergaskan badan dan minda juga mencari ilham ?
Program bermula dari jam 9.00 -10.45. Kursus bertajuk `Konsep Seni` secara umum disampaikan oleh Muhammad Haji Salleh. Slot ini diikuti oleh semua peserta. Yang ditekankan, bahawa menulis bidang kreatif, sama ada puisi, cerpen, novel atau drama adalah berlainan dari menulis esei atau laporan. Penulisan kreatif melibatkan seni dan menggunakan bahasa secara kreatif yang melibatkan elemen imaginatif, intuitif dan konotatif. Kemampuan penulis dan kekuatanya, bergantung pada kemampuannya mengeksplotasi elemen-lemen berkenaan. Namun penulis juga kata Muhammad mesti seorang yang kaya dengan pengalaman dan sudah pasti juga berilmu. Muhammad sebagai seorang penyair lebih banyak menyentuh persoalan yang lebih dekat dengan puisi, di samping mengambil contoh puisi-puisi kalangan penyair seperti Usman Awang, Baha Zain dan lain-lain.
Slot kedua kedua jam 11.15 – 1.00 tengahari –Kursus berjudul Mempertajam sensitiviti dan persepsi, disampaikan oleh Shahnon Ahmad seorang novelis dan cerpenis terkenal – Antara novel paling terkenalnya ialah Ranjau Sepanjang Jalan dan cerpennya, Kalau ibu sampai takah tiga. Menulis novel juga, walaupun berdasarkan peristiwa atau pengalaman realiti, ianya ditulis secara kreatif imaginatif, Ada teknik dan kaedah penyusunan. Di dalam hal ini menurut Shahnon semua penulisan kreatif termasuk novel dan cerpen memerlukan ketajamaan sensitiviti dan persepsi terhadap sesuatu tema dan persoalan yang mau ditulis. Penggunaan bahasa yang hidup dan kukuh sesuai dengan masyarakat atau watak yang digambarkan. Sesungguhnya elemen-elemen inilah yang menonjolkan identiti seseorang novelis. Demikian Shahnon dengan identitinya dan yang lain dengan identiti masing-masing.
Jam 3.00 – 4.45 petang hari kedua ini disampaikan oleh A. Samad Ismail Ketua Pengarang NST. Selain dari terkenal di dalam bidang kewartawanan, beliau juga menulis novel dan cerpen. Antara novelnya Kail Panjang Sejengkal. Antara cerpennya terhimpun dalam antologi, Mekar Dan Segar. Dalam mana-mana kursus penulisan yang Penulis ikuti yang disampaikan oleh A. Samad Ismail, beliau amat menekankan `Intro` dalam penulisan. Intro amat penting bagi memikat dan menarik minat pembaca. Ianya hendaklah bermula dengan sesuatu yang menarik, mengejut dan memancing rasa ingin tahu pembaca. Berita juga jika diterima oleh pihak akhbar, jika tidak menarik akan terus dibakulsampahkan. Dalam penulisan hendaklah bersifat padat dan tidak meleret-leret. Dalam penyampaian kursusnya sungguhpun beliau serius, tapi selalu diselang seli dengan unsur-unsur lucu, ketawa dan kadang-kadang erotik. Pada malamnya kursus disampaikan oleh Abu Bakar Hamid dengan tajuk `Konsepsi Seni Sastera`. Beliau bukan dari kalangan penulis kreatif. Beliau lebih dikenali sebagai Penulis esei dan kritikan, sebab itu kursus yang disampaikan adalah lebih bersifat akademik; Ianya juga merupakan lanjutan dari tajuk-tajuk yang dibentang sejak dari pagi.
Pada hari-hari lain, kursus yang disampaikan tidaklah sebanyak dan sepadat seperti hari kedua (pertama Kursus). Ini memberi peluang untuk peserta sebagai penulis-penulis kreatif untuk berkarya. Pada hari kedua ini, hanya dua kursus disampaikan, iaitu, ``Konsep Seni Sastera` jam 9.00 – 10.45 pagi untuk bidang sajak disampaikan oleh Ali Ahmad (Alis Murni). Beliau menyampaikan kursus dari sudut kritikan. Pada masa itu beliau mempunyai ruang kritikan puisi pada setiap keluaran Dewan Masyarakat. Penekanan dilihat dari segi ketepatan dan kesesuaian apa yang ditulis dalam puisi dari sudut seni sastera.
Kertas kedua jam 11.15-1.00 disampaikan oleh Shahnon Ahmad sekali lagi, kali ini berjudul , ``Apresiasi Cerpen` dengan menggunakan cerpen `Bawok` oleh Omar Khayyam seorang penulis Indonesia terkenal pada masa itu. Cerpen agak panjang, tetapi menarik. Ianya bersifat pembedahan bagi memperlihatkan kekuatan cerpen berkenaan.
Pada sebelah petang sepatutnya `Apresiasi Novel` berdasarkan novel `Merahnya Merah` oleh Iwan Simatupang yang terkenal dengan novel-novel absurdnya seperti `Kwong`, Kering dan sebagainya. Tetapi oleh kerana peserta-peserta masih belum dapat menamatkan bacaan terhadap teks berkenaan, maka ditangguhkan kepada Selasa minggu berikutnya. Sebab itu pada petang dan malam tiada kursus/bengkel. Pada sebelah petang peserta biasanya bermain sepak raga bulatan yang bolanya disediakan, tapi sebahagian ada yang suka merayau di pantai.
Program pada hari ini ialah perbincangan mengenai puisi-puisi contoh oleh penyampai kursus, iaitu sajak-sajak Muhammad Haji Salleh dan Usman Awang – Petikan teks disediakan, yang mereka berdua selaku penyair turut hadir. Turut sama hadir ialah Pengkritik Ali Ahmad (Alis Murni).
Puisi Muhammad biasanya bersifat renungan, patah-patah dan intelektual dan puisi Usman bersifat lembut, imaginatif, mendalam dan kadang-kadang emosional. Berikut dari itu jam 11.00 pagi ceramah bidang drama yang disampaikan oleh Krishen Jit, seorang tokoh drama terkenal pada masa itu. Manakala pada sebelah malam ialah membincangkan rumusan dari apa yang telah diikuti oleh peserta-peserta tanpa dihadiri pensyarah-pensyarah dan pihak penganjur – DBP. Banyak rasa tidak puashati diluahkan oleh pihak peserta-peserta.
Perbincangan (Bengkel) tentang karya-karya yang dihantar peserta sebagai syarat kehadiran mereka. Sajak-sajak yang dibincangkan ialah 5 daripada 10 yang dihantar peserta, tetapi tidak semua dibincang – dibuat pilihan lagi. Sajak-sajak yang dibincangkan ialah sajak-sajak
Ahmad Sarju, Shafie Abu Bakar, T. Alias Taib, Omar Muhammad Nor dan Nahmar Jamil yang dikendalikan oleh Muhammad Haji Salleh dan Baha Zain. Pada sebelah petang rehat, tetapi pada sebelah malam ada perjumpaan antara peserta kursus dengan pihak pensyarah, iaitu Muhammad Haji Salleh, Ali Ahmad, Baha Zain dan Ajikik (Ismail Ahmad). Perbincangan antaranya tentang rungutan dan rasa tidak puashati peserta yang dibincangkan pada malam sebelumnya.
15 November – (Jumaat):
Menyambung perbincangan mengenai sajak-sajak peserta hingga ke tengahari dan tiada kegiatan lain pada hari ini selepas itu.
Pada hari Sabtu jam 9.00 pagi ialah perbincangan mengenai cerpen disampaikan oleh A. Samad Ismail. Penyampaiannya adalah baik. A. Samad Ismail menyediakan kertas kerja. Tetapi sebelah petang kosong dari program.
Pada hari Ahadini tiada langsung program. Mungkin dikira sebagai hari minggu. Namun semakin akhir semakin tidak teratur dan kosong dari kegiatan. Peserta-peserta ada yang mengambil kesempatan keluar berjalan hingga ke Melaka.
Pada hari Isnin ini juga tiada apa kursus atau bengkel. Antara mereka termasuk Penulis keluar berjalan di Bandar Port Dickson.
Dari pagi hingga ke petang juga tiada sebarang program
Pada malam Selasa sebagaimana dijanjikan ialah ulasan terhadap novel Merahnya Merah oleh Abu Bakar Hamid. Novel Merahnya Merah dihasilkan oleh Iwan Simatupang bersifat absurd, sebagaimana ia juga menghasilkan Kwong dan Kering. Novel Merahnya Merah adalah mencanggahi realiti, dihidupkan secara imaginatif. Watak-watak tidak bernama dan tidak bertempat.
9.00 – 10.45 pagi ada kursus disampaikan oleh Loyd Fernando Pensyarah Bahasa Inggeris di Universiti Malaya – Tajuk yang disampaikan ialah `Sastera dan Falsafah` agak berat judulnya. Persoalan menyentuh tentang hakikat keindahan (estetika) fungsi sastera di dalam memupuk kesedaran sosial dan rasa kemanusiaan, Penulis turut bertanya dalam sesi soal jawab.
Slot 9.00 – 10.45 pagi diisi dengan ceramah oleh Dr. Awang Had Salleh tokoh pendidikan juga Penulis novel antaranya Biru Warna. Beliau menyampaikan kursus berjudul Sastera dan Sosiologi, petang perbincangan bebas mengenai apresiasi dan malam diisi dengan ceramah oleh Profesor Mohd Taib Osman berjudul Kesusasteraan dan Kebudayaan. Seorang tokoh budaya dan sastera lama. Antara bukunya Tradisi Lisan Di Malaysia dan Kesusasteraan Melayu Lama.
Pada hari terakhir Jumaat. sebelah pagi ialah ceramah oleh sudara Kassim Ahmad dengan judul, Sastera Tradisi dan Sejarah. Saudara Kassim Ahmad terkenal dengan kajian Hikayat Hang Tuah, yang mengagungkan watak Hang Jebat sebagai wira - satu kelainan dari pengagungan terhadap watak Hang Tuah selama ini. Ceramahnya menarik dan banyak soalan-soalan yang dikemukakan termasuk dari Penulis. Pada sebelah petang ialah penyerahan bahan-bahan penulisan yang dihasilkan selama mengikuti kursus. Penulis menyerahkan Kumpulan Puisi 16 buah puisi – 6 buah puisi yang baru dihasilkan, manakala 10 yang pernah diserahkan dengan pembaikan..
Kursus dan bengkel adalah baik, Cuma kurang teratur terutama pada bahagian akhir kursus – bagai tidak terkawal. Sesungguhnya bagi penulis yang bersifat advanced itu masa mereka patut diisi dengan penghasilan karya, selain dari itu penceramah patut menyediaka kertas kerja. Setiausaha sepatutnya mencatat semua kegiatan. Dengan demikian segala kertaskerja dan hasil penulisan oleh para peserta dan perbincangan dapat diterbitkan. Ianya dapat menjadi panduan dan rujukan.
Pada malam terakhir diadakan persembahan apresiasi karya dramatermasklah oleh Abdul Aziz H.M. berjudul - Kuku Kakiku Kukikis-kikis. Persembahan dari hasil-hasil penulis patut juga diadakan seperti membaca puisi dan naskhah cerpen dan fragmen novel.