Sebenarnya memang nak update pasal China Trip. Lagi-lagi bulan 11 ni nak berjalan lagi.. Tapi takpelah, skip sekejap. Aku nak cerita percutian ke Port Dickson awal bulan 9 haritu. Hehe.
Kali ni nak feeling tidur kat hotel best sikit. Mulanya dah booking kat Lexis. Tapi last minute tukar plan, book kat Grand Lexis. Oh, kami booking kat Booking.com sahaja. Free booking, bayar masa check-in. Mudah kan? Dapat la semalam RM 600++. Oklah tu untuk yang pergi dalam group dan semuanya masih single. Haha perlu ke cakap single kannnn?? Disebabkan check-in pukul 4 petang (begitu lambat selalunya hotel lain pukul 2 petang, mungkin sebab pekerja nak cuci kolam awesome 1 jam, katil 1 jam, toilet 1 jam, ruang tamu 1 jam), kami pun plan jumpa di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada jam 10 pagi. Bila bersama rakan-rakan ini, aku memang begitu pasti kami akan bergerak sedikit lambat. Ye benar, pukul 11.30 macam tu baru gerak dari TBS ke Port Dickson. Haha.
Sampai Port Dickson, kami jengah makan tengah hari di Cowboy Place Nasi Kukus Ayam Panggang. Aku pernah pergi sini dulu (tahun 2011 kot) dengan member UiTM. Kedai yang berhampiran dengan PD World Marina Resort ni sangat mudah nak locate. Servis sangat cepat. Duduk je tak sampai 5 minit makanan sampai. Lagipun memang situ menu-nya 1 je. Makanan okay, sos & sup sedap juga. Harga sepinggan + air tembikai = RM 7.
Dah kenyang makan, pergi tengok pantai kejap. Ain teruja betul tengok laut setelah tidur dalam kereta. Tirah boring sebab hari2 tengok laut kat Penang. Hahah.
#DoingtheDaphne yang agak gagal.
Setelah itu jam 3 petang macam tu, kitorang pun nak redah je la kat Grand Lexis tu untuk check-in. Untung-untung boleh la check-in awal. Dan kami sangatlah beruntung okayyy! Sebelum pukul 4 dah baring atas katil empuk dalam bilik. Heheh. Aku rasa hari minggu memang full tempat ni kalau tak book dari awal. Sebab receptionist tu cakap kat someone yang walk-in, bilik dah full. So people, booking lah awal2 okay!
- 2 king size beds - Katil best.
- Can accommodate 04 persons - 5 also can!
- Private swimming pool with garden - Wanita macam kami ni siapa yang tak sukaaaa?? Senang kau!
- Dry Kitchenette
- Separate bath and toilet - Sexy toilet, I must say.
- Mini fridge - Masuk donut dan kek lapis dalam ni.
- In-room safe box - Duit banyak? Sumbat sini!
- Astro - 19 channels - Waktu rehat2 je tengok TV.
- 32" LCD flat screen TV
- Coffee and tea making facilities - For breakfast & tea- time!
- Electric kettle
- IDD telephone
- Individual air-conditioner
- Ceiling fan
- Microwave oven - Makan pizza pun boleh.
- Iron and ironing board (upon request) - Memang ada dalam bilik!
- Wi-fi - A must have!
- No pets allowed in rooms
All info from its website ya!
Bila masuk bilik tu, punya la teruja we'olls. Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk rasa pengalaman tu bersama kawan-kawan. Gambar wajib ado.
Lepas tu, terus berendam. Heheh.
Malamnya pula, kami dinner di Medan Ikan Bakar Port Dickson. Ada beberapa gerai je pun. Ada satu kedai ni namanya Samudra. Sedap sangat. Kami order Ikan Siakap 3 rasa, sotong tepung sedap, tomyam, kangkung goreng belacan. Dapat makanan terus diam je. Nyumssss. Harga semua RM 83++.
Esok pagi, lepas breakfast, kami berendam lagi sekali. Lepas tu baru bersiap untuk check-out pula jam 12 tengah hari. Sebelum tu, pusing-pusing duluuuu sekitar kawasan.
Ni kawasan Deluxe Suite with Garden Pool.
Ini tak pasti bilik jenis apa.
Yang ini dua tingkat. Boleh pilih nak stay atas atau bawah.
Air laut yang surut dan agak tak biru yer.
Semua gambar ni kat chalet atas laut. Cantik sangat pemandangan!
Overall, its worth it. Nak honeymoon kat sini pun macam syok je kan. *Verangan*.
Kepada rakan sekolahku dari Form 1, Zawani. Semoga semuanya dipermudahkan menjelang hari bahagia kamu! InsyaAllah jika diizinkan akan ke utagha nanti naaa! Love u lots!
p/s Kami dapat door gift awal! Hehe.