Khamis, 3 Januari 2013

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


UMNO Online - UMNO <b>Rasah</b> Laung Keyakinan Tsunami Politik <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2011 03:00 AM PST

Kategori Dari Bahagian

UMNO Rasah Laung Keyakinan Tsunami Politik Sudah Berakhir

Oleh : Azlina Rosdy.

RASAH, 19 JAN – UMNO Bahagian Rasah telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang dengan mensasarkan merampaskan semula kerusi parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada parti pembangkang.

Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Hasim Rusdi berkata gerak kerja telah diatur dan jentera parti telah pun menjayakan pelbagai program di peringkat akar umbi.

"UMNO harus bekerja keras untuk memastikan matlamat tercapai. Masa semakin menghimpit. Rakyat perlu disedarkan bahawa hanya BN yang mampu membela nasib mereka," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau turut menjelaskan, mengikut rekod 2009, keahlian berdaftar selepas pemutihan berjumlah lebih kurang 9500 orang.

"Jumlah ini semakin bertambah tahun lalu dan ini menambah keyakinan bahawa masyarakat sudah kembali menyokong UMNO dan BN.

"Saya yakin, gelombang tsunami 2008 telah berakhir. Usaha Keras UMNO telah mendatangkan hasil," jelasnya lagi.

Beliau menerangkan,di Parlimen Rasah, seramai 1292 orang telah dikenalpasti masih belum mendaftar dan gerak kerja telah disusun bagi menawan mereka ini untuk menjadi ahli UMNO.

"Malangnya, kebanyakan yang belum berdaftar ini adalah dari kalangan golongan pemuda. Oleh itu, kita telah berusaha keras untuk mendekati mereka. Kita telah pun mula menjelajah ke 59 cawangan dan membuka kaunter pendaftaran di kawasan strategik," terang beliau.

Ketika di minta megulas janji 100 hari pembangkang, beliau berharap rakyat tidak mudah terpengaruh kerana ianya semata-mata untuk meraih sokongan.

"Mereka sanggup membuat tawaran kerana pakatan pembangkang tidak mempunyai pengalaman mentabir kerajaan di peringkat pusat. Mereka hanya akan membuat negara muflis," katanya.

Baginya, pembangkang hanya pandai menabur janji sedangkan banyak lagi janji pilihanraya umum lalu tidak ditunaikan.

"Usah cerita janji 100 hari.  Pembangkang harus sedar sudah terlalu banyak janji yang mereka tabur. Tunaikan dahulu janji lama," ujarnya. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 19 January 2011 7:00 PM

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Gangguan Bekalan Air <b>Di Jelebu</b>

Posted: 14 Dec 2012 12:49 AM PST

14/12/2012 16:49:00

Beberapa kawasan di Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air Isnin ini berikutan kerja pembaikan paip.

Gangguan bekalan air mulai jam 8 pagi hingga 8 malam itu melibatkan Simpang Pertang, Kampung Putra Air Baning, Kampung Sawah Air Baning, Pertang, Pasoh 1, Pasoh 3, Pasoh 4 dan Geylang.

Bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


smk bandar baru <b>serting</b>: Hadiah <b>di</b> Hari Pertama Persekolahan

Posted: 02 Jan 2013 06:47 PM PST

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga sekolah. Selamat menjadi warga smkbbs kepada guru dan pelajar  yang baru mendaftar. 
Sebagai salah satu usaha pihak sekolah untuk menggalakkan kehadiran pelajar datang ke sekolah, satu  program iaitu cabutan bertuah telah diadakan. beberapa pelajar yang bertuah telah mendapat hadiah masing-masing. Hadiah disampaikan oleh Pengetua smkbbs, Pn Norhayati Mat Noor.


ads