Jumaat, 16 Ogos 2013

05 di senawang - Google Blog Search

05 di senawang - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di sikamat</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jul 2013 11:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Edaran bubur lambuk oleh Adun <b>Sikamat di</b> Masjid <b>Sikamat</b>

Posted: 15 Jul 2013 09:33 PM PDT

Ahad lepas bertempat di kawasan bazar Ramadhan berhadapan Masjid Sikamat, Taman Desa Rhu telah berlangsung program edaran bubur lambuk kepada orang ramai. Turut sama dalam program ini Adun Sikamat YB Aminuddin Harun. Program anjuran Pejabat ADUN Sikamat ini menjadi acara tahunan tiap kali bulan Ramadhan.

Tanah Lot Bungalow Untuk Dijual <b>Di Sikamat</b>, Seremban. | Rumah <b>...</b>

Posted: 26 Jun 2013 06:55 PM PDT

Description

Type: Land
Daerah: Seremban
Mukim: Sikamat
Land Area: 5400sq.ft. (60×90)
Title type: Leasehold
Other info: Bumi Lot.

Keterangan :
– Lokasi: Taman Perwira, Sikamat.
– Landmark: Terletak di bahagian belakang padang Tmn Perwira.
– Tanah lot bungalow yang luas 5400sq.ft. dan keadaan tanah rata.
– Tanah dikeliling lot-lot rumah bungalow.
– Kurang 5 minit ke highway LEKAS.
– Kurang 7 minit ke Pusat Bandar Seremban.
– Kurang 15 minit ke Highway PLUS.
– 35 minit perjalanan ke PORT DICKSON.
– 40 minit perjalanan ke KLIA / LITAR F1.
– 45 minit perjalanan ke KUALA LUMPUR melalui PLUS.
– Kawasan didiami kebanyakan orang melayu.
– Berhampiran surau, taska, sekolah rendah dan sekolah menengah.
– Suasana yg damai dan jauh dari kebisingan.
– Kejiranan yang selesa.
– Suasana yang damai dan jauh dari kebisingan.
– Pembeli diperlukan SEGERA !!

Earnest Deposit 3% & Balance 7% masa sain S&P.
Lawyer & Loan akan diuruskan.

Adakan Anda Nak Jual Rumah?
Call sekarang untuk nasihat jual/beli PERCUMA*.

SERIOUS BUYER ONLY!!!!

Untuk sebarang pertanyaan hubungi:
Mr. Syahz 010-2212334

About The Poster

TransAsia Property Consultancy Sdn. Bhd. - VE(1)0187 Lot 2-10, Aras 2, Plaza Seremban, Jalan Dato' Muda Linggi, Negeri Sembilan. Tel/Fax: 06-7620673

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di sikamat</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jul 2013 11:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

N13 – <b>SIKAMAT</b> WAN SALWATI BTE HJ ABDULLAH - N9Kini

Posted: 17 Apr 2013 10:28 PM PDT

WAN SALWATI2

Wan Salwati Bte Abdullah , graduan Univrsiti Pertanian Malaysia , dilahirkan pada 19 05 1974 . Bertugas  sebagai Pegawai Khas di Kenterian Belia dan Sukan Malaysia, Exco Puteri UMNO Malaysia , Ketua Puteri UMNO Bahgian Seremban.Presiden MBNNS , Naib Presiden Majlis Belia Malaysia. Ahli Majlis kerja tertinggi Belia 4 B Malaysia.

Mengenali Wan Salwati yang merupakan seorang aktivis yang telah lama bergiat dan berkecimpung dalam kerja kerja kemasyarakatan dan juga merupakan pemimpin Puteri UMNO yang begitu komited dalam tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau.

Sayugianya beliau perlu diberikan peluang untuk menjadi wakil kepada rakyat di Sikamat yang memerlukan seorang aktivis yang aktif dan didikasi. Peluang ini juga akan memberikan peluang kepada Wan Salwati untuk mebimbang belia belia di Sikamat untuk aktif dalam program program kemasyarakatan dan membuka peluang peluang bagi belia belia ini mencorakkan masa hadapan mereka.

Wan Salwati Abdullah merupakan anak sulung dari 4 beradik kepada pasangan Tuan Haji Abdullah Awang Embun Dan Allahyarhamah Puan Norhayati Bt Hj Abdul Rahman dan merupakan cucu sulung kepada Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahman Bin Lembok Dan Allahyarhamah Puan Hajah Rogayah Haji Ahmad.Beliau juga merupakan cicit AllahyarhamTuan Haji Ahmad dan Allahyarhamah Puan Zainab.

Wan Salwati Abdullah dilahirkan dan dibesarkan di Kg Jiboi Baru Ampangan Seremban dan dibesarkan dalam suasana keluarga yang terlalu aktif dengan aktiviti kemasyarakatan,Politik dan agama.Maka tidak hairanlah jika beliau dan adik beradiknya yang lain sentiasa mengambil bahagian dalam setiap aktiviti2 yang melibatkan keagamaan,politik,belia dan kemasyarakatan.

Sikap yang sentiasa mengambil berat tentang masyarakat sekeliling yang ada dalam diri Wan Salwati sebenarnya didorong oleh datuknya Tuan Haji Abdul Rahman Lembok dan kedua ibubapanya yang sangat aktif berpolitik berpentaskan Parti Umno (Barisan Nasional).Arwah datuknya semasa hayat pernah memegang jawatan Pengerusi Tetap Umno Bhg Seremban dan merupakan tunjang kekuatan kepada Persatuan Sinaran Muda Ampangan (PSMA) dan MAYC N.Sembilan.Manakala Ayah dan ibunya merupakan orang kuat Umno di Seremban dan tunjang kekuatan Belia 4b N.Sembilan.Sifat2 kepimpinan ini lah yang teresap ke jiwa Wan Salwati dalam terus memperjuangkan perjuangan yang ditinggalkan oleh datuk dan ayah ibu nya.

Agenda perjuangan melayu dan Islam adalah asas kepada perjuangan pemimpin wanita muda ini tanpa meninggalkan bangsa-bangsa lain yang dilihat perlu sama dibela secara berterusan demi memantapkan Ukhwah Masyarakat di Malaysia.

Wan Salwati merupakan ibu kepada 5 orang Puteri dan Isteri kepada seorang Pensyarah Maktab Perguruan Raja Melewar Sikamat Seremban.Pengorbanan suami dan anak-anak mendorong Wan Salwati lebih gigih di persada politik tempatan hingga beliau disayangi keluarga,rakan taulan dan sahabat handai dan di hormati lawan.

Wan Salwati Abdullah sekarang ini memegang tampuk amanah sebagai Ketua Puteri Umno Seremban dan menjawat tugasan sebagai Exco Puteri Umno Malaysia.Beliau kini merupakan Pegawai Khas kepada Menteri Belia Dan Sukan.Wan Salwati juga memegang jawatan Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan dan yang terbaru tercalon sebagai wakil Barisan Nasional bagi DUN SIKAMAT untuk PRU13.

Mendapat pendididkan awal di Sek Ren Keb. King George V Ampangan Seremban sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sek Men Agama Ampangan dan Sek Tunku Ampuan Durah Sikamat Seremban.Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Institut Teknologi Tun Abdul Razak dan kemudiannya menamatkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia.

Kredit : Page N13 Dun Sikamat BN Wan Salwati

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


NGO Cina peringati pejuang Komunis dan Kuomintang <b>di Seremban</b>

Posted: 14 Aug 2013 02:25 AM PDT


Senbaik saja tentera Jepun menakluki Malaya dan Singapura, kampetai Jepun telah mengarahkan pembunuhan elemen-elemen anti Jepun di kalangan masyarakat Cina.

Puluhan ribu kaum Cina terbunuh dengan sekurang-kurang 50 ribu mati di Soo Ching Masaccre (pembunuhan beramai-ramai Soo Ching).

Kumpulan anti Jepun kaum Cina ini dibiayai oleh tentera Komunis dan Nasionalis dari China.  Baca WIkipedia SINI

Baru-baru ini, pada Ogos 11hb, satu upacara perletakan kalungan bunga di Tugu Peringatan bagi  mangsa dibawah pemerintahan Tentera Jepun di tapak perkuburan Sendayan Seremban telah blangsung. Tujuannya adalah memperingati rakyat yang terkorban semasa penaklukan Tentera Jepun pada tahun-tahun 1941 hingga 1945.


Majlis dianjur oleh Dewan Perniagaan Cina, negeri Sembilan dan disokong oleh enam buah NGO Cina Negeri Sembilan. Seramai 100 orang wakil NGO-NGO Cina Negeri Sembilan termasuk wakil rakyat Pkatan Rakyat negeri Sembilan seperti Chai Tong Chai- Adun PKR Chuah dan Chew Seh Yong- Adun DAP Bahau.

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan Tugu tersebut bagi kali ke 68 sebagai memperingati mangsa korban di Negeri Sembilan semasa penaklukan Tentera Jepun disamping bagi meraikan Sambutan Hari Keamanan Sedunia 815.

Sebanyak 96 buah Persatuan Cina Negeri Sembilan telah mengambil bahagian meletakan kalungan bunga. Turut sama hadir adalah wakil dari Universiti of The Ryuyus Jepun dan Persatuan Persahabatan KuoMin China. Kehadiran mereka ialah mengumpul bahan sejarah zaman penaklukan Tentera Jepun di Malaya.

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Cik CuitCuitGeram: ...Sukaneka <b>di Teluk Kemang</b>, Port Dickson <b>...</b>

Posted: 23 Jul 2013 01:17 AM PDT

Tadi kan baru je update pasal stress ngan orang yang mengata belakang kan?? sekarang nak cerita stress tu yang dah hilang jauh jauh sebab Port Dickson..Pada 07/07/2013 iaitu hari ahad 2 hari sebelum puasa hari tuh.. saya dan akak akak opis telah pergi bercuti ke Port Dickson tapi tak tahu lah patot panggil bercuti ke tidak sebab pergi sehari je.. Orang KL panggil balik hari..dok gitu??hehee..

Ahad tu dalam pukul 8.15 pagi kami sume kuar rumah dan bertolak ke Port Dickson tapi sebelum tu kami berkumpul di Tol Sungai Besi.. yelah..kami ni nak berkonvoi so kene la berkumpul dulu.. bila dah sume terjumpa dekat sungai besi tu.. kami sempat la bergambor.. amboii.. memang kaki bergambar punye orang nih... heheeee

Mase ni aida xdek lagi sebab die masuk dalam shell tu nak carik spek mate katenye.. nyesal tak beli spek mase dekat MR. DIY hari tuh.. tu la.. orang suh beli xmoh beli..hahaa.. kan dah nyesal..

Haaa...mase ni barulah sume orang ade.. inilah AJK AJK yang terlibat..
Kak Su, Saya, Kak Yat and Aida..dari pengumpulan duit, beli hadiah, balut hadiah, makanan dan sebagainya lagi.. sume kami buat sendiri.. berempat je okay.. kau hadooooo???? hahahh..
Dalam perjalanan ke sana tu kan.. sempat la beberapa kamera hak milik terpelihara amik gambor jambatan bunian yang orang duk sebut sebut tu.. wallahualam betul ke tak cerita tu tapi daripada gambar dan pengamatan kami jambatan tu memang tak ade jalan dekat hujung dia..
Macam ni ha.. macam ni...
Haaa.. ni lah jambatan tu..orang kata negeri sembilan punye kerajaan memang saja bina jambatan ni sebab nak suh bunian tu lalu dekat atas supaya tak mengganggu perjalan pemandu kenderaan pada waktu malam sekaligus boleh mengelakkan kemalangan daripada berlaku..haaa gituuu.. tapi terpulang lah pada anda sama ada mahu percaya atau tak kerana hak percaya adalah hak anda..
Jambatan ni kan die hanya stop kat ctu je.. dan takde sambungan jalan tar lagi lepas tu.. itu boleh membuatkan kita pelik jugak tapi takpe.. kita jangan rungsing2..selagi kita tak buat sesuatu yang jahat.. Insya Allah kita akan dilindungiNYA selalu.. kenalah ingat Allah SWT baru lah kita tak akan jumpa benda yang pelik2 kan..insyaallah ..amin.. 
Kami sampai dekat PD dalam pukul 10 pagi macam tu la.. alhamdulilah selamat kami sume sampai.. alhamdulilahh.. bila dah sampai masing masing busy menolong angkat barang barang yang banyak tu dan kitorang pun jumpa la port yang cantik dan strategik sangat untuk aktiviti kami pada hari tu...
Ni lah hasil tungkus lumus kerja kami membalut hadiah.. hasil kerja tangan AIDA, SAYA dan KAK SU.. Sempat pun siap sebelum aktivit kami hari ni..heheee

Yang kiut Miut ni saya yang balut.. penat jugak la sebab gelas tu saya balut satu satu pastu team plak ada 3.. dalam setiap team plak ade 4 orang peserta so letih gak la nak kene balut 4.. pembalut plak dan dan xcukup pastu nasib baiklah kak su ada extra pembalut.. so berjaya jugak melaksanakan proses pembalutan hadiah ini..
Inilah himpunan hadiah2 yang telah dibuat dan akan diberikan kepada sume peserta yang menang hari ni tapi jangan bimbang sebab sume akan dapat dan tak terkecuali lah.. adil dan saksama la katakan..hehee
Aida nampaknya sedang menuangkan sos cili ke dalam bekas ya.. untuk menyenangkan rakyat2 jelata mengambilnya sekejap lagi..

Apalah yang dibincangkan tu ya??

Muka saya dipenuhi NUR..putih suci murni dengan cahaya itu..hahaa

Kekonon sedang busy menyediakan makanan nye punn aduiiii



Mase ni dah kelaparan sesangat dah lagi lagi dengan kak yat wat nasi lemak.. sodapnyooo laaaa.. tu yang laju je saya amik makanan tuh..hahaa

Muka happy sebab dapat makan..hahaaaa

Tengah berebut lauk ngan boi..

Suka sangat la kita sume ni..balik nanti jangan menangis sudahhh..hehe

Amboi kaksu kemain over die.. peluk rerapat sangat tuh..nasib baik laki dia.. so suka hati dia la.. hahaaa
Jom menjamu nasi lemak bersama yaa kawan-kawan

With cik Aida.. my officemate..ex-classmate..ex-roomate..hehee

Budak berdua ni tak peduli makan dah kalo dah start main..

aummm..sedapnya nasik lemak kak yat ni,, yeayyay

Dia tengah makan dadih buatan beta..hehee
with Kak Su, Boi dan Kak Yat
Lihat lah kegagahan kami.. jyeaaahhhh

With akak akak yang sporting and happening..

Di antara mereka mereka yang menghadirkan diri pada hari itu.. tak semua orang lagi ni sebab ade dah yang terjun dalam air,,tak nyempat pape dorang ni dah main air,, dasatttt...yang ni plak belum mula aktiviti dah bergambar sakan.. belum start lagi tu.. kalo dah start tu macam mana la gamaknye.. hahaa
Terima kasih la untuk adik adik kak yat dan kawannya sebab sudi menghadirkan diri mengikuti aktiviti kami pada hari itu.. kami amat2 lah berbesar hati kerana sudi memeriahkan lagi majlis merangkap aktiviti yang kami anjurkan..heheee


05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di paroi</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Aug 2013 11:21 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di paroi</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jul 2013 11:23 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Umno N.Sembilan dan Malaysia tumpu kempen <b>di Paroi</b>

Posted: 23 Apr 2013 08:27 PM PDT



Pada Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 , PAS di Negeri Sembilan hanya memenangi satu kerusi DUN sahaja iaitu di Paroi dalam Parlimen Rembau. Hj Mohamad Taufek Abd Ghani pada ketika itu menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS N.Sembilan telah menewaskan calon Umno.
Kini dalam PRU-13 tahun 2013 , semua jentera Umno tertumpu di Paroi, untuk memastikan kemenangan Umno di Paroi.
Dato Seri Mohamad Hasan selaku Pengerui Barsian Nasional N.Sembilan dan juga calon Umno DUN Rantau yang begitu yakin Umno akan menang besar di DUN Rantau, DUN Chembong dan DUN Kota tertumpu kempennya di DUN Paroi.
Khairy Jamaluddin yang merupakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, calon Umno Parlimen Rembau juga begitu yakin akan mendapat undi yang banyak di DUN Rantau, DUN Chembong dan DUN Kota, juga tertumpu kempennya di Paroi bersama bapa mertuanya Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi.
Ini terbukti dengan berita-berita kempen di laman web http://n9kini.com , hampir majoritinya ialah di DUN Paroi.
Apa khabar pengundi dan petugas Umno di DUN Chembong, DUN Rantau, DUN Kota, DUN Lenggeng, DUN Pilah, DUN Johol, DUN Senaling, DUN Klawang serta lain-lain DUN seluruh Negeri Sembilan selain DUN Paroi?

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


bumbung bocor <b>di</b> sri pajam, <b>nilai</b>, <b>negeri sembilan</b> - about plumbing <b>...</b>

Posted: 03 Jul 2013 07:15 PM PDT

Saya telah dihubungi oleh En. Zaini yang tinggal di Taman Mulia, Sri Pajam, Nilai, Negeri Sembilan. Beliau telah meminta saya mencari punca kebocoran yang sering terjadi apabila hujan. Terdapat beberapa kesan air di siling rumah beliau. Saya telah memanjat bumbung dirumah beliau dan mendapati kedudukkan rabong telah beralih dari tempat asal. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini. Untuk memahami punca-punca berlakunya kebocoran sila lihat penerangan dibawah  dan pada entri-entri saya di sini dan sini sebelum ini.
Ini adalah rabong yang telah beralih kedudukkannya. Terdapat simen yang ditutupi bahagian tepi rabong telah pecah.

Gambar rabong yang telah diambil dari dekat. Terdapat beberapa keping atap genting yang telah pecah.

Ini adalah proses membuka dan mengeluarkan rabong yang telah rosak dan pecah tadi. Proses membuka sedikit demi sedikit rabong dan atap genting. Disamping itu, proses mengenal pasti kebocoran selain daripada rabong yang beralih tempat tadi. Ini adalah proses menyusun semula rabong ke kedudukkan asal. Sebelum penyusunan itu dilakukan, satu lapisan yang dipanggil 'roofing flat' telah dipasang terlebih dahulu. Setelah itu, barulah dibahagian tepi rabong disimen semula supaya rabong ini tidak beralih dari kedudukkannya. En. Zaini telah meminta saya memasang inlet dan outlet bagi mesin basuhnya. Gambar ini adalah sebelum inlet/outlet dipasang. Gambar ini pula setelah inlet dan outlet dipasang.

PENERANGAN

Keretakkan Konkrit :- 
keretakan kontrit sering berlaku pada bumbung rumah yang dibina dengan menggunakan cara 'concrete slab gutter'. Kebiasaannya amat sukar untuk mengenal pasti tempat berlakunya kebocoran dengan tepat.

Keretakkan atap genting :-

  • keretakkan atau pecah pada rabong atau atap genting biasanya berlaku semasa pemasangan atap dilakukan. Ini terjadi kerana pekerja-pekerja pemasangan atap akan berjalan dan memijak atap-atap tersebut.
  • hujan yang lebat serta ribut juga boleh menyebabkan atap genting pecah dan rabong akan teralih dari tempat asalnya. Ribut juga boleh membawa objek-objek keras seperti batu dan besi dan menghempap bumbung.
  • atap genting yang pemasangannya adalah baru, jika kebocoran berlaku ia mungkin disebabkan oleh kecerunan atap yang rendah. Apabila hujan turun dengan lebat disertai dengan angin yang kuat ia akan menolak air yang turun naik keatas semula (berpatah balik atau 'reverse flow'). Jika selisih atau cerun atap rendah maka mudahlah air menitis ke dalam siling rumah.
  • adalah sukar untuk mengenalpasti berlakunya kebocoran jika ada pemasangan aluminium foil dibawah atap kerana ia menghalang kita mengenal pasti tempat sebenar yang bocor.

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di linggi</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jul 2013 07:18 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Syeikh Muhammad Said Sheikh Jamaluddin al-<b>Linggi</b> - cahaya <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2013 12:24 AM PDT

                                            
                                           
Pada tahun 1905, masyarakat Melayu Kelantan menjadi gempar dengan sebab "telah jatuh di dalam negeri sahaya satu pekerjaan yang pelik. tiada pernah jatuh lagi dahulunya iaitu datang seorang nama Haji Encik Sa'id bin Haji Jamaluddin Linggi ke Kelantan mengajarkan ilmu tariqat Ahmadiyah." 

Demikianlah, antara salinan isi warkah pertanyaan daripada Raja Kelantan, bertarikh 14 Ramadhan 1323 (bersamaan 12 November 1905) yang diutus "kepada orang tua sahaya, Wan Ahmad bin Haji Wan Din Patani, seorang tokoh ulama' besar Alam Melayu yang menetap di kota Makkah. Haji Encik Sa'id -tokoh kontroversi yang telah mencetuskan keresahan tersebut itulah yang hendak kita perkenalkan pada kali ini. 

Latar Diri Keluarganya :

Nama penuh Haji Encik Sa 'id ialah Haji Muhammad Said bin Haji Jamaluddin bin Haji Idris. Dikenali juga dengan panggilan al-Syaikh Muhammad Said al-Linggi al-Jawi. Datuknya, Haji Idris anak Hajjah Rahimah binti Khatib Musa bin 'Amaluddin bin Awaluddin @ Dato' Awal bin Faqih@ Daeng Abdul Malik adalah seorang alim yang salih lagi keramat. Hampir separuh dari usianya dihabiskan di kola ilmu Makkah kerana menuntut ilmu. Haji Idris berketurunan campuran Minangkabau-Bugis Linggi. Ini kerana isteri Khatib Musa yang berama Zalikha itu adalah anak seorang pembesar di Kampung Semabuk, Minangkabau. Manakala Dato' Awaluddin pula disebut-sebut sebagai penoroka daerah Linggi (1783) di Negeri Sembilan. Satu sumber lain mengatakan nasab sebelah datuk bapanya sampai kepada Saidina Abdullah bin Abbas, sepupu Rasulullah s.a. w. Dikatakan demikian kerana suami Hajjah Rahimah, iaitu Haji Abdul Mu'min Linggi bin Syaikh Muhammad Nakhoda Minangkabau bin Ahmad bin Umar bin Saleh bin Abdullah adalah berasal dari Hadramaut. 

Bapanya sendiri, Haji Jamaluddin (1835 -188) adalah seorang tokoh ulama' Melayu Negeri Sembilan yang pernah diberi kepercayaan mengajar di Masjid al-Haram semasa bermukim di kola Makkah. Dia masyhur zahid, berpendirian memada dan dikmniakan pelbagai karamah yang pelik-pelik. Diceritakan, pada hari matinya, dia tidak meninggalkan sebarang wang walau sesen pun! 

Ibunya, Hajjah Safiah binti Haji Muhammad Saleh al-Fatani adalah seorang Qurra' yang terkenal elok bacaannya lagi penyantun. Pernah menjadi guru Qira'at al-Quran baik semasa tinggal di Makkah, mahupun ketika berada di Patani. Murid-muridnya tidak terbilang kerana terlalu ramai. 

Manakala datuk sebelah ibunya, Haji Muhammad Saleh al-Fatani yang masyhur keramat itn adalah seorang guru pondok yang teralung pada zamannya. Murid-muridnya tidak kurang 500 orang pada satu-satu masa. Haji Muhammad Saleh berkahwin dengan Hajjah Mariam, juga terkenal dengan kesalihannya. Bapa Hajjah Mariam. Syaikh Abdul Rashid al-Fatani(4) pun seorang tokoh ulama' yang termasyhur pada zamannya, dianugerahi Allah dengan beberapa banyak keistimewaan yang tersendiri.
Ringkasnya, Muhammad Said lahir di tengah-tengah rumpun keluarga alim alama' yang terkemuka dan yang alim turun-temurun. 

Kelahirannya 

Muhammad Said dilahirkan di perkampungan Syi'b Ali Makkah "pada hari Sabtu yang keempat atau yang ketiga daripada bulan Sya'ban tahun 1292″ (5) yang bersamaan dengan 25 atau 18 September 1875.
Dipelihara ibu dan neneknya (Hajjah Mariam) kerana ketika itu bapanya sedang berkhidmat di Tanah Jawi. 

Zaman Remajanya

Pada tahun 1882, ketika bernsia 7 tahun, Muhammad Said dibawa pulang ke Patani, tanah tumpah darah ibunya. Beliau dibesarkan di sana sehinggalah umurnya meningkat 12 tahun. 

Muhammad Said sungguh bertuah kerana ibunya seorang yang fasih dalam bidang qira'at al-Quran. lbu yang salihah inilah yang mendidik dan membentuk peribadinya. Lantaran itu tidak hairanlah jika beliau tergolong seorang kanak-kanak yang sangat elok akhlaknya lagi cerdas pula akalnya. 

Guru-guru Awalnya : 

Pada tahun 1887, barulah beliau dihantar mengaji di luar rumah. Empat orang gurul awalnya ialah Syaikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani (Tuan MinaI), Haji Awang (Tuan Semel atau Dato' Semela), Dato' Nahu dan Syaikh Muhammad Nuh yang berasal dari negeri Kedah. Beliau mempelajari ilmu-ilmu fiqh, usuluddin, tasawwuf, nahu dan macam-macam ilmu lagi. Dikecualikan Tuan Minal, ketiga-tiga orang guru yang akhir itu adalah bekas murid datuknya Syaikh Abdul Rashid al-Fatani.
Muhammad Said adalah seorang pelajar yang bercita-cita tinggi, tekun belajar, malah pernh tidak tidur malam sampai terbit fajar kerana tidak menyedari matahari telah naik. Bahkan, ada "ketika-ketika mengalir kedua matanya akan darah daripada terlampau banyak menilik kepada kitab-kitab". (Risalah Kanz al Mu'id karangan anaknya Haji Ahmad).
Setahun kemudian (1888), bapanya meninggal dunia semasa berusia 54 tahun (Hijri). Dikebumikan di tanah perkuburan Linggi, Negeri Sembilan. 

Ke Makkah 

Pada tahun 1895, ketika berumur 17 tahun, Muhammad Said belayar ke kota ilmu Makkah bertujuan mendalami pengajiannya. Antara puluhan gurunya tersenarailah nama-nama seperti berikut :- 

1. Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.
2. Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani.
3. Sayyid Abi Bakr Syata.
4. Syaikh Ahmad al-Manshawi.
5. Syaikh Umar al-Shami.
6. Syaikh Muhammad Said bin Muhammad Babasil (Mufti Shafi'i)
7. Syaikh Abdul Karim al-Daghastani.
8. Syaikh Muhammad bin Yusuf al-Khayyat.
9. Syaikh Umar bin Abi Bakr Bajnnid.
10. Syaikh Mubammad Said bin Muhammad al-Yamani.
11. Syaikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif Minangkabau.
12. Syaikh Zainuddin Sumbawa.
13. Syaikh Wan Mnhammad Ali Kutan.
14. Syaikh Wan Ahmad bin Mnhammad Zain Patani. 

Ke Madinah

Muhammad Said termasuk seorang penuntut yang gigih dan bersemangat waja. Pernah bermusafir secara berjalan kaki ke Madinah kerana ziarah makam Rasulullah (sesudah beliau bermimpi menemui baginda). Semasa berada di Madinah beliau berpeluang berguru dengan Sayyid Ja'far al-Barzanji, Mufti Shafi'i. 

Ke Mesir :

Kemudian meneruskan perjalanan ke Bait al-Maqdis dan akhirnya ke negara Mesir melanjutkan kefaharnan tentang selok-belok ilmu fiqh empat mazhab. Di sana beliau mendalami ilmn-ilmu syara', naql dan aqal. Antara lainnya berguru dengan Syaikh al-Jami' al-Azhar iaitu Syaikh Shamsuddin al-Anbani dan dengan Syaikh Ahmad al-Rifa'i al-Maliki, iaitu sebesar-besar ulama' Mazhab Maliki di dalam Azhar zaman itu (1896). 

Pulang Ke Makkah : 

Selanjutnya beliau pulang semula ke Makkah. Belajar ilmn tariqat dengan Syaikh Muharnmad bin Ahmad al-Dandarawi(7) (meninggal dunia di Madinah pada 19 Febrnari 1909). Akhir sekali Muhammad Said diberi ijazah tariqat Ahmadiyah, iaitu pada hujung tahun 1318 Hijrah (bersamaan pertengahan April 1901).
Alhasilnya., guru Muharnmad Said berjumlah 50 orang lebih. Belian diketahui alim dalam ilmu-ilmu alat, usuluddin, fiqh empat mazhab; juga ilmu ruhani, hikmat, falsafah, al-Qur'an dan sebagainya. 

Sahabat-sahabatnya : 

Antara sababat-sahabat seperguruan termasuk Tuan Mukhtar Bogor, Tuan Husain Kedah, Pat Wan Sulaiman Kedah, Haji Abdullah Pat Him Seberang Perai, Syaikh Uthman bin Abdul Wahhab Sarawak (meninggal 29 Julai 1921), Sidi Muhammad.

Anak-anaknya : 

Sepanjang hayatnya Syaikh Muhammad Said disebut-sebut berkahwin sembilan kali dan dikumiakan 32 orang anak. Salah seorang isteri utamanya ialah Siti Zubaidah binti Haji Said Rembau.
Berikut disenaraikan anak-anaknya yang agak terkenal : 

1. Haji Abdullah (1905-1956), Kampung Gedung Lalang, Ampangan, Seremban. Anak sulung yang mngambil tugas khalifah tariqat Ahmadiyah selepas kematiannya. 

2. Haji Ahmad (6 April 1910 -7 Januari 1964). Khalifah yang kedua selepas Haji Abdullah. Pengasas Pondok Rasah (1935) dan Mufti Negeri Sembilan yang pertama (semenjak 1950); mendalami pengajian di Makkah dan mewarisi sifat kealiman bapanya. Mempunyai empat orang isteri dan 37 orang anak -8 orang telah lulus Universiti dalam negeri dan 8 orang lagi lepasan Universiti al-Azhar. Menghasiikan puluhan karya penulisan. termasuk Kanz al-Mu'id yang mengisahkan manaqib Syaikh Muhammad Said, juga merupakan sumber utama tulisan makalah ini. 

3. Haji Abdul Rashid, Teluk Kurau, Singapura. Khalifah yang ketiga selepas Haji Abdullah dan Haji Ahmad. Sangat dihormati dan disegani orang-orang Melayu Singapura. 

4. Baji Mansor, Ampangan, Seremban (meninggal I981). 

5. Haji Mohammad Nor (meninggal 198l). 

6. Haji Muhammad Hamid. 

7. Haji Ibrahim (dengan isterinya, Hajjah Wan Safiah Kota Bharu) -bapa kepada Haji Idris Ibrahim, bekas Ahli Parlimen Setapak, Wilayah Persekntuan. 

8. Haji Mahadi (1914 -20 Febuari 1983), Taman Maluri, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Anak kelapan dari 15 orang adik beradik dan yang paling manja sekali dalam keluarganya. Lulusan Madrasah al-Falah, Makkah. Seniman terkenal, berlakon dalam 76 buah filem. Lakonan sulungnya adalah secara kebelulan, iaitu sebagai pelakon lambahan dalam filem Penghidupan (1951). Anak Melayu yang perrtama menjadi Pengarah filem -Permata di Perlimbahan (1952). Semasa mudanya (1939) pernah bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu. 

Peribadinya

Syaikh Muhammad Said adalah seorang tokoh ulama' yang berperibadi sederhana. Tidak inginkan kemegahan dan kesenangan hidnp. Bersifat zahid, qana'ah, pemaaf, sabar, wara', tawadhu', pemalu, pemurah, kuat beramal dan berkhalwat. Dianggap sebagai seorang wali Allah dan doanya makbul. Beliau suka menolong orang yang dalam kesusuhan. Memandang makhluk-makhluk lain dengan penuh timbang rasa dan kasih sayang. Semenjak menuntut ilmu di Makkah dan di Mesir lagi telah terzahir kelebihan-kelebihan wara', salih serta keramatnya. Sebagai seorang ulama' yang amat dihormati dikenali di Negeri Sembilan beliau sangat dikasihi Tuanku Mohammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (mangkat 1 Ogos 1933) dan amat disayangi Dato' Kelana Ma'mur (1889 -1945). 

Karya Tulisnya

Walaupun Syaikh Muhammad Said ada menghasilkan beberapa banyak karangan sendiri juga terjemahan, kebanyakannya belum dicetak dan sukar diperolehi. Antara yang sudah dapat dikesan adalah seperti berikut : 

1. Syarh Kunuz al-Jawahir al-Nuraniyyat fi Qawaid al- Tariqat al-Shadhilliyah. Ia disebut juga Risalah al Fawa'id atauRasail Jawiyyah. Selesai terjemah pada akhir Rabiulawal 1323 (3 Jum 1905). Membicararakankan keistimewaan Sidi Ahmad bin Idris dan cerita-eerita yang bersangkutan dengan ajarannya, termasuk cara beramal dan pelbagai faedah lainnya. Tercap di tepinya al-Ahzab al-Irfaniyyah.

2. al-Ahzab al-Irfaniyyat Wa al-Awarad al-Nuraniyyah. Siap ditulis di bandar Singapura pada 15 Rabiulawal 1323 (3 Jun 1905). Bemkuran 18 1/2 tak 14 sentimeter dan tebalnya 200 muka. Mengandungi himpunan doa dan hizb. 

3. Kashfal-Ghiba an Haqiqal al-Riba

4. Sullam al-Ta'rif ila 'Ilm al-Tasrif(ilmu sarf).

5. Risalah Farb (juga mengenai ilmu sarf). 

6. al-Kashf wa al-Tanfis an Ashab Sidi Ahmad bin Idris.

7. Makalah Kaifiat mengerjakan Tarawih yang 10 rakaat.

8. Perjalanan mendirikan Jumaat.

9. Wazifah-wazifah bagi orang salik pada permulaan suluknya.

10. Manuskrip syair Arab tanpa tajuk, sepanjang 142 baris yang ditulisnya di Tanah Melayu. Mengupas tentang kesesatan Kaum Wahabi dan kekarutan mereka. 

Meninggal Dunia : 

Ajalnya tiba pada malam Ahad, 12 Rabiulawal l345 bersamaan 18/19 September 1926, ketika berusia 53 tahun (Hijriyah). Lebih 5000 orang mengiringi jenazahnya, termasuk Tuanku Muhammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Dikebumikan di tanah perkuburan Islam Ampangan., iaitu sebuah kawasan berbukit di bandar Seremban.
Beliau meninggalkan seorang ibu, seorang saudara perempuan kandung, seorang anak saudara dan beribu-ribu orang murid yang bertebaran di seluruh Semenanjung.
Sebagai mengenangkan jasa baktinya maka Sekolah Ugama Menengah Tinggi Negeri Sembilan (ditubuh 1959) yang mulai 1977 diambil alih pentadbirannya oleb Kementerian Pendidikan dilambangkanan sempenan namanya : SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. 

Dipanjangkan oleh, 

(DATO' MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD)
Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
14hb. Zulhijjah, 1419/lhb. April, 1999.

(Tamat)

Sumber: Dari simpanan peribadi Dato Mohd Murtadza Bin Hj. Ahmad.

Artikel Kedua

Shaykh Muhammad Said Linggi Mursyid Thariqat Ahmadiyah

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

ASAL USUL

Selain nasab ke atas sebelah lelaki yang berasal dari Hadhralmaut, dapat dipecahkan lagi bahawa datuknya, Haji Idris itu berkahwin dengan Hajah Rahimah binti Khatib Musa bin Amaluddin bin Awaluddin. Dalam Kanzul Mu`id tertulis bahawa Awaluddin dimasyhurkan dengan Dato' Awal anak Faqih yang dimasyhurkan dengan Daeng Abdul Malik. Bahawa keturunan ini ada hubungan dengan Daeng Kemboja, yang dimasyhurkan dengan Marhum Janggut Yamtuan Muda Riau. Marhum Janggut pula adalah putera Upu Daeng Perani. 

Hajah Rahimah (nenek Syeikh Muhammad Said) tersebut ibunya bernama Zulaikha binti Dato' Karkung berasal dari Minangkabau, termasuk kerabat ulama besar bernama Syeikh Ismail bin Abdullah al-Khalidi al-Minankabawi, penyusun kitab Kifayatul Ghulam. 

Ibunya bernama Hajah Shafiyah binti Haji Muhammad Shalih al-Fathani (meninggal dunia pada 12 Rabiulakhir 1352 Hijrah). Ayah kepada ibunya ini adalah seorang ulama Patani yang mempunyai murid yang ramai. Neneknya (ibu kepada ibunya) bernama Hajah Maryam, beliau adalah keturunan Syeikh Abdur Rasyid al-Fathani, satu-satunya ulama Melayu yang pernah mengajar di Masjidil Aqsa. 

PENDIDIKAN 

Ketika mengikuti pengajian sistem pondok di Patani, Muhammad Said berguru kepada ulama terkenal, iaitu Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani (Tuan Minal), pengarang pelbagai kitab Melayu/Jawi. Guru-gurunya yang lain ialah Tok Nahu, Syeikh Muhammad Nuh Kedah, Tok Semela dan lain-lain. Semua ulama yang tersebut adalah murid pula kepada datuknya, Syeikh Abdur Rasyid. 

Sewaktu berusia 17 tahun, beliau berangkat ke Mekah untuk melanjutkan pelajarannya. Guru-gurunya di Mekah yang tersebut dalam Kanzul Mu`id sangat ramai, di antaranya yang berasal dari dunia Melayu ialah: Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi, Syeikh Zainuddin as-Sumbawi, Syeikh Wan Ali al-Kalantani dan Syeikh Ahmad al-Fathani. 

Di Madinah, Muhammad Said pernah belajar kepada Sayid Jaafar al-Barzanji, Mufti Mazhab Syafie di Madinah al-Munawwarah. Beliau pernah pula mengembara memperdalam ilmu ke Mesir. Di sana beliau sempat belajar kepada Syeikh Syamsuddin al-Anbaby, Syeikh al-Azhar pada zaman itu. Juga beliau belajar kepada Syeikh Ahmad ar-Rifa'ie, ulama besar Mazhab Maliki di al-Azhar. 

Di dalam bidang yang khusus, beliau menerima Thariqat Ahmadiyah ar-Rasyidiyah ad-Dandarawiyah daripada Sayid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi. Dengan Thariqat Ahmadiyah inilah beliau mencapai kemuncaknya sebagai Syeikh Mursyid Thariqat Ahmadiyah yang terbesar di dunia Melayu. Murid-muridnya dalam bidang Thariqat Ahmadiyah meliputi Cam di Kemboja, Patani, Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak), Singapura dan Brunei Darussalam. 


PENYEBARAN THARIQAT AHMADIYAH

Di dalam ulama dunia Melayu terdapat beberapa orang guru Muhammad Said, mereka ialah Syeikh Wan Ali Kutan, Tuan Tabal, Syeikh Ahmad al-Fathani dan lain-lain juga menerima Thariqat Ahmadiyah daripada Sayid Ibrahim ar-Rasyidi (meninggal dunia 1291 Hijrah/1874 Masihi). Beliau adalah guru pada Sayid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi (meninggal dunia 1327 Hijrah/ 1909 Masihi). Walau bagaimanapun pada peringkat awal Thariqat Ahmadiyah di dunia Melayu tidak berapa jelas perkembangannya. 

Dengan kegigihan Muhammad Said, Thariqat Ahmadiyah berkembang dan tersebar dengan sangat lajunya. Thariqat Ahmadiyah mula mendapat sambutan yang luar biasa di Kota Bharu,Kelantan dan menimbulkan kontroversi antara murid-murid beliau dengan golongan yang tidak menyetujuinya. Untuk menenangkan suasana keresahan masyarakat, Raja Kelantan menulis tiga lembar surat pertanyaan yang ditujukan kepada Syeikh Ahmad al-Fathani di Mekah. 

Di antara kandungan surat Raja Kelantan yang bertarikh Ramadan 1323 Hijrah (kira-kira 1905 Masihi) itu ialah, "Iaitu daripada sahaya Raja Kelantan Ibnu al-Marhum as-Sultan Muhammad, mudah-mudahan dipersampaikan kepada orang tua sahaya Wan Ahmad bin Wan Din Fathani yang mujawwir di dalam negeri Makkah al-Musyarrafah ... " Kalimat selanjutnya, "Maka adalah sahaya nyatakan kepada orang tua sahaya, bahawasanya telah jatuh di dalam negeri sahaya satu pekerjaan yang pelik, tiada pernah jatuh lagi dahulunya. Iaitu datang seorang nama Haji Encik `Ied bin Haji Jamaluddin Linggi ke Kelantan mengajarkan ilmu Thariqat Ahmadiyah, yang dipanggil orang Thariqat Rasyidi ... " 

Selanjutnya, "Maka yang mengajar itu kepada sekalian bagai Muslimin, daripada laki-laki dan perempuan, besar dan kecil, yang mempunyai ilmu atawa yang jahil. Bahkan kebanyakan mereka itu daripada juhhalun nas, yang tiada sembahyang, dan tiada mengetahui furudhul `ain, `aqidatul iman, dan lainnya. Dan setengah daripada mereka itu bangsa raja-raja dan anak menteri ... " 

Syeikh Ahmad al-Fathani telah menjawab pertanyaan Raja Kelantan itu dalam tiga bentuk karangan. Yang pertama diberi judul Mir-atul A'ajib fi Jawabi Su-alil Majazib. Yang kedua ditulis dalam bentuk syair bahasa Melayu, diberi judul Syair Thariqah Shufiyah. Yang ketiga ditulis dalam bentuk syair bahasa Arab, diberi judul Syair Man Li Ya Sa'id. Kesimpulan kandungan keseluruhannya ialah merupakan ilmiah yang berdiri pada pelbagai kaedah keilmuan Islam. 

PENULISAN

Syeikh Muhammad Said Linggi juga menghasilkan beberapa buah karangan, di antaranya yang disebut dalamKanzul Mu'id, ialah: Risalah al-FawaidKasyful Ghiba'an Haqiqatir RibaSullamut Ta'rif ila Ilmit TashrifRisalah al-FathNazham Kesesatan Kaum WahabiAl-Kasyfu wat Tanfis `an Saiyidi Ahmad bin IdrisSyarh Kunuzil Jawahirin Nuraniyah dan Kaifiyat Mengerjakan Tarawih

Semua judul yang tersebut di atas belum saya jumpai, namun ada dua buah karangan Syeikh Muhammad Said Linggi yang tidak disebut dalam Kanzul Mu'id ada dalam simpanan saya, ialah: Rasail Jawiyah, diselesaikan pada pertengahan Rabiulakhir 1323 Hijrah di Bandar Singapura. Cetakan huruf batu atau litografi tetapi tidak terdapat nama dan tempat di mana dicetak. Kandungannya merupakan kumpulan pelbagai hizib yang diamalkan para Auliya. Perbicaraan dimulai daripada Thariqat Syaziliyah dan diikuti dengan Thariqat Ahmadiyah yang dilengkapi dengan riwayat, silsilah dan berbagai-bagai wirid, amalan-amalan dan lain-lain yang ada kaitan dengannya. 

Karangan Muhammad Said Linggi yang masih dalam bentuk manuskrip berjudul Silsilah Thariqah An-Naqsyabandiyah. Naskhah ini saya peroleh pada satu kampung di Negeri Sembilan daripada salah seorang murid Muhammad Said Linggi. Pada awal naskhah dinyatakan bahawa beliau menerima Thariqat Naqsyabandiyah di Mekah kepada Syeikh Usman Rais. Dinyatakan bahawa Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linqi ar-Rasyidiyah selesai menulis pada bulan Rejab (tanpa dinyatakan tahun). Naskhah yang dibicarakan ini adalah salinan, tanpa nama penyalin, yang diselesaikan pada 27 Safar 1360 Hijrah, iaitu kira-kira 15 tahun setelah Syeikh Muhammad Sa'id meninggal dunia. 

KETURUNAN

Ketika Syeikh Muhammad Said meninggal dunia, beliau meninggalkan 16 orang anak. Sebagai pengganti menjadi Khalifah Thariqat Ahmadiyah adalah anaknya yang bernama Syeikh Haji Abdullah. Anak beliau yang banyak menghasilkan karangan ialah Haji Ahmad yang ketika hidupnya pernah menjadi Mufti Negeri Sembilan. Di antara anak Syeikh Muhammad Said yang sempat saya jumpai ada dua orang iaitu Haji Mansur (1970) dan Haji Tahir (1990). 



05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


Ubah kerusi DAP <b>Lukut</b> kepada BN - Utusan Online

Posted: 02 May 2013 12:03 PM PDT

Vincent Yeong Seng Wong (kanan) bersama barisan Gerak Gempur BN bersiap sedia untuk berkempen ketika ditemui di Kampung Sri Parit, Lukut, Port Dickson, baru-baru ini.

TELOK KEMANG 2 Mei - Pembangkang sudah lenyap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lukut. Calonnya dari DAP, Ean Yong Tin Sin sudah tidak ada pengaruh lagi.

Ini kerana, calon Barisan Nasional (BN) di situ, Vincent Yeong Seng Wong mula melebarkan keyakinan rakyat, malah kehadirannya di setiap pelosok sudah diterima kerana rakyat percaya dengan dasar yang dibawa BN, rakyat didahulukan dalam manifestonya.

"Teorinya mudah, DAP tidak buat kerja di DUN Lukut. Cakap bolehlah. Ini tidak serupa dengan BN, kita cakap penuh dengan isu. Bila janji, kita tepati," kata Seng Wong kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Katanya, sokongan masyarakat Cina di DUN Lukut sudah berubah dan prinsipnya mudah, jika mana-mana parti yang dapat meyakinkan kaum Cina dalam hal kesejahteraan, keamanan, ekonomi, maka mereka akan memilih parti itu.

"Dalam BN semuanya sudah terbukti dan kita punyai semua resipi itu. DAP tidak ada kerana mereka mengutamakan hak individu dalam parti dan sebab itulah krisis dalaman mereka kian meruncing," ujarnya.

Kata Seng Wong, BN pernah menang kerusi DUN Lukut pada 2004 dan ia bukanlah kubu kuat pembangkang.

"Rakyat mahukan perubahan di sini. Ini baru ubah namanya. Kita perlu memastikan kerusi DUN Lukut diubah kepada BN," ujarnya.

Seng Wong yang memegang pelbagai jawatan dalam persatuan Cina peringkat daerah dan negeri berkata, peranannya itu akan memberi peluang terbaik untuk menerang kepada ahli persatuan terutama kaum Cina mengenai perjuangan dan agenda BN.

Antara jawatan yang disandang beliau ialah Pengerusi Persatuan Cina Daerah Port Dickson, Pengerusi Persatuan Perniagaan Cina Negeri Sembilan, Pengerusi Ahli Lembaga Sekolah Menengah Chun Hwa Port Dickson dan Penyelaras Pusat Khidmat BN DUN Lukut.

"Saya yakin dan percaya, ahli dalam persatuan yang saya sertai menyokong perjuangan BN. Saya juga melihat kaum Melayu dan India di kawasan ini juga telah kembali menyokong BN," katanya.

Menurut beliau, sebagai bekas Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) beliau mempunyai pengalaman berkhidmat kepada rakyat.

Seorang pengundi DUN Lukut, Liang Yock Chooy, 59, memberitahu, dia akan terus memberi sokongan kepada BN kerana kecewa dengan khidmat pembangkang selama ini.

"Saya berharap kaum Cina memberi sokong kepada BN memenangi DUN ini. Pembangkang tidak buat kerja selama mereka berkhidmat," katanya.

Sementara itu, Cheok Wah Seng, 55, juga berharap BN menang kali ini berkata, rata-rata penduduk kesal mempunyai wakil rakyat pembangkang kerana beliau tidak mampu membawa sebarang pembangunan di pekan Lukut.

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di gemas</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Aug 2013 09:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pakat-Pakat Kalih: Anwar Ibrahim <b>di</b> Halang Menziarah Mangsa <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2013 01:33 AM PDT

Sebentar Tadi DS Anwar Ibrahim Dihalang Dan Tidak Dibenarkan Masuk Melawat Saudara Sanjeevan Yang Ditembak Kelmarin Oleh OCPD Kajang Dengan Alasan Hanya Ahli Keluarga Terdekat Sahaja Dibenarkan Melawat Di Hospital Serdang, Walaupun Seminggu Sebelum Saudara Sanjeevan Ditembak Beliau Telah Berjumpa DS Anwar Dan YB Rafizi Ramli Dan Mendedahkan Beberapa Perkara Sulit Yang Melibatkan Anggota Polis Dan Sindiket Dadah...
Sanjeevan ada bukti polis terlibat sindiket dadah- Rafizi
Pengerusi Badan Pemantau Jenayah,  MyWatch, R. Sri Sanjeevan memiliki senarai anggota polis yang sedang disiasat kerana terlibat dengan sindiket dadah, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Rafizi membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menafikan penglibatan polis dalam kes tembakan Sanjeevan pada 27 Julai lalu.

"Saya ada berjumpa Sanjeevan pada Jumaat lalu dalam sebuah majlis berbuka puasa, dia jumpa saya dan beritahu beliau memperolehi satu memo dalaman PDRM yang menunjukkan senarai anggota yang sedang disiasat kerana terlibat dalam sindiket dadah," kata Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.

Menurut Rafizi, beliau kemudian memberitahu Sanjeevan agar tidak mendedahkan terlebih dahulu senarai tersebut kerana ia masih di bawah siasatan.

"Bagaimanapun, saya bersetuju dengan pandangan Sanjeevan berkaitan bilangan anggota yang terlibat serta berat kesalahan mereka, yang menunjukkan keseriusan dalam keterlibatan sesetengah anggota polis dalam sindiket seperti itu," jelasnya.

Justeru itu, beliau menyifatkan Zahid terlalu awal untuk mengeluarkan kenyataan untuk menafikan keterlibatan polis, sebaliknya beliau perlu menyiasat keterlibatan polis dengan kegiatan kongsi gelap (underworld).

"Umum mengetahui Sanjeevan memang tegas memantau kegiatan anggota polis dengan kesalahan berkaitan jenayah, dengan pendedahan beliau sebelum kejadian dan insiden yang berlaku terhadapnya, membuktikan ada hubungkait," katanya.

"Zahid juga perlu melihat insiden ini jauh ke hadapan, sekiranya polis terlibat, beliau juga tidak boleh menolak kemungkinan mungkin ada sebahagian anggota dalam KDN yang juga terlibat," katanya lagi.

Last-last Rafizi di persalahkan sebagai Dalang Sindeket Dadah dan Penembak Sanjeevan.
Anwar pulak akan jadi Dalang Bawa Masuk Senjata Api ke Malaysia..  

ads