PAS Negeri Sembilan sekali lagi terpaksa akur dengan tangan-tangan Anwar di Negeri Sembilan walaupun proksi anwar di Negeri Sembilan iaitu KAMARUL BAHARIN sebenarnya sudah tiada tempat pada rakyat Negeri Sembilan! Kamarul Baharin merupakan seorang Ahli Parlimen atas nama sahaja dan sangat jarang berada di kawasannya.
Beliau juga kalah dalam pertandingan di Bahagian Telok Kemang. Namun, apa kan daya, kuasa anwar berjaya menundukkan PAS NS! KAH ... KAH.... jangan harap PAS akan dapat lawan UMNO di kawasan-kawasan yang ditandinginya. Semua kawasan tersebut merupakan kubu kuat UMNO. Malahan Paroi juga dilihat bakal jatuh ke tangan UMNO!
PKR pun mungkin akan mengalami kekurangan kemenangan di NS! Kawasan-kawasan yang mereka duduki sekarang bukannya selesa. UMNO semakin matang dalam menghadapi PRU 13!
Apa yang kita boleh jangka, DAP Akan mendominasi PR Negeri Sembilan. Tetapi PR masih tetap menjadi pembangkang di Negeri Sembilan!
SEREMBAN 28 Mac - Pakatan pembangkang negeri ini hari ini mengumumkan akan bertanding di semua lapan kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan menyaksikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendominasi 13 kerusi DUN.
Pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata, Pas akan bertanding di 12 kerusi DUN termasuk mempertahankan kerusi DUN Paroi yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
Menurut beliau, DAP pula akan bertanding di 11 kerusi DUN namun Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook tidak akan bertanding di DUN Lobak sebaliknya di DUN Chennah.
"Pakatan pembangkang negeri ini dari awal bersetuju dengan pembahagian kerusi dan kita akan memberikan saingan sengit kepada semua calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang," katanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR negeri di Rahang, dekat sini hari ini.
Yang turut hadir, Siew Fook, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd. Ghani dan beberapa bekas wakil rakyat pembangkang.
Difahamkan menerusi pembahagian kerusi itu, Pas bersetuju menyerahkan kerusi DUN Gemas dan DUN Seri Menanti kepada PKR sebagai ganti untuk bertanding di DUN Labu.
Dalam persetujuan itu juga, Pas akan bertanding di DUN Bagan Pinang, Kota, Chembong, Paroi, Gemencheh, Serting, Sungai Lui, Klawang, Senaling, Johol dan Lenggeng selain di Labu.
Sementara itu, PKR akan terus bertanding di DUN Linggi, Port Dickson, Chuah, Rantau, Palong, Pertang, Pilah, Juasseh, Jeram Padang, Sikamat dan Ampang selain di Gemas dan Seri Menanti.
DAP pula akan bertanding di DUN Lukut, Repah, Bahau, Chennah, Senawang, Mambau, Rahang, Lobak, Bukit Kepayang, Temiang dan Nilai.
Bagi kerusi Parlimen pula Pas akan bertanding di Jelebu, Jempol dan Tampin sementara PKR meletakkan calonnya di Rembau, Telok Kemang dan Kuala Pilah manakala DAP akan bertanding di Seremban dan Rasah.
Dalam pilihan raya umum lalu, DAP memenangi 10 kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen iaitu Seremban dan Rasah sementara PKR memperoleh empat kerusi dengan satu kerusi Parlimen di Telok Kemang manakala Pas hanya memenangi kerusi DUN di Paroi. - UTUSAN