Sabtu, 26 Mei 2012

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Cadangan mewujudkan PUSPAKOM <b>di Jempol</b> disokong – MB | N9 <b>...</b>

Posted: 25 May 2012 11:57 AM PDT


SEREMBAN, 25 Mei –Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan bersetuju dan menyokong  cadangan untuk membina pusat pemeriksaan kereta PUSPAKOM di Daerah Jempol oleh  Persatuan Saudagar Kereta & Syarikat Kredit NS yang di suarakan oleh pengerusinya, En. Teh Seng Hap bagi memudahkan prosidur jual beli kereta malahan perkara ini akan menjimatkan masa, kos dan menjadi perkhidmatan lebih efisien dan proaktif.

Ianya turut memberi kemudahan kepada ahli persatuan di daerah berhampiran seperti Kuala Pilah dan Jelebu.

Di dalam ucapan beliau berkata, "surat sokongan akan dikeluarkan dari pejabat Menteri Besar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri (JPJ) secepat yang mungkin, namun terpulanglah kepada JPJ untuk menyegerakan tindakan ini. Namun begitu, cadangan dari persatuan itu sangat baik dan membantu."

"Berkaitan penjualan kereta terpakai pula, walaupun saudagar menghadapi masalah  menjual kereta terpakai yang disebabkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) membuat sekatan kredit, ianya adalah disebabkan BNM tidak mahu rakyat Malaysia berhutang." Ujar beliau lagi.

Dari sudut lain pula, orang ramai membeli kereta bukan sebagai pelaburan tetapi sebagai pengangkutan harian yang menghubungkan satu tempat ke tempat yang lain.

Oleh itu, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan untuk mempertimbangkan penyelesaian yang baik terhadap perniagaan automobil ini agar saudagar kereta mendapat manfaat dari perniagaan di jalankan.

Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, memenuhi undangan Majlis Makan Malam Ulangtahun ke-30 Persatuan Saudagar Kereta dan Syarikat Kredit NS di City Kingdom, Taman AST, Seremban.

Beliau turut memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada persatuan bagi tujuan membeli alat siaraya dan perabot.

Turut hadir, Dato' Tony Khor, Presiden FMCCAM.

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


Ceramah Motivasi Keibubapaan <b>di</b> SK <b>Kuala Klawang</b>

Posted: 24 May 2012 01:03 AM PDT



23 Mei 2012, Jelebu : Satu program Ceramah Motivasi Keibubapaan telah berlangsung bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang (SKKK) di sini. Program ini berlangsung mulai jam 2.00 petang hingga ke jam 5.00 petang. Program ini diadakan khusus buat para pelajar dan ibu bapa pelajar yang berada di dalam tahun 5 dan 6.
Program dimulakan dengan bacaan doa sebelum disambung dengan ucapan alu-aluan oleh Pn. Esah bt Hj Kassim, Guru Besar SKKK. Beliau menyampaikan latarbelakang pencapaian sekolah serta perkembangan semasa para pelajar di SKKK untuk makluman serta perhatian ibubapa yang hadir.
Majlis kemudiannya memberi laluan kepada Pn Rosminah, Naib Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SKKK untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan Ceramah Motivasi Keibubapaan yang telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang.
Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.
Disediakan oleh : EDITOR

ads