Sabtu, 8 Oktober 2011

05 di sikamat - Google Blog Search

05 di sikamat - Google Blog Search


Kursus Kahwin <b>Di Sikamat</b>, Seremban | Senarai Kursus Kahwin <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2011 08:40 PM PDT

Anda tinggal di kawasan Sikamat, Seremban? Jom ke kursus pra-perkahwinan Usrati.

Negeri : Negeri Sembilan
Kawasan : Sikamat, Seremban
Nama Pusat Kursus: Usrati Centre
Alamat : 453, Jalan Sri Pulai 26, Taman Sri Pulai 2, 70400, Sikamat, Seremban. Negeri Sembilan
Laman Web: Klik Sini
No. Fon : 019-6991851 / 06-7615951

Peta ke Lokasi Pusat Kursus Kahwin:


View Larger Map

Related posts:

  1. Kursus Kahwin Di Negeri Sembilan
  2. Kursus Kahwin di Tampoi
  3. Kursus Kahwin di Jalan Klang Lama
  4. Kursus Kahwin Putrajaya
  5. Kursus Kahwin Damansara

05 di senawang - Google Blog Search

05 di senawang - Google Blog Search


Kursus Kahwin <b>Di Sikamat</b>, Seremban | Senarai Kursus Kahwin <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2011 08:40 PM PDT

Anda tinggal di kawasan Sikamat, Seremban? Jom ke kursus pra-perkahwinan Usrati.

Negeri : Negeri Sembilan
Kawasan : Sikamat, Seremban
Nama Pusat Kursus: Usrati Centre
Alamat : 453, Jalan Sri Pulai 26, Taman Sri Pulai 2, 70400, Sikamat, Seremban. Negeri Sembilan
Laman Web: Klik Sini
No. Fon : 019-6991851 / 06-7615951

Peta ke Lokasi Pusat Kursus Kahwin:


View Larger Map

Related posts:

  1. Kursus Kahwin Di Negeri Sembilan
  2. Kursus Kahwin di Tampoi
  3. Kursus Kahwin di Jalan Klang Lama
  4. Kursus Kahwin Putrajaya
  5. Kursus Kahwin Damansara

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


JURUJUAL MATI TERSEPIT DALAM KEMALANGAN <b>DI</b> KM 19 <b>...</b>

Posted: 02 Oct 2011 05:12 PM PDT

No of View :212

Gambar Hiasan

REMBAU: Seorang jurujual kereta maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah bas dan motosikal di Kilometer 19, Jalan Seremban-Tampin, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa, B Manivanan, 32, dari Taman Sri Serdang, Selangor, yang memandu seorang diri meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dan cedera parah di kepala serta badan.

Difahamkan, penunggang dan pembonceng motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari Melaka ke Jelebu mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 Pemandu bas, Low Kam Sang, 55, berkata ketika itu dia sedang memandu bas dari Tampin menghala ke Seremban dengan membawa 25 penumpang terkejut apabila sebuah kereta datang dari arah bertentangan merempuh bahagian depan bas.

Menurutnya, kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan bas yang dipandunya terbabas ke laluan bertentangan selepas perlanggaran itu, menyebabkan semua penumpang di dalam bas panik dan menjerit ketakutan.

"Sudah 30 tahun saya memandu bas dan ini kali pertama saya terbabit dalam kemalangan, malah kejadian kali ini membuatkan saya terkejut dan tidak menyangka akan berdepan dengan keadaan seperti ini," katanya.

 Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kereta Proton Wira dipandu mangsa hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan bas itu.

"Pada masa sama, penunggang motosikal yang mengekori dari belakang bas turut terbabit dalam kemalangan dan mengalami kecederaan. Bagaimanapun punca kejadian sebenar masih disiasat," katanya.

 Katanya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau turut dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa tersepit dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


Nadwah Kepemimpinan Islam Kebangsaan <b>di Mantin</b> Negeri <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2011 08:06 AM PDT


Pengalaman yang menyeronokkan.....!!!!bersma kawan2 dari seluruh negeri.....

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Juadah Malaysia » Blog Archive » Ijan Burger Station <b>di Paroi</b> <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 12:32 AM PDT

Hujung minggu semalam, kawan saya si Siti ajak jalan-jalan berhari raya ke rumah Kak Anum di Senawang, Negeri Sembilan. Saya okey aje bab jalan-jalan ni cuma yang tak bestnya kereta kesayangan ku dah rasa tak selesa untuk memandu sejauh itu dari rumah saya di Damansara. Macam2 bunyi yg keluar masa memendu ke seremban (maklum la kereta dah lama, dlm hati ada niat nak bodek mr suami gantikan yang baru nih     :D     Sebenarnya sejak mendirikan rumahtangga, saya dah jarang memandu jauh2 lebih 60km. Al-maklum bila dah ada suami kalu berjalan mesti dengan kereta dia. Tapi kali ni saya berjalan2 tanpa suami ikut sama. Jadi sayalah yang memandu sambil ditemani siti   8)

Sesampai di Senawang, kami dijamu dengan Nasi impit sambal daging bersama Teh Tarik special hasil air tangan Kak Anum. Berselera saya dan Siti makan sebab perut kami pun berkeroncong masa tu   :mrgreen:

Kira-kira 2 jam lepak2, makan2 + sembang2 di rumah Kak Anum, kami pun beransur untuk pulang. On the way nak keluar dari taman perumahan kak anum, saya dengan tergedik-gediknya mengajak siti ke sebuah gerai yang dikatakan agak popular di area Seremban. Tempat ni pun siti yang rekemen mengatakan  BURGER nya sedap. Tapi menurut Abg Sahar (suami Kak Anum) kata burger tu biasa2 aje   :?

Jadi untuk memastikan adakah benar makanan yang dimaksudkan itu sedap, maka saya ajak siti tapau makanan di situ. (Wah… macam tak kenyang-kenyang kan! walhal baru melantak nasi impit kejap tadi ! mmm..nasib badan. ) Nak tahu restoran mana yang beriya-iya sangat kami nak singgah tu ? Jom saya kongsikan di sini dan biarlah gambar-gambar di bawah yang berbicara :-

Inilah gerai yang saya maksudkan – Ijan Burger Station. Saya pasti orang-orang yang biasa ke Seremban, Negeri Sembilan pasti tahu tentang ke 'famous'an burger di sini.

 Macam-macam jenis burger ada dijual. Dari burger-burger biasa, tripple burger, kentang goreng, burger oblong dan roti john sedia untuk dinikmati. black pepper sauce juga telah diperkenalkan dengan tambahan 50c jika berminat.

Tapak restoran bersebelahan dengan Restoran Syed Maju (kedai mamak).  Ia beralamat di  Jalan Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.

 Masa saya pegi tu punya la ramai orang menunggu untuk membeli burger samada makan di situ ataupun beli bungkus. Wow… jarang saya tengok gerai yg hanya menjual BURGER tapi pelanggan2nya kena menunggu siap ada kerusi khas gituw   8O

Untuk makluman anda, restoran ni pernah mendapat slot untuk rancangan Warung Kita saluran Astro Prima suatu masa lalu.

Sebenarnya saya nak diet kolestrol tapi bila dah datang sini, segala matlamat diet itu musnah setelah melihat kepelbagaian jenis burger yang lazat terdapat di sini. Bau semerbak burger yang sedang dimasak juga telah menggamit selera kami. Rugi kalu tak beli burger Ijan, maklumlah kami ni datang dari jauh. Tambahan bila melihat ramai orang yang sanggup menunggu giliran untuk menikmati Burger Ijan membuatkan kami juga tak mahu melepaskan peluang :P

Inilah 'burger special' yang saya tapau untuk di bawa balik ke rumah. Masa kat kedai tadi nampak burger ni sungguh menyelerakan. Tetapi bila dah dibungkus dan terperap lama dalam kereta (krn perjalanan kami dari seremban ke Damansara), membuatkan burger ni hampir lunyai dan lembek. Pada saya keistimewaan burger ni terletak pada sos dan mayonis nya yang manis. Selain itu saya lihat, peniaga ni tak kedekut dalam meletakkan bahan2 seperti sayuran salad, timun, bawang dan tomato termasuk mayonis dan juga sos cili. Jadi itulah faktor yang membuatkan Burger Ijan sangat istimewa di mata pelanggannya, selain harganya yang berpatutan.

InsyaAllah jika ada urusan ke Seremban lagi, saya nak cuba makan Burger Ijan digerai  itu tanpa dibungkus  pula. Mungkin lebih sedap !

Kalau anda nak tahu lokasi gerai ni dengan lebih tepat, cuba belek-belek peta yang saya ambil dari sini

Untuk maklumat lebih lanjut, kawan-kawan boleh layari juga laman ini : http://IjansBurger.blogspot.com

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Tranungkite Online v11 - Program Ceramah <b>di Rembau</b> Lancar <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2011 09:00 AM PDT

Oleh: edyesdotcom

"Alhamdulillah, Abg Mat Sabu tetap hadir ke Rembau dengan selamat walaupun diancam oleh puak-puak yang serba-serbi tidak bertamadun. Di atas kawalan keselamatan yang baik dari SAMM dan Unit Amal, semua program berjalan lancar di pentas walaupun terdapat kekecohan diluar pagar tempat ceramah.


Kedatangan lalat sememangnya tidak diundang. Cubaan untuk membuat kacau menjadi sebaliknya apabila puak PERKAKAS yang datang berarak hanya seramai lebih kurang 20-30 orang bertempiaran lari hampir 2kilometer. Ini berikutan kerjasama utuh di antara SAMM dan Unit Alam bersama penduduk tempatan mula bergerak ke arah puak pengacau. Habis semua banner-banner berkos tinggi yang dibawa berarak oleh puak pengacau ditinggalkan di atas jalan. Lintang pukang mereka lari seolah-olah tak cukup tanah, walaupun sebelumnya menggelarkan diri mereka pahlawan. Ini pahlawan tahi kucing! Mungkin mereka akan gunakan efek ubat batuk sebagai alasan mengapa mereka cabut lari.

Pertembungan kali ini tidak seperti apa yang berlaku di Seremban tempohari. Puak pengacau tidak sesekali berani mengambil risiko membaling batu kerana jumlah mereka jauh lebih kecil berbanding anak muda dan penduduk tempatan yang bangkit pertahankan Md Sabu yang ketika itu duduk di pentas ceramah. Syabas kepada penduduk tempatan kerana bermatian pertahan Md Sabu, yang dialu-alukan sebagai tetamu kehormat.

Merujuk dari akhbar Sinar 6 Oktober 2011, puak 'geng jahat' mengeluarkan kenyataan mahu mengumpul sejumlah seribu bekas perajurit bersama mereka. Nyata 'geng jahat' tidak diberi sambutan oleh golongan bekas perajurit malah ramai juga bekas perajurit yang hadir terus mendengar ceramah Md Sabu. Perajurit juga bersama Mat Sabu kerana jika ruyung sejarah tidak dipecah oleh beliau, maka bekas-bekas perajurit ini pastinya kurang diberi perhatian sepertimana yang dilaporkan - 70% dari mereka hidup menderita.

Perkasa dah lari meninggalkan panji berupa banner-banner yang mahal. Itulah lemahnya jika datang dengan niat dan tujuan yang jahat, itulah natijahnya ketika hadir hanya berikhlaskan wang ringgit. Banner-banner tersebut kemudiannya dirampas selepas ditinggalkan berterabur di atas jalan. Ada di antara mereka yang keciciran handphone jenis nokia edisi paling cokia buat penyendal pintu, aduhai rata-rata pencacai yang hadir itu juga orang yang susah serba ketinggalan. Kalau sokong Umno BN menjadikan pencacai ini kaya-raya, itu tidaklah mengapa.

Kekecohan berterusan di kawasan yang agak jauh dari tapak ceramah yang juga dipenuhi wanita dan kanak-kanak. Ini merupakan satu kejayaan buat SAMM, Unit Amal dan penduduk tempatan kerana dari sudut ini walau pembaling batu bertaraf olimpik sekalipun tidak mampu sampai batunya di tapak ceramah. PERKASA berkumpul tidak mahu pulang dan kembali berterabur lari apabila kami menghampiri. Begitulah keadaan berulang kali berlaku.

Akhirnya che'GuBard meninggalkan pentas dan tampil ke zon kekecohan untuk selesai masalah. Sebagai perunding berkaliber dan dihormati, puak pencacai diberi peluang menghantar wakil bagi menyerahkan memorandum kepada Abg Mat.

Sifirnya mudah, kita cukup bertamadun untuk berbincang dan penyerahan memorandum adalah suatu yang tidak perlu dihalang. Namun di atas ancaman awal dan kejadian baling batu di Seremban, keadaan itu memaksa SAMM dan Unit Amal memastikan kedudukkan Perkasa jauh dari pimpinan dan orang awam di tapak ceramah. Difahamkan ketika itu Abg Mat telah sedia untuk menerima memorandum.

Selaku pemimpin yang cukup berpengalaman menghadapi pelbagai krisis serta konfrontasi, che'GuBard berjaya mengawal keadaan lalu membenarkan 2 orang wakil dari Perkasa bagi menghantar memorandum. Che'GuBard juga meletakkan tanggungjawab penuh supaya kedua-dua wakil tersebut tidak diapa-apakan.

Hasilnya kedua-dua wakil Perkasa itu berjaya dibawa masuk bertemu Abg Mat dan turut menyerahkan memorandum. Namun mereka 'dibasuh' kaw-kaw oleh Abg Mat dalam pertemuan itu. Abg Mat tidak bagi peluang selain memberi tarbiyah tentang apa yang sebenarnya berlaku dan menyindir keras salah seorang wakil berusia muda kerana tidak berusaha mencari kebenaran selain hanya tertumpu kepada Utusan dan TV3. Tertekan dengan pidato Abg Mat hingga apa jua yang mereka celah dijawab kemas oleh Abg Mat, kedua-dua wakil akhirnya meminta maaf kepada Abg Mat sebelum mereka beredar. Dengan muka yang pucat wakil-wakil pencacai meninggalkan tapak ceramah juga diiringi oleh che'GuBard dan SAMM bagi memastikan 'tetamu' tidak diundang ini berjaya keluar.

Selesai semua masalah, program ceramah diteruskan. Kelantangan che'GuBard dan Abg Mat berpidato sedikit pun tidak terjejas dengan kejadian sebentar tadi. Dari aspek ini dapat kita lihat bahawa kehadiran puak pengacau untuk mengganggu majlis adalah satu usaha yang GAGAL dan memalukan melayu Umno.

Difahamkan juga beberapa laporan polis telah dibuat kerana kononnya ada di antara pencacai-pencacai barua British ini tercedera. Itu mereka punya pasal sebab masuk kawasan orang mencari pasal. Ketika lari lintang pukang, ada antara mereka yang terjatuh dan ada juga yang tersembam ke dalam longkang. Nasib kau lah labu.

Ada juga seorang aktivis blogger yang dipukul dari belakang menggunakan haler (pembesar suara). Tetapi sebab itu blogger aktivis fisabiLillah, maka Allah pun turut melindungi pejuang jalanNya dan ia sedikit pun tidak terkesan. Cuma sedikit hairan Perkasa yang kononnya berani, rupanya hanya berani memukul dari belakang dan menggunakan haler sebagai senjata.

Justeru itu, sebagai sebuah negara yang punya undang-undang, Abg Mat akan tetap menyampaikan pidatonya di bumi mana sekalipun. Sesungguhnya rakyat terbanyak bersama Pakatan Rakyat, ia termasuklah bekas-bekas perajurit yang menunjukkan signal jelas tiada ruang buat pencacai menghasut mereka. Allah juga bersama pejuang yang menegakkan jalanNya!!

Kepada para pembaca yang budiman, tidakkah anda tertanya-tanya di manakah gerangannya pak polisi?? Barangkali tertelan ubat batuk gamaknya...


Oleh EDYES @ edyesdotcom"

Panglima Perang Cyber: Gempar : Mat Sabu &#39;Diserang&#39; <b>Di Rembau</b> <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2011 06:05 PM PDT

Kekecohan semasa ceramah Mat Sabu

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL-JABRI
utusann9@utusan.com.my


INSIDEN tolak menolak berlaku hingga memaksa Unit Tindakan Ringan Polis dikejarkan ke tempat kejadian bagi meredakan pertelagahan antara penyokong Pas dengan NGO di Kapung Bintungan, Rembau, kelmarin.
REMBAU 7 Okt. – Bantahan orang ramai terhadap kehadiran Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu ke negeri ini berterusan dan terbaru apabila beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepadanya pada sesi ceramah parti itu di Kampung Pulau Bintungan di sini malam tadi.
Bagaimanapun kumpulan yang diwakili 70 orang terdiri daripada beberapa NGO yang diketuai Gerakan Memartabatkan Perjuangan Nasional (GMPN), kecewa selepas mereka dihalau dengan kasar oleh penyokong pembangkang ketika cuba menyerahkan memorandum kira-kira pukul 10.15 malam.
Berikutan itu, insiden tolak menolak berlaku antara kumpulan berkenaan sebelum pergaduhan tercetus antara mereka yang tidak berpuas hati dengan kehadiran rombongan GMPN.
Beberapa ahli kumpulan berkenaan cedera ringan dipercayai akibat ditumbuk dan terkena botol minuman serta objek yang dibaling oleh kedua-dua pihak.
Keadaan kemudian tidak terkawal menyebabkan Unit Tindakan Ringan (LSF) polis bergegas ke lokasi bagi meredakan keadaan.
Dua wakil GMPN akhirnya dibenarkan masuk bertemu Mat Sabu kira-kira pukul 10.30 malam selepas Ketua Cabang Keadilan Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard keluar untuk berunding sebelum menyerahkan memorandum berkenaan.
Di sebalik bantahan dan suasana tegang itu, Mat Sabu masih meneruskan ceramahnya sebelum ia berakhir kira-kira pukul 12 malam.
Sementara itu, wakil GMPN, Mohd. Arafat Muhammad kesal dengan insiden tersebut kerana penganjur sebelum itu memaklumkan wakil mereka akan dibenarkan masuk tanpa sebarang halangan.
''Sebelum ini kita telah berbincang dengan wakil penganjur sebelum ke kawasan ceramah itu kerana diberitahu empat wakil kami akan dibenarkan masuk menyampaikan memorandum kepada Mat Sabu," katanya.
Sebelum ini kehadiran Mat Sabu turut dibantah oleh beberapa NGO yang membantah kehadirannya pada sambutan Aidilfitri anjuran parti berkenaan di Ampangan dekat sini pada 24 September lalu berikutan kenyataannya menghina pejuang negara.
Malah peserta dari NGO berkenaan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan pemimpin pembangkang itu yang masih mempertahankan pendiriannya dalam isu komunis, bertindak menyerbu majlis berkenaan.
Perkembangan itu menyebabkan beberapa siri pergelutan antara peserta perhimpunan dengan beberapa ahli Pas yang bertugas pada majlis berkenaan.
Mat Sabu sebelum ini mendakwa Mat Indera adalah wira sebenar dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, bukannya anggota polis yang diserang kerana mereka bekerja dengan penjajah British.
Berikutan itu, Mat Sabu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang 21 September lalu atas tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi di Bukit Kepong sewaktu menyampaikan ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor pada Ogos lalu.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Membeli Emas <b>di</b> Pengedar Emas

Posted: 29 Sep 2011 07:10 AM PDT

pengedar-emas-01
Laman web Pengedar Emas

Beberapa hari yang lalu, harga emas sedunia telah jatuh dan ramai orang mengambil peluang ini untuk memiliki emas. Harga emas yang rendah telah menyebabkan ramai orang berpusu-pusu mencari pengedar emas bagi mendapatkan emas ketika ianya berada di paras harga yang rendah.

Pengedar Emas merupakan salah sebuah laman web yang menjual emas. Emas yang dijual datang dalam pelbagai bentuk seperti bar emas, syiling emas, dan juga barang kemas.

Setiap emas yang dijual adalah emas berketulenan 999 atau 99.9% unsur di dalamnya terdiri daripada emas. Produk emas ini dibekalkan oleh syarikat pengeluar emas tempatan iaitu GoldCrest Pavilion Sdn Bhd yang bertempat di Nilai, Negeri Sembilan.


Di antara emas yang dijual oleh Pengedar Emas

Jika anda ingin membeli emas, anda boleh rujuk ke laman web Pengedar Emas bagi mendapatkan harga terkini untuk setiap emas yang dijual. Bukan itu sahaja, setiap pembelian emas akan diberikan potongan harga yang menarik sekiranya anda membeli emas melalui laman web tersebut.

Pelihara nilai mata wang anda dengan membeli emas. InsyaAllah jika diberikan kesempatan, saya akan mengulas dengan lebih lanjut bagaimana kita dapat pelihara nilai mata wang sekarang ini dengan emas.

Sementara itu, ikuti segala update terkini Pengedar Emas di Twitter @pengedaremas atau Like! fanpage Pengedar Emas di Facebook.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Kuala Pilah: Dato Tuan Ibrahim 14 Sep 2011 <b>di Kuala Pilah</b>

Posted: 11 Sep 2011 06:36 PM PDT

JAMUAN IDIL FITRI MTD SERI MENANTI
Tarikh : 14 Sep 2011, Rabu
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Dataran Mujahidah, Bt 16, Kg Terachi, Jln Seremban-K.Pilah ( sebelah SK Terachi)
Bersama :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
YB Tn Hj Mohamad Taufek

Majlis Sambutan Hari Raya ISMA <b>Kuala Pilah</b> meriah | ISMAWeb

Posted: 02 Oct 2011 06:01 AM PDT

YDP ISMA Kuala Pilah menyampaikan duit raya kepada remaja yang hadir

KUALA PILAH, 10 September - Majlis Sambutan Hari Raya ISMA Kuala Pilah yang julung kali diadakan secara besar-besaran disambut dengan suasana yang meriah di sini. Majlis itu telah dihadiri kira-kira 200 orang yang terdiri daripada ahli-ahli ISMA, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat.

"Majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan masyarakat Kuala Pilah kepada ISMA. Selain itu kita ingin memberi pendedahan kepada ahli-ahli ISMA Kuala Pilah dalam tatacara menganjurkan program besar dengan harapan tenaga ISMA Kuala Pilah akan lebih menyerlah di masa akan datang", ujar saudara Faisal selepas majlis berlangsung.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran tetamu VIP yang terdiri daripada Nazir Masjid Kuala Pilah, Ketua JKKK Kg. Jawa, YDP ISMA Seremban, penerima dan penyumbang Semai Kasih ISMA Kuala Pilah 2011. Majlis juga turut dimeriahkan dengan bacaan Al-Qur'an dan persembahan nasyid daripada Anak-anak Nadi Al Azim Kuala Pilah dan SMA Sains Kuala Pilah.

Sumber: Laman Web ISMA Negeri Sembilan

Pembangunan Tanah Adat <b>di Kuala Pilah</b> |

Posted: 14 Jun 2011 08:14 PM PDT

Sumber daripada Laporan Penemuan & Strategi Pembangunan RTD Kuala Pilah  terdapat beberapa kekangan di dalam usaha untuk membangunkan tanah adat iaitu:

1. Perbezaan Keluasan Tanah

  • Terdapat lot-lot tanah adat yang kecil dan kedudukannya yang berselerak menyebabkan tanah tersebut sukar untuk dizonkan dan dimajukan dengan gunatanah yang bersesuaian

2. Pemilikan Tanah

  • Terdapat dua isu utama berkaitan pemilikan tanah adat iaitu pemilik yang ramai bagi setiap lot dan kekangan tukar milik.

3. Pemilikan Yang Ramai

  • Persetujuan semua penama ada kalanya sukar diperolehi bagi tujuan untuk memajukan tanah. Di sini peranan Datuk Lembaga diperlukan untuk membuat keputusan bagi pihak pemilik tanah untuk memberikan kebenaran untuk memajukan tanah, khususnya tanah terbiar.

4.  Kekangan tukar milik

  • Pemaju atau pengusaha akan mengalami masalah untuk mengusahakan tanah tersebut sebagai gadaian atau cagaran disebabkan kekangan dari segi penukaran hak milik.

5. Keutamaan Pembangunan Ke Atas Tanah Milik

  • Pemaju tidak memberikan perhatian untuk memajukan tanah adat disebabkan akan sukar untuk diberi milik.

6. Tiada Tekanan Membangunkan Tanah Adat

  • Kawasan Bandar : Pembangunan pembandaran di Daerah Kuala Pilah adalah agak perlahan dan tidak memerlukan tekanan untuk membangunkan tanah adat di kawasan bandar kerana masih terdapat tanah milik yang masih luas.
  • Kawasan Luar Bandar : Tanah adat yang berpotensi untuk mengalami tekanan pembangunan hanya melibatkan lot-lot di sepanjang jalan utama Kuala Pilah – Seremban khususnya di Mukim Terachi dan di jalan utama Kuala Pilah – Jempol. Walaubagaimanapun trend pembangunan dijangka akan menerima pembangunan yang agak perlahan.

7. Tiada Keperluan Tukar Hak Milik Bagi Pembangunan Tanah Adat Kawasan Luar Bandar

  • Sebahagian besar tanah adat di kawasan luar bandar khususnya di Mukim Terachi, Juasseh dan Johol merupakan tanah pertanian dan masih berpotensi untuk dikekalkan dengan aktiviti pertanian dan perternakan. Pemajuan tanah untuk aktiviti pertanian sama ada diusahakan oleh agensi kerajaan seperti FELCRA dan RISDA mahupun agensi swasta tidak memerlukan penukaran hak milik. Ini kerana pengusaha berkenaan tiada keperluan untuk mengadai atau mencagar tanah yang diusahakan.

8. Tanah Terbiar

  • Masih terdapat banyak tanah adat yang luas yang tidak diusahakan. Tanah pertanian terbiar tidak diusahakan kerana tiada sistem pengairan , pemilik yang sudah lanjut usia dan kurang minat ahli keluarga untuk mengusahakannya kerana telah mempunyai pekerjaan tetap yang lain.
  • Terdapat tanah adat bagi kegunaan kampung/ kediaman yang tidak didiami disebabkan pemilik utama telah meninggal dunia dan pewaris telah berhijrah ke tempat lain.

9. Kekangan Adat

  • Kekangan adat sering menjadi isu dan penyebab ketiadaan pembangunan di atas tanah adat. Ini adalah kerana pemilikan tanah hanya boleh diwarisi kepada perempuan dari suku yang sama dan tanah adat tidak boleh berpindah tangan kepada bukan suku yang sama. Ini kerana tanggapan yang menyatakan bahawa pemilik perlu kewangan yang kukuh untuk memajukan tanah di samping nilai tanah yang rendah apabila dicagarkan kepada institusi kewangan bagi tujuan projek pembangunan.

10. Nilai Tanah Yang Rendah

  • Jurunilai tanah secaranya amnya akan meletakkan tanah adat pada nilai yang lebih rendah. Ini disebabkan faktor tanah adat tidak bebas untuk ditukar milik.

11. Kewangan

  • Terdapat dua isu utama berkaitan sumber kewangan iaitu pemilik tanah adat tidak mampu untuk melaksanakan sesuatu projek dan tiada sokongan dari institusi kewangan

12. Pemilik Mahu Terus Kekal Gunatanah Semasa

  • Pemilik tanah adat yang berkemampuan di kawasan bandar lebih gemar untuk mengekalkan status tanah sebagai tapak kediaman mereka. Antara faktor utama tidak berlakunya proses menukar syarat tanah ini adalah disebabkan pemilikan yang ramai bagi sesuatu lot tanah.

Strategi Memajukan Tanah Adat

Beberapa strategi telah digariskan bagi mengatasi masalah pembangunan tanah adat iaitu:

  1. Mengenalpasti Tanah Adat yang berpotensi sebagai Pusat Pertumbuhan Daerah atau kawasan pertanian;
  2. Membangunkan tanah adat yang melibatkan pembangunan fizikal tanpa melibatkan pertukaran hak milik melalui konsep pinjaman tanah bagi tempoh 30 tahun (aktiviti perkilangan), 66 tahun atau 99 tahun.
  3. Menyediakan dana khas pembangunan tanah adat oleh Kerajaan Negeri;
  4. Menubuhkan badan atau agensi yang bertanggungjawab untuk mengurus pembangunan tanah adat yang dianggotai Lembaga Adat. Tanggungjawab badan/agensi adalah untuk memelihara kepentingan pemilik tanah dan memastikan pembangunnya tidak melibatkan penukaran hak milik tanah adat.

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Pesakit Arthritis <b>di Negeri Sembilan</b> mendapat rawatan sempurna <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2011 12:47 AM PDT

SEREMBAN, 8 Okt –  Langkah pencegahan menghadapi penyakit arthritis di Negeri Sembilan mendapat perhatian Raja Datin Seri Utama Salbiah Tengku Nujumuddin, isteri menteri besar merangkap Yang DiPertua PEKERTI Negeri Sembilan.

Menurut statistik kesihatan, kira-kira 5,000 orang penduduk di Negeri Sembilan dikenal pasti bakal menghadapi penyakit tersebut dan langkah pencegahan dari pihak hospital yang di ketuai oleh  Dr. Gun Suk Chyn selaku Ketua Jabatan Perubatan dan Pakar Perunding Reumatology HTJS adalah wajar.

Di atas keprihatinan itu, beliau meluangkan masa sepanjang program yang dianjurkan oleh pihak HTJS bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir 1.00 tengahari.

Majlis di adakan di Auditorium Gemilang, HTJS.

Pelbagai program yang di atur antaranya ceramah kesedaran arthritis, senaman kesihatan, tayangan video klip MyWIRA (2) dan testimonial bekas pesakit arthritis.

Di dalam ucapan Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin, beliau hadir bagi menyokong program kesedaran arthritis yang di sambut setiap 12 Oktober sepanjang tahun.

Namun minggu kesedaran arthritis yang dianjurkan HTJS bermula pada 3 Oktober dan berakhir hari ini perlu di manfaatkan oleh semua agar kita tidak meminggirkan pesakit arthritis yang memerlukan sokongan dan dorongan.

"Walaupun kita mendapat peruntukan perubatan daripada kementerian mahu pun agensi swasta dalam menangani penyakit ini, kesedaran daripada individu itu juga penting seperti mengambil tahu kaedah pencegahannya." Ujar Raja Datin Seri Salbiah

Beliau juga mencadangkan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan agar menubuhkan Persatuan Arthritis Rheumatoid Negeri Sembilan sebagai satu badan sokongan kepada pesakit arthritis dan keluarga pesakit.

Raja Datin Seri Salbiah turut menyumbangkan RM5,000 untuk persatuan yang bakal ditubuhkan kelak bagi melaksanakan aktiviti yang berkaitan.

Menyambut kehadiran  isteri menteri besar ialah Dato' Dr Hajjah Zailan Dato' Hj Adnan, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Jaafar Che Mat, Pengarah Hospital Tuanku Ja'afar Seremban dan Dr. Gun Suk Chyn, Presiden Malaysian Society of Rhematology.

Turut hadir ialah isteri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datin Paezah Ismail dan Dato' Dermataksiah Abdul Jalil, Timbalan Presiden NCWO Negeri Sembilan.

Oleh : Dudi Aziz

DudiAziz@n9kini.com

Gambar : Dudi Aziz

ads