Sabtu, 8 Oktober 2011

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Pesakit Arthritis <b>di Negeri Sembilan</b> mendapat rawatan sempurna <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2011 12:47 AM PDT

SEREMBAN, 8 Okt –  Langkah pencegahan menghadapi penyakit arthritis di Negeri Sembilan mendapat perhatian Raja Datin Seri Utama Salbiah Tengku Nujumuddin, isteri menteri besar merangkap Yang DiPertua PEKERTI Negeri Sembilan.

Menurut statistik kesihatan, kira-kira 5,000 orang penduduk di Negeri Sembilan dikenal pasti bakal menghadapi penyakit tersebut dan langkah pencegahan dari pihak hospital yang di ketuai oleh  Dr. Gun Suk Chyn selaku Ketua Jabatan Perubatan dan Pakar Perunding Reumatology HTJS adalah wajar.

Di atas keprihatinan itu, beliau meluangkan masa sepanjang program yang dianjurkan oleh pihak HTJS bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir 1.00 tengahari.

Majlis di adakan di Auditorium Gemilang, HTJS.

Pelbagai program yang di atur antaranya ceramah kesedaran arthritis, senaman kesihatan, tayangan video klip MyWIRA (2) dan testimonial bekas pesakit arthritis.

Di dalam ucapan Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin, beliau hadir bagi menyokong program kesedaran arthritis yang di sambut setiap 12 Oktober sepanjang tahun.

Namun minggu kesedaran arthritis yang dianjurkan HTJS bermula pada 3 Oktober dan berakhir hari ini perlu di manfaatkan oleh semua agar kita tidak meminggirkan pesakit arthritis yang memerlukan sokongan dan dorongan.

"Walaupun kita mendapat peruntukan perubatan daripada kementerian mahu pun agensi swasta dalam menangani penyakit ini, kesedaran daripada individu itu juga penting seperti mengambil tahu kaedah pencegahannya." Ujar Raja Datin Seri Salbiah

Beliau juga mencadangkan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan agar menubuhkan Persatuan Arthritis Rheumatoid Negeri Sembilan sebagai satu badan sokongan kepada pesakit arthritis dan keluarga pesakit.

Raja Datin Seri Salbiah turut menyumbangkan RM5,000 untuk persatuan yang bakal ditubuhkan kelak bagi melaksanakan aktiviti yang berkaitan.

Menyambut kehadiran  isteri menteri besar ialah Dato' Dr Hajjah Zailan Dato' Hj Adnan, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Jaafar Che Mat, Pengarah Hospital Tuanku Ja'afar Seremban dan Dr. Gun Suk Chyn, Presiden Malaysian Society of Rhematology.

Turut hadir ialah isteri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datin Paezah Ismail dan Dato' Dermataksiah Abdul Jalil, Timbalan Presiden NCWO Negeri Sembilan.

Oleh : Dudi Aziz

DudiAziz@n9kini.com

Gambar : Dudi Aziz

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads