Ahad, 4 September 2011

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


REMBAU HARI INI: Tadika Kemas <b>di Rembau</b> tiada bekalan air

Posted: 03 Aug 2011 09:01 PM PDT

Harap ada pihak yang menyiasat aduan yang tersiar di bawah ini.

TADIKA KEMAS TIADA BEKALAN AIR
Aduan Rakyat Online - 3 Ogos 2011

Semalam 31.07.2011 saya telah balik ke kampung saya, Kampung Denai Keroh Sepri, Pedas, Negeri Sembilan. Saya telah diberitahu oleh emak saya bahawa Tadika Kemas di kampung ini telah di potong bekalan airnya oleh JKKK kampung tanpa sebarang alasan.

Ini amat menyukarkan kanak-kanak serta guru tadika berkenaan untuk menjalankan aktiviti seharian di tadika.

Setakat hari ini kata emak saya tadika berkenaan mendapat bekalan air daripada ehsan seorang penduduk kampung yang membenarkan pihak sekolah berkenaan mengambil air dari rumahnya.

Itu pun keadaan masih sukar kerana guru serta pembantu tadika tersebut terpaksa mengangkut air menggunakan baldi.

Mohon Aduan Rakyat menyiasat segera aduan ini.

Sekian, Terima Kasih.

By: hamidah
http://www.aduanrakyat.com.my/tadika-kemas-tiada-bekalan-air

Sila baca artikel bertajuk BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


“ Hatiku milikmu “: kem generasi 1 malaysia <b>di serting</b> (29 april-1 <b>...</b>

Posted: 02 May 2011 02:17 AM PDT

pada tarikh berikut aku telah dipilih untuk ke kem genersi 1 malaysia ...
seramai 50 owang yg dilipilih tetapi seramai 15 owang sahaja yg dtg ke kem tersebut ...
aku dan asmah tidak pernah rengang ...
di mana saja asmah pergi di situ lah ada aku ...
di mana aku pergi di situ lah ada asmah ...
aku sangat hepy kerna dpt sahabat seperti beliau ...


pada heri pertama kami hanya di beri penjelasan tentang aktiviti di situ ...
dan di perkenalkn fasilatator yg bertugas 
kemudian kami di agihkan rumah sewa ...
kami dipecah2kan setiap institut ...
aku dan asmah terpaksa berpisah ...
walaubagaimanapun , kami tetap bersama ...
kadang dia ke bilik aku kadang2 aku ke bilik dia ...
ta senang dduk sekiranya kami ta berjumpa ... hahaha
seterusnya kami di agihkan kumpulan ...
aku dan asmah berpisah sekali lagi ...
mybe dlm kmpulan itu kami boleh bersaing sapa hebat .. haha
pada aktiviti kumpulan tersebut kami di beri 2 minit untuk
mnciptakan tengkolok untuk ketua kumpulan kami ... akhirnya kami berjaya !
dan kami di beri 20 minit untunk menyediakan sebuah logo dan lambang kumpulan kami ...
kesemua aktiviti pada malam tersebt kami telah berjaya menyiapkan !
masa bukan penghalang buat kami ! well done !


pada hari kedua ... aku dan asmah turun ke bawah dgn segera 
kerana kami telah melakukan kesilapan yg besar ... huhu dan ta kan kami lupakan !
kami turun jam 5.25 ... sepatutnya 5.30 baru bangun hahahah

dasyat glew ! mengantuk terus kami di buatnya ...
tap ta sia2 semua itu kerna kami di beri pujian oleh fasilatator di situ .. (^__^)
kami diteruskan dgn aktiviti senam robik dan aktiviti berkumpulan ...
mcm2 yg ada ... huhu antaranya :
*kami kena terbalikkan tikar terbang ke bentuk asal dgn tanpa berdiri n bercakap ...
*menjunjung rakan kami dgn mata kami ditutup dan rakan kami yg menaiki mulutnya ditutup ...
*mencari klue yg tersembunyi ... menyiapkan puzzle ...
*mencari 5 ekor binatang iaitu rama2, katak , belalang, kerengga, dan cacing ...
kami berjaya mencari 3 ekor sahaja ...
*diteruskan dgn mendirikan bendera dgn menggunakan batang paip sebanyak 15 ...
tetapi kami berjaya memasang dan mendirikan sebanyak 13 batang ... kumpulan yg paling banyak !
dan dinyanyikan lagu negaraku ...
*akhir skali kami di beri 100 batang lidi kemudian mendirikan sebuah rumah 2 tingkat ...
pada malam tersebut kami membuat persembahan tentang kemunis dan portugis ...
sungguh hebat persembahan kami ... (di puji oleh en.azman disiplin)
setelah selesai malam terbeut berlakunya kesedihan yg membuatkan hati aku tersentuh lalu
tanpa aku sedari air mata aku mengalir tanpa henti ... (!__!)
pada hari itu lah baru aku kenal apa itu sahabat ... !


esoknya adalah hari terakhir kami di situ ,
sungguh happening aku rasa !!! ta dapat aku lupakan semuanya ...
dan dalam masa yang sama hati aku disentuh lagi dgn kesedihan tentang
ketiadaan mama aku, ayah aku, abang aku,.....................
memang ak kesal teramat sgt ... 
aku telah banyak buat dosa pada mereka ...
air mata aku menitik tanpa henti sekali lagi (!___!)
dan kami bersalam - salaman dgn rakan2 di sana serta berpeluk2kan ...
tiba giliran asmah aku ta sanggup untuk melihat mukanya 
kerna tidak dapat aku kawal kesedihan aku ...
asmah juga sebegitu aku peluk cium pipinya ... sungguh terharu aku pada waktu itu
dan aku terdengar dia berkata "kau jgn lupa pada aku yer farah,kita akan jd sahabat smpai bila"
asmah !!! aku takan lupakan kau apa pun jadi kita tetap akan bersama
aku harap walau susah senang kita akan bersama oke !
aku sayang sangat pada kau asmah ... 
kemudian kami diiringi lagu teman sejati serta sahabat ...
berakhirya aktiviti tersebut kami kesat air mata kami yg telah mengalir itu ...
tiba lah masa untuk penyampaian hadiah ...
kumpulan aku paling tertinggi ... kami juga telah mendapat hadiah yg dinamakan
kumpulan paling aktif dan bersemangat ...
huhuhu sebelum itu kami menyanyikan lagu 1 malaysia beramai2 serta lagu warisan ...
terharu teramat sangat aku diwatnya ...


kesimpulan pada aktiviti pada kem ini adalah
*aku ta kan sia2kan kehidupan aku di dunia ini ...
*akan aku balas segala pengorbanan mama dan ayah ...
*akan aku bangunkan wawasan dunia ini ...
*akan aku pastikan sejarah melayu ini ta kan pupus begitu saja ...
*aku sayang mama ayah , abang , keluarga aku , masyarakat , serta negara aku !


1 MALAYSIA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


seorang gadis menyuarakan suara hati

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


JAWATAN KOSONG <b>DI</b> MAJLIS DAERAH <b>KUALA PILAH</b> ~ info <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2010 07:27 AM PDT


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberi kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang bermastautin di Kuala Pilah untuk memenuhi jawatan kosong seperti berikut : 
 
 Penolong Pegawai
 Penguatkuasa
 Gred N27 (Kontrak)
 Perkhidmatan Pentadbiran
 Dan Sokongan
P.1.T.1 RM1204.55 P.1.T.26 RM3027.10
P.2.T.1 RM1274.13 P.2.T.26 RM3213.25
P.3.T.1 RM1346.73 P.3.T.26 RM3405.26
 
 
ITKA : RM 160.00   ITP : RM 180.00   COLA : RM 100.00
 
Syarat Lantikan :
     
(i) ( a ) STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; atau
     
  ( b ) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T5 RM1470.75 ] ; atau
     
  ( c ) Bekas Inspektor PDRM atau Leftenan ATM atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;
     
     
(ii) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :
     
  ( a ) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu;.
     
  ( b ) badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
     
  ( c ) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84 sm (lelaki sahaja) ;
     
  ( d ) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata ;
     
  ( e ) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat ;
     
  ( f  ) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan Kerajaan ; dan
     
(iii)
 calon yang memiliki kelayakan di perenggan i (a) dan (b) di atas hendaklah lulus B.M (termasuk lulus Ujian lisan ) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
     
     
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas yang boleh yang boleh didapati daripada Urus setia Majlis Daerah Kuala Pilah pada waktu pejabat dibuka dengan bayaran tunai RM1.00 atau menyertakan sampul surat beralamat sendiri dengan setem yang mencukupi serta wang pos berjumlah RM1.00
   
2. Borang juga boleh didapati secara proses muat turun daripada laman web rasmi MDKP, http://www.mdkp.gov.my dengan menyertakan wang pos RM1.00 sekiranya permohonan dihantar melalui pos dan membayar secara tunai apabila borang diserah sendiri oleh pemohon.
     
  Sila klik di sini untuk muat turun
     
2. Tarikh tutup permohonan : 24 SEPTEMBER 2010 @ 5.00 petang.
     
3.
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh mereka yang berkelayakan seperti Pegawai Kumpulan A (Pengurusan dan Profesional) , Pegawai Kumpulan Sokongan 1, Penghulu JP, Pesuruhjaya Sumpah, Pengerusi JKKK dan setaraf beserta gambar berukuran passport dan dialamatkan kepada :
   
    YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
72009 KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
     
CATATAN
     
1 Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dengan setiap
keputusan temuduga adalah muktamad.
     
2. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung atas calon sendiri.
     
3 Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup
hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
     
4. Borang yang tidak lengkap seperti tiada tandatangan, pengesahan (salinan diakui sah), tiada
bayaran tidak akan diberi pertimbangan.

ads