Selasa, 12 Mac 2013

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


Panas Dunia Kita: Regenerasi Budaya Suku Dayak <b>Bahau</b>

Posted: 12 Mar 2013 01:08 PM PDT

TEMPO.CO, Samarinda- Tak ingin terkikis kemajuan jaman, Suku Dayak Bahau di Samarinda, Kalimantan Timur menurunkan budaya kepada anak-anak mereka. Keberhasilan regenarasi itu dipamerkan oleh puluhan bocah suku Dayak Bahau dengan menari, Selasa, 12 Maret 2013.

Menurut Damianus Johan, tokoh suku Dayak Bahau di Samarinda melestarikan budaya harus dengan mewarisi kepada generasi yang lebih muda. Melalui Sanggar Tari Apau Puyaat, Damianus Johan berani menampilkan kesenian binaannya meski baru berusia tak lebih dari tiga bulan. "Kami tak ingin dicap sebagai suku yang tak menghargai budaya nenek moyang," kata Damianus Johan, Selasa, 12 Maret 2013.

Dia mengatakan di pertengahan Maret seperti saat ini biasanya di kampung suku Dayak Bahau di Long Pahangai, Kabupaten Kutai Barat di gelar pesta. Masa sekarang menurut dia masa setelah panen. Menari bagian dari ritual suku Dayak Bahau mengucap terima kasih kepada Penguasa atas berkah panen. Jenis tariannya pun beraneka ragam.

Para bocah dalam penampilannya, menari tarian yang temanya menanam dengan menugal. Menugal dilakukan oleh para pria dengan tongkat melubangi tanah. Sementara perempuan di belakangnya menabur benih ke dalam tugalan.

Di Suku Dayak Bahau masih membudayakan menanam padi gunung, bukan padi tadah hujan. Padi gunung panen setiap enam bulan sekali. Tak hanya itu, para suku Dayak Bahau di pedalaman Kalimantan Timur juga menyajikan berbagai penganan kuliner khas mereka.

Para bocah dan remaja menari, sedang para orang tua menyiapkan makanan untuk santap siang bersama. Di Samarinda, karena ketersediaan bahan terbatas, karena tak ada hutan dan sungai, makanan yang diolah terbatas. Namun tak menghilangkan kebiasaan memasak suku Dayak Bahau dengan cara serba bakar. Memasak nasi, mereka mengolah seperti lamang. Beras dibungkus daun pit dimasukkan ke dalam bambu dan dibakar selama kurang lebih dua jam. Begitu pula dengan lauk, juga dimasak dengan menggunakan bambu.

"Memasak dengan memasukkan bahan makan ke dalam bambu itu bagi kami sama saja dengan merebus. Itu kebiasaan kami sebelum mengenal perangkat memasak dari logam," kata dia.

FIRMAN HIDAYAT


05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Jalan, Order dan Makan - Rempit Kehidupan

Posted: 24 Jan 2012 03:30 PM PST

Assalamualaikum ...
Baru-baru nie, aku pergi jalan ke Nilai, Negeri Sembilan. Lepas waktu kerja. Ingat nak cari kain pasang. Masuk tahun baru nie, belum lagi buat baju kerja baru. Baju kurung pesak dan baju kurung pahang. Nak pakai kebaya memang tak selesa dah rasanya. Walaupun dulu, inilah baju tradisional kegemaran aku. Susah nak cari tailor yang buat baju kebaya selesa dipakai. Lagipun badan pun dah naik, so tunggu turun 5-10kg dulu kot ... baru pakai kebaya balik. ha ha ha!
Jalan punya jalan, kain pasang entah ke mana, last-last pergi menambahkan berat badan. Makanlah ... apa lagikan? Seharian aku tak makan. Dahlah sekarang nie, aku jarang makan nasi. So, perut memang cepat lapar. Nak hilang lapaq kadang aku beli kurma je makan dalam kereta. Makan kurma cepat sikit kenyang!

Jenuh pusing Bandar Baru Nilai cari kedai makan. Kedai makan banyak, tapi Si Bulat MB aku nie memang banyak songeh sikit kalau bab kedai makan. Dia memang cerewet bab pilih kedai makan kadang-kadang. Aku plak selalu je blur nak pilih kedai makan mana. Tambah-tambah kalau yang tak pernah pergi and area situ banyak pula pilihan. Bertambah blur aku rasa.

And hari itu, dah puas pusing BBN last sekali singgah dekat RESTORAN TOMYAM BBN, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Kami tengok ramai je orang singgah. Asal ramai je, pasti ingat sedapkan? Sebelah Restoran BBN ada satu lagi restoran, tapi tengok cam takde orang.


Menu pilihan hari tu adalah ayam goreng kunyit! Ayam goreng nie sedap .... isi lembut. Takdalah keras kejung. Rasa garam kunyit memang sekatalah. Eh! macam juri masterchep plak.


Nasi goreng petai nie aku punya. Rupa macam nasi goreng kicap plak. Biasa-biasa sahaja pada tekak aku.


Menu pilihan yang wajib aku rasa bagi si MB. Nasi goreng USA! 2 thumbs up. Soooodap. Paling sedap rasa daging merah dia tu. Lembut! Tak payahlah nak tarik sampai herot gigi.

Sup ekor! Rasa agak kurang .... so, aku tak rekemen kot makan sup di sini. Atau tak selesa pada tekak aku? Tak cukup masam. Dah macam rasa herba skit. Atau aku yang tak suka herba. Si MB cakap sup nie sedap ... okeh itu tekak dia. Aku tak berkongsi tekak dengan Si MB. Tekak hak masing-masing.

#sekian, cerita J.O.M kali ini, tata .... tq singgah sini.

Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!
CK : Sekarang nie, makan pun dah berpada-pada. Asyik pantang itu ini .... pantang nampak...he he he. Yang pasti aku dah kurang makan malam. Balik rumah untuk rehat, kerja yg wajib, blogging dan tiduuuuuur!

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


DYJATT: BERAYA <b>DI MAMBAU</b>

Posted: 23 Sep 2009 03:13 AM PDT

Anak-anak ku.

1 Hari Raya pagi adalah hari yg paling sayu pada saya di mana sume isi rumah akan bersalam2an, cium tangan mak, suami, kakak2, abang2..memang sayu. Air mata tak terbendung. gugur tanpa sedar. Adakah saya dapat lagi menikmati detik2 sebegini di Syawal tahun depan? Harapannya moga bilangan ahli keluarga kami samada di sebelah suami mahupun saya makin bertambah dan bukan berkurangan hendaknya. Tapi saya tak sempat nak merakamkan detik2 bersalaman tu sebab leka melayan kesedihan yg teramat. Cuma yg sempat dirakamkan gambar2 saya dan anak2 lepas sesi bermaafan.

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Nagari Nan Tuo | Bugis <b>Linggi</b>

Posted: 08 Mar 2013 08:11 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Ini menunjukkan seolah-olah tidak sebarang perkaitan mahupun perhubungan dengan kelompok Bugis di luar Linggi. Di samping itu, peranan dan kemampuan Linggi di dalam mengawal lalu lintas perdagangan di Sungai ...

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


Ibnu Hasyim: Banjir Besar Landa <b>Lukut</b>. Kesal Kepada Pemaju?

Posted: 25 Nov 2012 05:30 AM PST


PORT DICKSON: "Sudah puluhan tahun tinggal di kampung ini, inilah kali pertama banjir berlaku dan paling teruk apabila air menenggelamkan rumah," kata Cheok Ah Kaw, 71, seorang daripada 47 keluarga mangsa banjir di Kampung Batu Tujuh, Lukut, di sini, semalam.

Hujan lebat berterusan sejak jam 2 pagi menyebabkan 200 keluarga dari beberapa kampung dan kawasan perumahan di Lukut serta sekitarnya termasuk Kampung Sri Parit, Taman Jaya Lukut, Taman Indah Jaya, Taman Wawasan dan Taman Sri Lukut ditenggelami air antara dua hingga tiga meter.

Tinjauan (myMeto) bersama menaiki bot Bomba dan Penyelamat Telok Kemang mendapati Kampung Batu Tujuh, Jalan Seremban dan kawasan rumah kongsi pekerja warga Indonesia ditenggelami air hampir keseluruhan rumah. Menurut Cheok, dia sekeluarga tujuh beranak resah apabila hujan lebat menyebabkan air mula naik dengan cepat dan segera menyelamatkan diri ke kawasan tinggi sementara menunggu bantuan tiba.

"Saya sekeluarga termasuk menantu dan cucu cemas apabila air naik mendadak dan nekad pergi ke kawasan rumah jiran yang terletak di atas bukit.
"Disebabkan bimbang berlaku perkara tidak diingini, kami tidak dapat menyelamatkan harta benda lain," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, masalah sistem perparitan di kampung itu terlalu kecil selain sampah-sarap menyebabkan air tersekat dan melimpah keluar.
"Saya kesal dengan sikap pemaju yang tidak mengendahkan aduan kami sebelum ini mengenai masalah sistem perparitan yang sempit ini," katanya. Seorang lagi mangsa, Ng Ching Hong, 50, berkata, sikap pemaju perumahan amat dikesali kerana aduan sudah dibuat oleh penduduk kampung berkenaan laluan air ke longkang yang terlalu kecil.

"Kami harap bantuan segera sampai kerana kemusnahan yang kami alami amat teruk. Rumah, pakaian dan kereta habis musnah dimasuki air dan tidak dapat diselamatkan. Kami tak tau macam mana lagi nak meneruskan hidup," katanya. (Disunting dari myMtetro)

ads