Isnin, 15 Ogos 2011

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


UMNO Online - Pemuda <b>Teluk Kemang</b> Bergerak Dekati Pengundi <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2010 06:06 PM PDT

Kategori Berita Lain

Pemuda Teluk Kemang Bergerak Dekati Pengundi- Faizal Ramli

Oleh Mohd Faizal Mohd Salleh

TELOK KEMANG 14 Sep – Bila pilihan raya umum tidak penting, tetapi Pemuda UMNO bahagian Telok Kemang telah menggerakkan jentera bagi memastikan jentera Pemuda sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Persediaan ini juga penting bagi memastikan jentera pemuda sudah bersedia untuk mempertahankan kerusi yang ada selain merampas kembali kerusi yang terlepas ke tangan pakatan pembangkang, ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Telok kemang, Mohd Faizal Hj Ramli

"Pada peringkat Pemuda UMNO, kita telah mengambil senarai nama pengundi-pengundi yang terkini, yang mana kita akan senarai pendek pengundi-pengundi muda, di bawah 40 tahun. Dalam perkara ini, pada hari ini kita perlu fokus yang mana kita fokus pada pengundi-pengundi muda, lelaki Melayu," ujarnya kepada UMNO-online.

Dalam masa yang sama, kita juga akan mendaftarkan mereka sebagai pengundi kerana masih ada di kalangan ahli pemuda masih belum berdaftar sebagai pengundi yang mana ada ahli kita yang sudah sampai usia 21 tahun, belum mendaftar kerana ada yang terlupa," ujarnya yang juga merupakan EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Pemuda UMNO juga akan mengumpulkan data seperti alamat, nombor telefon dan email bagi memudahkan Pemuda menyalurkan maklumat-maklumat terkini kepada pengundi-pengundi muda ini.

"Kita juga akan menggunakan Unit Media Baru, melalui internet, melalui blog, facebook kerana golongan muda hari ini lebih menumpukan, lebih berminat mendapatkan maklumat sumber-sumber berikut.

Kita tak nafikan, orang muda pada hari ini kurang berminat secara langsung terlibat dalam parti. Mereka lebih berminat mendapat maklumat dalam internet. Akhirnya, kebanyakan orang muda tidak mahu datang kalau kita buat ceramah, kita panggil untuk mesyuarat sebab mereka tak minat,".

Tambahnya, di dalam usaha Pemuda Telok Kemang memahami kehendak mereka, Pemuda akan bermesra, berkawan dan bercampur-gaul dengan mereka, barulah kita boleh memahami aspirasi dan kehendak golongan muda ini, barulah boleh menarik mereka ke dalam UMNO dengan kehendak dan jiwa mereka.

Dalam perkembangan yang sama, Pemuda BN akan digerakkan bersama bagi merampas kembali kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN yang terlepas ke tangan pakatan pembangkang dalam PRU yang lalu.

"Hubungan antara parti kompenan yang ada di Parlimen Telok Kemang akan kita rapatkan semula, kita akan bekerjasama dan buat program bersama" ujarnya lagi -MediaUMNO

Berita Bertarikh 14 September 2010 Pada 9:06 AM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


Futuwwah Training & Consultancy: Futuwwah & AIMS <b>di</b> MRSM <b>Kuala Klawang</b>

Posted: 29 May 2011 05:19 AM PDT

 [Kuala Klawang, Ahad] – Pada 28 dan 29hb Mei 2011, Futuwwah Training & Consultancy telah dijemput oleh pihak MRSM Kuala Klawang untuk menjadi fasilitator bagi program "Kem Semasa Cuti" untuk pelajar tingkatan 3  bersama-sama fasilitator daripada AIMS Malaysia (Alumni of International Muslim Students). Ini adalah kali kedua pihak Futuwwah menjayakan program di MRSM Kuala Klawang, setelah mengendalikan Kursus Kepimpinan BADAR pada bulan Mac yang lalu.

Program dimulakan pada hari Sabtu tengahari dengan talk oleh Pengarah Urusan Futuwwah, Ir. Faridul Farhan. Peserta kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk slot LDK, di mana peserta perempuan dipecahkan mengikut kelas, sedang peserta lelaki dipecahkan mengikut "cita-cita" mereka. Arkitek JKR sekaligus alumni Melbourne, Australia, sdr. Amir Farid telah mengendalikan LDK untuk peserta yang berminat di dalam bidang arkitek Arkitek serta mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran di Australia. Pelajar Perubatan IMU, sdr. Mohd Asyraf pula mengendalikan LDK untuk mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran di dalam bidang perubatan, serta berminat untuk menyambung pelajaran ke Kanada. Manakala fasilitator daripada AIMS, sdr. Akma Azizi pula mengendalikan LDK buat mereka yang cenderung ke Jepun serta bidang kejuruteraan. Ketiga-tiga fasilitator lepasan luar negeri ini telah berkongsi pengalaman mereka ketika belajar di Negara masing-masing, serta latar-belakang kursus yang telah mereka ambil.

Selepas solat Asar, peserta telah dipecahkan mengikut "Negara" seperti di dalam LDK, dan telah mengadakan pertandingan "Osom Gergasi." Selepas itu, para peserta serta fasilitator telah sama-sama menunjukkan skil masing-masing dalam permainan futsal.

Selepas makan malam dan solat Maghrib, saudara Fitri telah memberikan tazkirah Maghrib, disusuli presentation daripada saudara Zaid (AIMS) berkenaan video program-program yang pernah beliau lalui semasa menuntut di New Zealand. Selepas solat Isyak, LDK diteruskan dengan para fasilitator menceritakan kepentingan ukhuwah terutamanya bagi mereka yang menuntut di luar Negara.

Selepas qiamullail dan solat Subuh yang diimamkan oleh sdr. Afif, pihak sekolah telah berbesar hati menyampaikan cenderamata kepada barisan fasilitator daripada Futuwwah dan AIMS.

Pihak Futuwwah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MRSM Kuala Klawang di atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada kami untuk beroleh amal soleh, juga kepada rakan-rakan AIMS di atas ukhuwah islamiyah yang mereka hulurkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Laman Rasmi: Kem <b>Paroi</b> adakah kerajaan menipu tentera ?

Posted: 10 Aug 2011 12:36 AM PDT

Demikianlah tajuk dalam artikel yang ditulis oleh seorang Brigadier Jeneral bersara bertajuk PAROI CAMP - WAS THE ARMY HOODWINKED? Dalam artikel tersebut beliau berkata pada tahun 80an kerajaan N.Sembilan mahu membina stadium di Paroi atas dasar iaitu tentera adalah merupakan 'setinggan secara teknikal'. Beliau kesal Kem Majidee di Johor yang bersejarah kerana tempat tertubuhnya Pasukan Komando Malaysia tidak dikekalkan sebagai warisan sejarah.

Sebaliknya Kem Majidee telah dijual kepada pemaju. Kata beliau pengusiran tentera dari kem-kem seluruh Malaysia ini adalah jelas atas kepentingan peribadi bukan kepentingan rakyat.


Artikel penuh Brigadier Jeneral bersara tersebut di http://mindnoevil.blogspot.com/2011/08/paroi-camp-was-army-hoodwinked.html

Artikel : Sejarah Kem Paroi Seremban, ramai tak tahu, jangan terkejut di http://waghih.blogspot.com/2011/02/sejarah-kem-paroi-seremban-ramai-tak.html

Artikel berkaitan Kem Paroi bertajuk : Apa sudah jadi dengan Kem Paroi , N.Sembilan ? http://pasns.blogspot.com/2009/10/apa-sudah-jadi-dengan-kem-paroi_03.html

Penjualan kem-kem tentera di Malaysia di http://pasns.blogspot.com/2010/05/jangan-jual-kem-tentera-rakyat-mesti.html

Apa sudah jadi pula dengan janji Bandar Tentera Darat di Port Dickson yang dijanjikan ketika pilihanraya Bagan Pinang ?/Chegubard
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


REMBAU HARI INI: Dato Mahfuz Omar <b>di Rembau</b> 6 Ogos 2011

Posted: 01 Aug 2011 08:01 PM PDT

CERAMAH UMUM
Tarikh : 6 Ogos 2011, Sabtu
Masa : 9.30 malam
Tempat : Batu 3, Kg Pedas-Linggi, Rembau (berhampiran Tol Pedas)
Penceramah:
YB Dato Mahfuz Omar , Naib Presiden PAS
YB Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Dr Rosli Yaakop , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard , Ketua PKR Rembau

Semua dijemput hadir
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


DMPSA-2010: 17 tahun tunggu elektrik <b>di Jelebu</b>, akhirnya PAS bantu

Posted: 28 Jul 2011 05:59 PM PDT


"Akhirnya selepas menunggu selama 17 tahun, sambil berusaha memohon bekalan elektrik ke rumah beliau di Kg Ulu Jelebu dari TNB dan kerajaan UMNO/BN, pada 27 Julai 2011, rumah En Radzuan Bin Halim, 50 tahun dan Puan Norhayati telah pun terang benderang dengan cahaya lampu berkat usaha dari sebuah NGO dengan kerjasama PAS Kawasan Jelebu dan PAS MTD Klawang.


 
Pihak NGO tersebut telah menyumbangkan sebuah generator dan 5 buah tilam kepada keluarga En Radzuan.  Pihak PAS MTD Klawang telah memberikan kerjasama dengan menyumbangkan wayar dan paip untuk membuat pendawaian di dalam dan di luar rumah En Radzuan.  

Pasukan Unit Amal Jelebu telah menghantar 2 orang petugas mereka menjalankan kerja-kerja pendawaian tersebut. 

En Radzuan menyatakan rasa gembira dan terharu dengan sumbangan dari pihak NOG tersebut dan usaha yang dijalankan oleh PAS untuk membantu beliau dan keluarga.  

Beliau mempunyai 10 orang anak, iaitu 6 perempuan dan 4 lelaki. Dengan adanya lampu yang terang ini dapatlah anak-anak beliau mengaji dan meneruskan pelajaran pada waktu malam katanya.  

En Radzuan menambah lagi walaupun dia tahu PAS bukanlah parti pemerintah tetapi usaha PAS yang ikhlas membantu orang-orang yang miskin seperti beliau, membuatkan beliau rasa terharu dan beliau mendoakan kemenangan PAS pada pilihanraya yang akan datang supaya lebih ramai lagi orang dapat dibantu. 

Menurut Saudara Nor Anif (Timbalan YDP) adalah menjadi tanggungjawab PAS membantu semua orang sesuai dengan tema Muktamar tahunan PAS baru-baru ini iaitu 'Negara Berkebajikan'. 

Saudara Anif juga menegaskan bahawa walaupun sekarang ini rumah En Radzuan telah pun terang tetapi masih menjadi tanggungjawab kerajaan UMNO/BN menyalurkan bekalan elektrik ke rumah En Radzuan kerana bekalan elektrik adalah kemudahan asas yang menjadi hak semua rakyat Malaysia untuk mendapat nya terutamanya kawasan Parlimen Jelebu ini diwakili oleh Rais Yatim yang juga seorang Menteri Kanan. 
http://pasjelebu.blogspot.com  

Laporan penuh bergambar di http://orangklawang.blogspot.com/2011/07/selepas-17-tahun-baru-nampak-cahaya.html

Tranungkite 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Duit raya Najib tak mampu tampung kerugian 15 tahun ditipu Felda <b>...</b>

Posted: 14 Aug 2011 09:59 PM PDT

(Oleh Norutul Ilham)

TELUK KEMANG: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pemberian wang raya kepada peneroka Felda sebenarnya mempermain-mainkan hak mereka, kata Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Katanya, peruntukan RM200 hingga RM400 kepada peneroka yang bersama atau tidak bersama Felda, tidak mampu menampung semula kerugian dan penipuan yang ditanggung mereka selama ini.

"Pemberian wang raya itu jelas mempermainkan hak peneroka FELDA. Ia mencukupi bagi berbanding kadar kerugian hasil perahan kelapa sawit dan hasil tebang pokok getah oleh peneroka," katanya pada satu kenyataan media.

Najib membuat pengumuman baru-baru ini, dengan berkata bayaran duit raya Felda kepada warganya tahun ini mencecah RM42 juta untuk 23,000 warga Felda di seluruh negara. Kiraan mendapatinya cuma sekitar RM200 hingga RM400.

Mengulas lanjut, Kamarul yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sembilan itu menyifatkan jumlah yang kecil itu sama sekali tidak mampu menutup pembohongan dan penindasan Felda terhadap peneroka.

Beliau menganggap pemberian Najib itu bersifat 'gula-gula' memandangkan peneroka berhak menuntut jumlah lebih besar ekoran kerugian selama 15 tahun sejak bersama Felda.

"Peneroka berhak memperoleh sehingga RM458,000 bagi kerugian selama 15 tahun akibat penipuan Kadar Gred Perahan Asas (OER) kelapa sawit yang lebih rendah dari nilai asal.

"Kes ini sudah dibawa ke mahkamah oleh 766 peneroka Felda di Serting (tuntutan RM2 juta) & 964 peneroka di Jengka (tuntutan RM458,000). Ini bermakna jumlah wang yang berhak diperoleh  melebihi 'gula-gula' daripada Najib," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Felda bersikap telus dalam usaha memperkukuhkan dasar kerajaan berkebajikan di samping merakyatkan ekonomi.

"Gula-gula hari raya ini tidak setimpal dan harus dikembalikan semula hak serta pampasan secukupnya terhadap kerugian yang ditanggung peneroka Felda akibat kecuaian urus tadbir Felda itu sendiri," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18840

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads