Selasa, 24 Julai 2012

05 di sikamat - Google Blog Search

05 di sikamat - Google Blog Search


ABU SOFEYA: Al-Fatihah : Masyarakat Islam <b>di Sikamat</b> kehilangan <b>...</b>

Posted: 12 May 2012 09:40 AM PDT

Dalam perjalanan menuju ke Rembau untuk menyampaikan ceramah Haji di Masjid An-Nur pagi ini, saya menerima 'sms' daripada seorang jemaah  Surau Taman Desa Beringin memaklumkan Ybhg Al-Fadhil Ust Akib bin Mohd Din telah dimasukkan ke dalam wad CCU di Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban.

Hati saya berdebar-debar.

Justeru selesai sahaja berceramah, saya terus menghubungi isteri untuk bersama-sama menziarahi tokoh murabbi yang saya kasihi ini.

Kami sampai di Wad 4 C pada pukul 1.30 tghari.

Ketika itu kelihatan anak-anak muridnya sudah mula mengerumuni pintu Wad bagi menunggu giliran masuk menziarah. Hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk untuk satu-satu ketika.

Oleh keranaa tidak mahu membiarkan para penziarah menunggu lama di luar, saya hanya menziarah selama 3 minit sahaja.

Di atas katil saya melihat Ust Akib tidak sedarkan diri, manakala kepalanya terlentok ke sebelah kanan, mudah-mudahan menjadi golongan kanan di akhirat nanti.

Saya mententeramkan isterinya serta meminta agar disampaikan salam saya kepada Ust Akib jika beliau telah sedar nanti.

Pukul 11.25 malam


Sekali lagi bunyi mesej masuk ke handphond saya yang memaklumkan Ybhg Al-Fadhil Ust Akib telah kembali kerahmatulah.

Berita ini saya terima dengan perasaan sedih.

Masih terbayang wajah Ust Akib setiap kali saya menyampaikan kuliah di suraunya. Kali terakhir bertentang mata dengan Almarhum ialah pada 3 hb Mei yang lalu.

Semasa kuliah, Almarhum akan duduk di bangku yang paling depan. Dengan sebatang pensel, Almarhum akan mencatat nota di dalam kitab yang ditelaah iaitu 'Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah' karangan Almarhum Ust Tuan Haji Said Ibrahim, Mantan Mufti Sabah.

Sekali sekala, Ust Akib akan bertanya jika ada sebarang kemusykilan. Kadang-kadang ada juga soalan daripadanya yang saya tidak dapat menjawab secara spontan kerana kelemahan diri.

Dengan keistimewaaan yang ada padanya sebagai Qari, saya turut menimba ilmu daripada Almarhum  secara tidak formal khususnya ketika jamuan selepas kuliah.

Banyak hal berkaitan tentang makhraj bacaan al-Quran yang saya rujuk kepadanya dan Almarhum tidak pernah jemu melayani saya.

Sesungguhnya saya sangat beruntung dan bertuah kerana rapat dengannya.

Almarhum adalah tulang belakang yang sentiasa 'mempertahankan saya' dalam melakukan kerja-kerja dakwah.

Pendekata, Almarhum merupakan antara guru yang saya sangat sayang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ampunkan dosa guruku ini, cucurilah rahmat ke atas rohnya dan masukkannya ke dalam syurga di akhirat kelak.

Amiinnn.

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Susulan pegawai polis mengamuk <b>di Seremban</b> dan <b>...</b> - Tranungkite

Posted: 20 Jul 2012 09:00 AM PDT

Oleh: amkns

"Dengan angka 11.3 peratus atau sekitar 3.3 juta orang rakyat Malaysia sakit mental dan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh Malaysia, sebagai orang Islam, jalan penyelesaian kepada semua permasalahan ini ialah kembali kepada Islam sepenuhnya. Buat semua yang diperintahkan Allah, serta tinggalkan semua yang ditegah Allah.

  

TERTEKAN MASALAH KELUARGA

Harian Metro 20 Julai 2012  

SEREMBAN: Tekanan akibat menghadapi masalah keluarga dikatakan menjadi punca seorang pegawai polis berpangkat inspektor mengamuk dan menyerang dua pekerja hotel Seremban 2, di sini, gara-gara ais krim dibeli di hotel berkenaan dikatakan mahal dalam kejadian Selasa lalu. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mohd Hassan, berkata berdasarkan soal siasat terhadap pegawai polis itu, dia didapati berada dalam keadaan tertekan akibat masalah keluarga. "Melalui siasatan kita didapati pegawai ini memang ada permasalahan sedikit, masalah keluarga. Jadi mungkin disebabkan 'stress' menyebabkan dia mengamuk.  

POLIS MENGAMUK DIDAKWA

Sinar Harian 20 Julai 2012  

SEREMBAN – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang mengamuk dan mencederakan dua pekerja hotel dua bintang di Seremban 2, di sini, Selalu lalu, didakwa di mahkamah dalam masa terdekat. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Md Hassan, berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kejadian itu dan laporan siasatan telah diserahkan kepada pihak pendakwaan. Abdul Manan berkata, pegawai polis terbabit baru lapan bulan berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban. "Sebelum ini, dia bertugas di bahagian sama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan telah berkhidmat sebagai anggota polis selama 10 tahun. "Dia tidak mempunyai masalah disiplin sebelum ini berdasarkan semakan rekod peribadinya," katanya.  

POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU

Berita Harian 27 Sep 2011 KUALA LUMPUR:

Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba. 

Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan. 

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus. 

Malah, sesetengah kes yang disiasat SEPERTI KES BUNUH ATAU YANG MEMBABITKAN GOLONGAN BERPENGARUH ADA KALANYA MEMBERIKAN TEKANAN terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya. 

Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH GUNA KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM. 

MALAH, DIKHUATIRI, JIKA TAHAP TEKANAN YANG DIHADAPI BEGITU KRITIKAL, SENJATA YANG DIMILIKI DIGUNAKAN SEBAGAI ALAT UNTUK MELAKUKAN UGUTAN ATAU SEBARANG AKTIVITI JENAYAH TERMASUK RASUAH, katanya.  

NEGERI SEMBILAN PALING RAMAI SAKIT MENTAL

Kosmo 27 Nov 2008 

Negeri Sembilan mencatatkan jumlah pesakit mental mental, diabetes dan obesiti paling tinggi di seluruh negara di kalangan orang dewasa.  

11.3 PERATUS RAKYAT SAKIT MENTAL

Berita Harian 14 Nov 2010 

MCPF minta kementerian sebar maklumat sindrom, cara tangani penyakit 

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci termasuk mengenal pasti tahap kesihatan mental suspek lelaki kes amuk menggunakan pedang samurai yang mencederakan sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki di Rumah Pangsa Alor Akar, Kubang Buaya, Kuantan, kelmarin. Naib Presidennya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata sekiranya laporan kesihatan mendapati lelaki itu menderita kerana penyakit kemurungan, Kementerian Kesihatan harus mengambil perhatian serius dengan menyebar maklumat lebih meluas mengenai sindrom itu serta langkah bagi menangani pesakit mental. Beliau berkata, kajian menunjukkan 11.3 peratus daripada 26 juta rakyat di negara ini mempunyai masalah mental dan sekiranya golongan itu tidak diberikan rawatan sempurna, dikhuatiri lebih ramai akan menjadi mangsa.   

KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS

21 hb November 2004 

Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini memberi gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil jiwanya. Mengikut pakar psaikologi , sememangnya sakit jiwa dan mental di Negara ini bagaikan bom jangka.   

ONLY 233 PSYCHIATRISTS TO TREAT 28 MILLION MALAYSIANS

The Star November 8, 2010 

IPOH: Malaysia is running short of psychiatrists. Health Ministry technical adviser on psychiatry Datuk Dr Suaran Singh Jasmit Singh said the country only has 233 psychiatrists to treat the population, which works out to a ratio of 0.8:100,000. "The ideal ratio is 1:50,000," he said after the opening of a public forum on handling stress at Ipoh City Hall yesterday. Dr Suaran, who is Hospital Bahagia Ulu Kinta director, said of the 233 psychiatrists available, 15 were attached with the Health Ministry and three with the Defence Ministry. 

Sumber  :  http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/07/susulan-pegawai-polis-mengamuk-di.html  

"

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


<b>TELUK KEMANG</b>, 20 JULAI 2012 – MUFTI Negeri Sembilan, Datuk <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2012 05:02 PM PDT

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Bob Lokman <b>di Paroi</b> 14 Mei 2012

Posted: 11 May 2012 06:28 AM PDT


CERAMAH UMUM
Tarikh : 14 Mei 2012, Isnin
Tempat : Pasti Al Hikmah, Tmn Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


BudakMental: KAWASAN <b>JELEBU</b> NI ADA KE TIDAK PKR?

Posted: 10 Jun 2012 01:30 PM PDT

Malam kelmarin aku pergi ke program ceramah di sebuah kampung di Jelebu, N. Sembilan.  Selepas program ceramah aku dok sembang-sembang dengan orang-orang situ berkaitan politik di Jelebu.  Ramai dari mereka optimis Jelebu kali ini ada harapan sekurang-kurangnya satu kerusi Dun dapat dirampas dari Umno/Bn.
Masalahnya kata mereka, di Jelebu ini hanya PAS dan DAP saja yang bergerak.  PKR seumpama tiada di Jelebu, tetapi para penyokong PKR agak ramai juga.  Ertinya, pimpinan PKR di Jelebu tidak bekerja, itu jangkaan aku.  Memang benar pun, jika tidak percaya cuba semak rekod selepas PRU 2008, berapa banyak program anjuran PKR di Jelebu?  Kosong.  Kosong beb.....
Program PR memang sedang rancak di Jelebu, tapi di antara PAS dan DAP sahaja.  PKR dikatakan diperuntukan satu kerusi Dun di Jelebu iaitu di Dun Pertang.  Mana program PKR di situ?  Bahkan, sampai sekarang ramai penyokong PR di Jelebu tidak kenal nama jauh sekali wajah Ketua Cabang, Wanita dan AMK Jelebu?  Dah tu, mengapa PKR perlu bertanding di Jelebu?  Bertanding untuk tempah kalah sajakah?  Jika begitu, baik serah kepada PAS atau DAP sahaja.  
Aku mahu menarik perhatian Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Dato' Kamarul Bahrin.  Sepanjang beliau menjadi Pengerusi PKR N.S, berapa kali beliau turun ke Jelebu?  Jangan tanya samada DS Anwar pernah turun atau tidak ke Jelebu jika Pengerusi PKR Negeri pun tidak mahu menjenguk Jelebu.  Kuat sangatkah Umno/Bn di Jelebu?  Pernah ke Pembangkang hilang deposit di Jelebu?  Tidak pernah pun.  Ertinya Umno/Bn tidak kuat, tetapi kita yang malas buat kerja hanya harapkan kawan-kawan yang lain je.
Aku harap PKR Jelebu dapat buktikan bahawa mereka masih ada nyawa di Jelebu.  Jika tidak, lebih baik jangan tamak, serahkan saja kerusi Dun Pertang pada PAS atau DAP. 

ads