Ahad, 10 Jun 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


PAKATAN RAKYAT N15 DUN <b>JUASSEH</b>: Kehadiran Anwar <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2012 06:15 PM PDT

PORT DICKSON : Kehadiran Anwar ke Lukut PD pada malam 22/3/12, memintas awal Najib yg akan turut menghadiri makan tengahari di dataran bersebelahan kompleks kerajaan daerah. Di fahamkan daerah PD telah mula dibanjiri dengan poster dan Bena Najib & Rosmah.

Hampir sebatang tiang letrik pun tidak ada yg ketinggalan dengan tergantungnya banting2 Najib & Rosmah..Manakala 2 ke 3 lokasi menyambut Najib telah hampir seminggu awal didirikan khemah-khemah gergasi. Kos khemah sahaja mungkin mencecah jutaan ringgit tidak termasuk kos makan, bas, pentas dan yg lain-lain.

Barisan bendera UMNO BN telah mula menutup pemandangan Port Dikcson. Hebat sungguh BN dalam membelanjakan dana secara berhemah....Arahan kepada setiap agensi termasuk pendidik-pendidik....khabarnya dikerah hadir. Tuntutan duit-duit upah kehadiran kepada belia-belia dan sewa-sewa pengusha bas telah mula berjalan. Najib mula curiga dgn rakyat....dah kasi BR1M dan makan pun....undi masih PR. Cuma yg takut dengan ungutan sahaja masih lagi bersama UMNO BN.

PR telah memintas awal dengan program ceramah pimpinan PR negeri bersama DS Anwar di dataran Lukut.

Kesempatan ini lah kehadiran rakyat tanpa duit dan makan mau pun sogokan....telah memenuhi dataran Lukut untuk bersama-sama berkongsi maklumat agar kiranya PR menawan Negeri Sembilan dapat merasa nikmat pentadbiran seperti Pulau Pinang, Selangor, Kedah & Kelantan.
" Merakyatkan Ekonomi"

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.

"Semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.

"Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan," katanya pada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu.

Beliau menegaskan, apabila harga minyak turun, secara automatik rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.

"Apa jadi kalau harga minyak turun, pengangkutan awam juga akan turun, harga makan akan turun dan harga barang akan turun.

"Saya beri jaminan harga minyak boleh diturunkan, saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahulah caranya," katanya yang menjawat jawatan itu sejak 1991-1998.

Beliau turut menempelak Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir yang mengatakan pelaksanaan gaji minima akan membankrapkan negara.

"Kalau tidak mampu laksana gaji minima, sila berundur kerana kami beri jaminan gaji minima RM1,100 akan dilaksana jika kita diberi mandat memerintah. Malaysia ini negara kaya dan ada macam-macam sumber hasil, kita yakin dasar ini boleh dibuat," tegasnya.

Beliau memberi contoh Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat bukan sahaja berjanji malah berjaya melaksanakan dasar gaji minima sejak Januari lalu dengan permulaannya kepada syarikat kerajaan negeri.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.

Ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam itu menyaksikan ratusan kenderaan memenuhi perkarangan kawasan tanah lapang itu kira-kira satu kilometer.

Dua stesyen minyak berhampiran turut menjadi medan tempat meletak kenderaan orang ramai ekoran kawasan sesak dan padat dengan kehadiran ribuan rakyat malam itu.

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Ziarah Kematian <b>Di</b> Kuala <b>Linggi</b> ~ Rakyat Dihati Kami

Posted: 17 May 2012 07:00 PM PDT

Teluk Belanga , Kuala Sg Baru - Penyelia Dun Kuala Linggi Ust Julasapiyah Bin Kassim telah menziarah arwah Kamsiah Bt Budin di sini . Beliau telah menghembuskan nafas terakhir malam semalam di rumah beliau. 
Penyelia Dun telah bergegas dan membantu dalam pengurusan jenazah di sini. Majilis Tindakan Dun Kuala Linggi merakamkan ucapan takziah dan marilah kita mendoakan Al-Fatihah pada arwah tersebut. Al Fatihah

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Camwhoring <b>Di</b> Sawah Padi, Restoran Warisan <b>Kuala Pilah</b>

Posted: 04 Jun 2012 05:18 PM PDT

Yaaa... kami bercameworing di sawah padi..hohoho.. siap loncat loncat lagi, kau hado!! hahahaha.. korang pernah tak tengok kawasan ni.. alaa sebelah dengan Restoran Warisan Kuala Pilah Negeri Sembilan.. tepi jalan..

Ekceli kita orang singgah kat Restoran Warisan masa on da way balik KL daripada Kampung Kuala Jempol, yang aku cerita dalam entry ini.. bukan singgah makan la tapi, singga bergambar gambar jep.. kenyang dah kenduri kawin, buat apa nak makan restoran lagi.. nantila next next time..

View kat sini sangat lawa.. ya la, aku mana pernah pegi sawah padi.. dulu kecik kecik ada padi bukit je, tu pun pakcik aku punya.. tang sawah pagi ni mememang aku batak gila, rasa macam nak masuk je beguling guling dalam tengah sawah tu hahaha..

Disebabkan aku masih ada maruh.. tak nak la beguling guling kan, nanti orang cakap bodoh ka ape mamat ni hahaha.. so aku loncat loncat je la.. tengok kat belakang tu, siap ada orang buat pre wedding photoshoot kat sawah padi.. macam nak tolak je dia masuk longkang.. errr..
Ni kawan aku pun nak loncat jugak.. ikut ikut.. tapi aku loncat lagi smat dan lagi tinggi hahahaha.. cuaca bagus waktu petang syok la singgah.. rasanya kalau pokok pokok padi ni besar sikit mungkin lagi best kan..
Wah nice je view.. memang suka la aku sawah padi ni.. ada bukit bukau lagi, teringat pulak Izzah time ni.. ntah apa khabar dia sekarang.. huk huk huk!!.. banyak agas la kat sawah padi.. nasib baik tak menggigit..
 Orang kampung berjalan menyusur di tepian longkang.. nak kemana tu uolzzzz....hahahaha... Ada jambatan menghubungkan kawasan Restoran Warisan tu dengan sawah padi.. kalau korang free boleh la datang sini, serius memang lawa kawasan ni.. bagi aku la.. kot kot korang dah bosan dengan sawah padi kan.. Ini la dia Restoran Warisan tu.. suasana kampung pesen orang minang.. tengok blog blog, makanan pun boleh tahan gak sedap dia.. makanan tradisional orang nogorghi, masak lomak cili api la ujang oi!! hehehe.. emmmm.. ntah bila lah lagi nak datang Kuala Pilah ni.. boleh tibai sekali itik gembo gembo yang banyak jual kat tepi jalan tu hahahaha..
Tag: Bergambar Gambar Di Sawah Padi, Pre Wedding Photoshoot Di Sawah Padi, Restoran Makanan Tradisional Negeri Sembilan, Tempat Tempat Menarik Di Negeri Sembilan, Tempat Makan Best Kuala Pilah

ads