Sabtu, 15 September 2012

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


<b>Tampin</b> Nature MTB Ride 2012 DITUNDA pada tarikh 2 Disember <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2012 06:14 AM PDT

September 11, 2012   admin

tunda_slider

Salam 1 Malaysia

Sepertimana sedia maklum bahawa PersatuanKembara Negara (PKN) bersama Kerajaan Negeri Sembilan akan menganjurkan acara basikal bukit yang dikenali sebagai Tampin Nature MTB Ride 2012 pada 7 Oktober 2012 bertempat di Stadium Majlis Daerah Tampin, Negeri Sembilan.

Atas faktor kepadatan acara MTB dengan tarikh acara ini berlangsung dan respon ramai peserta (UPM MTB@30 Sept di Serdang & Ronda Riadah Mega Ride@7 Okt di Muar), Acara Tampin Nature MTB Ride 2012 secara rasminya DITUNDA pada tarikh 2 Disember 2012. Pihak penganjur serta urusetia memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku ini.

Kami amat berharap agar acara ini dapat berlangsung dengan jayanya melalui penglibatan ramai peserta dan pengurusan penganjuran yang terbaik.

Sekian, terima kasih

PERSATUAN KEMBARA NEGARA

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


FLOWER&#39;S OF MY LIFE: Kisah Sesat <b>Di Seremban</b>

Posted: 13 Sep 2012 08:39 PM PDT


Assalamualaikum,

Baru hari ini berkesempatan masuk. Sejak dari hari Isnin di serang penyakit open house
iaitu ceri beri... aduhai seksanya...padan muka tu kan, makan banyak lagi...hihi~

Walau terlambat, tetap nak tulis di sini al-kisah Sabtu lepas untuk kenangan diri sendiri.
Kisah bagaimana kami sekeluarga berusaha mencari rumah Kak Erna di Seremban dengan 
hanya berpandukan map nan secuit. Kak Erna sudah pesan ,sampai tol Senawang talifon
nanti suami akak datang ambil. Tapi hubby kita pula kata jangan menyusahkan, kita cuba 
cari sendiri dulu.

Akhirnya kami tersalah jalan juga dalam waktu hujan susah nak cari jalan...alasan baik tak...hik3
Terpaksa juga talifon Kak Erna, katanya tunggu situ nanti suami akak datang tau. Terperanjat
kami, bila tengok suami Kak Erna datang dengan menaiki motor dalam hujan. Semata-mata
nak tunjuk jalan ke rumahnya. Dalam kereta kami tak habis bercakap...aduhai kita dah
susahkan orang ni! Rasa bersalah sangat-sangat.

Bila sampai di rumah Kak Erna cakap, memang suami dia macam itu. Kalau orang datang
rumah, dia akan suruh orang tu tunggu dan dia akan datang dengan motor. Aduhai...memang 
baik sangat dan juga ramah suami Kak Erna ni. Berbesar hati kami dapat datang ke rumah 
Kak Erna dan dijamu pula dengan makanan yang enak belaka.


Banyak sangat makanan yang Kak Erna masak. Masakan nogori memang kita suka,
semuanya sedap-sedap.

 


Kita tak suka sangat kuah kacang, kalau hari raya tak makan pun tak kisah. Tapi kuah kacang
Kak Erna ini, kuah kacang yang paling sedap pernah kita makan...terus belajar dengan Kak Erna ...hehe~

Banyak tempat cantik di rumah Kak Erna ni, bawah meja juga Syahmi suka posing.
Panik semua orang Syahmi suka main luar rumah Kak Erna yang sibuk dengan kereta.

 

   
Kak Erna ni sangat handal memasak dan tak lokek pula kongsi resepi. Kita juga dapat
berkenalan dengan 2 lagi blogger.
Ada banyak lagi undangan open house tapi yang paling di nanti Gathering Bloggers
Edisi Raya 2012. InsyaAllah, jika tiada aral...jumpa semua di rumah Dato'....^____^

Kakcik Seroja: Jalan-jalan ke Melaka dan singgah <b>di Seremban</b>...

Posted: 09 Sep 2012 03:32 AM PDT









Anak-anak selalu mengharapkan yang terbaik dari ibu bapa tetapi bersediakah anak-anak untuk memberikan sedikit rasa bahagia di hati ibu bapa mereka?

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Daniyar bersembunyi <b>di Port Dickson</b>? - LAMAN KL-TODAY.COM

Posted: 29 Jun 2012 01:15 AM PDT

Posted by admin on June 29th, 2012

Beberapa blog dan facebook memberi gambaran Daniyar Nazarbayev – bakal menantu Perdana Menteri, berada di negara ini berdasarkan dua gambar yang tersebar di internet.Ia memaparkan seorang individu lelaki menyerupai Daniyar, menjalani latihan ketenteraan dan lengkap berseragam seakan-akan tentera Malaysia.Sedangkan, keluarga Daniyar Nazarbayev sebelum ini menyatakan Daniyar mendaftar di Sandhurst Military College, sebuah kolej ketenteraan berprestij.

Namun, gambar itu menunjukkan seolah-olah Daniyar berada di Malaysia, malah ada pendapat menyatakan ia dirakam di kem askar Port Dickson.

Kesahihan gambar berkenaan berkenaan belum dapat dipastikan tetapi Najib sehingga kini tidak pula membuat sebarang penafian.

Sebelum ini, Daniyar – mengikut laporan New York Post dan media antarabangsa lain, menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).

Mengikut media berkenaan, ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difail di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat manakala Daniyar kemudian dilapor menghilangkan diri.

Daniyar bertunang dengan Nooryana Najwa Jun tahun lalu. Ibunya, Maira Nazarbayev – bakal besan Najib pula dipercayai ditangkap di Dubai ketika dalam perjalanan ke Eropah.

Sumber yang dipetik portal berita tempatan, Free Malaysia Today melaporkan, Maira ditahan Jumaat lalu oleh polis Dubai ekoran notis daripada Interpol.

Dalam New York Post juga, Maira dikehendaki pihak berkuasa kerana terlibat dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut.

Gambar Daniyar yang dikatakan berada di Malaysia boleh diakses di sini

05 di bahau - Google Blog Search

05 di bahau - Google Blog Search


Shafie Nor: BN tunai janji <b>di Ampangan</b> tidak sampai empat bulan

Posted: 30 May 2012 06:35 PM PDT

*TAPAK gerai perniagaan di Ampangan, Negeri Sembilan yang akan di robohkan untuk pembinaan gerai baru.
SEREMBAN, RABU, 30 Mei, 2012: Semasa majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Ampangan di Gerai Perniagaan dan Pasar Ampangan dekat sini pada 15 Oktober tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.5 juta bagi menaik taraf serta menyelenggara tiga lokasi awam di kawasan berkenaan.
Daripada peruntukan itu, sebanyak RM4 juta bagi menaik taraf gerai perniagaan Ampangan, RM950,000 menyelenggara Rumah Pangsa Ampangan dan RM500,000 (pasar Ampangan).
Peruntukan itu disalurkan oleh kerajaan yang mahu melihat penduduk di kawasan berkenaan menikmati kehidupan lebih sejahtera meskipun kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan dikuasai pembangkang yang menang buat pertama kali dalam pilihan raya umum lalu.
Tidak sampai empat bulan selepas pengumuman itu, janji tersebut telah pun ditunaikan.
Projek menaik taraf gerai perniagaan pula dijangka bermula pada Julai ini.
Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Ampangan, Anuwar Alabahas mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup penghuni rumah pangsa berkenaan.
"Saya dan penduduk kawasan ini tidak menyangka apa yang telah kami harap dan doakan selama ini termakbul akhirnya.
"Kami amat gembira dengan perubahan besar yang dilakukan di tempat tinggal kami. Kini kami boleh tinggal dalam keadaan lebih selesa dan harmoni," katanya dalam satu pertemuan dengan Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Kata Anuwar, tanpa bantuan kerajaan, penduduk di kawasan tersebut mungkin tidak mampu membaiki kerosakan rumah termasuk kemudahan awam di kawasan perumahan itu.
"Sebelum ini kawasan ini boleh dikatakan sudah tidak bermaya kerana banyak masalah yang dihadapi penduduk selepas segala kemudahan termasuk saluran air rosak akibat terlalu usang.
"Tetapi kini semua telah berubah apabila longkang, tingkap, kawasan pembuangan sampah, paip air, termasuk taman permainan telah dibaiki.
"Bukan itu sahaja, rumah kami juga telah dicat, jalan ditar malah bumbung termasuk surau sudah dibaiki dan diganti," ujarnya.
DUN Ampangan adalah salah satu daripada enam DUN yang terletak dalam Parlimen Seremban.
Kawasan yang mengandungi sebanyak lapan kampung Melayu dan 20 taman perumahan ini mempunyai sembilan pusat mengundi.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rashid Latif menewaskan muka baru Barisan Nasional (BN), Mohd. Nor Awang dengan majoriti 165 undi.
Jika diteliti pada keputusan tersebut, terdapat 236 undi rosak manakala 29 kertas undi lagi tidak dikembalikan.
"Walaupun calon PKR diangkat sebagai wakil rakyat, hakikatnya rakyat lebih mudah dan senang meminta pertolongan daripada Pusat Khidmat Masyarakat BN DUN Ampangan," kata Pegawai Penyelaras pusat tersebut, Ros Shahar Mustafa.
Jelasnya, wakil rakyat sedia ada sering memberi cadangan yang tidak munasabah apabila sesuatu masalah dibangkitkan kepadanya.
Kata Ros Shahar lagi, apabila penduduk mengadu masalah banjir kilat yang sering melanda kampung mereka, ADUN Ampangan itu hanya menyarankan supaya diadakan piket di depan Wisma Negeri yang menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri.
"Ini bukan menyelesaikan masalah tetapi hanya menambah masalah," ujarnya.
Beliau menarik perhatian, Pusat Khidmat Masyarakat BN DUN Ampangan menjadi begitu terkenal hingga ada rakyat dari DUN yang berjiran seperti Paroi dan Sikamat yang turut dikuasai pembangkang datang ke situ meminta bantuan.
Ros Shahar memberitahu, pelbagai bantuan disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat di kawasan Ampangan selepas pilihan raya umum lalu.
Antaranya kata beliau, jika sebelum pilihan raya umum lalu jumlah penerima bantuan bulan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah kira-kira 60 orang tetapi kini bertambah kepada 600 orang.
Sebanyak 50 buah rumah di kawasan itu juga telah dibaik pulih melalui Skim Baik Pulih Rumah melibatkan perbelanjaan kira-kira RM500,000.
Salah seorang penduduk Ampangan, Rosly Abu Bakar, 62, berharap para pengundi di situ akan membuat keputusan tepat pada pilihan raya umum akan datang.
"Apa yang kita lihat sejak pilihan raya umum lalu adalah bukti jelas pihak yang mana sebenarnya berkhidmat tanpa jemu.
"Janganlah diulangi kesilapan lalu dan buatlah keputusan demi masa depan kita semua," katanya. - UTUSAN

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


Cetusan Mukara: Memenangi <b>Gemas</b>: cabaran terbesar PR NS

Posted: 14 Sep 2012 02:10 AM PDT

Gemas merupakan antara kawasan Dun yang berada dalam Parlimen Tampin selain Gemencheh dan Repah.

Kawasan ini boleh dikatakan antara kubu kuat Umno-BN di Negeri Sembilan yang tidak pernah digugat oleh mana-mana parti pembangkang sejak 1970 iaitu selepas 'proses penyusunan semula' politik negara yang dilakukan oleh strategis Umno bagi menyekat pengaruh dan kekuatan politik parti-parti yang berpotensi mengancam Umno dan BN di masa hadapan.

Namun sejarah awal Pilihanraya Umum (PRU) negara pada tahun 1959 telah mencatatkan bahawa Gemas telah dimenangi oleh calon dari Sosialis Front (SF) atau Pakatan Sosialis Malaya yang dianggotai oleh Parti Buruh dan Parti Rakyat. Calon tersebut, Fong Yew Wang telah menjadi wakil rakyat pertama bagi dun Gemas.

Faktor kemenangan calon SF ketika itu turut dipengaruhi oleh komposisi kaum Dun Gemas. Sebelum tahun 1963-1978, belum wujud lagi kawasan petempatan Gugusan Felda Jelai (1-4). Gemas menjadi kawasan yang didominasi oleh penduduk-penduduk Cina, pekerja-perkerja ladang kepunyaan syarikat British dan beberapa kampung tradisional Melayu. Komposisi pemilih kaum Cina di Gemas waktu itu sekitar 60 peratus.

Namun setelah era 1963-1978, kewujudan petempatan Gugusan Felda Jelai telah mengubah komposisi kaum di Gemas yang kini pengundi Melayu meliputi 83 peratus daripada keseluruhan pemilih.


Dominasi Umno

Selepas kewujudan petempatan Gugusan Felda Jelai, Umno terus mendominasi kemenangan dalam pilihanraya di Gemas.

Parti PAS menjadi lawan kepada Umno secara konsisten di kawasan ini namun gagal menyaingi.

Dalam PRU 1986, Umno memenangi Gemas dengan majoriti 4,588 undi, mengalahkan Pas yang memperolehi sebanyak 1,205 undi sahaja berbanding Umno yang mendapat 5,793 undi.

Ketika politik negara dilanda ombakan politik kesan perpecahan Umno pada tahun 1988, parti itu tetap utuh menang di Gemas dengan mengekalkan majoriti besar. PRU 1990 di Gemas, Umno mendapat 7,172 undi berbanding calon Pas yang menerima 1,672 undi. Ombakan politik yang dicetuskan oleh Gagasan Rakyat (Semangat 46, PAS & DAP) gagal mempengaruhi para pemilih di Gemas, seolah-olah tidak terkesan daripada perubahan politik semasa yang sedang berlaku.

Era Reformasi

Hanya dalam tempoh sedekad berlaku sekali ombakan politik negara-Era Reformasi pada tahun 1998 kesan kebangkitan rakyat menentang pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Anwar Ibrahim.

Ombakan politik kali ini benar-benar mempengaruhi para pemilih Melayu secara besar. Hampir 78 peratus pemilih Melayu ketika itu menolak Umno-BN tetapi telah diselamatkan oleh undi bukan Melayu yang kekal kuat menyokong Umno-BN.

Gemas menjadi contoh terbaik kesan ombakan tersebut. Sejak tahun 1970, Umno selesa memenangi Gemas dengan majoriti yang besar melebihi tiga ribu undi tanpa digugat. Namun dalam PRU 1999, Umno hanya memenangi Gemas dengan kelebihan 2,859 undi. Ia merupakan catatan terendah majoriti kemenangan Umno sepanjang sejarah pilihanraya umum sejak 1970. Calon Pas memperolehi 2,775 undi manakala calon Umno mendapat 5,634 undi.

Cabaran PR

Undi Pos

Selepas persempadanan semula pada tahun 2003, petempatan Kem Tentera telah dibuka di Gemas namun tidak berlaku pemindahan tentera dalam jumlah yang besar. Bermula 16 Jun 2005, petempatan tentera di Kem Syed Sirajuddin, Gemas telah memperlihatkan pertambahan undi pos tentera di kawasan ini.

Inilah cabaran yang harus dihadapi oleh PR bagi merealisasikan kemenangan di Gemas. Sudah pasti, Umno-BN akan memanipulasi undi pos untuk memaksimakan kelebihan kemenangan mereka.

PRU 2004 lalu, jumlah undi pos di Gemas adalah 453 undi. Calon Umno telah mendapat 307 undi dan calon Pas menerima 124 undi sahaja. Akan tetapi pada PRU 2008, jumlah undi pos di Gemas adalah 2,932 undi. Pertambahan sebanyak 85 peratus undi pos dari tahun 2004 ke 2008.

Dalam keputusan PRU 2008 bagi undi pos, calon Umno mendapat 2,260 undi (77.08%) manakala calon Pas hanya mendapat 514 undi (17.53%). Parti pemerintah dilihat telah memaksimakan kelebihan kemenangan mereka melalui manipulasi undi pos. Calon Umno-Zainab Nasir memperolehi majoriti kemenangan yang sangat selesa iaitu 7,965 undi yang merupakan antara catatan kemenangan tertinggi Umno-BN di Gemas sejak 1970.

Kawasan Felda

Mengikut daftar pemilih suku tahun pertama 2012, jumlah pemilih di kawasan Felda yang terdapat dalam Gemas adalah seperti berikut;

1. Felda Jelai 1 & 3: 3,679
2. Felda Jalai 2 & 4: 4,022
3. Felda Pasir Besar: 1,686

Secara keseluruhan jumlah pemilih di kawasan Felda yang terdapat dalam Dun Gemas adalah
9,387 orang (42.33%) daripada keseluruhan 22,178 orang pemilih.

PRU 2008 lalu, jumlah undi keseluruhan dari kawasan Felda dalam Dun Gemas adalah 5,814 orang. Mengikut keputusan pilihanraya tersebut, calon PAS hanya memperolehi 916 undi (15.76%) manakala calon Umno mendapat 4,794 undi (82.46%).

Keputusan tersebut membuktikan kawasan felda menjadi deposit tetap kepada kemenangan Umno-BN di Gemas. Faktor calon Pas juga mempengaruhi keyakinan pemilih di kawasan-kawasan Felda yang lebih yakin dan cenderung memilih Umno yang dirasakan lebih berkredibiliti. Ada kemungkinan juga gerak kerja Pas agak lemah di kebanyakan kawasan Felda dan sukar untuk ditembusi.

Kesimpulan

Kali ini untuk PRU-13, Parti KEADILAN Rakyat akan bertanding di Gemas hasil rundingan kerusi yang dilangsungkan pada tahun 2011.

Berdasarkan tinjauan dan kaji selidik, KEADILAN mempunyai potensi menyaingi dominasi Umno di Gemas. Para pemilih bukan Melayu agak cenderung untuk memilih parti ini dan disebut-sebut lebih 70 peratus menyokong KEADILAN bertanding di Gemas.

Cabaran terbesar PKR adalah menembusi kawasan Felda. Namun berdasar sejarah pilihanraya umum terdahulu, Daerah Mengundi Pasir Besar dan Felda pasir Besar dahulu berada dalam Dun Jeram Padang pada PRU 1999. Ketika itu, calon Keadilan telah menang di kedua-dua kawasan ini. Adalah tidak mustahil kemenangan dijana dari kedua-dua daerah mengundi ini.

Jika gerak kerja yang sedang berlangsung di Gemas khususnya di kawasan Felda, KEADILAN berpotensi memperolehi undi popular sekitar 36-38 peratus.

Kenyataan yang hakiki diakui adalah Gemas merupakan kubu kuat Umno, namun ia tidak mustahil untuk ditawan. Ia sukar tetapi tidak mustahil untuk dimenangi!

Jangkaan BN

BN: 80%
PR: 20%

Andaian Penulis

PR: 48%
BN: 52%

ads