Khamis, 8 September 2011

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Panglima Perang Cyber: Malam Ini Panglima <b>Di</b> Pondok <b>Rasah</b> <b>...</b>

Posted: 14 May 2011 03:29 AM PDT




SIMPOSIUM TAREQAT TASAWUF
TEMPAT: MADRASAH AS-SAIDIYYAH
SURAU KAMPUNG PONDOK RASAH
70300, RASAH, SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN

TARIKH/MASA: Waktu Maghrib pada 14 Mei 2011/11 Jamadil Akhir 1432H/SABTU MALAM AHAD

PERBENTANGAN KERTAS KERJA OLEH:
Prinsip-prinsip Dalam Ilmu Tarekat
Oleh Dr. Jahid B. Sidek al-Khalidi
Khalifah Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah
Ahli Majlis Jilsah Sufiyah Kerajaan Negeri Sembilan
Pengasas dan Pakar Pusat Rawatan Islam MANARAH
Mantan Pensyarah Universiti Malaya
Tarekat Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w
Oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mantan pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
AJK Fatwa Negeri Sembilan dan Negeri Terengganu
Penulis tamu di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
"MEMAHAMI TAREQAT TASAWUF SERTA MEMPERKASA PARA IKHWAN DAN MEMPERTEGUH INSTITUSI TAREQAT"
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR
Nota : Ubat kepada perpecahan Melayu Islam ialah Zikrullah Dan Selawat Keatas Rasulullah !!!
Ayuh belajar tasauf dan carilah guru tasauf yang sah dan bersambung sanad mereka kepada Rasulullah saw...
Atau lapangkan diri menghadiri majlis mereka.... Jumpa di sana !!!

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Seremban</b> Esok Dan Rabu

Posted: 04 Sep 2011 08:15 PM PDT

SEREMBAN – Beberapa kawasan di daerah Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama sembilan jam mulai pukul 9 malam esok (6 Sept).

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata penutupan sementara bekalan air itu dilaksanakan bagi kerja sambungan 'tee' di Kampung Kondok.

Kawasan terlibat dengan gangguan bekalan air itu ialah Kampung Kondok, Kampung Jerangkang, seluruh kawasan Jimah, Felda LBJ, Felda Sendayan, Eka Matahari, Kampung Pulau, Taman Gadong Jaya 1, Taman Gadong Jaya 2 dan Kampung Jijan, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azlan berkata bekalan air dijangka pulih pada pukul 6 pagi Rabu (7 Sept).

"Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa," katanya.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


<b>TELUK KEMANG</b> « Blog Ittewww

Posted: 05 Sep 2011 12:05 AM PDT

Pas antar aTi kat asramanye di Jasin petang semalam (Ahad), haku terus terjah pantai Port Dickson. Tak tahu port mana yg baik utk tangkap sunset. Dan masa haku sampi nih matahari masih setinggi galah.

Gambar atas haku pakai Nikon D7000 yg ada ND filter sbb mula2 haku tengok hempasan ombak di tepi pantai yg agak2 menarik. Tapi bila post-edit haku tak puas ati sbb gambar yg kusam. Haku patut guna Canon 40D lama haku je sbb ada wide angle lens kalo tangkap landscape yg mabeles. Kecelaruan minda kekadang berlaku jugak dlm photography. Bye.

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Bilik Sewa Panchor <b>Paroi</b> & Seremban 2 – RM150 Sebulan (016 <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2011 08:51 AM PDT

Kami menyediakan bilik-bilik sewa di:-

1. Blok Dahlia L (wanita) dan Dahlia S (Lelaki) Garden Avenue Seremban 2 (Dekat Jusco)

Kemudahan:
- Taman Permainan
- Restoran Tomyam di hadapan
- Kedai runcit
- Parking luas
- Dekat Kolej Negeri,hospital,kilang Oakland,Bomba,Polis,Immigresen
- 20 minit ke KLIA/Nilai/Port Dickson/Seremban

Sila hubungi En. Muhammad – 0123585778 (Bilik Sewa Seremban 2)

2. No5.Kg Melayu Panchor Paroi Seremban (Sebelah Highway Lekas)

Kemudahan:
- Suasana Kampung yang tenang
- Betul-betul di hujung Highway Lekas menuju Kuala Lumpur
- Kolam memancingb ikan
- Parking luas
- Dekat Sekolah Panchor, Taipan, Stadium Paroi, Air Terjun Ulu Bendul
- 15 minit ke Seremban/Senawang

Sila hubungi En. Ramlan – 0169088627 (Bilik Sewa Paroi/Panchor)

Sesuai untuk:
- Rumah di luar N.Sembilan tapi Kerja di Seremban/Nilai/KLIA
- Ada acara di Seremban untuk sebulan seperti Liga Sukan di Stadium Paroi
- Pelajar sedang cari rumah sewa.
- Selalu berulang alik ke Seremban

*PERMINTAAN ADALAH SANGAT TINGGI JANGAN BERLENGAH UNTUK BOOKING!

Maklumat lanjut sila lawati http://hotelseremban.blogspot.com ATAU http://hotelseremban.com.nu

Incoming search terms:

Publish date: September 3, 2011 3:51 pm
Contact Name: Ramlan
Rental: 150
Region: N.Sembilan
Phone: 0169088627
Tags:

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

Contact Ad Owner

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Kenangan <b>Di Port Dickson</b> - Abg Chob

Posted: 01 Aug 2011 12:08 AM PDT

The National Blue Ocean Strategy…. Perbarisan tamat latihan serentak ATM dan PDRM di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson Sabtu lepas menyaksikan satu sejarah baru tercipta hasil buah fikiran Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak.

perbarisan tamat latihan

perbarisan tamat latihan

Aku dapat lihat satu paduan kerjasama yang tiada tolok bandingnya apabila lebih 3000 anggota perajurit muda ATM dan konstabel Polis dengan penuh segak mempamerkan satu persembahan kawad yang mengagumkan.

Bukan kerja mudah untuk menyelaraskan dua pasukan sebegini ramai. Mendengar perintah kawad dari seorang RSM yang suaranya macam halilintar membelah padang kawad yang begitu besar. Namun kerjasama jitu membuktikan tiada yang mustahil. Ia terbukti boleh dilakukan.

lambaian PM tabik satu malaysia

Lambaian PM

Betapa bangganya aku melihat para pegawai dan anggota dari kedua2 pasukan berjabat tangan erat dan saling berbalas2 senyuman. Fenomena sebesar dan sehebat ini ini tak pernah aku lihat sebelum ini baik secara live atau pun dari media. Terpancar keikhlasannya. Jika sebelum ini ATM dan Polis dilihat sebagai 2 pasukan keselamatan yang realiti hubungan antara keduanya tak berapa "ERAT" sebab masing2 bergerak di dalam silo tersendiri. Tapi tanggal 30 Julai 2011 menyaksikan tembok pemisah tersebut telah berjaya dirobohkan. Sekalung tahniah buat PM kita. Aku tabik kat Dato Najib. Tabik Satu Malaysia!

Aku sampai kat Pusasda sejak pagi Jumaat dalam keadaan hujan lebat. Masa aku sampai raptai awal bermula jam 8 pagi tadi dah bersurai. Sebab hujan lebat. Raptai kedua jam 10 pagi sepatutnya bermula tapi di batalkan sebab hujan lebat langsung tak mahu reda. Aku bayangkan kalaulah keadaan sama macam ni pagi besok…tentu akan menjejaskan perbarisan tamat latihan bersejarah ini. Alhamdulillah sekitar jam 11.30 pagi Jumaat, hujan berhenti terus dan tak semena2 panas terik. Padang kawad yang tadinya basah lencun sekejap saja dah kering kontang. Perfect untuk latihan kawad. Tapi rehearsal tetap tak diteruskan kerana dah tergelincir dari jadual asal. Aku keluar bersiar santai ke Telok Kemang, makan2 dan berehat

Malam tu setelah mendapatkan lokasi parking yang sesuai aku landing kat mesjid Pusasda jer. Kalau aku ambil homestay kat luar pasti sangkut jamp giler awal pagi besok. Yela laluan PM. Gerenti sesak punyer… memang tepat sangkaan aku. Waris2 mula berpusu2 masuk ke kem seawal jam 10 malam tak ubah macam semut hitam masuk sarang. Paking lot semua penuh. Mesjid penuh sampai ke perkarangan. Bilik air mesjid pun turut tersumbat! Punyer la ramai manusia!!

Seawal jam 4 pagi grandstand semuanya penuh. Masing2 ambil kedudukan awal dan pilih tempat yang strategik nak tonton peristiwa bersejarah. Aku tak tahu la mereka ni ambil giliran sembahyang subuh ke tidak! Wallahua'lam…. Tapi mesjid penuh dengan jamaah subuh. Lepas berwuduk, aku solat dalam keadaan terkuncil saja pagi tu. Tak lalu aku nak jejakkan kaki masuk ke bilik air. Naik geli geleman aku tengok keadaannya. Selesai solat aku kembali ke grandstand tunggu hingga jam 8 majlis bermula. Seorang demi seorang orang2 besar sampai. Bermula dengan Komandan, dikuti KPN, Panglima ATM, Menteri Pertahanan Dato' Zahid, Dato' Menteri Besar NS akhirnya PM tiba tepat jam 9.30 pagi. Lagu Negaraku dilaungkan bergemuruh penuh bersemangat. Berdiri bulu romaku. Jangan main2 dengan kuasa PERPADUAN…… memang menggerunkan…

Upacara perbarisan bermula dengan cukup cantik. PM melakukan pemeriksaan perbarisan dengan menaiki jeep. Sampai kat penonton di tepi padang beliau sempat melambai sambil menunjuk isyarat 1 Malaysia. Maknanya kena bersatu la……. Bukan dia nak apa2 dari kita… pakat2 pangkah dia sudah la… barulah dia ada mandat nak buat kerja… Kalau tak … tentu huru hara punyer… mahu tidaknya… yang tak pernah masuk sekolah memandu pun ingin nak jadi drebar…. bahaya tu….

bumbung kena ribut

pentas utama hilang bumbung

PM selesai berucap, bangun meninggalkan pentas utama ke mana aku tak tahu la…pi soru kot kat dewan makan atau beredar erus kemajlis kat tempat lain pulak. Kita faham jadual dia memang padat. Pada ketika inilah Allah takdirkan satu kejadian yang luarbiasa berlaku. Dengan tak semena2 langit jadi gelap. Gumpalan awan hitam tiba2 saja berkumpul betul2 atas kepala kami. Hujan kasar mula menyiram. Macam siraman air menyurai penunjuk perasaan perhimpunan "bersih" tempoh hari.

Diikuti angin kencang yang berputar2. Sekelip mata bumbung sebelah pentas utama habis diterbangkan. yang tinggal hanya tiang kerangka besi. Penonton bercempera lari menyelamatkan diri masing2.

ada yang cedera....

Tak habis setakat itu, beberapa batang pokok besar sekitar kem turut sujud menyembah bumi. Aku tak nampak apa yang berlaku di luar ke kem. Aku perasan memang banyak kenderaan yang diletakkan di sepanjang laluan masuk ke kem. Semuanya berlaku dengan pantas.

Hujan tiba2 reda. Ribut tiba2 hilang. Aku memberanikan diri keluar buat tinjauan bersama ramai yang lain.

tumbang...

Ohh.. syukur tak ada yang cedera parah. Adalah seorang dua yang calar2 kena zink melayang dan genting pecah yang jatuh. Tak ada yang patah2. Tapi suasana masih cemas. Ambulan Pertahanan Awam dan dari Hospital PD menjerit2 datang. Membawa yang cedera ke hospital. Aku cuba hubungi 2 orang anak2 aku yang terpisah semasa mengambil perlindungan tadi. Aku yakin mereka selamat, cuma nak pastikan dimana mereka berada. Keadaan terlalu sesak . Aku tak nampak mereka. Aku cuba call tapi line Maxis sudah "KONG". Aku pakai Celcom. Aku boleh call keluar tapi anak aku tak terima. Bila mereka cuba call aku, yang aku dapat hanyalah auto mesej miss call. Waduh…… gawat banget!! Jadi aku belajar satu hikmah di sini. Jangan terlalu yakin dengan kehebatan teknologi komunikasi yang ada. Semuanya boleh lumpuh dan jadi tak bermanfaat langsung dalam keadaan yang Allah tak izinkan. Jadi yakinlah kepada yang kuasa yang Maha Hebat, bukannya teknologi ciptaan manusia.

Sebaik keadaan reda, aku kumpulkan anak2 dan isteri kat perkarangan mesjid kem. Kita merangka aktiviti seterusnya setelah berjaya melalui ujian Allah sebentar tadi. Setelah bergambar kenang2an dan makan2 apa yang patut, kami mendoakan keselamatan buat anak sulong aku yang kini sudah bergelar perajurit muda. Kami pun teruskan perjalanan….

tenggelam

tenggelam....

anak belum bangun tidor...

anak belum bangun tidor...

terbeliak

terbeliak...

otw balek....berehat sekejap kat medan ikan bakar terapung sg baru melaka

Share on Facebook

Tags: , , , , , , ,

ads