Daripada 5 buah puisi yang dibengkelkan di Port Dickson (10 – 23 November 2013) dua buah daripadanya Penulis hantarkan kepada Penyelenggara bagi menerbitkan antologi `Puisi Siswa` UKM - saudara Zainuddin Ayip. Puisi yang dibengkel dan dihantar ialah:
1)Hutan-Hutan Batu
2)Hidup Yang Diburu
Tiga buah puisi yang lain turut sama dihantar Penulis dan diterbitkan di dalam `Puisi Siswa` berkenaan ialah:
a)Di Suatu Persimpanganb) Jalanan Hidupc)Pencari
Untuk menerbitkan sebagai buku termasuk mengandungi lima buah puisi Penulis di atas, maka ianya memakan masa. Puisi yang dihantar pada akhir 1974 ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1976. Lantaran itu puisi-puisi di dalam Puisi Siswa turut dinilaikan untuk Hadiah Sastera bagi tahun 1976. Daripada 38 puisi yang ditulis oleh 13 orang penyair kampus UKM itu, maka puisi `Hidup Yang Diburu` dinilai oleh para Panel Penilai dan layak menerima Hadiah Karya Sastera Malaysiabahagian puisi.
Sebenarnyaselepas puisi `Hidup Yang Diburu` dibengkelkan, Penulis pernah merubahnya dengan agak banyak, menurut antara cadangan dalam bengkel – termasuk membuang lambang-lambang matematik, bahkan judulnya menjadi sebagaimana berikut:
Detik ini segala bertukar ganti
Telah remuk dalam getaran sendiri
Segalanya tiada tetap pada paksi.
Darjah sasarannya harus lebih ke depan
Tetapi sebagaimana dikatakan, Penulis tidak semestinya patuh dengan kritikan yang dihasilkan di dalam bengkel. Penulis menghantar kepada penerbitan (Puisi Siswa) persis sebagaimana gubahan asal – sebelum dibengkelkan. Di bawah diperturunkan teks puisi yang memenangi Hadiah Karya Sastera Malaysia bahagian puisi:
Detik ini segala bertukar ganti
Telah remuk dalam getaran sendiri
Segalanya tiada tetap pada paksi.
Darjah sasarannya harus lebih ke depan
Hidup lebih dari itu.
Kolej Pertama UKM,(Puisi Siswa, 1976)
(Pasir Biru, Antologi Sajak Dan Drama Hadiah Karya Sastera 1976, DBP, 1979: 42).
Dalam Laporan /Ulasan Panel Hadiah Karya Sastera 1976 menyatakan:
Sepanjang tahun 1976 sebanyak 2,023 buah sajak, berbanding dengan 1,730 dalam tahun 1975, telah diterbitkan di dalam buku, majalah dan suratkhabar di tanahair. Selama setahun ini juga ada 20 kumpulan telah dikeluarkan oleh beberapa penerbit dan orang perseorangan, tetapi kumpulan dalam bentuk stensilan sudah pun berkurangan jika dibandingkan dengan dua atau tiga tahun sebelumnya.
Pertambahan bilangan sajak yang dihasilkan itu memperlihatkan keghairahan menulis puisi yang lebih besar di kalangan anak muda kita. Kalau dalam tahun 1975 ada 505 orang penulis sajak, dalam tahun 1976 pula bilangan ini meningkat kepada 628 orang. Meskipun begitu pertambahan ini tidaklah melahirkan satu perkembangan baru dalam dunia puisi kerana apa yang nampaknya berlaku ialah semacam kestabilan dari segi bentuk dan nilai. Memanglah dalam tradisi seni kita tidak dapat selalu melihat perubahan-perubahan atau pembaruan-pembaruan yang cepat dan besar, apa lagi penulis-penulis yang menambah bilangan tahun 1976 ini adalah terdiri dari anak-anak muda yang kebanyakannya baru mencuba-cubakan diri mereka dalam dunia kesusasteraan.
(Tidak ada hadiah dikeluarkan bagi 20 kumpulan puisi, PANEL hanya memberi pujian bagi tiga buah kumpulan puisi, iaitu Kaktus-Kaktus oleh Kemala, Balada Cinta Seberang Benua oleh Firdaus Abdullah dan Nyanyian Malam oleh Siti Zainon Ismail).
Dari 200 sajak yang dibawa ke dalam perbincangan terakhir 21 buah sajak yang ditulis oleh 13 penulis telah diputuskan untuk diberi hadiah. Sajak dan penyair yang terpilih itu ialah:
1.Senja Di Pedalaman,Mastika, Februari 1976-A. Latiff Mohidin
2.Pasir Biru, Berita Minggu, 23.5.1976-A. Latiff Mohidin
4.Papantanda Kota, Dewan Sastera, September 1976 – T. Alias Taib
5.Setinggan, Utusan Zaman, 29.8.1976 – T. Alias Taib
6.Giliran, Dewan Masyarakat, November 1976 – Rahman Shaari
7.Hamparan Kuning, Mingguan Timur, 6.6.1976 – Rahman Shaari
8.Bila Tiba Waktunya, Masakini, 1976 – Jaafa Hs
9.Perjalanan Dua Lima Yang Pertama, Anak-Anak Senja, 1976 – Jaafa Hs.
10.Satu Kebetulan,Mastika, Februari 1976 – Zurinah Hassan
11.Salam Perempuan Dari Penjara,Bila Kita Berbicara, 1976 – Zurinah Hassan
12.Kita Perlu Bersuara Setelah Diam Yang Lama, Bila Kita Berbicara, 1976 – Zurinah Hassan
13.Pada Setiap Kali Kau Tiba, Ogos, Kaktus-Kaktus, 1976 – Kemala
14.Bahawa Cinta Itu Kasihku, Kaktus-Kaktus, 1976 – Kemala
15.Masih Ada,Dewan Sastera, Disember 1976 – Dharmawijaya
16.Menghadapi Perjalanan Seorang Teman, Dewan Masyarakat, Mei 1976 – Jihaty Abadi
17.Hidup Yang Diburu, Puisi Siswa, 1976 – Shafie Abu Bakar
18.Niagara , Dewan Sastera, Disember 1976 – Firdaus Abdullah
19.Ballada Latiff Kepada Tuhan, Dewan Sastera, September 1976 – Mansur Ahmad Saman
20.Tanpa Melakukan Kesalahan, Suara Merdeka, 12.12.1976 – Ma`arof Saad
21.Nyanyi Daun-Daun, Dewan Sastera, November 1976 – Cheng Poh Hock.
Mengulas mengenai puisi `Hidup Yang Diburu` kata panel:
Shafie Abu Bakar dengan sajaknya`Hidup Yang Diburu` dengan ringkas menyatakan bahawa hidup ini tidak dapat diduga dan diperhitungkan secara tepat seperti menghisab sesuatu. Kehidupan adalah lebih dari ketetapan itu, lebih rumit dan kompleks. Dengan menyedari akan hakikat itu penulis lalu mengajak kita memikirkan secara lebih jauh dan kemas dari apa yang kita lihat dan lakukan hari ini. Ini adalah sikap dan ajakan yang positif bagi menghadapi hidup yang tak tetap pada paksinya. Itulah formula yang diberikan oleh penyair kalau kita mau hidup dengan lebih sempurna dan memperbaiki kekinian kita. Inilah bezanya antara perhitungan hidup dengan perhitungan logik. Penggunaan simbol + - x -:- dalam puisinya adalah mempunyai fungsi yang sesuai dengan ide yang dibicarakan. Jadi simbol-simbol itu tidak ternampak sebagai hiasan saja, malahan ia membantu memperkuatkan ide puisinya.
[unable to retrieve full-text content]Hari Raya 1434H di Gemas. Posted by ain firzanahnoor at 17:56 · Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook. No comments: Post a Comment. Older Post Home. Subscribe to: Post Comments (Atom). WAKTU ...
Alhamdulillah, pada 19.07.13 yang lalu SyababurRaudhah telah dijemput membuat persembahan qasidah dalam Program Penghayatan Ramadhan, Sentuhan Jiwa yang diadakan di Masjid Jamek Bahau.
Meskipun membuat persembahan dalam keadaan berpuasa, semuanya berjalan lancar. Persembahan bermula jam 3.30 dan berakhir pada jam 4.30 petang.
Admin mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak Masjid Jamek Bahau mengundang SyababurRaudhah dalam program pada kali ini.