Jumaat, 2 Ogos 2013

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


PONDOK AR-RAUDHAH: SyababurRaudhah <b>di</b> Masjid Jamek <b>Bahau</b>

Posted: 22 Jul 2013 10:52 AM PDT

Alhamdulillah, pada 19.07.13 yang lalu SyababurRaudhah telah dijemput membuat persembahan qasidah dalam Program Penghayatan Ramadhan, Sentuhan Jiwa yang diadakan di Masjid Jamek Bahau. 
Meskipun membuat persembahan dalam keadaan berpuasa, semuanya berjalan lancar. Persembahan bermula jam 3.30 dan berakhir pada jam 4.30 petang.
Admin mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak Masjid Jamek Bahau mengundang SyababurRaudhah dalam program pada kali ini.

Sekian buat waktu ini. Wassalam.

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Jangan sebar berita palsu kematian tahanan <b>di Tampin</b> – Polis | N9 <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2013 06:50 AM PDT

SEREMBAN 2 Jun – Polis meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai kematian seorang tahanan di lokap Balai Polis Tampin, dekat sini lewat petang semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan menafikan ia ada kaitan dengan unsur jenayah sama ada mangsa dipukul atau didera.

"Dalam Twitter contohnya kita dapati banyak spekulasi dibuat mengenai kematian tahanan tersebut dan menuduh kejadian itu adalah angkara polis. Ini sebenarnya tidak adil kepada polis.

"Ini adalah straight forward case yang mana pihak Hospital Tampin sendiri yang membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati tidak ada kesan kecederaan seperti luka atau lebam pada badan mangsa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Semalam, P.V Karuna Nithi, 42, yang ditahan sejak Selasa lalu selepas memukul isterinya ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas di lokap berkenaan bagaimanapun masih bernafas sekitar 6.30 petang.

Polis kemudiannya bertindak memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik yang tiba mengesahkan kematiannya pada pukul 7 petang.

Osman berkata, pihak polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokap berkenaan dan mendapati tiada sebarang kekerasan berlaku ke atas mangsa sepanjang penahanannya.

Katanya, seorang koroner dari Mahkamah Seremban juga telah datang melihat mayat mangsa semasa di lokap dan mengesahkan tiada kesan luka, lebam atau kecederaan padan badan mangsa.

"Hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban juga mendapati tiada kecederaan fizikal pada badan mangsa, bagaimanapun punca sebenar mangsa meninggal dunia belum dapat dikenal pasti," katanya.

Katanya, Jumaat lalu mangsa yang tidak bekerja telah didakwa di Mahkamah Majistret Tampin dan mengaku bersalah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas tuduhan memukul isterinya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 sementara menunggu hukuman ke atasnya dijatuhkan pada 1 Julai depan.

"Keluarga tertuduh yang kekurangan wang merayu untuk membayar ikat jamin tersebut pada esok (Isnin) dan polis telah menempatkan mangsa di lokap tersebut bagi memudahkan proses jaminan itu," katanya. – BERNAMA

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di paroi</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jul 2013 11:23 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Umno N.Sembilan dan Malaysia tumpu kempen <b>di Paroi</b>

Posted: 23 Apr 2013 08:27 PM PDT



Pada Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 , PAS di Negeri Sembilan hanya memenangi satu kerusi DUN sahaja iaitu di Paroi dalam Parlimen Rembau. Hj Mohamad Taufek Abd Ghani pada ketika itu menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS N.Sembilan telah menewaskan calon Umno.
Kini dalam PRU-13 tahun 2013 , semua jentera Umno tertumpu di Paroi, untuk memastikan kemenangan Umno di Paroi.
Dato Seri Mohamad Hasan selaku Pengerui Barsian Nasional N.Sembilan dan juga calon Umno DUN Rantau yang begitu yakin Umno akan menang besar di DUN Rantau, DUN Chembong dan DUN Kota tertumpu kempennya di DUN Paroi.
Khairy Jamaluddin yang merupakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, calon Umno Parlimen Rembau juga begitu yakin akan mendapat undi yang banyak di DUN Rantau, DUN Chembong dan DUN Kota, juga tertumpu kempennya di Paroi bersama bapa mertuanya Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi.
Ini terbukti dengan berita-berita kempen di laman web http://n9kini.com , hampir majoritinya ialah di DUN Paroi.
Apa khabar pengundi dan petugas Umno di DUN Chembong, DUN Rantau, DUN Kota, DUN Lenggeng, DUN Pilah, DUN Johol, DUN Senaling, DUN Klawang serta lain-lain DUN seluruh Negeri Sembilan selain DUN Paroi?

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Foto Kontroversi Fasha Dan Anzalna <b>di Port Dickson</b> | Terengganu <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2013 03:21 AM PDT

Gambar yang dimuat naik oleh Fasha Sandha ke dalam akaun Instagram miliknya telah menjadi bualan ramai. Gambar yang memaparkan Fasha bersama Anzalna Nasir ini telah mengundang kata-kata kurang sopan daripada peminat yang meninggalkan komen pada gambar tersebut, terutamanya peminat lelaki.

BACA: FOTO KONTROVERSI FASHA DAN ANZALNA

GUA menghubungi Anzalna untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu ini.

"Sebenarnya, ketika gambar itu diambil, kami sedang menjalankan penggambaran drama bersiri 'Tentang Hati' di Port Dickson. Sewaktu gambar ini diambil, angin bertiup kencang. Saya ingin menjelaskan yang saya langsung tidak berniat mahu mengundang kontroversi melalui gambar tersebut," ujar pelakon berusia 25 tahun ini.

anzalna-fasha-hangatmy"Saya langsung tidak menjangkakan gambar yang dimuat naik oleh Fasha itu bakal mengundang komen-komen kurang sopan daripada segelintir peminat, terutamanya peminat lelaki. Saya rasa gambar itu tiada apa-apa isu pun, gambar itu cuma gambar biasa saya dan Fasha," cerita heroin drama bersiri 'Bangkitnya Seorang Perempuan' ini.

"Sejujurnya, saya merasakan isu sebegini tidak perlu timbul. Nampaknya, semua perkara menjadi pertikaian sesetengah peminat. Selepas ini, saya perlu mengambil langkah berhati-hati. Saya akan periksa dahulu gambar saya atau atau individu lain yang bergambar dengan saya agar perkara ini tidak berulang lagi," jelas Anzalna.

Dalam perkembangan lain, kini Anzalna sedang menghabiskan penggambaran drama bersiri 'Tentang Hati' yang masih berbaki beberapa babak. Selepas ini, Anzalna bakal berehat sempena bulan Ramadan dan hanya akan muncul dalam acara-acara amal sempena majlis berbuka puasa. (Gua.com.my)

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


Ubah kerusi DAP <b>Lukut</b> kepada BN - Utusan Online

Posted: 02 May 2013 12:03 PM PDT

Vincent Yeong Seng Wong (kanan) bersama barisan Gerak Gempur BN bersiap sedia untuk berkempen ketika ditemui di Kampung Sri Parit, Lukut, Port Dickson, baru-baru ini.

TELOK KEMANG 2 Mei - Pembangkang sudah lenyap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lukut. Calonnya dari DAP, Ean Yong Tin Sin sudah tidak ada pengaruh lagi.

Ini kerana, calon Barisan Nasional (BN) di situ, Vincent Yeong Seng Wong mula melebarkan keyakinan rakyat, malah kehadirannya di setiap pelosok sudah diterima kerana rakyat percaya dengan dasar yang dibawa BN, rakyat didahulukan dalam manifestonya.

"Teorinya mudah, DAP tidak buat kerja di DUN Lukut. Cakap bolehlah. Ini tidak serupa dengan BN, kita cakap penuh dengan isu. Bila janji, kita tepati," kata Seng Wong kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Katanya, sokongan masyarakat Cina di DUN Lukut sudah berubah dan prinsipnya mudah, jika mana-mana parti yang dapat meyakinkan kaum Cina dalam hal kesejahteraan, keamanan, ekonomi, maka mereka akan memilih parti itu.

"Dalam BN semuanya sudah terbukti dan kita punyai semua resipi itu. DAP tidak ada kerana mereka mengutamakan hak individu dalam parti dan sebab itulah krisis dalaman mereka kian meruncing," ujarnya.

Kata Seng Wong, BN pernah menang kerusi DUN Lukut pada 2004 dan ia bukanlah kubu kuat pembangkang.

"Rakyat mahukan perubahan di sini. Ini baru ubah namanya. Kita perlu memastikan kerusi DUN Lukut diubah kepada BN," ujarnya.

Seng Wong yang memegang pelbagai jawatan dalam persatuan Cina peringkat daerah dan negeri berkata, peranannya itu akan memberi peluang terbaik untuk menerang kepada ahli persatuan terutama kaum Cina mengenai perjuangan dan agenda BN.

Antara jawatan yang disandang beliau ialah Pengerusi Persatuan Cina Daerah Port Dickson, Pengerusi Persatuan Perniagaan Cina Negeri Sembilan, Pengerusi Ahli Lembaga Sekolah Menengah Chun Hwa Port Dickson dan Penyelaras Pusat Khidmat BN DUN Lukut.

"Saya yakin dan percaya, ahli dalam persatuan yang saya sertai menyokong perjuangan BN. Saya juga melihat kaum Melayu dan India di kawasan ini juga telah kembali menyokong BN," katanya.

Menurut beliau, sebagai bekas Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) beliau mempunyai pengalaman berkhidmat kepada rakyat.

Seorang pengundi DUN Lukut, Liang Yock Chooy, 59, memberitahu, dia akan terus memberi sokongan kepada BN kerana kecewa dengan khidmat pembangkang selama ini.

"Saya berharap kaum Cina memberi sokong kepada BN memenangi DUN ini. Pembangkang tidak buat kerja selama mereka berkhidmat," katanya.

Sementara itu, Cheok Wah Seng, 55, juga berharap BN menang kali ini berkata, rata-rata penduduk kesal mempunyai wakil rakyat pembangkang kerana beliau tidak mampu membawa sebarang pembangunan di pekan Lukut.

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


walaupun kesemua calon pas kecundang <b>di negeri sembilan</b> pada <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2013 12:31 AM PDT

WALAUPUN KALAH TAPI PAS BOLEH ANGKAT MUKA DAN JALAN DENGAN PENUH MEGAH...DULU KALAU PAS BERTANDING PRU DI NEGERI SEMBILAN..HAMPIR SEMUA CALON HILANG WANG PERTARUHAN..KINI SETIAP KALI PRU UNDI POPULAR MENINGKAT WALAUPUN NEGERI SEMBILAN TERKENAL SEBAGAI SALAH SATU NEGERI YANG CUKUP PEKAT DAN KUAT DENGAN UMNO!!!

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, PAS Negeri Sembilan meletakkan calonnya bertanding di tiga kerusi parlimen iaitu Jelebu, Jempol dan Tampin.

PAS juga bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Lui, Klawang, Serting, Lenggeng, Senaling, Johol, Labu, Paroi, Chembong, Kota, Bagan Pinang dan Gemencheh.

Di kesemua kerusi ini, pengundi Melayu merupakan dua pertiga daripada jumlah pengundi. Calon PAS bertanding satu lawan satu di kesemua kerusi ini.

PAS Negeri Sembilan masuk bertanding dalam PRU-13 iaitu di 'medan perang Melayu' (Malay battlefield), iaitu 'medan perang' yang paling sukar ditembusi berbanding dengan lain-lain 'medan perang' di Negeri Sembilan.

Kejayaan PAS menawan ''medan perang Melayu' ini bermakna berakhirnya dominan Umno di Negeri Sembilan. Maka Umno mempertahankan 'medan perang Melayu' habis-habisan.

Kerusi-kerusi di mana PAS bertanding merupakan benteng tradisi Umno dan penentu hidup matinya Umno Negeri Sembilan.

Sebab itu Umno Negeri Sembilan mengambil sikap bahawa kubu tradisi Umno ini mesti dipertahankan dengan apa cara sekali pun (by hook and by crook).

Dalam PRU-12, PAS berjaya membuat tembusan dengan menawan DUN Paroi dengan majoriti yang selesa. Sejak dari itu, Umno Negeri Sembilan tidak pernah membuang masa dan tenaga untuk menawan semula DUN Paroi.

Asakan balas Umno membawa padah kepada PAS Negeri Sembilan apabila kehilangan satu-satunya kerusi yang dimenanginya dalam PRU-12 yang lalu.

Walaupun PAS kalah dalam PRU-13 ini, namun secara keseluruhannya, prestasi PAS terus meningkat berbanding dengan PRU yang pernah ditempohi PAS selama ini.

Pertama, undi popular yang diraih PAS di ketiga-tiga kerusi parlimen yang ditandingi calon PAS telah meningkat dengan ketara dari 31 peratus dalam PRU-12 kepada 39 peratus dalam PRU-13 iaitu kenaikan lapan peratus.

Parlimen Jelebu

Di kesemua kerusi parlimen ini undi popular PAS meningkat dengan parlimen Jelebu merakamkan peningkatan tertinggi dari 28 peratus kepada 39 peratus (kenaikan 11 peratus).

Undi popular di Jempol pula naik dari 33 peratus (PRU-12) kepada 41 peratus (kenaikan lapan peratus). Sementara di Tampin dari 30 peratus kepada 37 peratus (kenaikan tujuh peratus).

Kenaikan undi popular PAS di parlimen Jelebu adalah yang kelima tertinggi di dalam senarai kerusi parlimen yang ditandingi PAS di seluruh Malaysia.

Kedua, pada keseluruhannya, undi popular yang diraih PAS di ke semua kerusi DUN yang ditandingi merosot hanya satu peratus daripada 37 peratus dalam PRU-12 kepada 36 peratus dalam PRU-13.

Ini berlaku dalam suasana di mana kadar keluar mengundi meningkat secara mendadak dari sekitar 72-78 peratus dalam PRU-12 kepada 84-88 peratus dalam PRU-13, iaitu kenaikan sebanyak antara 10-12 peratus. Inilah kadar keluar mengundi yang paling tinggi pernah dirakam di dalam sejarah pilihanraya di Negeri Sembilan.

PAS berjaya meraih undi popular melebihi 40 peratus di empat kerusi DUN iaitu DUN Klawang (47%), DUN Paroi (45%), DUN Labu (43%) dan DUN Johol (41%). Ia juga berlaku dalam suasana di mana jumlah pengundi di 12 DUN ini telah meningkat dengan ketara sebanyak 22 peratus dalam PRU-13 berbanding PRU-12.

Ketiga, calon PAS yang bertanding di kerusi DUN Klawang kalah tipis kepada calon Umno sebanyak 282 undi dalam PRU-13. Ini bermakna majoriti kemenangan calon Umno telah berkurangan dengan ketara daripada 841 undi dalam PRU-12 (2008), iaitu pengurangan sebanyak 559 undi atau 66 peratus.

DUN Klawang juga mencatatkan penambahan undi yang diperolehi calon PAS melebihi penambahan jumlah pemilih pada PRU-13 berbanding PRU-12.

ads