Jumaat, 2 Mac 2012

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di Tampin</b>, Jempol, Sikamat esok | Anak <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 02:53 PM PST

SEREMBAN 12 Feb. - Beberapa daerah di negeri ini termasuk sekitar Sikamat dekat sini bakal mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan kolam serta pengalihan paip di kawasan terlibat pada 14 Februari ini.

Pengurus Khidmat Pelanggan & Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Azlan Abdul Aziz berkata, gangguan itu melibatkan beberapa lokasi seperti sekitar Tampin, Rembau, Jempol dan Sikamat, di sini.

''Antara kawasan terlibat di sekitar Tampin adalah Taman Bukit Tampin, Taman Sri Berlian, Taman Sri Intan, Taman Woon Estet, Jalan Seremban-Tampin, Kampung Ulu Chenderam, Taman Rasa Sayang, Taman Suria dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin.


''Kawasan ini dijangka mengalami gangguan bekalan air bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, bagi kawasan sekitar Rembau pula, penutupan bekalan air akan dijalankan bermula 9 pagi hingga 3 petang.

''Kawasan yang bakal mengalami gangguan bekalan di Rembau meliputi beberapa lokasi sekitar Kawasan Perindustrian Chembong serta seluruh Kampung Baru Air Hitam, Chembong.

''Di Jempol pula ia membabitkan seluruh kawasan di sekitar Palong 7 dan Palong 8 bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam pada hari berkenaan," ujarnya.

Tambahnya, seluruh kawasan di sekitar Sikamat termasuk di Rumah Rakyat Sikamat, Kampung Baru Sikamat, Taman Megaway, Taman Desa Kiara, Taman Jujur, Taman Coral Height, Pulai Impian, Taman Sri Pulai 3, Taman Rashibah akan mengalami gangguan bekalan dari pukul 10 pagi hingga 10 malam pada hari yang sama.

Jelas Azlan, bekalan air dijangka disambung semula secara berperingkat selepas waktu yang ditetapkan.

''Namun, sebagai makluman awal, penduduk di kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh gangguan bekalan lebih lama memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa," katanya.

Pelanggan yang mengalami gangguan bekalan air boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber: Utusan

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


yong <b>di seremban</b> ni :-) | Beautilicious

Posted: 07 Feb 2012 09:21 AM PST

salam semua! haiiiii rindu kat blog yong.dah lama rasa tak update banyak entri kan? lately ni makin sebuk ler..ke sana ke sni.. baru je minggu lepas balik kedah..now yong dah kembali ke seremban.. hehe actually yong singgah sekejap je esok yong akan ke kl pulak..but if u ols nak jumpa yong di seremban..yong ok jerk..

yong di kl maybe sampai ahad..nak jumpa ramai cust yang beli pb and also nak tahu cemana yong buat biz thru fb n blog..auwww dah rasa cam artis pulak nak share tips..siap kena buat appointment gitew..classs mak!

esok dah start keje kan? so happy  working yeah..no wednesday bluess :p

with biz partner from penang..muda-muda lagi kan? kami berjiwa besar tau! 

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


KUDA TERPISAH DITEMUI <b>DITELUK KEMANG</b> - THE BLOG OF K&#39;s <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2012 06:18 PM PST

December 2012, mama menyertai satu aktiviti sosial yang melibatkan company mama sebagai main sponsor untuk satu projek alam sekitar yang diberi nama PROJEK REVIVE.

Berlangsung di teluk kemang, Port Dickson, ini adalah tahun kedua mama menyertai projek ini sebagai sukarelawan.

Menarik, sambil beramal...boleh bersiar-siar di pesisir pantai. ye lah, walaupun tinggal di negeri sembilan yang mempunyai pantai port dickson yang terkenal, tapi sangat jarang dapat berpiknik. :)

al-kisahnya, pada hari terbabit....mama telah terjumpa dengan sahabat mama ketika di university dulu. punya lar lama tak jumpa, tup tup...dekatttt je rupanya dia.

mamat nih tak abih u. bile dia blah, kami terus terputus hubungan. pelbagai cara kami, suami isteri ingin jejaki beliau kerana mamat nih merupakan teman baik suami dan secara tidak langsung menjadi sahabat mama jugak

dalam ramai2 kawan lelaki suami, mamat nih lar yang paling rapat.malah, keluarga beliau n keluarga suami pun saling mengenali satu sama laen. kira kamcing abih lar.

mula2 mama terserempak dgn beliau, beliau bleh tak kenal mama! mama plak, cam was2 je itu beliau kerana takkan kot bleh jmp di PD. mustahil! (walaupun, noting is imposible!)

untuk meng'confirm'kan itu adalah beliau, mama pun pakat2 ngan kawan mama utk pura2 mengambil gambar berhampiran ngan beliau. tujuan nya adalah untuk  mama tunjukkan pada suami. kerana hanya suami yang bleh pastikan sepasti-pastinya itu adalah beliau. yelar..nama pun teman kamcingkan...

 hehehe..itu lar beliau...yang sedang duduk di atas meja tuh.thanks to kawan mama yang sanggup memberi kerjasama berposing berhampiran mamat tu.

dan ternyata tepat...mmg itu lar beliau. teman kami, suami isteri. yang selama ini dicari2...al-kisahnya, dia bekerja di pantai teluk kemang sudah hampir 3 thn. beliau yang sememangnya tahu kami di seremban, bekerja di situ dgn harapan dpt berjumpa dgn kami kerana masing2 sudah tidak mempunyai no contact. tak sangka, rupanya selama ini, kami saling cari mencari. dan akhirnya, teluk kemang menyatukan kami bertiga! cewaahhh..cam cite cinte pulok! papapun, kami gembira bertemu dgn kamu semula yang kami panggil sejak dari 'U' dengan nama KUDA! hehehe

layan beberapa gambar mama dan kawan-kawan ketika terlibat dengan projek revive 2011. insyallah, tahun ini, kami akan jpin lagi! (",)Y


 

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Part-Time Surveyor wanted at Mydin Mart <b>Nilai</b>(<b>Negeri Sembilan</b> <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2012 08:13 PM PST

Scope of Work : 

-Must have valid driving license to drive a car (Motorcycle is not accepted) 
-Must email back audit results the next day after assignment. 
-Must be able to take 20-30 photos using mobile phone. 
-Quality of photos must be clear, not blur nor yellowish. 
-Proficient in using Microsoft Excel, and emails. 
-Auditor must be observant, have good memories. 

Job Requirements: 
-Must be able to write comments/ feedback in English. 
-Must be able to audit the outlet within a 2 hour time frame.- 
-Must be able to work during weekday & weekend too. 
-Must be able to work day and/ or night. 
-Delayed in delivery of report will not be paid full amount. RM5 will be deducted off your total wages. 
-Penalty for filing an incomplete or incorrect format survey forms. RM5 will be deducted off your total wages. 

Salary : RM40/assignment ( 2 hours only) 
Location : Mydin Mart Nilai(Negeri Sembilan) 
Date : Feb 2012 (Exact date to be confirmed) 

If interested,please send resume to zack@YourPartTime.com with email title "Surveyor Mydin Mart Nilai 

Thank you. 

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Umno Janji lapangan terbang mainan <b>di Rembau</b>?

Posted: 27 Feb 2012 07:07 PM PST

21 Feb 2008 akhbar Utusan Malaysia melaporkan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil, sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Terkini Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin berkata bahawa kerajaan negeri tidak pernah berjanji membina landasan kapalterbang betul tetapi landasan kapalterbang mainan. Itu adalah apa yang dilaporkan dari laman web Pusat Aduan Rakyat Chembong.

Baiklah, jika lapangan terbang mainan, nak buat di mana, berapa kosnya, bila tender akan dikeluarkan?

Dari laman web Pusat Aduan Rakyat Chembong :

Hari ini dekat Pekan Pedas Rembau Negeri Sembilan, berlangsungnya majlis penyampaian duit BR1M, dan yang datang menyampaikan sumbangan adalah Ahli Parlimen Rembau Khairi Jamaluddin.

Di samping itu dalam ceramah Khairi Jamaluddin ada juga beliau sebutkan bahawa janji Umno untuk membina lapangan terbang di Rembau telah diputar belitkan pembangkang, dimana beliau tidak pernah berjanji untuk membina lapangan terbang yang benar di Rembau, sebaliknya beliau hanya berjanji untuk membina lapangan terbang permainan untuk kanak-kanak, bukan lapangan terbang sebenar seperti yang dijaja pembangkang.

Dari Pusat Aduan Rakyat Chembong http://parchembong.blogspot.com/2012/02/janji-lapangan-terbang-oleh-kj-sudah.html

Landasan pesawat kecil dibina di Rembau

Utusan Malaysia 21 Feb 2008

Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

"Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite."

"Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan," kata beliau di sini semalam.

05 di bahau - Google Blog Search

05 di bahau - Google Blog Search


Jalan Kg <b>Ampangan</b> Rosak Tak Sampai Dua Bulan

Posted: 26 Feb 2012 10:28 PM PST

TANJUNG KARANG, 27 FEB: Tidak sampai dua bulan disiapkan, jalan di Kampung Ibu Ampangan mula rosak akibat kerja menaiktaraf jalan terbabit tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Menurut ketua Kampung Ampangan, Hamidon Salim, projek menaiktaraf di Sepanjang Jalan RB menerusi peruntukan dari Kerajaan Persekutuan tersebut tidak dibuat dengan bahan binaan yang secukupnya dan sambil lewa.

"Jalan ini baru sahaja siap tak sampai pun dua bulan, tetapi banyak tempat, batu pasirnya dah disebabkan kenderaan lalu-lalang di sini

"Patutnya mula-mula kena letak batu kasar lepas itu barulah batu pasir, jadi jalan boleh tahan lama, batu pasir tak lari.

"Apa yang kita lihat tadi, tak sampai dua kilo meter sahaja yang ditambak dengan bahan yang betul.

"Tetapi kemudiannya ada yang ditaburkan batu kasar sahaja dan ada juga yang ditaburkan batu pasir sahaja.

"Tempat yang diletakkan batu kasar tanpa batu pasir itulah yang menyebabkan permukaan jalan tadi jadi kasar. 

"Tempat yang awak tengok cuma diletakkan batu pasir pasir sahaja tadi pulak menyebabkan jalan jadi 'botak' sampai banyak yang dah nampak tanah merah.

"Sudahlah tu, tambakkan batu-batu tu pun cuma nipis sahaja, sekejap sahaja jalan dah mula rosak semula," beritahu beliau.

Hamidon turut melahirkan kebimbangan peruntukan projek tersebut telah diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu hingga menyebabkan jalan tersebut dibina dengan bahan yang tidak mencukupi.

"Saya bimbang Peruntukan Kerajaan Pusat ini telah diselewengkan oleh pihak tertentu menyebabkan peruntukan yang turun cuma berapa peratus sahaja sebab dipotong di tengah jalan.

"Akhirnya yang jadi mangsa ialah masyarakat kampung ini dapat prasarana yang dibina dengan tidak sempurna," ujarnya lagi.

Dipercayaai projek menaik taraf jalan di seluruh Selangor merupakan salah satu projek kerajaan Pusat yang diperuntukan kepada Umno Selangor bernilai RM2.71b.

Projek tersebut diberikan kepada pemimpin-pemimpin Umno Selangor untuk tujuan pembangunan setempat bagi tujuan mengabui mata rakyat.

Projek-projek pembangunan tersebut akan dilakukan secara sambil lewa bagi mengaut lebih banyak keuntungan

Hakikatnya wang tersebut bertujuan diberikan kepada pemimpin-pemimpin Umno Selangor bagi menghadapi PRU13.

ads