Isnin, 6 Januari 2014

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di juasseh</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Dec 2013 11:47 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Aksara Pengacara Majlis: TEKS PENGACARA PROGRAM 3 <b>...</b>

Posted: 07 Dec 2013 04:38 PM PST

TEKS PENGACARA PROGRAM 3 PENJURU KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH 2013
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia
1.      Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,  Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli
2.      Yang berusaha Timbalan Pengarah Akademik kolej , En Sarimen Bin Sapiei
3.      Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kolej ,Pn Zaidah Binti Danial,
4.      Ahli –ahli  Jawatankuasa Pelaksana majlis program 3 penjuru  
5.      Para Pensyarah kolej Vokasional Juasseh
6.      Pelajar – pelajar Kolej berserta penjaga dan keluarga serta
7.      Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian


Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu


Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam menjayakan program pertemuan 3 penjuru fasa 1tahun 2013 di dewan gemilang  yang serba indah ini
Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran kehadiran yang dikasihi En Alwi Bin sabtu, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan guru yang telah sudi meluangkan sedikit masa majlis yang penuh bermakna ini.


Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan








Sidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan,
Kalau pergi ketanjung keramat
Anak manis jangan di angkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat
Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz ustadz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin- hadirat yang  dihormati ,
Program tiga penjuru ini bermatlamat bagi memberi Peluang kepada penjaga/ibu bapa/pensyarah dan pelajar berinteraksi supaya dalam membincangkan sahsiah anak mereka terutama di sudut akademik sepanjang proses pengajian mereka diKolej Vokasional Juasseh. Hal ini juga dapat membuka peluang murid, pensyarah dan ibu bapa sendiri memperbaiki sebarang kelemahan yang dihadapi semasa diskusi nanti.
Di antara objektif pertemuan ini diadakan adalah:
 1.  Ibu bapa / penaga berpeluang berkenalan dengan para pensyarah  yang mengajar anak mereka
2. Ibu bapa / penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak mereka
3. Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak mereka semasa di kolej
4. Para Pensyarah dapat memohon kerjasama ibu bapa / penjaga bagi meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan sahsiah
5. Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan pensyarah kolej
Para hadirin  yang dihormati sekalian,
Majlis dimulai dengan taklimat Yang dihormati YDP PIBG En Alwi Bin Sabtu. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan.
……………….Tamat Ucapan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang dihormati En Alwi Bin Sabtu YDP PIBG atas taklimat sebentar tadi
Penerangan carta aliran pergerakan ibu bapa
Program diteruskan dengan pertemuan ibu bapa penjaga sehubungan dengan itu. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama ibu bapa untuk merujuk seketika buku program yang telah diedarkan semasa pendaftaran tadi.
Jika ibu bapa merujuk carta alir pergerakan ibu bapa, sebaik sahaja selesai sesi taklimat YDP PIBG, bagi ibu bapa tingkatan 5 dan 4 SKM diminta untuk berada dilokasi yang ditetapkan. Ibu bapa tingkatan 5 dikehendaki bertemu pensyarah pembimbing di kelas masing-masing iaitu bangunan di belakang dewan. Manakala ibubapa dan pelajar tingkatan 4 skm diminta mengadakan pertemuan di bilik mesyuarat
Manakala ibu bapa pelajar kolej tahun 1 diploma kolej di kehendaki berada di dewan bagi  sesi tak limat dan diikuti pertemuan bersama pensyarah matapelajaran.
Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan ibubapa pelajar tingkatan 4 SKM dan ibu bapa pelajar  tingkatan 5 untuk meninggalkan dewan untuk bergerak ke lokasi yang ditetapkan…dipersilakan
Para hadirin  yang dihormati sekalian,
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Warga dewan gemilang yang dikasihi, acara diteruskan lagi dengan mempersilakan yang berusaha  timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie untuk menyampaikan ucapan, dengan segala hormatnya dipersilakan
…………………………..
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha  timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie atas taklimat sebentar tadi
Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,
Buat makluman para penjaga, selepas sahaja selesai majlis sesi taklimat ini, ibubapa dan para pelajar boleh lah mengadakan pertemuan bersama pensyarah matapelajaran d .....
Sebelum kita bersurai,  pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.


Bersinar mentari memberi cahaya
Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
puteri bersiram tepi perigi
mencedok air berhati-hati
izinkan kami berlalu pergi
jangan ada dendam di hati


Kami akhiri majlis ini dengan  lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


Gaya kediaman moden <b>di Bahau</b> - Utusan Online

Posted: 06 Nov 2011 11:14 AM PST

Gaya kediaman moden di Bahau

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

KALAU dulu, jika disebut dekorasi kediaman, golongan luar kota metropolitan atau pinggiran bandar memilih gaya seringkas yang boleh. Menjengah dekorasi kediaman mereka, masih lagi terdapat elemen lama seperti perabot kayu dan rotan.

Tanpa terikat dengan tema tertentu, pemilik kediaman lebih selesa menghias mengikut gaya suka-suka. Konsep ini cenderung kepada kemampuan isi rumah atau sekadar melengkapkan perabot di ruang tamu, dapur mahu pun bilik tidur.

Memadai sekadar memiliki keperluan asas seperti tilam, katil, televisyen dan almari kecil.

Berbeza sekarang, golongan itu juga dilihat semakin peka dengan dunia hiasan dalaman. Bahkan, mereka turut ghairah menata rias rumah dengan memastikan setiap ruang dari dapur hingga ke kamar beradu, tampil menarik hingga sesetengahnya mengalahkan rumah kelamin.

Sama ada memilih gaya moden , retro, Inggeris, tropika, Bali, ala rumah pelancongan dan sebagainya, yang penting dekorasi memenuhi cita rasa dan mengikut trend semasa.

Melewati sebuah pusat perhentian hiasan kediaman di Bahau, Negeri Sembilan, penulis berpendapat penduduk di situ lebih berminat kepada konsep kediaman moden.

Kelengkapan

Pusat sehenti kedai perabot, Ilham Design Furniture (IDF) yang terletak di Bahau memberi ilham kepada penduduk sekitarnya untuk mencari perabot moden dengan warna-warna yang lebih berani.

Bercirikan reka bentuk moden , IDF mencerminkan pemiliknya, Mejar Wan Munadi Wan Mamat (B) yang dinamik dan sofistikated.

Menarik perhatian penduduk di sekitar Bahau , ia menawarkan pelbagai koleksi kelengkapan rumah daripada yang kecil sehinggalah kepada sebesar-besarnya.

Ditambah pula dengan hiasan dalamannya yang sepadan dengan konsep kediaman, pastinya membuatkan tetamu teruja dan kagum dengan sentuhan emas pemiliknya.

Klasik kontemporari dan moden , begitulah konsep percaturan hasil idea kreatif yang popular sekarang.

Bagi yang melangkah ke rumah baru khususnya pasangan pengantin, inilah peluang terbaik untuk menyusun kediaman sendiri menjadi cantik dan kelihatan moden dan bergaya.

Pelbagai pilihan dan idea hiasan untuk kediaman dengan tema kediaman desa Perancis ke Victoria, gaya Timur, Safari Afrika, gabungan kontemporari dan oriental.

Kontemporari

Sofa berciri moden digabungkan dengan fabrik warna terang menepati ciri klasik kontemporari.

Malah setiap perabot membawa konsep berbeza dengan set sofa paling popular ialah bercirikan moden.

Set bilik tidur yang mengetengahkan warna merah misalnya, menyerlahkan elemen moden sesebuah kediaman.

Dalam pada itu, setiap katil yang dijual mempunyai pilihan 15 warna merangkumi keperluan pasangan suami isteri, kanak-kanak, anak gadis dan pengantin baru.

Ruang berehat keluarga seperti sofa boleh direka sendiri menggunakan gabungan warna putih dan hitam amat praktikal.

Secara peribadi, keupayaan Wan Munadi memperkenalkan kediaman mewah khusus untuk warga luar kota metropolitan seperti di Bahau yang inginkan konsep moden dan menawan sememangnya mengkagumkan.

Mengakui dekorasi sentiasa mengikut perubahan semasa, Wan Munadi berpendapat orang ramai mula bijak mencari panduan menghias rumah sama ada yang tinggal di kampung mahupun luar bandar.

Memenuhi hasrat tersebut, IDF yang terletak di Bahau ini mengalu-alukan kedatangan orang ramai.

Dalam pada itu, cawangan IDF yang baru di buka 23 Oktober lalu menawarkan harga runtuh khususnya untuk penduduk Bahau. Manakala pasangan pengantin baru boleh mendapatkan set kelengkapan bilik tidur dengan harga yang istimewa. Orang ramai yang berbelanja RM 3 ribu ke atas turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah percuma.

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Pasar Raya Mydin terbesar <b>di Seremban</b> 2 dibuka esok | The <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2013 10:55 PM PST

SEREMBAN, 12 Dis: Cawangan Pasar Raya Besar Borong Mydin ke-13 dan terbesar di Malaysia, Seremban 2, akan dibuka secara rasminya esok.

Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Mydin Mohamed Holdings Bhd, Sabariah Mohd berkata Mydin Seremban 2 yang beroperasi dari bangunan 4 tingkat di sini, memperkenal konsep baharu akuatik dan mempunyai ciri reka bentuk yang menggabungkan seni bina Moden dan Islam.

"Reka bentuk dalaman pasar raya tampil dengan sentuhan baharu yang bakal memberi pengalaman dan impak kepuasan ketika datang untuk membeli-belah. Keluasannya sangat besar iaitu 950,000 kaki persegi, hampir 1 juta kaki persegi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Mydin Seremban 2 akan memperkenal penggunaan sistem pengimbas layan diri yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara, menjadikan Cawangan Mydin ini pasar raya borong pertama menggunakan sistem berkenaan, lapor Bernama.

Katanya teknologi ini merupakan revolusi baharu kepada pengalaman pengguna ketika membeli-belah  yang mampu meningkatkan kecekapan dan memberi kemudahan kepada pengguna.

"Perkhidmatan e-bayar juga disediakan di sini untuk memudahkan lagi pengguna. Istimewanya lagi, pengguna juga boleh membeli-belah menggunakan perkhidmatan kad Touch & Go mereka sendiri.

Pengguna berhak memilih apa sahaja kaedah yang ada di Mydin Seremban 2 ini untuk memudahkan urusan mereka ketika berkunjung," katanya.

Katanya majlis perasmian Mydin Seremban 2 akan disempurnakan oleh Pengerusi Kumpulan Perniagaan Mydin, Mydin Mohamed.

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


seri <b>di paroi</b>-berada di kedudukan kedua kumpulan - gomo merah

Posted: 28 Aug 2013 12:33 AM PDT

Ini lah skuad yang diturunkan semalam bertemu Negeri Sembilan FA di Paroi.

1-1.. Itu lah keputusan penuh perlawanan antara Kelantan FA dan Negeri Sembilan FA yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman di Paroi semalam. Gol hasil jaringan Dickson bagi Kelantan FA dan Fabio bagi Negeri Sembilan FA menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata.


Keputusan tersebut meletakkan Kelantan FA yang berkongsi 5 mata dengan Pahang FA yang mencatat 1 kemenangan dan 2 keputusan seri. Perbezaan jaringan meletakkan Pahang FA berada di kedudukan pertama, diikuti Kelantan FA, Negeri Sembilan FA ditempat ketiga dan Terengganu FA di tempat keempat.

Penyokong kedua-dua pasukan sangat berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan. Penjaga gol Kelantan FA, Khairul Fahmi Che Mat merupakan individu yang paling disukai ramai penyokong apabila berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti.

Kelantan FA nampaknya sekali lagi mengulangi kesilapan ketika bertemu Pahang FA pada perlawanan pertama dahulu. Mereka mendahului lawan dan tidak mampu menambah jaringan dan akhirnya kubu pertahanan melepaskan 1 gol bagi pihak lawan menyamakan kedudukan.

Ini menunjukkan Kelantan FA mempunyai 2 krisis yang harus diperbaiki sebelum bermulanya saingan kedua peringkat kumpulan Watsons Piala Malaysia 2013 ini. Tidak dapat menambah jaringan dan pertahanan yang mudah ditembusi adalah perkara yang harus ditangani segera. Apa yang dapat diperhatikan, corak permainan Kelantan FA dalam saingan Piala Malaysia 2013 ini agak rumit untuk menjaringkan gol. Mungkin Bojan Hodak boleh melakukan sedikit perubahan yang boleh memberi kesan besar kepada corak permainan Kelantan FA.

Untuk pusingan kedua kumpulan C, Kelantan FA akan menerima kunjungan Negeri Sembilan FA pada 31 Ogos ini dan akan bertandang ke Kuala Terengganu sebelum bertemu Pahang di Kota Bharu untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

6 mata yang diperolehi dalam saingan peringkat kedua nanti sudah pastinya akan melayakkan Kelantan FA bermain di peringkat suku akhir dan akhirnya mempertahankan piala yang dimenangi musim lalu.

Sama-sama kita doakan kejayaan skuad Kelantan FA dan saya pasti Stadium Shah Alam akan menjadi saksi kejuaraan kita nanti.

Gomo Kelate Gomo.

MBI bina 217 unit rumah rakyat <b>di Paroi</b> mulai 2014 - Utusan Online

Posted: 13 Sep 2013 11:52 AM PDT

SEREMBAN 13 Sept - Perbadanan Menteri Besar (MBI) bersama Restu Pertiwi Sdn. Bhd akan membangunkan kawasan seluas 16.89 hektar di Paroi dekat sini dengan pembinaan 217 unit rumah mulai pertengahan tahun depan.

Ahli Lembaga MBI, Datuk Mat Ali Hasan berkata, projek itu yang dikenali sebagai Pinggiran SIGC (Seremban International Golf Club) melibnatkan pembinaan 148 unit rumah teres dua tingkat, 38 unit rumah berkembar dua tingkat dan 31 unit rumah banglo dua tingkat.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan negeri berkata, projek yang berkonsep moden dan kontemporari itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

"Ia adalah tanda kejayaan melaksanakan projek yang berprestij di kawasan yang menjadi tarikan ramai," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Restu Pertiwi, Mustaza Musa.

Mat Ali berkata, walaupun pihaknya masih menunggu kelulusan muktamad daripada pihak yang berkenaan mengenai harga rumah tersebut, pendaftaran telah dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk membeli rumah berkenaan.

Jelasnya, ia dilaksanakan secara 'siapa cepat dia dapat' memandangkan jumlah unit yang terhad.

Tambah beliau, pihaknya juga masih dalam proses memuktamadkan reka bentuk akhir rumah yang hendak ditawarkan itu.

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Cacing &#39;pun-pun&#39; diburu kaki pancing <b>di Port Dickson</b> - Utusan Online

Posted: 23 Dec 2013 10:40 AM PST

Mohamad Ikmal menunjukkan cacing laut atau pun-pun yang dijualnya di Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.

TELOK KEMANG 23 Dis. - Mungkin tidak ramai yang mengenali sejenis cacing laut yang dikenali sebagai pun-pun. Cacing 'gergasi' ini biasanya menjadi 'buruan' kaki pancing apatah lagi mereka yang datang berkunjung di tepi pantai peranginan, Port Dickson dekat sini.

Walaupun beberapa ekor pun-pun yang dijadikan umpan ini dijual pada harga tertentu, kaki pancing tidak ambil peduli kerana minat yang tinggi untuk meraih tangkapan lebih besar di persisiran pantai mendahului segalanya.

Maka, tidak hairanlah pencari cacing pun-pun ini mengambil kesempatan menjual cacing laut itu dengan harga sekitar RM5 sebungkus kepada kaki pancing yang memang ramai datang ke Port Dickson, terutama pada waktu petang dan malam untuk aktiviti memancing.

Seorang peniaga, Mohamad Ikmal, 19 berkata, dia telah melakukan kerja itu sejak bertahun lamanya dan ia adalah sebahagian kerja yang dilakukan oleh ahli keluarganya.

''Permintaan terhadap pun-pun ini sentiasa ada dan ia akan meningkat setiap kali tiba musim cuti persekolahan," katanya sewaktu ditemui Utusan Malaysia di Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson dekat sini hari ini.

Kata Mohamad, perniagaan peralatan memancing serta umpan itu dibuka dari pukul 12 tengah hari sehinggalah 5 petang sepanjang cuti persekolahan ini.

Bagaimanapun ada ketikanya perniagaan tidak dibuka kerana faktor cuaca dan jumlah pun-pun yang diperoleh berkurangan.

''Pada hari biasa, saya menjual sebanyak 15 bungkus pun-pun sehari, tetapi pada waktu musim cuti persekolahan ini, saya boleh menjual 50 plastik pun-pun setiap hari.

''Kebanyakan pembeli adalah pelancong yang datang bercuti ke Port Dickson. Ada juga yang datang kerana mesyuarat dan pada waktu malam mereka akan memancing di tepi pantai ini," jelasnya.

Beliau juga berkata, mencari pun-pun memerlukan kemahiran kerana cacing laut ini pandai bersembunyi.

''Kadang kala saya juga terserempak dengan ular laut yang datang ke arah tangan sewaktu menggali lubuk pun-pun. Cacing ini juga adalah makanan reptilia ini,'' katanya.

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


dua peragut mati disembelih orang ramai <b>di jelebu</b>,negeri sembilan

Posted: 11 Jun 2013 04:24 AM PDT

[Image: 283627_469847429752407_2090987711_n.jpg]
Kuala Lumpur 24 oktober
begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh
penduduk kampung kayu ara pasong, menurut saksi, haji Jamal Razak 61,
salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua dua peragut itu telah
membawa keluar sebilah parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu,
akan tetapi sempat dihalang oleh jirannya.

Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa apa barang
yang berharga yang didapati pada peragut itu, salah seorang penduduk tempatan yang juga
ketua kampung disitu pula yang berang pada peragut itu telah memerintahkan
anak buahnya menyembelih kedua dua peragut ini, kaki peragut itu diikat dengan takbir
yang bergema, dia telah menyembelih peragut itu tanpa rasa belas kasihan
dan darah telah menyembur keluar,

orang tempatan tidak berani menghalang perbuatan ketua kampung itu,
kerana yang disembelih itu ialah seekor kambing dan seekor lembu condo
yang meragut rumput di sembelih untuk hari raya korban. sekian terima kasih

RChuhRCverysadRCverysad

RCtongue

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Gambar-gambar kemalangan ngeri lelaki putus kepala <b>di Rembau</b> <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2013 12:38 AM PST

Kemalangan ngeri kereta dirempuh treler di di Km39.1, Seremban-Tampin mengakibatkan pemandu kereta putus kepala.

Pemandu kereta  R.Sivakumar, 39, dalam perjalanan dari arah Tampin menuju Seremban dan dipercayai memasuki laluan bertentangan dan cuba memotong beberapa kenderaan lain dihadapannya sebelum bertembung dengan treler berkenaan.
  
"Tubuh mangsa tersepit di tempat duduk sementara kepalanya putus dan tercampak keluar dari kereta," katan jurucakap polis.  

Pemandu treler berkenaan yang berusia 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
  
Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Mizan Md Dom memgesahkan kejadian.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Gambar Kambing Bertanduk 4 <b>Di Kuala Pilah</b> | blogr.my

Posted: 27 Dec 2013 07:56 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Selamat Datang! Home. Hubungi Kami. Contest Komen dan Menang Terbakor! Kategori ». Hamster Bercakap Di Sini. Guest Blogger. Sitemap. Terbakor ! Terbakor.com, jangan sampai rentung! Agama. Artikel Hot Terbakor.

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Dec 2013 03:30 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Dec 2013 03:32 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kota <b>Lukut</b> – Raja <b>Lukut</b> | Wangsa Mahkota Selangor

Posted: 11 Dec 2013 09:58 PM PST

Gambaran Kota Lukut

Raja Juma'at Ibni Raja Ja'afar merupakan cucu kepada Yang Di-Pertuan Muda Riau yakni Paduka Sri Sultan Ali 'Alauddin Shah – menjadi menantu kepada Paduka Sri Sultan Muhammad Shah Ibni Sultan Ibrahim, Sultan Selangor Ketiga (1826-1857). Raja Juma'at merupakan anakanda saudara kepada Paduka Sri Sultan Muhammad Shah, Sultan Selangor Ketiga, 1826-1856.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Lukut membawa maksud sejenis tumbuhan atau pohon renek. Pada awal abad ke-19, Lukut merupakan sebuah wilayah yang berasingan dari Selangor selain Kelang, Bernam dan beberapa tempat lain. Lukut pada asalnya didiami oleh Orang Laut yang menjalani kehidupan sebagai nelayan dan petani (bercucuk tanam).

Menurut catatan sejarah, Raja Juma'at membina istana sekali gus kota pertahanan dan gedung menyimpan bijih timah yang dikuasainya di Lukut. Beliau merupakan salah seorang yang sangat kaya di Selangor kerana kejayaannya menjual hasil jualan bijih timah ke Melaka (Lukut) terletak di bawah kekuasaan Selangor pada 1820-an).

Walaupun sejarah tidak begitu jelas tentang penguasaan Selangor terhadap Lukut, namun di bawah pemerintahan Paduka Sri Sultan Salehuddin (Sultan Selangor yang pertama) sehinggalah ke pemerintahan Sultan Muhammad Shah (Sultan Selangor ke-3), Lukut adalah sebahagian daripada pengaruh penguasaan Selangor. Era pemerintahan Raja Bot merupakan permulaan era kemerosotan Lukut kerana terdapat pelbagai masalah yang dihadapi semasa pemerintahan baginda. Di antaranya adalah tuntutan wilayah Lukut oleh Sungai Ujong, penentangan Raja Sulaiman (Pembesar Sungai Raya), bebanan hutang yang semakin berat dan hasil pengeluaran biji timah yang semakin merosot.

Kota Lukut terletak di Bukit Gajah Mati dekat Lukut, Port Dickson. Ia mula dibina oleh seorang pembesar Melayu dalam tahun 1820-an. Bagaimanapun, Raja Juma'at bukanlah pengasas sebenar Kota Lukut sebaliknya orang yang mula-mula sekali mengasaskan Kota Lukut bernama Raja Busu iaitu salah seorang kerabat Diraja yang berasal dari Selangor. Disebabkan Raja Busu mati dibunuh oleh orang-orang cina dan istananya dibakar dalam satu pergaduhan dalam tahun 1845, peranan beliau di Lukut hilang begitu sahaja. Raja Juma'at lebih dikenali di Lukut kerana ia membina semula kota yang musnah itu dan berjaya memajukan Lukut menjadi sebagai pusat perdagangan yang mashyur lagi terkenal pada zaman itu.

Raja Juma'at terkenal sebagai seorang pengusaha bijih timah terkaya di Lukut pada pertengahan abad kesembilan belas. Malangnya setelah beliau meninggal dunia, puteranya Raja Bot gagal meneruskan kegemilangan Kota Lukut menyebabkan ianya mundur dan akhirnya ditinggalkan begitu sahaja. Raja Juma'at meninggal dunia dalam tahun 1864 dan disemadikan disatu kawasan tidak jauh dari istananya di Bukit Gajah Mati (sekarang dinamakan Makam Diraja Lukut).
Di sini juga bersemadinya kaum keluarga Raja Juma'at, termasuk permaisuri, bonda dan putera-puterinya.

Termeterainya Perjanjian Persempadanan Selangor – Sungai Ujong pada 31 Julai 1880, menandakan berakhirnya era pemerintahan Raja di Lukut.

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Sambutan Tahun Baharu <b>di Negeri Sembilan</b> meriah | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 01 Jan 2014 06:36 PM PST

SEREMBAN 02 Jan. – Orang ramai membanjiri kawasan padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini bagi meraikan sambutan ambang Tahun Baharu 2014 dalam suasana muhibah dan ceria.

SEBAHAGIAN daripada orang ramai menyambut Tahun Baharu 2014 di Dataran MPS Seremban, Negeri Sembilan, malam kelmarin.

Kira-kira 10,000 rakyat pelbagai kaum hadir sejak pukul 8 malam tadi untuk bersama-sama meraikannya sebelum menyaksikan konsert yang dijayakan oleh artis-artis tempatan.

Rakyat hadir di padang MPS, selain di Dataran Seremban serta Dataran Senawang, atas semangat kenegaraan kukuh walaupun acara sambutan rasmi tidak dilakukan kerajaan negeri.

Acara kemuncak adalah persembahan bunga api selama lima minit, selepas artis-artis jemputan menyanyikan lagu Isabela di pentas utama.

Sementara itu di Felda Jaya, Bandar Baru Serting, Jempol kira-kira 5,000 orang berkumpul di situ untuk menyaksikan konsert artis tempatan sempena sambutan ambang tahun baharu.

Dalam pada itu, di Batu 4, pantai Saujana, Port Dickson pula, telah berlangsung pertandingan futsal yang disertai belia sementara menunggu sambutan ambang tahun baharu.

Dianggarkan kira-kira 3,000 orang telah membanjiri kawasan pantai peranginan itu untuk menyaksikan persembahan bunga api yang juga berlangsung selama kira-kira lima minit.

Turut kelihatan beberapa pengunjung berkelah dan berkhemah di pantai berkenaan bersama keluarga dan rakan, manakala gerai jualan terus dibuka sehingga awal pagi ini.

ads