Rabu, 24 Ogos 2011

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Syarak Mengata , Adat Menurut: Beratus skru bahaya <b>di</b> jalan <b>Rasah</b> <b>...</b>

Posted: 19 Aug 2011 07:54 PM PDT

Para pengguna jalanraya terutama penunggang motosikal harap berhati-hati apabila menggunakan flyover jalan Rasah menuju ke bandar Seremban, Terdapat beratus-ratus skru ( bolt / pasak ) yang tercacak setinggi hampir 1 inci di atas jalanraya sejak sebulan yang lalu. Harap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan segera untuk keselamatan para pengguna. Terdapat kejadian tayar motosikal bocor apabila melanggar skru ini.

Friday August 19, 2011
Hundreds of metal bolts along Jalan Rasah in Seremban

DANGER lurks especially for motorcyclists if they are not careful while travelling on Jalan Rasah, Seremban.

One can find hundreds of metal bolts sticking out 2cm off a 20m stretch leading towards town just after the end of the flyover.

Motorcyclists who ride on these bolts could lose their balance and end up with serious injuries.

Danger zone: Hundreds of metal bolts which once held flexible poles, sticking out about 2cm from the ground on Jalan Rasah heading towards Seremban town.

According to a motorist, who only wants to be known as Ashraf, he once had a miraculous escape while trying to avoid a speeding car coming down from the flyover.

"I had a bumpy ride when I was pushed on the metal bolts. However, I ended up with a punctured back tyre.

"That was a week ago and I am surprised the authorities have not removed them. It is definitely not safe,'' said Ashraf from Mambau.

The bolts once held flexible poles but over time they were knocked down by speeding vehicles or vandalised and now the metals are exposed.

Motorist Param Kutty said the road had been like that for the past one month and the authorities should act before a nasty accident happened.

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/8/19/central/9294014&sec=central


05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


Kerani <b>di Bahau</b> | eJawatan

Posted: 25 Jun 2011 03:50 PM PDT

Posted On: June 26th, 2011    Job Type: Admin/Clerical    Job Location:

Kami merupakan syarikat yang terletak di Bahau, Negeri Sembilan memerlukan kerani am ( lekaki / perempuam )yang boleh mula bertugas dengan hujung Jun ini.

Kelayakan yang diperlukan:
- SPM/Sijil sahaja
- Mahir menggunakan komputer
- Rajin dan boleh berkomunikasi dengan baik

Waktu kerja
-8.00am-5.00pm

Tempat Kerja
-1st Floor, No.24, Jalan Meranti 36, Taman Meranti, 72100, Bahau, Negeri Sembilan.

JIKA BERMINAT SILA MENGHUBUNGI ATAU SMS Mr. Lai (016-9333637 / 012-3232368)
Email : lyunfat@yahoo.com.hk

___________________________________________________________________________________

Join Facebook Page kami untuk mendapatkan update terkini jawatan kosong setiap hari!

atau

Dapatkan update tekini jawatan kosong setiap hari melalui email anda!

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Syazana Ilya : Makeup <b>di Mambau</b> N9

Posted: 05 May 2011 01:32 AM PDT

Tahniah diucakapkan kepada erima dan suami...semoga berbahagia ke anak cucu...dan dimurahkan rezeki sentiasa..insyaallah....=]

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Macam Ni Lah: Gangguan bekalan air <b>di</b> daerah <b>Seremban</b> esok

Posted: 17 Aug 2011 01:34 AM PDT


SEREMBAN: Beberapa kawasan di daerah Seremban akan mengalami gangguan bekalan air esok, menurut Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Azlan Abdul Aziz.
Beliau berkata gangguan selama lapan jam itu dijangka bermula jam 9 pagi berikutan kerja-kerja baikpulih dan penggantian injap dan meter alir di Kolam Imbangan Paroi-Senawang. 
"Kawasan terlibat ialah kawasan industri Tuanku Jaafar, Light Industri Senawang, Taman Guru, Sri Mawar, Senawang Industri, Taman Marida, Taman Sea, Taman Sri Kasih, Sri Kamban, Taman Lily, Taman Cempaka Selatan, Taman Bukit Emas dan Senawang Jaya.

"Selain itu, Taman Merpati, Taman Kemuning, Taman Forest Heigth, Taman Desa Orkid, Alamanda, Sri Pagi, Taman Dahlia, Matahari Height, Desa Ixora, Taman Teratai, Taman Satria, Taman Melor, Senawang Commercial Park, Taman Tuanku Najihah, Taman Nuri Indah, Taman Blossom, Taman Tok Ungku, Sg. Gadut Industrial Estate dan Seremban Selatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.



Sementara itu, katanya gangguan selama lapan jam mulai jam 10 pagi esok di seluruh kawasan Industri Senawang adalah berikutan kerja-kerja baikpulih dan penggantian injap serta flowmeter Syarikat Hatimuda Sdn Bhd di kawasan Industri Senawang.


Azlan berkata bekalan air akan disambung kembali selepas waktu yang dinyatakan dan ia dijangka pulih secara berperingkat, namun beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh kesan pembaikan yang lebih lama.

"Kerja-kerja baik pulih dan penggantian injap dan meter alir ini merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam mengurangkan kadar Air Tidak Berhasil atau Non-Revenue Water. Disamping itu, kerja-kerja ini dilaksanakan bagi menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan," katanya.

Katanya SAINS akan sedaya upaya mendapatkan sumber bekalan alternatif agar kawasan gangguan dapat dikurangkan.

Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS ditalian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama


sumber : metro

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


POKOK & TOKOH: Tunku Besar <b>Tampin</b>, Tunku Datuk Syed Idrus Tunku <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2011 01:29 AM PDT


PERGINYA PENAUNG ADAT DI TAMPIN


Tunku Datuk Syed Idrus Tunku Syed Mohamad meninggal dunia pada usia 78 tahun, 26 Disember lalu kerana sakit tua. Syed Idrus adalah penanung adat bagi daerah Tampin, Negeri Sembilan bergelar Tunku Besar Tampin Ke-6. Berita tentang pemergiannya yang tidak akan kembali lagi ini sedikit sebanyak mengundang beberapa pertanyaan kepada orang ramai. Penduduk Negeri Sembilan, amnya dan penduduk Tampin khasnya. Sebabnya, cerita tentang wujudnya gelaran Tunku Besar Tampin tidak banyak diketahui orang, khususnya di kalangan anak muda.

Seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, yang kini dalam usia persaraan, sampai sekarang masih belum jelas tentang signifikan nama Tunku Besar Tampin yang dikaitkan dengan sekolahnya. Setahu dia, sekolah itu sebelumnya bernama Government Secondary English School Tampin. Tiba-tiba pada awal tahun 1960an, sekolah itu bertukar nama. Bekas pelajar sekolah itu juga buat pertama kalinya dapat melihat wajah Tunku Datuk Syed Idrus yang bergelar Tunku Besar Tampin itu pada hari perasmian majlis pembukaan Bangunan Tambahan sekolah berkenaan pada tahun 1962. Syed Idrus adalah tetamu kehormat sekali gus merasmikan bangunan tambahan itu.

Menurut seorang ahli sejarah Negeri Sembilan, Norhalim Ibrahim, Tunku Besar Tampin adalah nama gelaran yang diperkenalkan Inggeris pada awal tahun 1830an dahulu. Pada ketika itu Inggeris yang menjajah Melaka sedang berperang dengan Naning, wilayah di utara Melaka yang enggan mengakui ketuanan Inggeris. Dato' Naning dan para pengikutnya dengan bantuan Undang Rembau Ke-13, Dato' Lela Maharaja Ngonit berusaha mempertahankan wilayahnya daripada dijajah Inggeris.

Inggeris mengalami kesukaran menakluki Naning. Inggeris menyedari bahawa tanpa bantuan orang tempatan, tidak mungkin mereka berjaya mengalahkan Dato' Naning. Pada masa yang sama, Undang Rembau, yang mentadbir wilayah Rembau berada dalam keadaan "bermasalah" dengan Yang Dipertuan Muda Rembau, Syed Syaaban dan menghalaunya keluar wilayah. Bagaikan menangguk di air keruh Inggeris "memujuk" Syed Syaaban membantunya mengalahkan Dato' Naning, sekutu Rembau.

Inilah detik permulaan nama Tampin mula menjadi sebutan. Sebelumnya Tampin, yang menjadi sebahagian daripada wilayah Rembau Baruh adalah daerah yang dibuka sepenuhnya. Inggeris menjanjikan kepada sekutu tempatannya andainya Naning dapat ditakluki maka Tampin akan diserahkan kepada sekutunya setelah membuat perjanjian dengan Rembau.

Menurut Halim Syed Syaaban dianggap tokoh sekutu Inggeris yang banyak membuka rahsia kekuatan Dato' Naning hingga akhirnya musuh utama Inggeris itu berjaya dikalahkan. Dan Yang Dipertuan Muda Rembau, Syed Syaaban "ditabalkan" sebagai Tunku Besar Tampin, terpisah daripada wilayah Rembau. Wilayah pentadbiran di bawah Tunku Besar Tampin ialah Repah, Keru, Tebung dan Tampin Tengah.

Gelaran Tunku Besar Tampin ini adalah eksklusif untuk keluarga dan keturunan Syed Syaaban dan Tunku Syed Razman, anakanda Tunku Dato' Syed Idrus adalah waris ketujuh dianugerahkan gelaran ini. Ditanya tentang kedudukan Tunku Besar Tampin dalam jenjang pentadbiran adat di Negeri Sembilan, Norhalim menjelaskan, "Kedudukan Tunku Besar Tampin hanyalah sebagai salah seorang ahli penuh Dewan Perundangan dan Keadilan Negeri Sembilan yang dipimpin Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan." Ahli-ahli lain termasuklah Undang Yang Empat dan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Lazimnya gelaran Tunku Besar Tampin ini akan disebut bersamaan dengan nama Undang Yang Empat dengan kedudukan di bawah Yang Di Pertuan Besar. Namun, Tunku Besar Tampin tidak memiliki kuasa untuk memilih dan melantik Yang Dipertuan Besar. Kuasa itu adalah hak Undang Yang Empat. Maka jelas, menurut Norhalim, kedudukan keluarga keturunan Syed Syaaban ini telah berubah dari asalnya sebagai Yang Dipertuan Muda Rembau kepada hanya Tunku Besar Tampin.

"Ini adalah kerja penjajah Inggeris yang sentiasa mencari kesempatan dalam kesempitan suasana. Politik adu domba Inggeris berjaya memecahbelahkan orang Melayu. Lebih parah lagi, sistem politik Rembau yang satu waktu begitu tersusun, habis lebur," jelas Norhalim.

Apa pun, bekas pelajar Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin itu melihat seperti ada hikmah di sebalik kekacauan politik yang berlaku akibat campur tangan Inggeris di Rembau, Tampin dan Naning. Setidak-tidaknya buat wilayah Tampin itu sendiri. Dari sudut geopolitik hari ini, ternyata Tampin lebih menonjol berbanding dua daerah kembarnya, Rembau dan Naning (kini lebih popular dengan nama Alor Gajah). Tampin hari ini adalah panggilan popular kepada pekan yang berkembar dipisahkan sempadn Melaka-Negeri Sembilan, dengan Pulau Sebang di belahan Melaka dan Tampin sendiri di belahan Negeri Sembilan. Kedua-dua saling menyaingi mengejar arus pembangunan. Kedua-duanya sebising dan sesibuk yang diungkapkan Blue's Gang dalam nyanyiannya "Apo Nak Dikato".

Seorang tua yang tinggal di sebuah taman perumahan di Tampin Tengah yakin "Tampin hari ini adalah hasil kejayaan orang terdahulu yang diketuai Syed Syaaban dan warisan keturunannya. Kalaulah bukan kerana usaha mereka membangunkan Tampin dengan bantuan Inggeris tempat yang saya diami sekarang mungkin masih hutan dan didiami orang buangan dari Rembau." Kata-katanya itu bagaikan memberikan penghormatan terakhir kepada allahyarham Tunku Dato' Syed Idrus, Tunku Besar Tampin Ke-6.(Modified on 17 Mc 2011).

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: Najib <b>di Port Dickson</b>, Ribut Melanda <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2011 11:02 PM PDT


Kebanyakan media cetak terutamanya yang ditunggangi UMNO hanya melaporkan berita ini ketika Najib berada di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan..

Antara laporan media tentang Najib ketika berada di Port Dickson itu ialah..


TELUK KEMANG 30 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Perbarisan Tamat Latihan Perdana membabitkan dua pasukan keselamatan iaitu tentera dan polis buat julung- julung kalinya telah memahat satu sejarah penting dalam bidang keselamatan negara.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. – Lidah Rasmi UMNO

Dan juga ini..

TELUK KEMANG 30 Julai - Lebih 20,000 orang menyaksikan majlis bersejarah Perbarisan Tamat Latihan Perdana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.

Acara yang buat pertama kali diadakan itu membabitkan 984 pelatih konstabel polis dan 2,107 perajurit muda termasuk 194 anggota wanita di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Seramai 17 pegawai dan 45 anggota ATM serta tujuh pegawai kanan dan 18 anggota PDRM turut menjayakan perbarisan tamat latihan itu yang diketuai secara bersama oleh Mejar Rosman Mohd. Noh dari ATM dan Deputi Supritendan Douglas Nyeging Taong dari PDRM.

Tetapi.. kenapa tiada (mungkin aku tak jumpa) yang melaporkan tentang kejadian ribut yang melanda ketika Najib dan Rosmah berada di sana, Ribut telah melanda setelah Najib habis memberikan ucapan.

Dalam kejadian dua telah dilaporkan terbunuh didalam keretan kera dihempap pokok besar yang tumbang.Seorang bayi juga telah diterbangkan angin tetapi terselamat..

Apakah kejadian yang berlaku ini Suratan, Kebetulan atau BALA yang diturunkan Allah sebagai peringatan buat kita semua agar jangan bersekongkol dengan pemerintah yang zalim???

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (QS. al-Hadid : 22)






Lagi gambar dan lebih banyak maklumat sila lihat di (SINI)

05 di bahau - Google Blog Search

05 di bahau - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

ads