syukur alhamdulillah pada Allah s.w.t kerana telah memberi peluang dan ruang kepada saya berkhidmat dan memberi manafaat kepada semua orang.... pada 18 jan 2014 telah berlangsung majlis pelancaran wisma pokli di seremban 2 antara aktiviti yg berlangsung adalah 10.00 pagi - marhaban sempena akikah putri alya nadrah 11.00pagi - khatam Al Quran Anak sulong pokli 12.00 tgh - majlis tahlil dan doa selamat 1.00 tgh kenduri kesyukuran.....alhamdulillah....niat kami sekeluarga utk berkongsi dengan rakan2 dan pelanggan tercapai....lebih 300 orang tetamu yang hadir pada hari tersebut
harini pula lambat timing nak pasang signboard sebab cuti panjang minggu lepas...maklumla cuti thaipusam....cuti maulidur rasul dan cuti keputeraan N.S.D.K
okla saya nak share gambar2 sekitar majlis tersebut
tahlil dan majlis doa selamat
semoga roh roh mereka yg terdahulu mendapat ganjaran pahala .....bekal kepada mereka ada ilmu yg dimanafaat.....sedekah amal jariah dan anak2 yg soleh....harta kekayaan adalah tidak kekal....
pukul 10.00 pag dah settle semua...tunggu tetamu datang
lebih 300 orang tetamu yg datang...dari kalangan keluarga,,,sabahat....rakan2 kongsi dan pengedar2 pokli
majlis berendoi....memuji kebesaran Allah dan bersyukur atas nikmat yg diberi
rakan2 haji sebilik semasa di madinah & mekah....semoga ukhuwah islamiah terjalin
mentor2 niaga internet
kambing 1 jam settle...2 ekor habis dalam pukul 3....fuhh syukur...alhamdulillah...ramai yg suka makan kambing....
MASJID TANAH (ALOR GAJAH) – Menggemparkan apabila bangkai seekor buaya tembaga berusia hampir 100 tahun sepanjang 7 meter dengan berat hampir 3 tan yang digelar 'Pengawal Pintu Sempadan Sungai Kuala Linggi Melaka-Negeri Sembilan' ditemui oleh nelayan.
Bangkai buaya tersebut ditemui dalam keadaan terdampar dipercayai mati tua di tebing sungai Kuala Linggi di sekitar Kota Simpang, Lubok Cina, dekat sini, pagi tadi.
Penemuan bangkai buaya tembaga tersebut telah menggemparkan penduduk di situ yang bertindak menghubungi Jabatan Perhilitan dan Jabatan Pertahanan Awam(JPAM).
Kejadian pada asalnya disedari seorang nelayan sungai Zainal Md Ali, 63, kira-kira jam 9.30 pagi ketika menjaring udang selepas terhidu bau busuk dari tebing sungai sebelum menemui bangkai buaya tembaga sepanjang tujuh meter.
Menurut Zainal, dia terpandang reptilia terbabit dipenuhi lumpur lalu mendekatinya sebelum menyedari ia tidak bergerak dan dipercayai mati tiga hari lalu dalam keadaan dihurung lalat selain tubuhnya dicarik biawak.
"Kepala buaya berkenaan menghala ke tebing sungai dan saya lihat seluruh badannya dipenuhi lumpur dipercayai tidak berupaya bergerak kerana sudah tua.
MASJID TANAH (ALOR GAJAH) - Menggemparkan apabila bangkai seekor buaya tembaga berusia hampir 100 tahun sepanjang 7 meter dengan berat hampir 3 tan yang digelar 'Pengawal Pintu Sempadan Sungai Kuala Linggi Melaka-Negeri Sembilan' ditemui oleh nelayan.
Bangkai buaya tersebut ditemui dalam keadaan terdampar dipercayai mati tua di tebing sungai Kuala...

Oleh: Carleed
Pertamanya kita sudah tahu HRC ini adalah pusat hiburan dan tempat makan minum yang mahal dengan muzik nya yang kuat dan juga tempat orang berhibur menari dan minum dengan minuman keras. Jika ada dasar yang ditetapkan yang pusat hiburan seperti ini tidak dibenarkan beroperasi, jawap lah dengan tegas, tidak boleh!
Jika boleh katakan boleh. Mengapa masing-masing meleret-leret membuat kenyataan yang gila babi yang datang dari orang-orang bergelar pemimpin yang bernama dan bergelar. Sebenarnya ramai yang sedar yang hendak kekalkan imej Putrajaya yang mahal itu. Jika kita hendak menjaga identitinya sekarang membenarkan pusat hiburan HRC itu tidak boleh dibenarkan.
Tidak payahlah Pak Menteri seperti T Adnan bercakap melelong dan mensyaratkan HRC membawa imej Islam dengan lagu nasyid dan sebagainya jika hendak beroperasi di Putrajaya itu. Jika HRC mengubah identitinya sebagai pusat hiburan yang mempunyai muzik dan nyanyian rock dan sebagainya dengan menyanyikan hanya lagu-lagu nasyid, itu bukan HRC namanya.
Perbadanan Putrajaya sepatutnya kekal dan tegas dengan dasarnya yang tidak boleh dibenarkan pusat-pusat hiburan seperti HRC beroperasi di Putrajaya dan tutup isu itu. Tetapi sebaliknya Ahli Parlimennya tidak boleh kalau tidak mengeluarkan kenyataan yang nampak amat memalukan. Tidak perlu HRC itu mengubah identitinya dengan menukar lagu-lagu nasyid dan berbagai lagi.
Kita boleh lihat contoh Dewan Bandaraya Shah Alam yang dari dulu tidak membenarkan pusat hiburan seperti itu, tidak ada pusat atau kedai menjual tiket judi seperti TOTO dan jenis perjudian yang lain dan tidak ada panggung wayang. Tanpa itu semua bukan tidak maju Shah Alam itu dan tetap sebagai tempat yang didiami oleh semua masyarakat dengan aman dan sentosa. Tidak ada polimik dan tidak ada isu dalam hal ini. Juga difahami orang yang hendak membawa HRC ke Putrajaya itu sendiri tinggal dalam rumah yang tersergam di Shah Alam.
Dalam isu ini tentu ada pihak yang pada awalnya ingin melihat HRC beroperasi di Putrajaya dan ia melibatkan perniagaan peribadi dan keuntungan kepada pihak yang tertentu. Jika tidak ada niat setengah pihak mahukan keuntungan kerana kedudukan mereka dalam Perbadanan Putrajaya itu tidak timbul isu itu.
Semasa Tan Sri yang berjumpa dengan Pengerusi Perbadanan Putrajaya itu dahulu, sepatutnya di beritahu dengan tegas yang Putrajaya tidak membenarkan pusat hiburan seperti HRC beroperasi di Putrajaya.
Negara sedang berada dalam kecemasan politik dan ekonomi, pemimpin masih bercakap tentang isu-isu yang kecil seperti ini.
Dalam pada itu masih lagi mahu meminta rakyat menyokong terus-terusan. Hairan dengan sikap pemimpin yang ada di Perbadanan Putrajaya itu. Saya tahu isu ini bermula kerana ada pihak yang mahu mengambil kesempatan untuk mencari 'duit luar' walaupun dia tahu yang Putrajaya tidak membenarkan pusat hiburan seperti HRC itu.
Banyak tempat lain lagi HRC boleh beroperasi dan menambah cawangannya. Cuba pohon kebenaran untuk beroperasi di Bahau ke, atau di Meru, atau ditempat lain yang mudah untuk mendapat kebenaran beroperasi.