Sabtu, 25 Mei 2013

05 di senawang - Google Blog Search

05 di senawang - Google Blog Search


N13 – <b>SIKAMAT</b> WAN SALWATI BTE HJ ABDULLAH | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2013 10:28 PM PDT

WAN SALWATI2

Wan Salwati Bte Abdullah , graduan Univrsiti Pertanian Malaysia , dilahirkan pada 19 05 1974 . Bertugas  sebagai Pegawai Khas di Kenterian Belia dan Sukan Malaysia, Exco Puteri UMNO Malaysia , Ketua Puteri UMNO Bahgian Seremban.Presiden MBNNS , Naib Presiden Majlis Belia Malaysia. Ahli Majlis kerja tertinggi Belia 4 B Malaysia.

Mengenali Wan Salwati yang merupakan seorang aktivis yang telah lama bergiat dan berkecimpung dalam kerja kerja kemasyarakatan dan juga merupakan pemimpin Puteri UMNO yang begitu komited dalam tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau.

Sayugianya beliau perlu diberikan peluang untuk menjadi wakil kepada rakyat di Sikamat yang memerlukan seorang aktivis yang aktif dan didikasi. Peluang ini juga akan memberikan peluang kepada Wan Salwati untuk mebimbang belia belia di Sikamat untuk aktif dalam program program kemasyarakatan dan membuka peluang peluang bagi belia belia ini mencorakkan masa hadapan mereka.

Wan Salwati Abdullah merupakan anak sulung dari 4 beradik kepada pasangan Tuan Haji Abdullah Awang Embun Dan Allahyarhamah Puan Norhayati Bt Hj Abdul Rahman dan merupakan cucu sulung kepada Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahman Bin Lembok Dan Allahyarhamah Puan Hajah Rogayah Haji Ahmad.Beliau juga merupakan cicit AllahyarhamTuan Haji Ahmad dan Allahyarhamah Puan Zainab.

Wan Salwati Abdullah dilahirkan dan dibesarkan di Kg Jiboi Baru Ampangan Seremban dan dibesarkan dalam suasana keluarga yang terlalu aktif dengan aktiviti kemasyarakatan,Politik dan agama.Maka tidak hairanlah jika beliau dan adik beradiknya yang lain sentiasa mengambil bahagian dalam setiap aktiviti2 yang melibatkan keagamaan,politik,belia dan kemasyarakatan.

Sikap yang sentiasa mengambil berat tentang masyarakat sekeliling yang ada dalam diri Wan Salwati sebenarnya didorong oleh datuknya Tuan Haji Abdul Rahman Lembok dan kedua ibubapanya yang sangat aktif berpolitik berpentaskan Parti Umno (Barisan Nasional).Arwah datuknya semasa hayat pernah memegang jawatan Pengerusi Tetap Umno Bhg Seremban dan merupakan tunjang kekuatan kepada Persatuan Sinaran Muda Ampangan (PSMA) dan MAYC N.Sembilan.Manakala Ayah dan ibunya merupakan orang kuat Umno di Seremban dan tunjang kekuatan Belia 4b N.Sembilan.Sifat2 kepimpinan ini lah yang teresap ke jiwa Wan Salwati dalam terus memperjuangkan perjuangan yang ditinggalkan oleh datuk dan ayah ibu nya.

Agenda perjuangan melayu dan Islam adalah asas kepada perjuangan pemimpin wanita muda ini tanpa meninggalkan bangsa-bangsa lain yang dilihat perlu sama dibela secara berterusan demi memantapkan Ukhwah Masyarakat di Malaysia.

Wan Salwati merupakan ibu kepada 5 orang Puteri dan Isteri kepada seorang Pensyarah Maktab Perguruan Raja Melewar Sikamat Seremban.Pengorbanan suami dan anak-anak mendorong Wan Salwati lebih gigih di persada politik tempatan hingga beliau disayangi keluarga,rakan taulan dan sahabat handai dan di hormati lawan.

Wan Salwati Abdullah sekarang ini memegang tampuk amanah sebagai Ketua Puteri Umno Seremban dan menjawat tugasan sebagai Exco Puteri Umno Malaysia.Beliau kini merupakan Pegawai Khas kepada Menteri Belia Dan Sukan.Wan Salwati juga memegang jawatan Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan dan yang terbaru tercalon sebagai wakil Barisan Nasional bagi DUN SIKAMAT untuk PRU13.

Mendapat pendididkan awal di Sek Ren Keb. King George V Ampangan Seremban sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sek Men Agama Ampangan dan Sek Tunku Ampuan Durah Sikamat Seremban.Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Institut Teknologi Tun Abdul Razak dan kemudiannya menamatkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia.

Kredit : Page N13 Dun Sikamat BN Wan Salwati

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Aishah sukar menang, ahli Pas mahu Fairuz tanding <b>di Jempol</b>

Posted: 15 Apr 2013 01:05 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]JEMPOL 15 April - Tindakan Pas meletakkan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin di Parlimen Jempol dikatakan tidak direstui kebanyakan ahli Pas yang mahu Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, Mohd. Fairuz Mohd.

Prince Of Pilah: Isa Aishah Berkaraoke <b>Di Jempol</b>

Posted: 16 Apr 2013 03:59 AM PDT

Isa Aisyah Berkaraoke Di Jempol
Tan Sri Isa Samad hari ini dicalonkan sebagai wakil  Barisan Nasional Parlimen Jempol menghadapi PRU13.Belum pun 24jam penamaan beliau, PAS Jempol mulai berpecah melarikan diri dari dimalukan sekali lagi oleh bekas Menteri Besar tesebut. Tan Sri Isa penah bertanding di kerusi Parlimen Jempol pada 2004 dan menang dengan majoriti besar 17,080 undi.
PAS Jempol kini dikhabarkan berpecah kerana Aishah yang tidak mempunyai pengalaman politik didakwa akan hanya memalukan parti itu pada PRU13 berikutan kehadirannya sebagai calon 'payung terjun' di kawasan tersebut bagi menghadapi Tan Sri Isa Samad. PAS Jempol mahukan Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa bertanding di kawasan itu, yang dikatakan lebih berpeluang untuk mengurangi majoriti kemenangan Barisan Nasional.

Ramai dalam kalangan penyokong PAS Jempol kini meragui kredibiliti pemimpin mereka yang tidak sehaluan dalam memilih calon, apatah lagi mengetepikan hak dan suara akar umbi yang mahukan pemimpin tempatan dan berpengalaman beraksi di pentas PRU-13.

Kawasan Parlimen Jempol adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama , kehadiran Tan Sri Isa di Jempol pada 2004 bukan saja membawa kemenangan kepada kerusi parlimen Jempol,  dikerusi MIC di Jeram Padang dan kerusi MCA di Bahau turut dimenangi oleh Barisan Nasional diatas pengaruh beliau. Pada 2008, MIC kehilangan separuh dari majoriti kemenangan di kerusi DUN Jeram Padang sementara MCA kehilangan kerusi Bahau kepada calon DAP , Teo Kok Siong.


Aishah dilihat sukar untuk menandingi kepimpinan calon barisan Nasional Tan Sri Isa Samad, Pengerusi FELDA, apatah lagi untuk memenangi hati penduduk Felda yang kebanyakannya merupakan penyokong kerajaan.
Nampaknya Tan Sri Isa Samad harus berkaraoke bersama Aishsh di Jempol bagi membuktikan kemenangan Barisan Nasional, penyokong PAS kemungkinan tidak  menerima kemenangan Barisan Nasional melalui penentuan peti undi. Tan Sri jom karaoke...opps bukan 'karaoke ais krim' Azmin Ali. Sokongan kami untuk Tan Sri Isa Samad.

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


: Kat Ghumah Uwan <b>di</b> Taman <b>Paroi</b> Jaya - 28/04/13

Posted: 04 May 2013 06:46 AM PDT

Nukilan sejarah hidup yang dipaparkan ini adalah untuk kenangan, pengajaran, pengalaman, sejarah, pengamatan mengenai suka duka penghidupan yang dilalui. Moga ia dapat mempertingkatkan taqwa dan iman yang akan menjadi bekalan untuk dibawa kepenghidupan yang akan datang (Akhirat).
Ya Allah.... yang membolak balikkan hati....berilah aku, isteriku, anak2ku dan ahli keluargaku dan umat Nabi Muhamad s.a.w. akan kekuatan iman, taqwa, kesabaran dan limpahilah rahmatNu serta NurMu yang tidak akan padam-padam keatas jiwa-jiwa ini agar kami dapat memenuhi syurga-syurgaMu dihari yang dijanjikan itu dan janganlah Engkau palingkan hati kami dari mengingatiMu. Amin.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Hj. Shaari Sekali Lagi <b>Di Kuala Pilah</b> | Makrifat Tok Kenali

Posted: 21 May 2013 11:35 PM PDT

Syukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang guru yang disanjung dan dipuja oleh sekalian anak murid. Saya tumpang gembira bila mendengarnya.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru dan kepada anak murid tuan guru, kerana datang beramai-ramai kekuliah saya  diMadrasah tuan tempun hari.

Terima kasih atas pengorbanan anak murid Tuan Guru, berkat bimbingan tuan Guru, terbitnya satu kesepakatan sehingga sanggup merebahkan (meyembeleh) 2 ekur lembu pada hari 15hb Jun ini, Semata-mata bagi memertabatkan ilmu.

Kepada sahabat-sahabat  yang mencintai ilmu, tuan-tuan adalah dijemput datang oleh Tuan Guru keMadrasahnya  (dengan izin Allah).

Kepada tuan-tuan dan puan-puan Yang dirahmati Allah sekalian.  Bagi yang berhajat untuk sekali lagi bertemu saya, datanglah beramai-ramai

Tempat-keMadrasah  An- Nur, Kg. Angga Bisa Ulu, Gacong, &200, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Tarikah- 15 hb Jun 2013

Masa     – Selepas Maghrib

Semoga Allah merahmati kita dalam menuju jalan ingat kepadaNya. Amin

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


kuala <b>lukut</b> destinasi pemancing - jalan-jalan jenahak panggang

Posted: 20 May 2013 09:33 AM PDT

Kalau diceritakan lokasi Kuala Lukut tentu ramai yang tidak mengetahui malah ada yang tidak pernah mendengar pun nama tersebut. Tetapi cuba anda bertanya kepada kaki2 pemancing di manakah Kuala Lukut tentu ramai yang boleh beritahu lokasi Kuala Lukut.
Kuala Lukut merupakan sebuah penempatan yang agak terpencil walaupun dalam daerah Port Dickson. Pekan yang terdekat dengan Kuala Lukut ialah Pekan Sg Chuah dan juga Pekan Bukit Pelanduk yang pernah terkenal sekejap dengan virus JE.
Di Kuala Lukut terdapat 2 buah jeti memancing iaitu jeti memancing Pozi atau jeti koperasi dan Jeti memancing Mamud yang berhampiran dengan muara Kuala Lukut. Jeti2 ini dibuka 24 jam dan 360 hari setahun dengan bayaran rm 3 sahaja untuk seorang pemancing.
Selain jeti memancing terdaapat juga 5 buah kelong memancing diperairan Kuala Lukut iaitu Kelong Mamud (2 buah), Kelong Raja (2 buah) dan kelong Pozi (kelong Koperasi). Maka tak hairanlah ramai kaki pancing yang mengenali dan mengetahui Kuala Lukut kerana saban tahun ribuan kaki pancing yang datang ke sini untuk aktiviti memancing.
Selain Kelong, di sini juga ada juga menyewa bot untuk memancing. Banyak port  memaancing di tengah laut seperti di rumah api tabung haji, boya enam, jeti shell , boya hijau, rumah api putih , boya merah dan jeti Jinmah Power Plant. Pemancing boleh menyewa bot di jeti Pozi atau Juga Jeti Mamud yang menyediakan perkhidmatan menyewa bot bersama tekong.
Selain memancing ada juga yang datang ke sini sekaadar melepak2 sambil berkaraoke di Jeti Pozi pada waktu malam.

05 di bahau - Google Blog Search

05 di bahau - Google Blog Search


Tauke Ikan: PERPADUAN ANTARA PAS DAN UMNO TERCIPTA <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2013 11:22 PM PDT

Sejarah tercipta di Ampangan malam tadi di mana sekumpulan penyokong PAS menyambut kehadiran Haji Abu Ubaidah selaku calon N 14 Ampangan dalam satu majlis. Turut serta adalah salah seorang orang lama PAS iaitu Haji Kassim, pengasas Rembawi Khat yang anaknya adalah wakil calon kepada calon PKR Kamarul Baharin. Di sini Haji Kassim menegaskan akan menyokong Haji Abu pada PRU 13 ini bersama beberapa penyokong PAS tanda perpaduan sesama muslimin di Ampangan.


ads