Isnin, 12 November 2012

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: MP DAP <b>Rasah</b> Bahas Peruntukan 2013 <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2012 04:07 AM PST

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.

1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.


4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.


20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk 'mengendali secara atas-angin' pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih 'Customs, Immigration and Quarantine' (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.


38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.


46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.


53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.

61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)


63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion


68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. "Lawatan Sambil Belajar" ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi 'Permata Negara'nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi 'fluidized bed gasification' yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

CHECK-LIST INI AKAN TERUS DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


5 jam menuju ke <b>Bahau</b> - Ini Kisahku ~SuKa & Duka

Posted: 28 Oct 2012 09:17 PM PDT


Assalamualaikum wbt

Selamat Hari Raya Aidiladha  :)

So mcm mana dgn percutian korang?  Aku x blk kg sbb huby berkerja pd hari sabtu & ahad.  Disebabkan itu disaat saat akhir aku merancang untuk menyambut hari raya bersama kakak & adik di Bahau. ( adik pun cuti sehari jer )

Ohh siapa yg ada di Bahau tu?

Kakak aku dok kat Bahau.  Sangat jauh untuk dia beraya pulang ( uwang nya pun ngak mencukupi ).  Sebelum raya aku, kkk & adik saling telepon & sms.  Sampaila kredit habis.  Kesian kakak aku x dapat blk kg maka aku ngan adik pun decide jomla beraya diumah dia sambil dah bg pesanan siap2 ( sila sponsor minyak keter huhuhuuu ).

Maka Slps magrib aku sefamili menuju ke Bangi mengambil adik.  Hujan sangat lebat sepanjang perjalanan. Selalu 20 minit bleh sampai, ni 40mnt baru leh sampai.  memang lebat sangat.  Air pun dah penuh atas jalan raya.  Dalam hati berdoa jgnla banjir.

Lepas amik adik terus amik hiway LEKAS, wahhh kitrg sangat x sabar utk ketemu kakak tersayang ( heeee nak elak jem di Nilai & Seremban sbnrnya ).  Pesan kat huby isi minyak siap2, jgn nak cari pasal pulak.

Dr Bangi pun udah ada jln yg banjir.  X tahulah mcm mn kereta2 yg tersangkut x boleh lalu tu.  Ohhhh permudahkanlah perjalanan kami ini Ya Allah.

Sepanjang perjalanan mellaui LEKAS amatla lancar.

TAPIiiiiiiiiiiiiiiiiiIIiiiii kan kan

Lepas jer melalui petronas utk ke Jln baru (pengganti Bukit Putus tu ).. betul betulla buat buntut kitorg semua x senang nak duduk..

3 JAM.... 3 jammmm sahaja berada diatas jalan tu..  x bergerak... kalo bergerak pun adala 10meter lps tu berenti 30 mnt...

Org yg jln kaki pun lagi laju drp kereta2 yg ada..  Betullaaaa aku x tipu.  Depan aku tu ada sebijik bas.. sepanjang jalan tu 2 org lelaki  turun drp bus & jalan kaki...

Nasib baik minyak keter full,  kalo kunin lip lap lip lap, memang makin stressla..

Nasib baik anak2 pun xder nak wat hal sangat.  wat  hal pun kejap jer ms sbb diorg x selesa nak tido.

Salah timing tulla.

Ada eksiden ker?

Ni mesti jem sampai kat Ulu bendul.  Ujar huby ngan adik ni.  Tengah2 perjalanan adik bertukar drive ngan huby.  Sebelum mulut huby mula menyanyi riang baik aku srh adik aku yg drive.  Kalo edak aissss  ( adik aku pompuan )

Yg adik aku pulak bwk keter mcm dah 10 thn dpt lesen.  Stop betul2 kat belakang keter org.  Lagi 5 inci memang nak kena buntut org.  X senang nak duduk aku dibuatnya.  2-3 kalo gakla aku ckp jgn dekat2 sangat.  Huhuuu

Lps tukan, berani gak adik aku ni nak potong line,  yerla x sanggup dah nak dok diam diam. Ada chance dia potong sampaila kunun2 x nak potong lagi.  Nak msk lane keter belakang x bagi( hahha padan muker korg, potong2 lagik ).  Oooo diorg x bg msk adik aku potong lagi.  Jauh gakla dia potong. nsb baik jln sebelah agk clear.

Sampaila......  Ohhhhh nila penyebab ke 'jem' an tu...

Giler korang...  Korang nyer psl org2 kat belakang tu yg terpaksa menanggung beban.

Kalo korang tau jalan Bukit Putus, jalan tu kan ada 2 lane.  1 arah ke K.Pilah & 1 lagi arah ke Seremban.

Dua2 jalan tu dah jadi 1 jalan.   Mcm 1 way ajo.   2 jalan dah jadi mcm 4 jalan.  So bila sampai simpang nak keluar ke jln baru tu, udah diorg blok jalan.   Kereta2 yg ikut jln baru x leh nak lalu sbb kereta2 dr BP tu dah conquer simpang tu.  Sampai kereta2 yg nak ke arah Seremban pun x leh nak lalu. Hiruk pikuk tolla.

Betul2 mcm kambing keluar kandang bak kata bapak Aiman.

Lega betul bila dah lalu Ulu Bendul.  Clear.  Kalo sesak sampai K. Pilah memangla..

Itu pun sebab adik aku berlagak otai..  Kalo skima nak jadi pengguna yg sopan santun memang x sampai2 lagila.  Tapi mlm tu adik aku drive xla membahayakan kereta2 lain cuma sedikit kejam ngan cross line jer.

Ni la padahnyer kalo mengater org jer.  Mlm tu kitrg ckp ' siannye org2 yg balik Kelantan kan, drive sampai 12 jam baru sampai'.. Hahhha padan muka kitrg. Xyah nak ngater org lain, muka sendirik dah terkena.

Sampai akak kol 'korang kat ner, korang kat ner'.  Tuan umah dah bangun 2-3 kali, korang x sampai2 lagi.

Abg ipo aku lagi kejam,  'korang jalan kaki ker'..  haaa yola, kitrg ngah berjoging nih. sambil hirup udara segar.

Kul 1am baru kitrg sampai Bahau. Adooii krem tol bontot aku dok pangku Delisha.  Sampai2 edak tido terus.  Kitorg melantak nasik impit ngan rendang dulu. Lapo sihhh, nasib baik adik aku bwk bekalan biskut kering. Leh mengunyah dlm keter.  Edakler sakit hati sangat

Nasib baikla mlm tu kitrg xder yg sakit perut.  Rs nak terkencing ker. Haa kalo ada memang bertambah stress.  Adik aku ckp ' aiikk dah 2-3 kali  terjg pun lum sampai2 lagi yer'.  hahaha berani gak ko nak terlena.  Aku memang x berani.  'Jem' adalah ms yg paling x sesuai utk aku tdo..  Ko nak menambahkan stress kat laki ko ker.  Urllpp

Len kali nak balik tu memang betul2 kena rancang perjalanan. Jgn ingat esok nak raya xder org nak blk mlm ni.

Kitrg balik kl hr Jumaat mlm.  Alhamdulillah, lancar jer.  2 jam lebih dah sampai.  Kalo blk semlm aku kompem jem lagi ( sbb byk kali terkena).

Begitula cerita raya aku.  Jumaat siang tu aktiviti makan2 jer.  Lps mkn sembang2, dah ngantok tido.  Bangun tdo mkn balik.  Aiisshh naik sekilo aku sehari.

* Ada hati nak buat qurban thn dpn. share2 ngan adik beradik. Insyaallah *

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


..Selingkar Kisah: CUTI SEKOLAH PUN BERMULA

Posted: 09 Nov 2012 05:57 PM PST


Bermulanya cuti sekolah yang panjang.  Semalam hari jumaat jemput Baz kat SDAR.  Pergi sorang-sorang sebabnya suami tak dapat cuti.. keje banyakkk.  
Sampai di SDAR agak awal.  Mulanya janji dengan Baz lepas solat jumaat aku sampai.  Ohh..dia pun dah dok standby tunggu aku.  Barang-barang pun dah siap kemas.  Cuma angkat masuk dalam kereta jer.  
Lepas solat jumaat kami bergerak pulang.  Hujan sepanjang jalan.  Perut pun dah mula menyanyi lagi keroncong.. hehehhe..apa lagi lapar lahhh.. Baz pun belum makan.  Mulanya kami nak ronda Senawang dulu.. tapi bila hujan tak henti-henti terpaksa batalkan niat.
Sampai di Mantin..nampak satu tempat makan yang baru dibuka.  Minggu lepas aku dah nampak tapi tak sempat nak singgah sebabnya sibuk nak makan durian.  Hujan pun dah berenti.  Waauu..ada coconut shake la. Mesti cuba..
Makan lah juga nasi goreng ayam kat situ.  Lama juga menunggu nasik siap.  Kakak yang goreng nasik tu sibuk dok sms jer.  Sambil goreng nasi pun dok sms..aduhaii.. isshh.. naik bosan jugak menunggu. 
Tak sedap mana pun nasik goreng ayam tu.  Tapi telan lah juga bila dah lapar.  Tak habis pun.  Coconut shake??? Oklah....kalau nak mencuba.  Rasa kurang manis dan ais yang diblend tu agak kasar sikit.. 
Ni diaaa.. Mantin Original Coconut Shake..
Sepanjang jalan nampak pondok-pondok jual durian.  Berlambak durian.  Ajak Baz singgah makan.  Hehehee..dia tak mahu laa sebabnya dia tak makan durian.  bau durian pun dia tak suka..huhuuu,,Ruginyaaaa..

Sampai KL ambil suami kat opis dia.  Malamnya depa ada training futsal la pulak.  Ikut jugak.  Dah letih..aku lepak dalam kereta sampai tertidurr..
Sampai rumah tengok Anugerah Skrin 2012.  Punyalah teruja nak tengok.  Errmm hampeehh.  Anugerah yang berprestij itu begitu hambar dan tawar.. ntah apa-apa..tak menarik langsung bagi aku lah.  Bila tengok komen kat FB/twitter ramai yang kata..tak tengok pun tak per.. tak best langsung..
Apapun tahniah pada pemenang.

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Dari Dalam Aku: Hutan Lipur <b>Serting</b> Ulu

Posted: 05 Nov 2012 05:05 AM PST

Aku nak bercerita tentang sebuah taman rekreasi yang terletak di Negeri sembilan dalam Daerah Jelebu. Terletak dalam Kampung Serting Ulu dan lokasinya agak jauh ke dalam dari jalan besar. Kira-kira hampir 10 minit memandu ke dalam kawasan kampung, kita akan menemui kawasan rehat ini. Salah satu tempat rekreasi dan bersantai yang tenang dan sesuai untuk sekeluarga menikmati ketenangan alam, kehijauan rimba dan kesejukan air bukit yang mengalir.
Keseluruhan kawasan itu sederhana sahaja kerana masih banyak kelemahan dan penyelenggaraan yang longgar di Taman rekriasi itu. bagaimanapun, cukuplah untuk orang ramai berlibur sempena cuti bersama-sama keluarga.Agak menyedihkan juga kerna, hanya terdapat segelintir sahaja peniaga yang tahu mengambil kesempatan bagi menyediakan perkhidmatan kepada pengunjung. maklumlah, selepas mandi selalunya, budak-budak akan kelaparan dan kehausan.Maksudnya di sini, pengunjung digalakkan untuk membawa bekal makanan sendiri. selain itu, mereka juga bebas untuk melakukan aktiviti seperti memanggang  atau berbabique...

Aliran airnya yang sejuk sungguh menyamankan sesiapa yang mandi tetapi adakalanya aliran air terjun di situ semakin sikit dan untuk pengunjung memilih kawasan mandian sangat terhad. Kebanyakan mereka bermandi manda di kawasan paling bawah kerana di situ terdapat kolam buatan yang menampung air yang banyak dan agak dalam. Bagaimanapun, kanak-kanak di larang mandi tanpa awasan orang dewasa.
Aku dan anak-anak lebih suka mencari kawasan mandian yang lapang dan tidak ramai pengunjung, walaupun aliran air di sungai itu kurang deras dan kurang memuaskan hati. Bagaimanapun, semua itu tidak menjadi masalah kepada kami yang sekadar ingn berhibur.

Antara pengunjung yang ingin mencari kawasan mandian di tempat yang agak tinggi dan jauh ke dalam kawasan Hutan Rekriasi tersebut. Bagaimanapun..semakin jauh ke dalam, semakin kuranglah liputan talian internet atau telepon. Kepada mereka yang gemarkan junggle tracking, sesuailah kawasan taman hutan lipur ini untuk mereka kerana semakin tinggi mendaki, akan terasa semakin mencabar stamina kita. Selain itu, kepada pencinta alam, mereka akan boleh menjumpai hidupan dan tumbuhan yang unik dan jarang di temui di kawasan luar. Inilah masanya untuk pengunjung merehat fikiran dan bersantai.
Antara hidupan yang menarik perhatianku...seolah ulat gonggok tetapi pendek. Bersais besar sebesar 2-3 jari.

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Ribuan Hadir Himpunan Rakyat <b>di Negeri Sembilan</b> - PAS Kawasan <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2012 01:28 AM PDT











Ribuan yang hadir pada perhimpunan anjuran Rakatan Rakyat ini menunjukkan kubu kuat BN di Negeri Sembilan sudah dapat ditembusi, dan berkemungkinan besar akan roboh dan berjaya ditawan pada PRU13 nanti.

Negeri Sembilan mendapat perhatian peminat politik apabila kerajaan BN yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2008 tidak mempunyai kuasa 2/3. 

Dari 36 kerusi DUN yang dipertandingkan, DAP berjaya memenangi 10 dari 11 kerusi yang ditandinginya, PKR menang empat dari 12 kerusi manakala PAS menang satu dari 13 kerusi yang ditandingi. 

Di peringkat Parlimen pula, DAP mendapat dua kerusi Parlimen manakala PKR mendapat satu dari lapan kerusi Parlimen di negeri ini. 

Ini bermakna, Pakatan Rakyat hanya memerlukan empat kerusi DUN sahaja untuk menjatuhkan kerajaan BN Negeri Sembilan itu. 

Inilah yang merisaukan BN. Apabila Pakatan Rakyat menganjurkan perhimpunan bersama mereka di Senawang mulai petang ini, BN dipercayai di belakang konsert nyanyian yang dinamakan Majlis Perpaduan Negeri Sembilan Sehati Sejiwa itu.
  
Namun terbukti, yang sehati sejiwa adalah majlis anjuran Pakatan Rakyat apabila rakyat berbilang kaum bersatu hati di sebuah padang usang di Senawang itu. 

Pelbagai jenis permainan dan persembahan rakyat di persembahkan di majlis itu bukannya melibatkan artis Melayu sahaja sebagaimana yang berlaku di padang MPS itu tetapi juga penyanyi Cina, India dan artis-artis baru yang menyertai Pakatan menyerikan majlis ini. 

Di samping itu, pelbagai jenis kesenian rakyat pelbagai kaum dipersembahkan di majlis ini. 

"Jika 45% pengundi Melayu di Negeri Sembilan memihak kepada Pakatan kali ini, Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan di negeri ini selepas pilihan raya umum akan datang," kata Dr Rosli Yaakob, AJK PAS Pusat yang ditemui di Senawang petang tadi. 

Dalam PRU 2008, 35% pengundi Melayu memberikan undi kepada Pakatan Rakyat manakala 65% pengundi Cina memberikan undi kepada Pakatan. 

Bagi Dr Rosli, angka 45% sokongan pengundi Melayu tidak lagi mustahil dalam pilihan raya umum akan datang. Ini kerana, angin perubahan bertiup kencang di Negeri Sembilan ini. 

"Jika pengundi Cina boleh memberikan undi sehingga 80%, ketika itu bebanan untuk mendapatkan undi Melayu semakin kurang," kata Dr Rosli yang pernah menjadi Penolong Gabenor Bank Negara itu. 

Apakah PAS mampu memberikan sekurang-kurangnya empat lagi kerusi untuk menjatuhkan BN itu? Dr Rosli dengan penuh yakin, ia boleh dilakukan. 

Sudah pasti peristiwa ini akan membangkitkan semangat pegawai kerajaan dan pengundi di Putrajaya untuk mengundi PAS.

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


Cetusan Mukara: Memenangi <b>Gemas</b>: cabaran terbesar PR NS

Posted: 14 Sep 2012 02:10 AM PDT

Gemas merupakan antara kawasan Dun yang berada dalam Parlimen Tampin selain Gemencheh dan Repah.

Kawasan ini boleh dikatakan antara kubu kuat Umno-BN di Negeri Sembilan yang tidak pernah digugat oleh mana-mana parti pembangkang sejak 1970 iaitu selepas 'proses penyusunan semula' politik negara yang dilakukan oleh strategis Umno bagi menyekat pengaruh dan kekuatan politik parti-parti yang berpotensi mengancam Umno dan BN di masa hadapan.

Namun sejarah awal Pilihanraya Umum (PRU) negara pada tahun 1959 telah mencatatkan bahawa Gemas telah dimenangi oleh calon dari Sosialis Front (SF) atau Pakatan Sosialis Malaya yang dianggotai oleh Parti Buruh dan Parti Rakyat. Calon tersebut, Fong Yew Wang telah menjadi wakil rakyat pertama bagi dun Gemas.

Faktor kemenangan calon SF ketika itu turut dipengaruhi oleh komposisi kaum Dun Gemas. Sebelum tahun 1963-1978, belum wujud lagi kawasan petempatan Gugusan Felda Jelai (1-4). Gemas menjadi kawasan yang didominasi oleh penduduk-penduduk Cina, pekerja-perkerja ladang kepunyaan syarikat British dan beberapa kampung tradisional Melayu. Komposisi pemilih kaum Cina di Gemas waktu itu sekitar 60 peratus.

Namun setelah era 1963-1978, kewujudan petempatan Gugusan Felda Jelai telah mengubah komposisi kaum di Gemas yang kini pengundi Melayu meliputi 83 peratus daripada keseluruhan pemilih.


Dominasi Umno

Selepas kewujudan petempatan Gugusan Felda Jelai, Umno terus mendominasi kemenangan dalam pilihanraya di Gemas.

Parti PAS menjadi lawan kepada Umno secara konsisten di kawasan ini namun gagal menyaingi.

Dalam PRU 1986, Umno memenangi Gemas dengan majoriti 4,588 undi, mengalahkan Pas yang memperolehi sebanyak 1,205 undi sahaja berbanding Umno yang mendapat 5,793 undi.

Ketika politik negara dilanda ombakan politik kesan perpecahan Umno pada tahun 1988, parti itu tetap utuh menang di Gemas dengan mengekalkan majoriti besar. PRU 1990 di Gemas, Umno mendapat 7,172 undi berbanding calon Pas yang menerima 1,672 undi. Ombakan politik yang dicetuskan oleh Gagasan Rakyat (Semangat 46, PAS & DAP) gagal mempengaruhi para pemilih di Gemas, seolah-olah tidak terkesan daripada perubahan politik semasa yang sedang berlaku.

Era Reformasi

Hanya dalam tempoh sedekad berlaku sekali ombakan politik negara-Era Reformasi pada tahun 1998 kesan kebangkitan rakyat menentang pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Anwar Ibrahim.

Ombakan politik kali ini benar-benar mempengaruhi para pemilih Melayu secara besar. Hampir 78 peratus pemilih Melayu ketika itu menolak Umno-BN tetapi telah diselamatkan oleh undi bukan Melayu yang kekal kuat menyokong Umno-BN.

Gemas menjadi contoh terbaik kesan ombakan tersebut. Sejak tahun 1970, Umno selesa memenangi Gemas dengan majoriti yang besar melebihi tiga ribu undi tanpa digugat. Namun dalam PRU 1999, Umno hanya memenangi Gemas dengan kelebihan 2,859 undi. Ia merupakan catatan terendah majoriti kemenangan Umno sepanjang sejarah pilihanraya umum sejak 1970. Calon Pas memperolehi 2,775 undi manakala calon Umno mendapat 5,634 undi.

Cabaran PR

Undi Pos

Selepas persempadanan semula pada tahun 2003, petempatan Kem Tentera telah dibuka di Gemas namun tidak berlaku pemindahan tentera dalam jumlah yang besar. Bermula 16 Jun 2005, petempatan tentera di Kem Syed Sirajuddin, Gemas telah memperlihatkan pertambahan undi pos tentera di kawasan ini.

Inilah cabaran yang harus dihadapi oleh PR bagi merealisasikan kemenangan di Gemas. Sudah pasti, Umno-BN akan memanipulasi undi pos untuk memaksimakan kelebihan kemenangan mereka.

PRU 2004 lalu, jumlah undi pos di Gemas adalah 453 undi. Calon Umno telah mendapat 307 undi dan calon Pas menerima 124 undi sahaja. Akan tetapi pada PRU 2008, jumlah undi pos di Gemas adalah 2,932 undi. Pertambahan sebanyak 85 peratus undi pos dari tahun 2004 ke 2008.

Dalam keputusan PRU 2008 bagi undi pos, calon Umno mendapat 2,260 undi (77.08%) manakala calon Pas hanya mendapat 514 undi (17.53%). Parti pemerintah dilihat telah memaksimakan kelebihan kemenangan mereka melalui manipulasi undi pos. Calon Umno-Zainab Nasir memperolehi majoriti kemenangan yang sangat selesa iaitu 7,965 undi yang merupakan antara catatan kemenangan tertinggi Umno-BN di Gemas sejak 1970.

Kawasan Felda

Mengikut daftar pemilih suku tahun pertama 2012, jumlah pemilih di kawasan Felda yang terdapat dalam Gemas adalah seperti berikut;

1. Felda Jelai 1 & 3: 3,679
2. Felda Jalai 2 & 4: 4,022
3. Felda Pasir Besar: 1,686

Secara keseluruhan jumlah pemilih di kawasan Felda yang terdapat dalam Dun Gemas adalah
9,387 orang (42.33%) daripada keseluruhan 22,178 orang pemilih.

PRU 2008 lalu, jumlah undi keseluruhan dari kawasan Felda dalam Dun Gemas adalah 5,814 orang. Mengikut keputusan pilihanraya tersebut, calon PAS hanya memperolehi 916 undi (15.76%) manakala calon Umno mendapat 4,794 undi (82.46%).

Keputusan tersebut membuktikan kawasan felda menjadi deposit tetap kepada kemenangan Umno-BN di Gemas. Faktor calon Pas juga mempengaruhi keyakinan pemilih di kawasan-kawasan Felda yang lebih yakin dan cenderung memilih Umno yang dirasakan lebih berkredibiliti. Ada kemungkinan juga gerak kerja Pas agak lemah di kebanyakan kawasan Felda dan sukar untuk ditembusi.

Kesimpulan

Kali ini untuk PRU-13, Parti KEADILAN Rakyat akan bertanding di Gemas hasil rundingan kerusi yang dilangsungkan pada tahun 2011.

Berdasarkan tinjauan dan kaji selidik, KEADILAN mempunyai potensi menyaingi dominasi Umno di Gemas. Para pemilih bukan Melayu agak cenderung untuk memilih parti ini dan disebut-sebut lebih 70 peratus menyokong KEADILAN bertanding di Gemas.

Cabaran terbesar PKR adalah menembusi kawasan Felda. Namun berdasar sejarah pilihanraya umum terdahulu, Daerah Mengundi Pasir Besar dan Felda pasir Besar dahulu berada dalam Dun Jeram Padang pada PRU 1999. Ketika itu, calon Keadilan telah menang di kedua-dua kawasan ini. Adalah tidak mustahil kemenangan dijana dari kedua-dua daerah mengundi ini.

Jika gerak kerja yang sedang berlangsung di Gemas khususnya di kawasan Felda, KEADILAN berpotensi memperolehi undi popular sekitar 36-38 peratus.

Kenyataan yang hakiki diakui adalah Gemas merupakan kubu kuat Umno, namun ia tidak mustahil untuk ditawan. Ia sukar tetapi tidak mustahil untuk dimenangi!

Jangkaan BN

BN: 80%
PR: 20%

Andaian Penulis

PR: 46%
BN: 54%

ads