Jumaat, 9 Mac 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


<b>Di</b> Kuala Pilah....adakah ini pernah terjadi...???

Posted: 09 Mar 2012 07:30 PM PST

Najib seleweng wang rakyat untuk majlis pertunangan anak beliau....???

Pada 17 Jun 2011, Perdana Menteri dan isteri telah mengadakan satu majlis pertunangan anak perempuan beliau dengan pasangannya di Seri Perdana. Majlis tertutup itu dihadiri oleh pembesar negara, tokoh-tokoh terkenal dan sahabat handai Perdana Menteri dan isteri beliau.

Sejurus selepas majlis itu dilangsungkan, pimpinan KEADILAN telah mempersoalkan sama ada perbelanjaan majlis tersebut ditanggung oleh rakyat Malaysia? Dr Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah tampil menyebut bahawa ada ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

Hari ini, KEADILAN mengemukakan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri.

Dokumen yang disertakan bersama adalah dokumen tempahan catering yang memperincikan kos berikut:

Kos jamuan VIP seramai 36 orang @ RM522 seorang RM18,792

Kos jamuan tetamu seramai 862 orang @ RM359.60 seorang RM309,975

Kos pengendalian RM81,000

Jumlah RM409,767

Telah buat semakan

Rakyat memahami kehendak dan citarasa Perdana Menteri dan isteri yang sememangnya mahukan majlis dan jamuan yang terbaik untuk tetamu mereka. Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa.

Sementara itu hak peribadi mereka untuk mempunyai citarasa yang tinggi, adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan serba kesederhanaan.

KEADILAN telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahawa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.

Ini bukan perkara yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi.

Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, KEADILAn berpendapat sudah sampai masanya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini.

Perkara ini akan dibincangkan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan.

MOHD RAFIZI RAMLI IALAH PENGARAH STRATEGI KEADILAN

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


INFO GANGGUAN BEKALAN AIR <b>DI</b> TAMPIN, <b>JEMPOL</b>, REMBAU <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 07:42 PM PST

INFO GANGGUAN BEKALAN AIR DI TAMPIN, JEMPOL, REMBAU DAN SIKAMAT PADA 14 FEBRUARI 2012 | Beberapa kawasan di Tampin , Rembau, Jempol dan Sikamat akan mengalami gangguan bekalan air esok (14 Februari 2012) berikutan kerja-kerja pencucian dan penyelenggaraan kolam serta pengalihan paip.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Azlan Abdul Aziz, berkata gangguan bekalan air mulai jam 8 pagi hingga 5 petang di Tampin membabitkan Taman Bukit Tampin, Taman Sri Berlian, Taman Sri Intan, Taman Woon Estet, Jalan Seremban-Tampin, Kampung Ulu Chenderam, Taman Rasa Sayang, Taman Suria dan Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin.

Di Rembau, gangguan bekalan air mulai jam 9 pagi hingga 3 petang membabitkan sebahagian kawasan perindustrian Chembong iaitu Harmy Dev Sdn Bhd, MMK Engineering Sdn Bhd, FD Industrial Sdn Bhd, Mazumi Industry Sdn Bhd, 3R Quest Sdn Bhd dan Econ Industries Sdn Bhd serta seluruh Kampung Baru Air Hitam, Chembong," katanya di sini, hari ini.

Di Jempol pula, gangguan bekalan air mulai jam 10 pagi hingga 10 malam membabitkan seluruh kawasan Felda Palong 7 dan Palong 8.

Selain itu, gangguan bekalan air mulai jam 10 malam (14 Februari) hingga 10 pagi (15 Februari) di Sikamat di sini membabitkan Rumah Rakyat Sikamat, Kampung Baru Sikamat, Taman Megaway, Taman Desa Kiara, Taman Jujur, Taman Coral Height, Pulai Impian, Taman Sri Pulai 3, Taman Rashibah dan seluruh kawasan Sikamat.

Azlan berkata, bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Katanya, beberapa kawasan tinggi juga dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa. Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber : BHarian Online

Incoming search terms:

  • jadual gangguan air (2)
  • jadual gangguan bekalan air 2012 (2)
  • pc world tampin (1)
  • syarikat air negeri sembilan sdn bhd map (1)

Tags: ,

Category: INFO SEMASA

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Tranungkite Online v11 - Apa yang menarik <b>di</b> DUN <b>Paroi</b> 11 Mac <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2012 10:00 PM PST

Oleh: amkns

"

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 11 Mac 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang

Penceramah:
~ Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Penerangan PAS Pusat
~ Dr Mohamad Rafie , Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR
~ Ustaz Khairul Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau

Serta Penampilan Khas : Bob Kuman (Husni Hj Mohd Rawi)
 
FAKTA MENARIK DI DUN PAROI:

1. Wakil Rakyat DUN Paroi adalah merupakan wakil rakyat sulung dan tunggal dari PAS di Negeri Sembilan yang dilantik melalui Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 iaitu YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani yang pada ketika itu menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan yang kini merupakan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, AJK PAS Pusat dan juga Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau.

2. Sebaik sahaja selepas PRU 12, Menteri Besar Negeri Sembilan mengumumkan bahawa DUN Paroi adalah merupakan DUN angkat kepada YAB. Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hj.Hasan.

3. Selepas PRU 12 juga, Umno/BN telah menubuhkan 3 Pusat Khidmat Masyarakat dalam DUN Paroi, Ini bermakna rakyat di DUN Paroi boleh mendapatkan perkhidmatan di 4 Pusat Khidmat Masyarakat, 1 yang diuruskan oleh PAS dan 3 oleh Umno/BN.

4. DUN Paroi merupakan satu-satunya DUN di Negeri Sembilan dan kemungkinan di Malaysia yang ada 4 Pusat Khidmat Masyarakat.

5. Apabila DUN Paroi menjadi DUN angkat Menteri Besar, banyaklah aktiviti kerajaan negeri serta Umno/BN dijalankan di DUN ini, sehinggakan dalam tempoh seminggu diadakan 3 Majlis Sambutan Hari Raya besar-besaran di DUN Paroi iaitu pada 20 Sep 2011 di Taman Satria, 21 Sep 2011 di Taman Marida dan 27 Sep 2011 di Taman Tasik Jaya.

FAKTA SEJARAH DUN PAROI:

1. DUN Paroi bersama kawasan Parlimen Rembau hanya wujud sejak Pilihanraya Umum ke 11 tahun 2004 selepas persempadanan semula.

2. Paroi telah dibuka oleh anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama Raja Melewar, iaitu Raja Totok di mana beliau telah dikahwinkan dengan anak Undang Sg. Ujong. Raja Melewar ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama dan mangkat di DUN Kota, iaitu di tempat bernama Penajeh.

3. Pertempuran hebat semasa peristiwa Perang Bukit Putus pada Disember 1875 berlaku di Paroi, dimana pasukan askar British diketuai Hinxman sampai di Paroi dan mula menyerang kubu pertahanan Yamtuan Antah. Pertempuran hebat menggegarkan bumi Paroi pada hari itu."

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


Apo2 Yolah: Jalan <b>di</b> Bukit <b>Mantin</b> Berhantu??

Posted: 22 Feb 2012 03:50 PM PST

Assalammualaikum dan peace yo!

Semalam atok baru balik dari Ibu Pejabat di Potrajayak sobab ado perjumpaan bolanan. Ala-ala perhimpunan maso kito sekolah menongah la kan. Atok berlimo dengan budak opis naik keto jabatan. Balik dari perhimpunan, kami singgah di Nilai  untuk lunch. Atok makan peberet pood, char kuey teow. Makan punyo makan, kami pun terus balik ke opis di Seromban lalu Mantin.
Tibo di selekoh jalan tu, kiri kanan ado bukit. Situ jalan mantin - seromban. Tibo-tibo salah seorang dari opismate atok ni tadi bukak satu cerito. Koba eh, kawasan bukit mantin ni memang keras. Mulo-mulo tu atok buek sambil lewo lah kan amik feel dengar lagu Adele, someone like you. Pahtu, bila dah terpacul perkataan "hantu" pahtu, terus Adele ke mana someone like you entah ke mana. Atok terus pasang telingo dengar cerito akak tu.
"Kawasan ni keras, hati-hati kalau lalu malam. Nak-nak lepas pukul 10 malam!,"kata akak tu buka cerita. Atok dah telan air liur.
"Betul tu, akak ponah dengar cita tak pasal satu pasangan pengantin yang baru kawen pastu excident kat sini?,"balas seorang kawan lelaki atok.
"Iyoko? Akak tak ponah dengar pun?,"kato akak di seat belakang.
"Pernah dulu baru kawen pastu kemalangan kat sini. Sejak dari tu, ada orang tertentu nampak orang pakai baju pengantin duduk kat tepi jalan ni. Muka dia berdarah!,"balas kawan laki atok tadi. Atok dah tutup muko!
Banyak lagi kisah-kisah yang diorang cito, tapi atok tak mau cito lobih lanjut kat sini. Almaklumlah, malam Jema'at. Kang ado yang tido terkoncing kang. Apo yang ingin atok simpulkan kat sini, "mereka" tu juga mahkluk Allah, samo seperti kito. Tak perlulah kita takut. Kita hanya perlu takut pada yang kat atas tu je. Yang Esa. 
Lagi satu pesanan atok, kemungkinan hantu ni banyak bersidai di topi jalan sobab atok "hantu-hantu" lain jugak.  Kepado "hantu-hantu" mudo yang beromen tepi-tepi jalan atau semak tu, insaflah. Tu tak termasuk yang beromen dalam keto laie. Rumah tumpangan. Dalam somak. Rasanya, "hantu-hantu" ni lagi kejam dan menakutkan sampai sanggup membuang "benih cinta" yang ditaburkan dengan hawa nafsu. Sanggup buang dalam sungai. Sanggup buang dalam tong sampah. Sanggup letak dalam mangkuk tandas. Sanggup bakar!
Memang kau ni HANTU sejati.....

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Carwash Terbaik <b>di Jelebu</b> ! | Silampuneon

Posted: 26 Feb 2012 04:00 PM PST

Thanks a lot kepada bintang eridanus sebab sudi luang masa basuh kereta neoryna saya ni...maklumlah dah lama rekues..hari ni baru dapat tau! Waiting list ramai woooo...

Sabun basuh pakai sabun basuh pinggan je..yang kaler hijau tu..huhu..katanya lebih banyak sabun..dan tak menghakis cat...
Bila tang lap body kereta pulak..guna wiper cermin kereta dulu...lepas tu baru guna kain khas yang serap air..jangan guna sebarang kain. Katanya kalau guna kain biasa..calar lah body kereta...hamboiii...
Selepas lap kereta..bersihkan bahagian dalam kereta pulak...bermacam macam sampah ade..sotong,tapak sulaiman,peti ais,gajah dan zirafah turut dihumban keluar dari kereta ku...huhu serabot!
Langkah terakhir ialah vakum kereta. Hoyehhhh...ni paling best sekali..kereta i tu dah macam padang pasir dah...huu tebal dengan pasir..




Penyudahnya...kereta ku jadi cantik berseri seri gituuuu...yahooooo thank you bintang eridanus...lalalallaa..boleh balik kl dengan hati yang girang...
Next time boleh lah servis kereta i lagi ye hehehhe...nanti i belanja you makan tomyam power lalalalalaaaa...:-D thanks thanks thanks....

hehehe.,..bukan kereta yang ni tau..ni kereta baru bintang eridanus...
haaa yang ni baru kereta viva neoryna =)
Alhamdulillah...selesai dan terima kasih kepada seisi keluarga Pakcik Asli...terima kasih sebab bagi saya tumpang toilet, tumpang solat semuanya sekali la=) segan saya...huhu

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: Joe Brooks cipta lagu <b>di Port Dickson</b>

Posted: 03 Mar 2012 07:00 PM PST


"Demi peminat di Malaysia, saya sanggup berenang di lautan Asia untuk berada di sini."

Itulah yang dikatakan oleh penyanyi kacak Joe Brooks dalam satu sidang media khas konsert Joe Brooks Trio Live In Malaysia 2012 yang sudah pun berlangsung semalam di KL Live, Jalan Sultan Ismail di sini.

Jejaka berusia 24 tahun ini turut memberitahu dia memilih untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur kerana statistik online menunjukkan bahawa peminat paling ramai di Asia adalah di Malaysia.

"Selain daripada statistik tersebut, kelab peminat saya turut membuat petisyen agar saya memilih Malaysia sebagai lokasi konsert di Asia serta sesi beramah-mesra bersama peminat," ujar Joe Brooks lagi.

Pelantun lagu "Holes Inside" ini turut berkongsi pengalamannya apabila sempat berkunjung ke Port Dickson pada minggu lalu.

"Ketika di sana, saya telah mendapat inspirasi untuk mencipta sebuah lagu tentang pulau di Malaysia. Ia mewakili impian, harapan, perasaan dan juga perjalanan saya," jelasnya lagi.

Penyanyi dan penulis lagu dari Southampton, United Kingdom sebelum ini pernah meneruskan pengajiannya ke peringkat lebih tinggi dalam jurusan Perkembangan Sukan dan Pengajian Latihan di Universiti Bath, sebelum membuat keputusan untuk berhijrah ke California, Amerika Syarikat pada usia 19 tahun untuk mencipta nama di persada seni.

Dinobatkan sebagai artis bukan aliran semasa nombor satu di laman sosial MySpace pada tahun 2008, lagu "Holes Inside" yang dipetik daripada album penuh keduanya berjudul "A Reason To Swim" sering diputarkan di corong radio-radio tempatan sehinggan membuatkan namanya dikenali di sini.

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


FamilyDay.<b>Linggi</b>, Melaka. | Syemi dan tempe itu.

Posted: 09 Mar 2012 05:14 AM PST

Assalamualaikum semua!
Baru-baru ni aku dgn kawan-kawan kelas, semua coursemates, sekali dengan seniors & alumni pergi merayakan (merayakan?) acara tahunan course kitorang di Linggi, Melaka selama 2 hari 1 malam. Dari Nilai, Negeri Sembilan ke Linggi memakan masa dalam 2 jam, dalam pada singkat pung...tetap tidur jua didalam bus. Hehe.
Dalam bilik takde air-cond kan..bila jumpa bus qada' lah kan, takkan nak tunggu balik umah baru boleh qada'. Satu lagi time kuliah...HAHA. ( adik-adik jangan contohi, nnt mula keluar kuliah = kosong, apa pun tarak!). Program FamilyDay ni dianjurkan oleh second year students. Next year, geng kami pulak yang akan organize, kemana ye? Mesti grand, ke Dubai mungkin (?).
Tepi pantai Linggi, Melaka yang indah.
Menghampiri waktu Maghrib di Linggi.
Morning view at Linggi. Really eye's catching uolls!
Simple game, lots of fun :) Rebut belon instead of rebut kerusi yang klasik tu... Sebenarnya aku take part dalam game ni, wakil kumpulan, nasib tak menyebelahi, kalah awai :(

Wajah kegembiraan di 'gigi air' :P Muka ceq kena penyek dengan si zawani. Dia ingat ni RM game ke hape? HAHA. Time ni tak berani lagi nak masok dalam air, satgi tengoklah...tak mau keluar aih!


" Sapa ada hilang -----> ( duit seringgit sekeping), Sila ambil"

 Disebabkan anak ayah kesayangan seorang ni tak dapat permission main air pantai, tercongok la gayut atas pasir, pantau kami-kami semua...

Kan dah kata, sejuk giler, seronok giler, giler-giler semua kalau dah jumpa air!

Water confident! Hok ni yang paling letih. Rasa nak putuih tangan dari badan kayuh pelampung yang tak berapa nak bergerak tu :P Oh, memang sengal-sengal seluruh badan.

Budak lelaki dh memang takde kerja...
Ketua program, Dr.Ros. Yeah, dia nampak muda dn memang muda.

Tuntutan kepada Allah yang Maha Esa tidak dilupa.

Morning walk after Subuh!

Camni la kalau lelaki pas subuh....*sigh


 Yeah, model kain pelikat Linggi. 

After Subuh at Linggi. Subhanaallah!



 Yang Paling best, berKAYAK! Well, ini kali pertama aku berkayak, dibantu oleh syiro ( mak cik ni expert)...Mmg seronok habis. Berapa kali pusing, tak mau berhenti walaupun matahari terpacak tepat atas kepala. Apa kejadahnya berkayak jam 12 tghari..kan? 


Expert Pi kayak sensorang...

Hari nak balik. Belek-belek hamper. Makan-makan jajan. peace~




Singing our FamilyDay's Song!
Banyak lagi aktiviti macam tarik tali, birthday prank, tazkirah, masukkan air laut dalam botol ( malang group aku, sbb tangan aku kecik=,=''), terompah gergasi... pictures tak dapat nak upload banyak-banyak kerana memakan masa dan tuan punya belong ni pun malas bebenor. FamilyDay kali ni simpan ketat-ketat dalam memory card otak ni, I.Allah sampai tua.

A friend like you is like no other friend
A friend like you is a friend i dont regret meeting 
A friend like you is like a friend i cant scream at or fight with
A friend like you is like having no worries in my life
A friend like you is a friend that i dont want to lose
A friend like you is like being in comfort all day
A friend like you is a friend i always wanted
A friend like you is awesomly awesome
A friend like you is random and funny
A friend like you is a friend that i love to death and i will never let go
A friend like you is a friend i can tell all my secrets to
A friend like you..
A friend like you is like the little sister ive always wanted
A friend that i can go to to tell them whats wrong
A friend like you is like having no dark days because you brighten them up
A friend like you is a friend that opens up my eyes and helps me avoid bad things
A friend like you is a type of friend that laughs at dumb things i say or do
A friend like you is a friend i am proud to call my best friend... 

Thanks to all my friends,seniors,alumni & TEAM 12.
Credits to syiro untuk semua pics yg cantik2 ni..
Next year, we will meet again! *joget tarian melayu.

ads