Jumaat, 9 Mac 2012

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


Apo2 Yolah: Jalan <b>di</b> Bukit <b>Mantin</b> Berhantu??

Posted: 22 Feb 2012 03:50 PM PST

Assalammualaikum dan peace yo!

Semalam atok baru balik dari Ibu Pejabat di Potrajayak sobab ado perjumpaan bolanan. Ala-ala perhimpunan maso kito sekolah menongah la kan. Atok berlimo dengan budak opis naik keto jabatan. Balik dari perhimpunan, kami singgah di Nilai  untuk lunch. Atok makan peberet pood, char kuey teow. Makan punyo makan, kami pun terus balik ke opis di Seromban lalu Mantin.
Tibo di selekoh jalan tu, kiri kanan ado bukit. Situ jalan mantin - seromban. Tibo-tibo salah seorang dari opismate atok ni tadi bukak satu cerito. Koba eh, kawasan bukit mantin ni memang keras. Mulo-mulo tu atok buek sambil lewo lah kan amik feel dengar lagu Adele, someone like you. Pahtu, bila dah terpacul perkataan "hantu" pahtu, terus Adele ke mana someone like you entah ke mana. Atok terus pasang telingo dengar cerito akak tu.
"Kawasan ni keras, hati-hati kalau lalu malam. Nak-nak lepas pukul 10 malam!,"kata akak tu buka cerita. Atok dah telan air liur.
"Betul tu, akak ponah dengar cita tak pasal satu pasangan pengantin yang baru kawen pastu excident kat sini?,"balas seorang kawan lelaki atok.
"Iyoko? Akak tak ponah dengar pun?,"kato akak di seat belakang.
"Pernah dulu baru kawen pastu kemalangan kat sini. Sejak dari tu, ada orang tertentu nampak orang pakai baju pengantin duduk kat tepi jalan ni. Muka dia berdarah!,"balas kawan laki atok tadi. Atok dah tutup muko!
Banyak lagi kisah-kisah yang diorang cito, tapi atok tak mau cito lobih lanjut kat sini. Almaklumlah, malam Jema'at. Kang ado yang tido terkoncing kang. Apo yang ingin atok simpulkan kat sini, "mereka" tu juga mahkluk Allah, samo seperti kito. Tak perlulah kita takut. Kita hanya perlu takut pada yang kat atas tu je. Yang Esa. 
Lagi satu pesanan atok, kemungkinan hantu ni banyak bersidai di topi jalan sobab atok "hantu-hantu" lain jugak.  Kepado "hantu-hantu" mudo yang beromen tepi-tepi jalan atau semak tu, insaflah. Tu tak termasuk yang beromen dalam keto laie. Rumah tumpangan. Dalam somak. Rasanya, "hantu-hantu" ni lagi kejam dan menakutkan sampai sanggup membuang "benih cinta" yang ditaburkan dengan hawa nafsu. Sanggup buang dalam sungai. Sanggup buang dalam tong sampah. Sanggup letak dalam mangkuk tandas. Sanggup bakar!
Memang kau ni HANTU sejati.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads