Jumaat, 9 Mac 2012

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: Joe Brooks cipta lagu <b>di Port Dickson</b>

Posted: 03 Mar 2012 07:00 PM PST


"Demi peminat di Malaysia, saya sanggup berenang di lautan Asia untuk berada di sini."

Itulah yang dikatakan oleh penyanyi kacak Joe Brooks dalam satu sidang media khas konsert Joe Brooks Trio Live In Malaysia 2012 yang sudah pun berlangsung semalam di KL Live, Jalan Sultan Ismail di sini.

Jejaka berusia 24 tahun ini turut memberitahu dia memilih untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur kerana statistik online menunjukkan bahawa peminat paling ramai di Asia adalah di Malaysia.

"Selain daripada statistik tersebut, kelab peminat saya turut membuat petisyen agar saya memilih Malaysia sebagai lokasi konsert di Asia serta sesi beramah-mesra bersama peminat," ujar Joe Brooks lagi.

Pelantun lagu "Holes Inside" ini turut berkongsi pengalamannya apabila sempat berkunjung ke Port Dickson pada minggu lalu.

"Ketika di sana, saya telah mendapat inspirasi untuk mencipta sebuah lagu tentang pulau di Malaysia. Ia mewakili impian, harapan, perasaan dan juga perjalanan saya," jelasnya lagi.

Penyanyi dan penulis lagu dari Southampton, United Kingdom sebelum ini pernah meneruskan pengajiannya ke peringkat lebih tinggi dalam jurusan Perkembangan Sukan dan Pengajian Latihan di Universiti Bath, sebelum membuat keputusan untuk berhijrah ke California, Amerika Syarikat pada usia 19 tahun untuk mencipta nama di persada seni.

Dinobatkan sebagai artis bukan aliran semasa nombor satu di laman sosial MySpace pada tahun 2008, lagu "Holes Inside" yang dipetik daripada album penuh keduanya berjudul "A Reason To Swim" sering diputarkan di corong radio-radio tempatan sehinggan membuatkan namanya dikenali di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads