Isnin, 11 Februari 2013

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


aktivis <b>tampin</b> dibicara semula 18 februari - sokong pakatan rakyat

Posted: 17 Jan 2013 11:20 PM PST

3 orang aktivis Pas Tampin, Zanil Suboh, Musa Ali dan Mohamad Yusof  yang didakwa mengganggu tugas penjawat awam akan dibicara semula di Mahkamah Majisteret Tampin pada 18hb Februari akan datang.
Mahkamah memerintah ikat jamin sebanyak RM 1,500 dan seorang penjamin bagi setiap OKT.
Peguam DAP dari Seremban, Mr Ramasamy bertindak sebagai  peguambela OKT.
Turut hadir di mahkmah pagi tadi ialah YB Taufek, AJK Pas Tampin dan 40 orang penyokong PR untok memberi sokongan moral kepada yang tertudoh.
Hj Razakek bin Ab Rahim, NYDP Pas Tampin yang juga bekas calon  Pas Parlimen   Tampin  pada 2008  bertindak sebagai penjamin OKT.  Hj Razakek adalah   rakan sekelas Tingkatan Enam dengan  YB Salahudin Ayub di Pontian satu masa dahulu sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya di bidang ekonomi.  Beliau juga dikatakan sekali lagi bakal  mewakili  Pas sebagai calon  Parlimen Tampin.
Musa Ali salah seorang tertudoh menghubongi saya dengan perasaan gembira selepas prosiding di mahkamah pagi tadi kerana sokongan padu semua pihak khususnya penyokong PR. Musa Ali, Zanil Suboh dan Mohamad Yusof adalah  antara aktivis utama Pas yang menggerakkann jentera pilihan raya Pas  ketika saya bertanding di Parlimen Tampin pada 1995 dan Dun Gemenceh pada 1999.   Wooooo.

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Ada rahsia besar <b>di Teluk Kemang</b>?

Posted: 19 Dec 2012 04:30 PM PST


PROSES penambakan pantai di Teluk Kemang, Negeri Sembilan perlu dihentikan bagi memastikan warisan negara itu terjaga dan terpelihara.


Desakan itu disuarakan Pengerusi Sekretariat Bantahan Penambakan Pantai Teluk Kemang, Shaharudin A Talib dalam pertemuan dengan Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, pada 15 Disember lalu, yang meminta Harakah membangkitkan isu ini secara lebih meluas.

Shaharudin bersama Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan, Muhammad Saufi dan jurugambar Abd Ghaffar Alias, menemani Ahmad Lutfi dan keluarga, yang kebetulan bercuti di Port Dickson, menaiki bot untuk meninjau keadaan Usul tidak percaya Najib di Parlimen Ada rahsia besar di Teluk Kemang?pantai Teluk Kemang.

Pantai landai dan cantik, yang sering dikunjungi, khususnya oleh penduduk sekitar dan warga Lembah Klang itu bukan sahaja bakal tercemar teruk, malah boleh membahayakan, jika kecerunan pasir yang ditambak menjadi dalam disebabkan hakisan dan kitaran alam.

Kebimbangan itu ternyata berasas. Penambakan pantai Batu 4 dan Batu 5 Port Dickson, tidak jauh dari Teluk Kemang, telah mengubah kedalaman cerun dan merekodkan banyak nyawa pengunjung terkorban.
Penyaluran air kumbahan yang tidak dirawat ke dalam laut juga dibantah keras. Bukan sahaja menganggu ketenteraman orang ramai yang mahu menikmati mandi laut, malah hasil pendapatan nelayan setempat terjejas teruk apabila ikan-ikan lari ke lokasi lain.

Shaharudin bersama rakan-rakannya, termasuk peniaga kecil pantai dan pengusaha bot, kayak serta jet ski, tidak tinggal diam. 
Beliau pernah mengadakan sidang media khas di Parlimen dan membawa isu ini ke pengetahuan Menteri Besar Negeri Sembilan, melalui demonstrasi di hadapan Wisma Negeri, di Seremban, akhir Oktober lalu.
Ahmad Lutfi turut ditunjukkan kawasan pantai sekitar Teluk Kemang dan Port Dickson, yang khabarnya telah diagihkan kepada kroni dan suku-sakat Umno, ketika era Isa Samad menjadi menteri besar.


"Saya lebih terkejut apabila dimaklumkan kawasan perairan berdepan stesen penyelidikan Sains Marin, Universiti Putra Malaysia di Teluk Kemang ini sudah dimiliki orang persendirian, begitu juga kawasan hutan di hujung tanjung," kata Ahmad Lutfi, yang berhasrat mahu mendapatkan maklumat lebih lanjut sebelum membuat laporan khas mengenainya dalam Harakah akan datang.

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


jom makan durian <b>di mantin</b> - catatan sebuah perjalanan kehidupan

Posted: 05 Dec 2012 07:53 PM PST

Program Jom Makan Durian anjuran Kelab EVO (Kejuruteraan) MPSJ
di adakan di Mantin N.Sembilan, kami bertolak awal pagi dan
disepanjang perjalanan melalui Highway LEKAS, hujan turun dgn agak lebatnya

Sesampai sahaja di kebun, kereta terpaksa diletakkan diluar
kerana kenderaan kami bukan 4 Wheel Drive & tidak mahu

Maka konvoi berjalan kaki beramai-ramai terpaksa di adakan
bagi menuju ke lokasi kebun makan durian tersebut


Sesampai sahaja kami di sana, bertimbun durian telah siap dilonggokan
utk di belah jika sesiapa yg berminat

Apa lagi anak2 terus menjamu durian yg mmg menjadi
pantang jumpa oleh mereka

Turut disaji dgan buah-buahan lain seperti manggis, rambutan

Sambutan Hari Lahir bagi kakitangan turut juga diadakan

Tiba masa makan tengahari yg dijamu dgn lauk kampung & ulaman

Tiba masa utk balik, maka buah yg lebih menjadi oleh2

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Jeruk Pak Ali <b>di</b> Tesco <b>Nilai</b>, <b>Negeri Sembilan</b> - My Cute Smocking <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2013 09:10 PM PST

Hotline Jeruk: 013-3721059. Jeruk Madu Penang Pak Ali berada di Tesco Nilai, Negeri Sembilan, Sila dapatkan jeruk kegemaran anda sekarang.

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Politik Samseng : Lagi billboard PAS dibakar <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2013 08:48 PM PST

(Penasihat MTD Lenggeng, Zulkefly Mohamad Omar (ketiga kiri) bersama AJK MTD PAS Lenggeng dan AJK PAS Kampung Sungai Jai di hadapan Billboard 'Janji Pakatan Rakyat' yang dibakar)

SEREMBAN: Sebuah lagi Billboard PAS yang  dibakar di Negeri Sembilan iaitu di Kampung Sungai Jai, Lenggeng di bakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kejadian disedari oleh seorang penyokong PAS, Adnan Mohamad pada pukul 11.30 pagi.

Billboard 'Janji Pakatan Rakyat' tersebut baru sahaja didirikan tiga hari sebelum kejadian di hadapan kediaman Adnan.

Penasihat MTD Lenggeng, Zulkefly Mohamad Omar berkata tindakan ini melihat betapa 'desperate' dan takutnya pihak tertentu terhadap janji Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

"Jelas bahawa Pakatan Rakyat lebih awal kemukakan Manifesto berbanding Barisan Nasional. Ini bukti kita telah bersedia untuk tunaikan janji negara berkebajikan pada rakyat.

"Kita sentiasa katakan kita tidak amalkan politik rosakkan harta milik parti yang sah, kerana Malaysia sebuah negara demokrasi yang beri peluang kepada semua parti politik untuk memberi penerangan dan menyatakan apa yang berlaku," kata Zulkefly yang juga AJK PAS Pusat.

Berikutan kejadian itu Timbalan Ketua Cawangan PAS Kampung Sungai Jai, Ibrahim Jalil membuat satu laporan polis di Balai Polis Lenggeng.

ads