Ahad, 7 Julai 2013

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Suasana ceramah <b>di Rasah</b> Jaya : PakatanRakyatNS

Posted: 28 Apr 2013 10:59 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Suasana ceramah di Rasah Jaya. Posted by admin on Apr - 28 - 2013. UbahNSDonate Semakan Daftar Pemilih · Pengumuman · SPR tidak telus!katanya dakwat kekal berjam-jam tapi sekali kene sabun abis dah! SELAMAT MENGUNDI ...

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Program Astrofotografi Menjelang Ramadhan <b>di</b> Balai Cerap <b>Teluk</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2013 12:01 AM PDT

KAAM Astrofoto Ramadhan

Kelab Astronomi Amatur Malaysia, FalakOnline dan Balai Cerap Teluk Kemang akan menganjurkan satu sesi Cerapan menjelang Ramadhan ini, di Balai Cerap Teluk Kemang.

Info lanjut adalah seperti di bawah. Jika anda berminat untuk hadir, sila isi borang pendaftaran di bawah.

___________________________________________________________

Program: Astrofoto Cakerawala Menjelang Ramadhan

Lokasi: Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson
Tarikh: 6 Julai 2013 (Sabtu malam Ahad)
Masa: 5pm - 11pm

Yuran: Ahli KAAM - RM20/- sahaja
Bukan ahli KAAM - RM25/- sahaja

Yuran boleh dibayar pada hari cerapan. Ia akan merangkumi kos minum malam selepas cerapan di Hotel Klana Resort berhadapan dengan Balai Cerap.


Antara perkara menarik yang dicadang dibuat pada aktiviti ini:
1. Cerapan menggunakan teleskop gergasi balaicerap 24"
2. Astrofoto objek-objek langit impian anda menerusi teleskop 24" dan Takahashi 102mm
3. Merasai cara mengawal Balaicerap Robotik bersama Pegawai Balai Cerap, En. Muzamir Mazlan.

Tempat adalah terhad. Sila daftar terlebih dahulu. Kami akan respon kembali menerusi emel jika tempat masih ada untuk anda.

Jangan risau jika anda tidak berpeluang untuk menyertai kali ini. InsyaAllah program seumpama ini akan diteruskan, kerjasama antara FalakOnline, Kelab Astromomi Amatur Malaysia dan Balai Cerap Teluk Kemang (MAINS)

Maklumat lanjut , boleh layari www.falakonline.net

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


RG2011... Tanah untuk <b>di</b> jual Mukim Pradong <b>Kuala Klawang</b>

Posted: 01 Jul 2013 07:19 PM PDT


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tanah untuk dijual...

Mukim Paradong, Jelebu
Luas 3 ekar
Tanah no 1 dari jalan
Dalam kampong
Bersebelahan rumah kampong
Sesuai buat rumah
Ditanam dengan getah
Getah muda
Ada penoreh
Tanah agak berbukit di bahagian belakang
Ada dua tiga batang pokok durian
Ada sebatang pokok manggis
Berhadapan rumah kampong dan jalan tar
500M dari jalan utama Kuala Klawang - Simpang Pertang
7 km dari Pekan Kuala Klawang
500M dari sekolah rendah

Harga : RM180K
Hubungi : abiumar : 0199316139 bagi serius buyer sahaja. No broker2 direct owner.




05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


3 Maut Kemalangan <b>di Mantin</b> – Branang - My Blog Santai

Posted: 24 Jan 2012 06:15 PM PST

Miliki MyQalam hari ini juga

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. Satu kemalangan maut melibatkan dua buah kereta berlaku di lebuhraya Mantin – Branang. Kemalangan ini mengakibatkan 3 maut kerana mengalami kecedaraan parah di badan dan kepala. 

Pasti mereka pulang menyambut tahun baru cina bersama keluarga. Paling sedih, 2 daripada  mangsa yang maut adalah warga emas, Lim Fong Len, 74, dan isterinya, Chong Yoon Ying, 57. Kereta Toyota Vios yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta proton saga dari arah bertentangan. Pemandu Saga, Tee Chan Hen, 23 yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor turut maut selepas tersepit di celah-celah kenderaan.

Bagaimanapun pemandu Toyata Vios,anak kepada Lim dan Chong 30 dan isteri 40 serta seorang anak saudara perempuan berusia 3 tahun dilaporkan parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja'affar (HTJ).

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Yusoff Awang, berkata Chong meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Mantin manakala Lim maut semasa dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban.

Seorang saksi, Zakaria Mohd Kadir, 23, yang berada berhampiran tempat kejadian sewaktu kemalangan itu, berkata dia bersama tiga lagi rakannya sedang membaiki paip bocor di tepi jalan itu sebelum terdengar dentuman kuat.

Katanya, mereka terkejut apabila mendapati dua kereta remuk teruk selepas bertembung kira-kira 20 meter dari tempat mereka berada.

"Saya bersama rakan yang lain terus berkejar ke arah kereta terbabit dan cuba membantu mengeluarkan penumpang dari Toyota Vios yang mengerang kesakitan.

Yusoff berkata, kemalangan berlaku apabila Proton Saga yang dipandu oleh Tee Chan Hen hilang kawalan dan mula memasuki jalan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Vios berkenaan.

Sehingga hari ini siasatan terus dijalankan bagi mengetahui punca kemalangan ini.

** 3 Maut Kemalangan di Mantin – Branang semalam.

Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


bumbung bocor <b>di</b> sri pajam, <b>nilai</b>, <b>negeri sembilan</b> - about plumbing <b>...</b>

Posted: 03 Jul 2013 07:15 PM PDT

Saya telah dihubungi oleh En. Zaini yang tinggal di Taman Mulia, Sri Pajam, Nilai, Negeri Sembilan. Beliau telah meminta saya mencari punca kebocoran yang sering terjadi apabila hujan. Terdapat beberapa kesan air di siling rumah beliau. Saya telah memanjat bumbung dirumah beliau dan mendapati kedudukkan rabong telah beralih dari tempat asal. Sila lihat gambar-gambar dibawah ini. Untuk memahami punca-punca berlakunya kebocoran sila lihat penerangan dibawah  dan pada entri-entri saya di sini dan sini sebelum ini.
Ini adalah rabong yang telah beralih kedudukkannya. Terdapat simen yang ditutupi bahagian tepi rabong telah pecah.

Gambar rabong yang telah diambil dari dekat. Terdapat beberapa keping atap genting yang telah pecah.

Ini adalah proses membuka dan mengeluarkan rabong yang telah rosak dan pecah tadi. Proses membuka sedikit demi sedikit rabong dan atap genting. Disamping itu, proses mengenal pasti kebocoran selain daripada rabong yang beralih tempat tadi. Ini adalah proses menyusun semula rabong ke kedudukkan asal. Sebelum penyusunan itu dilakukan, satu lapisan yang dipanggil 'roofing flat' telah dipasang terlebih dahulu. Setelah itu, barulah dibahagian tepi rabong disimen semula supaya rabong ini tidak beralih dari kedudukkannya. En. Zaini telah meminta saya memasang inlet dan outlet bagi mesin basuhnya. Gambar ini adalah sebelum inlet/outlet dipasang. Gambar ini pula setelah inlet dan outlet dipasang.

PENERANGAN

Keretakkan Konkrit :- 
keretakan kontrit sering berlaku pada bumbung rumah yang dibina dengan menggunakan cara 'concrete slab gutter'. Kebiasaannya amat sukar untuk mengenal pasti tempat berlakunya kebocoran dengan tepat.

Keretakkan atap genting :-

  • keretakkan atau pecah pada rabong atau atap genting biasanya berlaku semasa pemasangan atap dilakukan. Ini terjadi kerana pekerja-pekerja pemasangan atap akan berjalan dan memijak atap-atap tersebut.
  • hujan yang lebat serta ribut juga boleh menyebabkan atap genting pecah dan rabong akan teralih dari tempat asalnya. Ribut juga boleh membawa objek-objek keras seperti batu dan besi dan menghempap bumbung.
  • atap genting yang pemasangannya adalah baru, jika kebocoran berlaku ia mungkin disebabkan oleh kecerunan atap yang rendah. Apabila hujan turun dengan lebat disertai dengan angin yang kuat ia akan menolak air yang turun naik keatas semula (berpatah balik atau 'reverse flow'). Jika selisih atau cerun atap rendah maka mudahlah air menitis ke dalam siling rumah.
  • adalah sukar untuk mengenalpasti berlakunya kebocoran jika ada pemasangan aluminium foil dibawah atap kerana ia menghalang kita mengenal pasti tempat sebenar yang bocor.

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Jawatan Kosong 2013 <b>di</b> KOLEJ KOMUNITI <b>REMBAU</b>, NEGERI <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2013 05:37 PM PDT

Jawatan Kosong 2013 di KOLEJ KOMUNITI REMBAU, NEGERI SEMBILAN

Jawatan Kosong 2013 :P ada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Sehingga Julai 2007, sebanyak 35 buah Kolej Komuniti telah beroperasi di seluruh negara.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk menyertai warga Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui jawatan berikut :-

// ]]>

A. PEKERJA SAMBILAN HARIAN
(PSH) Pembantu Tadbir Gred N17
(Unit Pentadbiran)

B. PEKERJA SAMBILAN HARIAN
(PSH) Pensyarah Gred DH29
(Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat)

PENGHANTARAN PERMOHONAN :
Permohonan mestilah disertakan bersama dengan satu salinan (salinan perlu disahkan)
seperti berikut:
i. Resume berserta gambar
ii. Kad Pengenalan
iii. Sijil-sijil Akademik
iv. Sijil-sijil sokongan
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada :
PENGARAH,
KOLEJ KOMUNITI REMBAU
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
LOT PT 2565 – 2579,
TAMAN PINGGIRAN PEDAS
71400 PEDAS, NEGERI SEMBILAN
TELEFON : 06-6858672
FAKS : 06-6858698
TARIKH TUTUP :
Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 JUN 2013. Hanya permohonan yang layak dan
melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Sila klik sini untuk  sumber iklan jawatan kosong 2013 ini.

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

—————————————————————————–—————

Jawatan Kosong 2013

You can leave a response, or trackback from your own site.

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Jalan Jalan Cuti Sekolah 2 - 2013 : 04 - Kuala Pilah - Batu Kikir

Posted: 03 Jul 2013 09:00 AM PDT

Ini adalah entry road trip dari Kuala Pilah menuju ke Batu Kikir dan Serting.
Lepas kononnya melawat Muzium DiRaja Istana Lama di Seri Menanti tu, aku dah bagitau dengan firm tak berapa firm.

"Tak aci singgah singgah dah ni. Kalau singgah pukul berapa kita nak sampai?"

* begitu aku marah

Tapi sebenarnya kata kata tu ditujukan untuk diri sendiri. Hiks.
Sebab aku suka je nak menyinggah sana sini. Alang alang dah berjalan.
Dari Seri Menanti menuju ke Kuala Pilah jalannya agak sempit sikit. Tapi view sekitar jalanan agak lawa sebab banyak rumah rumah style Minangkabau. Lagipun hari tu tak jadi nak gi Padang, so kali ni boleh la layan view view yang seakan.

Feel feel berada di tanah seberang.

Dalam asyik masyuk melihat suasana di persekitaran, tiba tiba ternampak ni.

Coconut Shake - Eden Cowboy !

Actually dah terlajak sikit. Pastu aku tanya OR.

Semua setuju sebulat suara. Hero yang terjelepuk kat belakang tu pun tetiba bangun bila sebut pasal nak makan.

Kami patah balik semula then singgah di warung tepi jalan ni. 

Tak dapat coconut shake Melaka, sini pun jadi lah. 
Nampak tak adik tu pakai topi cowboy?
"Jang. Ekau kenapo pakei topi gayo koboi?"

Mesti dia jawab cam tu. Hahhahaha. Jangan percaya. Dialog busuk aku je tu.
Parking kereta dan ambik tempat duduk. 

Order lah apa yang hendak di minum. M untuk minum, B untuk bungkus. Special ada ice cream, regular tu yang biasa.

Sesuai dengan nama kedai, semua pekerja adalah memakai topi cowboy !!!

Coconut shake dengan aiskerim pun sampai.
Hero nak aiskerim je. Aku dengan OR yang minum. Verdict nya? Ntah. Aku tak tau nak cakap sebab jarang rasa air coconut shake ni. Tapi rasanya macam biasa biasa jer kot. Tak de la umppph sangat.
Harga pun agak berpatutan. Dalam RM2.50 je segelas. Tu yang special ada ice cream.
Selain daripada coconut shake, kedai cowboy ni ada jugak jual nasik lemak bungkus, kuih muih dan ada la lagi lagi makanan. Topi koboi mahupun kuda koboi tidak di jual !
Orang pun boleh tahan ramai. Sedap la kot agaknya. Yang menyinggah beli tapau pun ramai.

Singgah tak lama, lepas tu kami bergerak semula. Warung ni betul betul tepi jalan. Banyak kereta lalu lalang so kena hati hati nak masuk simpang.

Hari dah makin petang. Kuala Pilah pun belum sampai sampai lagi.


Tapi tak jauh lepas tu, nampak la sign ni.

Selamat Datang ke Kuala Pilah.
asak lado api banyak pominat
sodap rase eh tak ado tandingan
Lagi pantun pasal makan !
OR cakap, teringin jugak nak pekena Lemak Cili Padi Nogori yang sedap ni. Aku pun pernah rasa masak lomak dengan belimbing. Pergh. Kecur terus. Tapi sebab masa, kami decide nanti balik kemudian la kami singgah mana mana.

Sepanjang jalan dari Seri Menanti ke Kuala Pilah tu memang banyak bunting macam ni. Ada jer berlambak lambak. Kelakar pun ada jugak.

"Hai Janda.. hari ni pulang jam berapa????"

Nak jugak la usha kat mana kedai nya.

Lama lepas tu, betul betul lepas Giant baru la nampak sign nya. Situ la kedainya kot.

Ni kedai nya. Boleh nampak tepi jalan betul betul after Giant

Kami tak singgah pun sebab takut lewat.
Drive terus melepasi pekan Kuala Pilah. Lama aku tak lalu tempat ni. Pernah gak la dulu dulu waktu rajin beraktiviti dan berjalan jalan pegi rumah member aku, pernah la singgah kat pekan ni.

Apa yang menarik, pekan dia masih banyak kedai kedai berbangunan kayu. Tapi jalan sempit dan agak jem jugak lah.



Kedai kedai sepanjang jalan


Masjid besar Kuala Pilah. Aku pernah singgah solat kat sini dulu dan tertinggal jam. Jam yang agak mahal, bila pusing balik cari dah tak jumpa. Seingat aku, aku letak time nak ambik air sembahyang. Tak de rezeki lah tu. Tetiba nampak masjid ni jadi terkenang. Terkenang jam tangan lama. Owh. Hadiah dari seseorang. ( tapi tak cerita kat OR )

Salah satu rumah atas bukit. Rumah sapa lah ni.

Sepanjang jalan tu ramai betul orang jual itik salai. Orang Melayu yang jual ni. Tak tau lak aku orang Melayu suka makan Itik. Sedap ke tidak, wallahuallam.

Lepas pada Kuala Pilah ni, masuk la daerah Jempol.

Dan di sini lah letaknya pekan Batu Kikir !
Tau Pekan Batu Kikir? Pernah dengar lirik....

Batu Kikir Jambatan Bosi..........................?

"Hoi AC Mizal...... Fida Jacob eh silap. Fida lain.. Jangan keluar lagi. Masuk dulu... korang tidak di minta menyanyi di sini lagi... Pergih !!!"


Sampai kat Batu Kikir, kami singgah lagi !

Tapi kali ni nak beli panadol untuk Hero. OR pun dah start batuk batuk. Carikan ubat batuk jugak untuk dia. 
Pasaraya Batu Kikir. Banyak barang kat pasaraya ni. Awas ! Sebelah tu adalah kedai mainan !!!

Kami singgah tak lama. Beli beli barang, air, jajan dan sebagainya dan meneruskan perjalanan lagi. Kat sini la aku jumpa colgate Optic White Fazura tu !!! Curlust Batu Kikir, kat KL pun hari tu cari tak jumpa.
Kali ni melintasi pekan Batu Kikir tadi dan masuk simpang menuju ke Serting. Ada nampak Teratak Za'ba di situ. Rumah peninggalan Pendeta Za'ba tapi tak sempat nak singgah.


Syukur itu Nikmat ! Ingat tu.

Cuma jumpa Mercu Tanda Za'ba di persimpangan Serting

Dan lepas traffic light Serting tu dah janji tak nak singgah mana mana dah.
Perjalanan masih jauh harus di tempuh.
Hero terjelepuk kat belakang lepas makan ubat. OR pun dah mamai telan ubat batuk. Anak Dara aku dah tertidur jugak.
Aku memandu sambil cubaaan bernyanyi riang dengan nada penuh sumbang.
"Apo kono eh Jang,, kau monung ajo.. orang ko bulan, ekau ke mano????"

Ado ni hah. Eden nak menuju ke destinasi. Jauh lagi ni...
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Kobau tu tak boghi makan lai
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo aih
Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghaso
Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi
Apo dikonang pekaro yang sudah
Kondak kau jang diambik orang
Ompuk orang jangan diidam
Ha... tu lah, dulu lai den koba kan
Sekolah tinggi tinggi takkan ke sawah do
Nak kan anak orang tak payah beduit
Apolah nak jadi kau ni jang oi hai...
Badan seh ni nak domam yo ghaso eh
Dah den koba an dulu kumpo kan duit
Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kota mengumpo belanjo
Bekonan den si milah buek menantu
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan
Bio becacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo
Kau nak apo an milah tu pulak
Seh nak an jugo milah tu mak
Dah di haruk setan ko budak ni
Dunio pun tak nampak layi...
Podih nyo hati menanggung malu
Tak mati badan menghasai... Aih
Mak aii. Panjangnya lirik. Tapi aku tak nak bubuh lagi cover version baru tu sebab aku tak suka AC Mizal !
* mati la pengakuan ikhlas dari hati.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Hj.Shaari <b>di Kuala Pilah</b> pada 15 Jun 2013 | Makrifat Tok Kenali

Posted: 14 Jun 2013 04:20 AM PDT

Kepada tuan-tuan dan puan-puan Yang dirahmati Allah sekalian.  Bagi yang berhajat untuk sekali lagi bertemu saya, datanglah beramai-ramai

Tempat-keMadrasah  An- Nur, Kg. Angga Bisa Ulu, Gacong, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Masuk ikut jalan Istana Sri Menanti

Tarikah- 15 hb Jun 2013

Masa     – Selepas Maghrib

Semoga Allah merahmati kita dalam menuju jalan ingat kepadaNya. Amin

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 13 May 2013 03:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Walkabout <b>di</b> Pekan <b>Lukut</b> oleh Saudara Ravi calon N33 Port Dickson

Posted: 27 Apr 2013 07:14 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SPR tidak telus!katanya dakwat kekal berjam-jam tapi sekali kene sabun abis dah! SELAMAT MENGUNDI KEPADA SETIAP PENGUNDI YANG PERGI MENGUNDI..JANGAN PANGKAH YANG LAIN PASTIKAN PANGKAH ...

Ubah kerusi DAP <b>Lukut</b> kepada BN - Utusan Online

Posted: 02 May 2013 12:03 PM PDT

Vincent Yeong Seng Wong (kanan) bersama barisan Gerak Gempur BN bersiap sedia untuk berkempen ketika ditemui di Kampung Sri Parit, Lukut, Port Dickson, baru-baru ini.

TELOK KEMANG 2 Mei - Pembangkang sudah lenyap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lukut. Calonnya dari DAP, Ean Yong Tin Sin sudah tidak ada pengaruh lagi.

Ini kerana, calon Barisan Nasional (BN) di situ, Vincent Yeong Seng Wong mula melebarkan keyakinan rakyat, malah kehadirannya di setiap pelosok sudah diterima kerana rakyat percaya dengan dasar yang dibawa BN, rakyat didahulukan dalam manifestonya.

"Teorinya mudah, DAP tidak buat kerja di DUN Lukut. Cakap bolehlah. Ini tidak serupa dengan BN, kita cakap penuh dengan isu. Bila janji, kita tepati," kata Seng Wong kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Katanya, sokongan masyarakat Cina di DUN Lukut sudah berubah dan prinsipnya mudah, jika mana-mana parti yang dapat meyakinkan kaum Cina dalam hal kesejahteraan, keamanan, ekonomi, maka mereka akan memilih parti itu.

"Dalam BN semuanya sudah terbukti dan kita punyai semua resipi itu. DAP tidak ada kerana mereka mengutamakan hak individu dalam parti dan sebab itulah krisis dalaman mereka kian meruncing," ujarnya.

Kata Seng Wong, BN pernah menang kerusi DUN Lukut pada 2004 dan ia bukanlah kubu kuat pembangkang.

"Rakyat mahukan perubahan di sini. Ini baru ubah namanya. Kita perlu memastikan kerusi DUN Lukut diubah kepada BN," ujarnya.

Seng Wong yang memegang pelbagai jawatan dalam persatuan Cina peringkat daerah dan negeri berkata, peranannya itu akan memberi peluang terbaik untuk menerang kepada ahli persatuan terutama kaum Cina mengenai perjuangan dan agenda BN.

Antara jawatan yang disandang beliau ialah Pengerusi Persatuan Cina Daerah Port Dickson, Pengerusi Persatuan Perniagaan Cina Negeri Sembilan, Pengerusi Ahli Lembaga Sekolah Menengah Chun Hwa Port Dickson dan Penyelaras Pusat Khidmat BN DUN Lukut.

"Saya yakin dan percaya, ahli dalam persatuan yang saya sertai menyokong perjuangan BN. Saya juga melihat kaum Melayu dan India di kawasan ini juga telah kembali menyokong BN," katanya.

Menurut beliau, sebagai bekas Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) beliau mempunyai pengalaman berkhidmat kepada rakyat.

Seorang pengundi DUN Lukut, Liang Yock Chooy, 59, memberitahu, dia akan terus memberi sokongan kepada BN kerana kecewa dengan khidmat pembangkang selama ini.

"Saya berharap kaum Cina memberi sokong kepada BN memenangi DUN ini. Pembangkang tidak buat kerja selama mereka berkhidmat," katanya.

Sementara itu, Cheok Wah Seng, 55, juga berharap BN menang kali ini berkata, rata-rata penduduk kesal mempunyai wakil rakyat pembangkang kerana beliau tidak mampu membawa sebarang pembangunan di pekan Lukut.

ads