Ahad, 7 Julai 2013

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Jalan Jalan Cuti Sekolah 2 - 2013 : 04 - Kuala Pilah - Batu Kikir

Posted: 03 Jul 2013 09:00 AM PDT

Ini adalah entry road trip dari Kuala Pilah menuju ke Batu Kikir dan Serting.
Lepas kononnya melawat Muzium DiRaja Istana Lama di Seri Menanti tu, aku dah bagitau dengan firm tak berapa firm.

"Tak aci singgah singgah dah ni. Kalau singgah pukul berapa kita nak sampai?"

* begitu aku marah

Tapi sebenarnya kata kata tu ditujukan untuk diri sendiri. Hiks.
Sebab aku suka je nak menyinggah sana sini. Alang alang dah berjalan.
Dari Seri Menanti menuju ke Kuala Pilah jalannya agak sempit sikit. Tapi view sekitar jalanan agak lawa sebab banyak rumah rumah style Minangkabau. Lagipun hari tu tak jadi nak gi Padang, so kali ni boleh la layan view view yang seakan.

Feel feel berada di tanah seberang.

Dalam asyik masyuk melihat suasana di persekitaran, tiba tiba ternampak ni.

Coconut Shake - Eden Cowboy !

Actually dah terlajak sikit. Pastu aku tanya OR.

Semua setuju sebulat suara. Hero yang terjelepuk kat belakang tu pun tetiba bangun bila sebut pasal nak makan.

Kami patah balik semula then singgah di warung tepi jalan ni. 

Tak dapat coconut shake Melaka, sini pun jadi lah. 
Nampak tak adik tu pakai topi cowboy?
"Jang. Ekau kenapo pakei topi gayo koboi?"

Mesti dia jawab cam tu. Hahhahaha. Jangan percaya. Dialog busuk aku je tu.
Parking kereta dan ambik tempat duduk. 

Order lah apa yang hendak di minum. M untuk minum, B untuk bungkus. Special ada ice cream, regular tu yang biasa.

Sesuai dengan nama kedai, semua pekerja adalah memakai topi cowboy !!!

Coconut shake dengan aiskerim pun sampai.
Hero nak aiskerim je. Aku dengan OR yang minum. Verdict nya? Ntah. Aku tak tau nak cakap sebab jarang rasa air coconut shake ni. Tapi rasanya macam biasa biasa jer kot. Tak de la umppph sangat.
Harga pun agak berpatutan. Dalam RM2.50 je segelas. Tu yang special ada ice cream.
Selain daripada coconut shake, kedai cowboy ni ada jugak jual nasik lemak bungkus, kuih muih dan ada la lagi lagi makanan. Topi koboi mahupun kuda koboi tidak di jual !
Orang pun boleh tahan ramai. Sedap la kot agaknya. Yang menyinggah beli tapau pun ramai.

Singgah tak lama, lepas tu kami bergerak semula. Warung ni betul betul tepi jalan. Banyak kereta lalu lalang so kena hati hati nak masuk simpang.

Hari dah makin petang. Kuala Pilah pun belum sampai sampai lagi.


Tapi tak jauh lepas tu, nampak la sign ni.

Selamat Datang ke Kuala Pilah.
asak lado api banyak pominat
sodap rase eh tak ado tandingan
Lagi pantun pasal makan !
OR cakap, teringin jugak nak pekena Lemak Cili Padi Nogori yang sedap ni. Aku pun pernah rasa masak lomak dengan belimbing. Pergh. Kecur terus. Tapi sebab masa, kami decide nanti balik kemudian la kami singgah mana mana.

Sepanjang jalan dari Seri Menanti ke Kuala Pilah tu memang banyak bunting macam ni. Ada jer berlambak lambak. Kelakar pun ada jugak.

"Hai Janda.. hari ni pulang jam berapa????"

Nak jugak la usha kat mana kedai nya.

Lama lepas tu, betul betul lepas Giant baru la nampak sign nya. Situ la kedainya kot.

Ni kedai nya. Boleh nampak tepi jalan betul betul after Giant

Kami tak singgah pun sebab takut lewat.
Drive terus melepasi pekan Kuala Pilah. Lama aku tak lalu tempat ni. Pernah gak la dulu dulu waktu rajin beraktiviti dan berjalan jalan pegi rumah member aku, pernah la singgah kat pekan ni.

Apa yang menarik, pekan dia masih banyak kedai kedai berbangunan kayu. Tapi jalan sempit dan agak jem jugak lah.



Kedai kedai sepanjang jalan


Masjid besar Kuala Pilah. Aku pernah singgah solat kat sini dulu dan tertinggal jam. Jam yang agak mahal, bila pusing balik cari dah tak jumpa. Seingat aku, aku letak time nak ambik air sembahyang. Tak de rezeki lah tu. Tetiba nampak masjid ni jadi terkenang. Terkenang jam tangan lama. Owh. Hadiah dari seseorang. ( tapi tak cerita kat OR )

Salah satu rumah atas bukit. Rumah sapa lah ni.

Sepanjang jalan tu ramai betul orang jual itik salai. Orang Melayu yang jual ni. Tak tau lak aku orang Melayu suka makan Itik. Sedap ke tidak, wallahuallam.

Lepas pada Kuala Pilah ni, masuk la daerah Jempol.

Dan di sini lah letaknya pekan Batu Kikir !
Tau Pekan Batu Kikir? Pernah dengar lirik....

Batu Kikir Jambatan Bosi..........................?

"Hoi AC Mizal...... Fida Jacob eh silap. Fida lain.. Jangan keluar lagi. Masuk dulu... korang tidak di minta menyanyi di sini lagi... Pergih !!!"


Sampai kat Batu Kikir, kami singgah lagi !

Tapi kali ni nak beli panadol untuk Hero. OR pun dah start batuk batuk. Carikan ubat batuk jugak untuk dia. 
Pasaraya Batu Kikir. Banyak barang kat pasaraya ni. Awas ! Sebelah tu adalah kedai mainan !!!

Kami singgah tak lama. Beli beli barang, air, jajan dan sebagainya dan meneruskan perjalanan lagi. Kat sini la aku jumpa colgate Optic White Fazura tu !!! Curlust Batu Kikir, kat KL pun hari tu cari tak jumpa.
Kali ni melintasi pekan Batu Kikir tadi dan masuk simpang menuju ke Serting. Ada nampak Teratak Za'ba di situ. Rumah peninggalan Pendeta Za'ba tapi tak sempat nak singgah.


Syukur itu Nikmat ! Ingat tu.

Cuma jumpa Mercu Tanda Za'ba di persimpangan Serting

Dan lepas traffic light Serting tu dah janji tak nak singgah mana mana dah.
Perjalanan masih jauh harus di tempuh.
Hero terjelepuk kat belakang lepas makan ubat. OR pun dah mamai telan ubat batuk. Anak Dara aku dah tertidur jugak.
Aku memandu sambil cubaaan bernyanyi riang dengan nada penuh sumbang.
"Apo kono eh Jang,, kau monung ajo.. orang ko bulan, ekau ke mano????"

Ado ni hah. Eden nak menuju ke destinasi. Jauh lagi ni...
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Kobau tu tak boghi makan lai
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo aih
Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghaso
Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi
Apo dikonang pekaro yang sudah
Kondak kau jang diambik orang
Ompuk orang jangan diidam
Ha... tu lah, dulu lai den koba kan
Sekolah tinggi tinggi takkan ke sawah do
Nak kan anak orang tak payah beduit
Apolah nak jadi kau ni jang oi hai...
Badan seh ni nak domam yo ghaso eh
Dah den koba an dulu kumpo kan duit
Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kota mengumpo belanjo
Bekonan den si milah buek menantu
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan
Bio becacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo
Kau nak apo an milah tu pulak
Seh nak an jugo milah tu mak
Dah di haruk setan ko budak ni
Dunio pun tak nampak layi...
Podih nyo hati menanggung malu
Tak mati badan menghasai... Aih
Mak aii. Panjangnya lirik. Tapi aku tak nak bubuh lagi cover version baru tu sebab aku tak suka AC Mizal !
* mati la pengakuan ikhlas dari hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads