Isnin, 6 Ogos 2012

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Parti Kolam 3.0 Dibatalkan | wootmedia.MY

Posted: 04 Aug 2012 03:15 PM PDT

Parti Kolam 3.0 Dibatalkan. Gempar! Parti Kolam 3.0 yang diadakan di sekitar Seremban baru-baru ini amat memalukan dan mencemar ramadhan kita.

Parti Kolam 3.0 Dibatalkan

Parti Kolam 3.0 yang membenarkan dan menggalakkan wanita berbikini masuk percuma dan  pemakaian G-string digalakkan yang dijadualkan malam tadi, akhirnya telah dibatalkan.

Pengurusan rumah kelab di Rasah Kemayan dekat sini, yang menjadi lokasi parti itu turut menutup premis berkenaan selepas pelanggan mereka berbuka puasa.

Quiz : Nama Anda Dalam Bahasa Jepun ?

Penganjuran parti sosial yang memalukan itu dikendalikan beberapa DJ kelab hiburan terkenal menimbulkan kemarahan masyarakat Islam sekitar dan seluruh Malaysia.

Tindakan mengadakan pesta begitu telah mencemarkan suasana ramadhan yang penuh barakah dan menimbulkan ketidak puas hati penduduk setempat yang beragama islam kerana Surau Rasah Kemayan yang mengadakan solat sunat Tarawih setiap malam, hanya kira-kira 800 meter dari rumah kelab itu (kelab yang mengadakan Parti Kolam 3.0).

Perkara maksiat sebegini tidak sepatutnya didedahkan kepada awam kerana majoriti Masyarakat di Malaysia adalah beragama islam lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini. Walaupun dianjurkan oleh mereka yang bukan islam, mereka sepatutnya mengambil kira kawasan persekitaran dan waktu penganjuran. – Wootmedia | Umum

Tagged

secangkir kopi: Kembara Terawih 3.0 Ep 14: Masjid Taman <b>Rasah</b> <b>...</b>

Posted: 02 Aug 2012 12:08 PM PDT

144am - 3.8.2012 - senyum gembira =)

Masjid Taman Rasah Jaya ini memang nostalgic  dan penuh dengan memori kenangan. Masjid ini memang masjid rasmi taman perumahan saya, dari kechil lagi saya sudah duduk di taman ini. Cumanya, saya duduk secara tetap di taman ini sejak umur 13 tahun. Bapak saya sudah tidak pindah-pindah kerja lagi. Sebelum itu dari umur 7 - 12 tahun saya duduk di Sabah dan United Kingdom.

Solat disini membuatkan saya mengimbau zaman sekolah menengah rendah dahulu. Macam biasa, malam ramadhan memang pass khas untuk saya keluar malam. Kononnya hendak pergi terawih, padahal hanya pergi berhibur dan berlibur bersama rakan-rakan. Duduk dipagar masjid dan berborak dan bergelak-ketawa, berhibur, dan berlibur main mercun, berkejar sana-sini. Memang nostalgic sungguh! Entah apa agaknya khabar rakan-rakan saya yang sama berlibur-hibur agaknya?

Suasana masih sama, bau masih sama. Suasana hingar suara kanak-kanak yang berlari kesana-kemari masih ada. Ada yang terjerit-jerit, ada yang ketawa, Kadang-kala ada yang  menangis terhantuk kepala atau terjatuh. Kanak-kanaklah kata. Ada yang hanya masuk saf dan berlakun bertahiyat akhir semasa tahiyat akhir. Takut kantoi dengan bapaknya. Tactic sama yang aku pakai dulu. heheh.

Masjid ini imamnya masih sama setelah sekian lama. Sejak 13 tahun dulu masih lagi Imam Kamaruzzaman. Suaranya lunak-lunak merdu-lemak sahaja. Suara seperti orang mengantuk yang mendodoi para jemaah supaya tenang hati dan jiwa. Memang seronok. Suara dan nada seperti ini hanya imam-imam melayu lama sahaja yang ada. Saya ingat lagi masjid dikampung saya di Batu Kikir, N. Sembilan pun begini juga.

Macam biasalah, saya buat 8 rakaat sahaja. Masjid ini pun sudah buat 8 rakaat sahaja. Dahulu 20 rakaat. Bagus juga pada hemat saya, kerana yang mengerapi masjid ini orang-orang tua. Yang muda sedikit sahaja. Taman Rasah Jaya ini sudah menjadi kampung dibandar kerana ramai penduduknya orang tua. Kalau hari raya itu memang meriah seperti kampung kerana anak-anak pulang dari perantauan. Ini termasuklah saya.

Bacaan imam pun pendek sahaja. Rakaat pertama dari Juz 'Amma, dan rakaat kedua, tiga kali surah Al-Ikhlas. Memang mesra penduduk veteren dan anak muda yang mudah goyah lututnya. Macam saya. heheheheh...

Memang seronok dan penuh kenangan masjid ini. =)

Bintang Kembara - 3.8/5
Jumlah Rakaat - 8 Terawih + 3 Witir.

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Aishah Nafi Bakal Bertanding <b>di Jempol</b> N.9 atas tiket PAS <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2012 01:44 AM PDT

Personaliti Hijrah yang memang diminati ramai ini umum sedia maklum akan pendirianya di dalam hala tuju politik. Banyak kali juga kami di BM menerima desas desus yang mengatakan Aishah yang suatu ketika dahulu popular menerusi lagu Pulanglah bakal menjadi salah seorang calon untuk pilihanraya akan datang. Tidak pasti pula bertanding untuk merebut kerusi Parlimen mahupun DUN. Tetapi kawasan yang digemburkan sebagai tempat untuk dia bertanding adalah di Jempol Negeri Sembilan.

Memetik katanya menerusi laman onliine rasmi parti yang di naunginya Aishah memaklumkan. "Setakat ini belum ada tawaran rasmi dari PAS Pusat untuk saya bertanding dalam PRU. Saya pun tidak tahu dari mana datangnya cerita saya hendak bertanding di Jempol. Ianya tidak betul kerana saya tidak dapat apa-apa tawaran rasmi dari PAS. "

Jika sekali benarpun Aishah bakal bertanding untuk pilihanraya akan datang apakah yang akan menyebabkan mengundi tertarik untuk mengundinya. Adakah kerana siapa Dirinya sebelum ini atau tiket parti yang di naunginya?

Random Posts

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


PAS <b>Negeri Sembilan</b>: UiTM <b>Nilai</b> akan dibina, janji bina UiTM <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2012 06:31 PM PDT

UiTM Raub, Nilai dibina
25 Julai 2012 - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) bagi pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Raub, Pahang dan Institut Latihan UiTM Nilai di Negeri Sembilan.
Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini hari ini.
Ketua Setiausaha KPT, Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata, kedua-dua projek pembangunan itu adalah kesinambungan agenda negara untuk menambah pengambilan pelajar daripada 100,000 kepada 200,000 menjelang 2015.
Katanya, projek tersebut adalah yang ketiga dan keempat daripada enam projek fasa dua pembangunan kampus UiTM di bawah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) menerusi Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK-10).
Pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.
Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).
Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.

ads