Rabu, 15 Januari 2014

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


Aksara Pengacara Majlis: Perpindahan Tuan Pengarah KV <b>Juasseh</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2014 12:46 AM PST

Mengumumkan ketibaan Yang Dirai Tuan Pengarah Pn Nor Asikin diiringi ketua-ketua jabatan masuk ke dalam dewan.

(sambil berjalan)
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis penuh gilang gemilang
Majlis Perpisahan Pn Nor Asikin binti Md shazilli pengarah KV Juasseh.
Hadirin dipersilakan duduk.
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
Bismillah………. Alhamdulilliah.....
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W, KELUARGANYA, PARA SAHABAT DAN ORANG-ORANG YANG MENGIKUTI DAN MENERUSKAN PERJUANGANNYA HINGGA AKHIR ZAMAN.
1.      Yang di hormati Timbalan Pengarah KV Juasseh, En Sarimen Bin Sapei,
2.      Yang diraikan Pengarah KV Juasseh Pn Nor Asikin Binti Md Shazilli
3.      Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Pn Hjh Zaidah Binti Hj Danial
4.      Yang berusaha Ketua Jaminan Kualiti KV Juasseh, Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda
5.      Ketua-ketua Jabatan KV Juasseh
6.      Ketua-ketua unit, ketua-ketua bengkel
7.      Barisan pensyarah
8.      Tuan-tuan dan Puan-puan serta
9.      Anak-anak pelajar yang dikasihi sekelian
Alu-aluan Pengerusi Majlis


Nampak jalur pohon cemara
Tradisi melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara
Unggas berlagu di tengah rimba
Kedengaran bunyinya sehingga kuala
Yang ditunggu telahpun tiba
Molek kiranya majlis dimula


ALHAMDULILLAH, IZINKAN SAYA MEMANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul PADA HARI INI dalam Majlis perpisahan Pn Nor Asikin Binti Md Shazilli di dewan gemilang yang serba indah ini.
Semoga dengan kesudian meluangkan masa pada hari ini akan menyemarakkan lagi majlis yang gemilang ini.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Warga dewan yang dimuliakan,
Sebelum lidah berbicara terus
Mari bermunajat bersama-sama
Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Ust Hasbullah bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan
***********************************Bacaan Doa*****************************************
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ust Hasbullah bin Ali atas pimpimpinan bacaan doa itu tadi
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Warga dewan yang di kasihi sekelian,
Majlis diteruskan dengan arena ucapan. Untuk itu majlis mempersilakan wakil  pelajar untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan

*********************************Ucapan wakil pelajar ************************************
Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati wakil pelajar....,
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Ucapan pengerusi kelab pensyarah
Hadirin yang dihormati sekalian
Acara ucapan diteruskan lagi dengan mendengar ucapan daripada Yang dihormati Pengerusi Kelab Pensyarah tahun 2014, En Shahrizal bin mohd sharif juga selaku penyelaras program pada kali ini.
majlis dengan penuh takzim mempersilakan
*********************************Ucapan pengerusi kelab pensyarah********************************
Majlis sukacita mengucapkan terima kasih atas ucapan yang telah di sampaikan oleh Yang dihormati Pengerusi Kelab Pensyarah tahun 2014, En Shahrizal bin mohd sharif sebentar tadi.
Ucapan Timbalan Pengarah Akademik
Arena ucapan diteruskan lagi dengan mendengar ucapan daripada Yang berusaha Timbalan Pengarah akademik, En Sarimen Bin sapie  
majlis dengan penuh takzim mempersilakan
*********************************Ucapan TPA********************************
Majlis sukacita mengucapkan terima kasih atas ucapan yang telah di sampaikan oleh En Sarimen Bin sapie , Yang berusaha Timbalan Pengarah akademik sebentar tadi.
Warga dewan yang dimuliakan,
Pn Nor Asikin merupakan insan yang amat istimewa. Beliau amat disayangi oleh warga KV Juasseh. Meyorot kisah keluarga beliau, Hasil perkahwinannya bersama suami tercinta Mohd Amin Bin Mohd Suriani beliau telah dikurniakan 5 orang cahaya mata 2 lelaki dan 3 perempuan. Anak ke 6 daripada 8 adik beradik ini  telah dilahirkan pada 20 Ogos 1959. Disamping mencurahkan ilmu kepada anak bangsa,  beliau juga meminati bidang seni jahitan dan bidang penanaman pokok bunga. Buat pengetahuan hadirin, pada tahun 2013, beliau telah menawarkan diri dalam menguruskan jahitan persediaan langsir seluruh kelas KV Juasseh. Terima kasih diucapkan puan.
Menyelesuri sejarah pendidikan beliau, Pn Nor Asikin Binti Md Shazilli telah mendapat pendidikan awal di SRK convent IPOH pada tahun 1966 . Pencarian ilmu oleh insan ini diteruskan lagi di SM Raja Perempuan Kalsom Kuala Kangsar dan seterusnya tingkatan 6 di SM Tun Fatimah Johor Bharu pada tahun 1977. Bakat kepimpinan beliau mula dicungkil apabila beliau pernah di amanahkan memegang jawatan ketua pengawas semasa persekolahan beliau. Penerokaan ilmu oleh insan cemerlang ini di teruskan lagi di Universiti Pertanian Malaysia menuntut ijazah sarjana muda sains pada tahun 1983 . Hasil keberkatan ilmu yang diperolehi, beliau seterusnya berkhidmat di SMK Kuala Krau Mentakab Pahang pernah memegang jawatan ketua panitia Bahasa Inggeris 1983 , SM Abu Bakar Temerloh Pahang pernah memegang jawatan sebagai guru pusat sumber 1989. Bakat kepimpinan beliau terserlah apabila berkhidmat selama 16 tahun di SMT Ampangan dan pernah menjadi jurulatih utama etems dan geometers sketchpad 2004 hingga 2006 dan juga memegang jawatan Ketua Panitia Matematik Tambahan. Hasil prestasi perkhidmatan yang cemerlang yang ditunjukkan, beliau seterusnya di lantik memegang jawatan pengetua di SM Teknik Juasseh bermula pada tahun 2006 sehingga 2014.
Warga dewan yang dihormati,
Pada tanggal 16 Julai 2006, insan ini telah memilih Kolej vokasional juasseh sebagai tempat persinggahan seterusnya bagi berkongsi pengalaman dan kepakarannya dalam bidang pendidikan. Diawal kemunculannya, insan ini telah merangka dan menyusun pelbagai aktiviti kearah kecemerlangan sahsiah dan akademik di seluruh warga smv juasseh. Hasil kese paka tan
Semua warga kv juasseh yang bersatu padu gigih berusaha bersama-sama bagi menjamin perlaksanaan setiap aktiviti yang di rangka oleh insan ini, terus mebuahkan kejayaan demi kejayaan yang membanggakan pihak sekolah. Ini dapat dibuktikan apabila pihak sekolah memperolehi kejayaan peningkatan 11.81 peratus pencapaian lulus spm yang bermula pada tahun 2006 hanya 82.22 peratus sehingga melonjak pada tahun 2010 iaitu 94.03 peratus. manakala nilai Gred Purata Sekolah pula bertambah baik apabila pada tahun 2006 mencatatkan 6.33 menurun ke nilai melepasi target BPTV iaitu 4.49. Kejayaan ini lebih dirasai oleh pihak sekolah apabila pihak BPTV menganugerahkan beberapa anugerah khas bagi mengiktiraf kecemerlangan di SMV Juasseh.  Antaranya ialah
i)                    Peningkatan GPS 5 tahun berturut-turut
ii)                  Kejayaan sekolah melepasi target KPI BPTV (2010)
iii)                 Pencapaian Peningkatan GPS 2010 berbanding GPS 2009
iv)               Kejayaan sekolah melaksanakan SKM
Hadirin warga dewan yang dikasihi
Minat yang begitu mendalam insan ini dalam bidang ciptaan rekacipta dan inovasi mengakibatkan tertubuhnya kumpulan robotik sekolah. Sokongan padu daripada insan ini sambil dibantu dengan daya kretiviti para pensyarah yang berpengalaman telah membawa kumpulan ini menempa kejayaan demi kejayaan. 
Antara kejayaan yang telah diraih di sepanjang beliau berkhidmat di kolej vokasional juasseh adalah
  1. Pasukan futsal mendapat Naib Johan Peringkat Kebangsaan, Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 1Murid 1Sukan di Pulau Pinang pada tahun 2013
  1. Kelab Kebudayaan  Caklempong Warikh Budaya mendapat  naib johan peringkat Negeri Sembilan tahun 2012 dan mencatat sejarah dalam Malaysian  Book Of Record apabila bermain caklempong selama 36 Jam tanpa henti di perhimpunan sejuta belia di putrajaya pada tahun 2011.
  1. Kumpulan Dikir Barat Kolej Vokasional Juasseh mendapat Johan dalam pertandingan Karnival Asrama Vokasional dan Teknik peringkat kebangsaan pada tahun 2012.
4.            4.    Seorang pelajar Kolej juga telah dinobatkan Johan Kemahiran Gegas dalam                Pertandingan Kemahiran Peringkat Kebangsaan tahun 2013 bertempat di                   Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) Pulau Pinang.
5.       Pasukan robotik sering mendapat Johan peringkat dan layak menyertai peringkat kebangsaan sejak 2008 sehingga 2012. Pasukan ini juga telah menyertai World Robot Olympiad pada 2013 di Jakarta , Indonesia
6.       5 orang ahli pasukan bola tampar telah terpilih ke peringkat negeri dan mendapat tempat ketiga
7.       Pasukan Sepaktakraw mendapat naib johan dalam peringkat zon melaka dan negeri sembilan dan seorang pemain terpilih mewakili negeri sembilan ke peringkat kebangsaan
8.       Koperasi kolej juga telah di beri pengiktirafan 5 bintang sempena Hari Koperasi sekolah 2013
9.       Kolej Vokasional Juasseh telah berjaya mengamalkan Persekitaran Berkualiti 5S dan telah di iiktiraf oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada tahun 2012 dan 2013
Seterusnya, sebagai ingatan dan kenangan bersama majlis sukacita ingin mempertontonkan tayangan multimedia sempena majlis pada kali ini. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya dipersilakan
 ********************************************video*****************************************
Demikianlah tadi persembahan video yang telah dipersembahkan sempena majlis perpisahan Pn Nor Asikin Binti Md Shazilli. Semoga tontonan tadi dapat dijadikan ingatan  kenangan manis dalam lipatan memori kita semua
Ucapan Yang dirai Pn Nor Asikin Binti Md Shazilli
Tanpa melengahkan masa, Majlis diteruskan dengan ucapan yang di rai Pn Nor Asikin Binti Md Shazilli Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan
*****************************Ucapan Pn Nor Asikin ******************************
Demikian lah tadi ucapan Pn Nor Asikin binti Md shazilli. Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan yang telah di sampaikan.


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selahi hayat dikandung badan
Hadirin warga yang dikasihi,
Sebagai tanda penghargaan sanjungan budi dan curahan kasih kami dari warga kolej vokasional juasseh, Pihak majlis dengan sukacitanya ingin memberikan sedikit cenderamata kepada yang dirai Pn Nor Asikin binti Md Shazilli.
Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapie untuk mengiringi yang diraikan Pn Nor Asikin binti mD Shazilli bagi menyempurnakan penerimaan cenderamata tanda kenang-kenangan.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan..
..............sampai hadiah
*****************************hadiah Pn Nor Asikin ********************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Pn Nor Asikin Binti Md Shazilli atas kesudian menerima cenderamata sebentar tadi.
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Memang mudah berkata-kata
Begitu juga dengan menyanyi
Walaupun berada jauh di mata
Ingat-ingatlah kami di sini.
Tanjung Katong airnya biru,
Tempat mandi si dara jelita;
Sama sekampung lagikan rindu,
Inikan lagi jauh dimata
Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian yang dirai atas kesudiaan menerima cenderamata tanda kasih dari kami warga Kolej Vokasional Juasseh sebentar tadi. Semoga ia dapat dijadikan pengubat rindu sewaktu kalian tidak lagi bersama di sini. kami semua juga mendoakan agar kalian Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian yang mendatang
Sang kancil dicelah jerami
Melarikan diri di balik titi
Walaupun kecil pemberian kami
Moga menjadi kenangan di hati
Majlis juga turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.
Ada pangkal ada hujungnya
Ada pertemuan ada perpisahannya
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata tadi...majlis bakal melabuhkan tirainya

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus dari mula hingga ke akhirnya. Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua warga kolej vokasional juasseh yang telah memberikan sumbangan masa dan tenaga secara langsung atau tidak langsung sewaktu menjayakan majlis ini. Apa yang kurang, maaf jua dipinta.


Harum baunya Si bunga cengkih
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali


Hadirin yang di kasihi sekelian
Sebelum bersurai, di ingatkan kepada semua rakan pensyarah untuk berkumpul jam 12 tengahari di dewan gemilang bagi meraikan jamuan terakhir bersama pengarah kolej vokasional juasseh. Para pelajar juga di ingatkan bahawa sesi pembelajaran pada petang ini diteruskan pada jam 2 petang mengikut jadual yang ditetapkan seperti biasa.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.


05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


Pengalaman <b>di</b> Sabah - Kudat, tempat menarik <b>...</b> - memmetlenggeng

Posted: 11 Jan 2014 10:02 AM PST

Entry ini adalah entry tertangguh yang bersambung dari sini

Selepas balik dari Keningau, program kami menuju ke Kudat pula. Kudat adalah daerah paling hujung di utara Borneo. Jarak perjalanan dari KK mengambil masa kira-kira 2 jam lebih paling cepat. Walau pun jaraknya dari KK tidak jauh sangat, tetapi masa yang diambil sedikit lama kerana struktur jalannya masih banyak perlu diperbaiki. Terdapat juga penerbangan dari KK ke sini menggunakan pesawat Twin Otter. Kalau anda masih ingat, baru-baru ini, ada kejadian pesawat twin otter terhempas mengorbankan dua nyawa di Kudat. Saya fikir, salah satu sebabnya ialah, kedudukan Kudat yang terletak di open sea, jadi angin memang kuat, menyebabkan pesawat ringan selalu tidak stabil ketika membuat pendaratan, kena pula masa musim ribut. Sebelum pergi, salah seorang pegawai mengesyorkan kami menaiki pesawat itu ke sana untuk menjimatkan masa, tapi semua pakat tidak setuju, termasuklah saya. Ha ha. Padahal, kalau mati, tak naik pesawat pun boleh mati juga. Lagipun kalau menaiki pesawat, tak dapatlah nak melawat dengan baik daerah Kudat itu nanti.

 Oklah, panjang pula bebelnya.

Perjalanan ke Kudat

Perjalanan ke Kudat akan melalui Tuaran dahulu, daerah yang popular dengan kuda. Dari Tuaran, terus menuju ke Kota Belud, sama seperti nak menuju Kundasang, tapi teruskan perjalanan sehingga bertemu satu simpang yang mana, kanan untuk ke Kota Marudu dan kiri untuk ke Kudat. Sepanjang perjalanan di Kota Belud tadi boleh nampak pemandangan Gunung Kinabalu yang masyur. Hati meronta nak ke sana, tapi entahkan bila baru dapat menjejakkan kaki. Sepanjang jalan ada banyak sawah padi bukit. Padi bukit tidak memerlukan air yang banyak ketika di tanam. Bukan mudah nak jumpa padi bukit di semenanjung. Sayang sekali kami tidak sempat singgah berhenti untuk ambil gambar padi bukit itu.






Dalam perjalanan ini akan bertemu satu kawasan gerai unik yang menjual barang makanan secara disangkut-sangkut pada tali. Antara makanan yang banyak dijual ialah keropok dan kekacang, terutama kacang tanah. Nama tempat ini saya tidak pasti, tapi nama papan tanda sebuah jalan di sana ialah jalan langkon



Kemudian bila sudah hampir sampai ke Kudat terdapat lagi satu gerai-gerai tepi jalan yang mejual banyak barangan tradisional etnik Sabah dan juga hasilan produk pertanian. Saya ingin juga nak menyinggah, tapi sayang kami kesuntukan masa kerana perlu melawat dua tapak projek.


Bandar Kudat

Bandar Kudat, walaupun kecil, tetapi ia turut mengalami kemajuan sama dengan lain-lain tempat di Malaysia. Ia memiliki segala kemudahan disini, termasuk landasan kapal terbang kecil. Anda boleh juga datang dengan pengangkutan awam seperti teksi dan bas. Kedudukan Kudat adalah diantara laut China Selatan dan Laut Sulu. Itu yang memberi keistimewaannya di Simpang Mengayau atau Tips of Borneo.







Tempat membuat Gong

Dalam perjalanan ini anda akan bertemu dengan satu daerah atau pekan yang dipanggil Matunggong. Disinilah kawasannya pembuatan gong dilakukan. Terdapat banyak rumah yang mengusahakan pembuatan gong. Ada juga gong yang dijual sebagai cenderamata. Gong Sabah tidak jauh beza rupanya dengan cak lempong dari negeri sembilan. Tapi ia menghasilkan bunyi yang berbeza. Agak merdu juga.




Sungguh penerbit filem dan drama di malaysia tidak ada passion dalam kerjaya mereka. Ini kerana, Sabah adalah sebuah negeri yang sangat menarik, mempunyai sumber-sumber klasik yang sesuai untuk didramakan. Hanya perlukan naskah skrip yang menarik dan pengarah yang profesional untuk mendapatkan sebuah drama yang setanding dengan negara korea dan lain-lain. Apalah malangnya nasib negara ini, sumber ada, tapi jati diri pupus. Semua sibuk buat cerita yang meloyakan.

Sori, tersasar pula. Dalam kawasan perkampungan ini juga terdapat sebuah gong gergasi yang bersaiz lebih 20 kaki persegi! Ia terletak ke dalam lagi kawasan perkampungan. Tetapi tidaklah jauh sangat, boleh saja berjalan kaki. Cuma banyak anjing. Kalau anda jenis penakut anjing, saya tidak nasihatkan berjalan kaki.

Kena bayar juga untuk masuk ke dalam kawasan gong ini. Kata pemandu kami, dulu tidak dikenakan bayaran masuk. Apapun alang-alang sudah sampai, saya bayar saja. Sudah lupa pula berapa harganya. Maaf ye, tapi tidak lebih RM 10.




Lain-lain Tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan :

Sebenarnya tidak semua tempat saya singgah dalam perjalanan itu. Ada yang saya hanya lalu sahaja. Apapun dari beberapa blog, saya dapati banyak juga tempat menarik dalam perjalanan di Kudat ini. Tidak termasuk tentang Simpang Mengayau, kerana, saya akan buat entry yang lebih spesifik tentang tempat itu. Antara blog yang ada menceritakan tempat menarik lain di Kudat (selain Simpang Mengayau), boleh rujuk di sini :

http://chelzlensaphotography.blogspot.com/2011/12/aku-di-kudat-sabah.html
http://budgetciputtraveller.blogspot.com/2012/10/sabah-day-1-kota-kinabalu-international.html
http://www.sabah.gov.my/lbk/index.php?option=com_content&view=article&id=80&Itemid=478

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Mydin buka pasar raya terbesar <b>di Seremban</b> 2 - Utusan Online

Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST

SEREMBAN 13 Dis. - Mydin memperuntukan sebanyak RM275 juta untuk membuka cawangan baharu yang juga pasar raya ke-13 dan terbesarnya di negara ini, di Seremban 2 di sini hari ini.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin berkata, pasar raya besar baharu itu beroperasi dalam bangunan empat tingkat berkeluasan 950,000 kaki persegi memiliki 250 lot perniagaan yang disewa kepada peniaga.

''Sejak kita membuka pasar raya besar pertama tujuh lalu di Mydin Subang Jaya, Mydin Seremban 2 menelan belanja RM275 juta merupakan yang terbesar di negara ini.

''Kita memilih untuk beroperasi di sini kerana populasi penduduk yang mencapai saiz 100,000-150,000 orang di Seremban, tambahan pula ia adalah antara bandar yang kian membangun dan faktor jarak dekat dengan Lembah Klang," katanya selepas merasmikan perasmian pasar raya besar Mydin Seremban 2, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengasas merangkap Pengerusi Kumpulan Mydin, Mydin Mohamed.

Kata beliau, Mydin Seremban 2 juga memperkenal sistem pengimbas layan diri yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara di mana teknologi itu merupakan revolusi baharu bagi meningkat kecekapan operasi.

''Teknologi ini menjimat masa pengguna ketika membuat bayaran dan mampu menjimat masa ketika beratur.

''Perkhidmatan e-bayar juga diperkenalkan bagi memudahkan urusan beli dan paling istimewa, kad Touch & Go boleh diguna untuk membuat pembayaran dengan ini pengguna mempunya pilihan dalam kaedah urus niaga di sini," jelasnya.

Dalam pada itu, Dr. Ameer Ali berkata, Mydin juga akan membuka lima lagi cawangan baharu yang juga pasar raya besar di tiga buah negeri melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM650 juta pada tahun hadapan.

Ujarnya, lima cawangan baharu dijangka dibuka pada Mac hingga April 2014 di Semenyih, Selangor; Gong Badak, Terengganu; Taman Rinting dan Pelangi Indah masing-masing di Johor Bahru.

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Cuti² <b>Port Dickson</b> 2013 : Penginapan <b>di</b> Apartment KWSP - Mrs Fiza

Posted: 18 Dec 2013 05:01 PM PST

Jumaat lepas amik cuti untuk habiskan masa bersama family di Port Dickson.Percutian kali ni melibatkan family mentua..Abang ipar dan family dari Langkawi, family kakak ipar dengan mentua dari Semenyih.Pagi jumaat tu bertolak lah kami ke PD.Penginapan semua kakak ipar dah uruskan.Kami sampai terus check in je.

Percutian singkat dan bajet untuk bersama family.Jauh family abang ipar datang..jadilah dapat bawak anak² diorang bersuka ria mandi laut..hehe

Untuk penginapan kami stay dekat aparment KWSP di tanjung tuan..atas sikit je dari Pantai Teluk Kemang..Mujurlah suami kakak ipar keje dengan kwsp, bila percutian bersama diorang mesti menginap di apartment KWSP.macam tu jugak masa pegi Cameron Highland haritu..hiks

Oklah apartment KWSP dekat PD ni..kelengkapan semua cukup..

bilik ketiga katil bujang


bilik kedua katil queen ni bilik kami..kecik sikit dari master bedroom



kata kakak ipar, dulu siap berdapur boleh masak dengan aman dalam ni..tapi diorang dah pindahkan ke bawah..kali ni kena lah turun bawah setiap kali nak masak.

besar kan ruang tamu dia..kami duduk serumah dengan kakak ipar dan mentua.family abang ipar di rumah lain dengan anak² dia 5orang..kakak ipar booked dua rumah selesa sikit sebab ramai² ni kan.


master bedroom yang besar..

menu² yang dimasak di aparment kwsp..semua lauk pauk dah siap diperap dari rumah..sampai apartment terus masuk freezer je..bahan masak lain pon dah siap bawak dari rumah..sepanjang kat sana 3kali lah masak²..makan tengah hari jumaat, makan malam jumaat, dan makan pagi sabtu..

komen untuk apartment KWSP ni ok lah untuk percutian bajet..rumah pon lengkap dengan peralatan memasak..cumanya apartment ni mungkin dah lama jadi perabot dalam ni dah nampak keuzuran dia..huhu

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jan 2014 03:38 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Dec 2013 03:10 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Dec 2013 03:24 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Nov 2013 03:08 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Cerita Kami...: Majlis kenduri kahwin Akhmal <b>di Serting</b>

Posted: 24 Jun 2013 08:12 PM PDT

Sabtu lepas telah berlansungnya majlis kenduri Akhmal di Serting. End of June dulu kat belah perempuan di Sepang. Ceritanya Di Sini

Kali ni kat belah lelaki pula. Kami adik beradik hanya dapat sampai pada hari langsung. Hari Sabtu lah ya... Kira pagilah jugak sampai. Dengarnya ada yang bertolak dari KL selepas subuh...... Aku kalau tidak pun pagi juga sampai tapi disebabkan sesat barat makanya dalam pukul 11 baru sampai. Kira pagilah jugak kan???? Lagi pun masa aku sampai tu, tetamu jemputan abang aku tak ramai lagi yang sampai..... kira selamatlah..... kalau tidak mampus kena kutuk.......
Aku kalau ke rumah abang aku ni kalau tak sesat tak sah. Setiap kali kerumahnya mesti sesat barat. Tanah rancanganlah katakan, banyak sangat simpangnya........ konfius sekejap.......
Rasa bersalah tu ada jugalah, sebab sepatutnya kat rumah adik beradik kena awallah sampai, tapi disebabkan bekerja so hari langsunglah sampainya. Lagipun nak berewang, orang-orang Felda dah ramai. Kami sampai-sampai pun hanya duduk lepak-lepak ajer........

ahli keluarga Linggi sedang bergossip
pengantin..... pelamin kat luar rumah......
pengantin kat meja santapan
jiran tetangga yang datang menolong
mereka-mereka yang menyediakan juadah kenduri......
blogger Yati yang sedang menikmati juadah pengantin...... Lepas ajer pengantin dan ahli keluarga belah perempuan bangun maka meja santapan ni diserbu oleh ahli keluarga belah Linggi pula.......
adik aku yang kat Pandan tu dengan husbandnya......
meriah sungguh....... Pak Cik ngan Mak Su pun joint sekali........
Kami semuanya bertolak balik kerumah masing-masing petang tu jugak, setelah menolong mengemas serba sedikit (buat syarat ajer)........ hahaha.... terukkan....... Sempat lagi tu membungkus makanan..... penuh bonet kereta masing-masing......

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Lelaki kurang siuman mengamuk <b>di Kuala Pilah</b> - PAS Negeri <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2014 03:18 PM PST

"Sambil menyebut Allahuakbar beberapa kali, lelaki itu yang kelihatan bengis mengacukan pemutar skru kepada orang ramai yang memandangnya," kata anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Hasan Mohamad, 44, yang menyaksikan kejadian amuk dipercayai membabitkan suspek kurang siuman berusia 30-an di pekan ini, kelmarin.
Kejadian jam 5.30 petang itu menyebabkan seorang anggota polis cedera pada pergelangan tangan kiri ketika cuba menggari suspek.
Selepas ditangkap lelaki itu dibawa ke Balai Polis Kuala Pilah untuk diambil keterangan.
"Ketika di balai, anggota polis memaklumkan sebelum mengamuk di pekan, lelaki itu terlebih dulu memecahkan tingkap kereta di Masjid Jamek Yamtuan Raden, di sini.
"Akibatnya dia dikejar pemilik kenderaan hingga ke pekan dan di situ, dia mengamuk seperti dirasuk," katanya.

ads