05 di seremban - Google Blog Search |
Mydin buka pasar raya terbesar <b>di Seremban</b> 2 - Utusan Online Posted: 13 Dec 2013 10:10 AM PST SEREMBAN 13 Dis. - Mydin memperuntukan sebanyak RM275 juta untuk membuka cawangan baharu yang juga pasar raya ke-13 dan terbesarnya di negara ini, di Seremban 2 di sini hari ini. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin berkata, pasar raya besar baharu itu beroperasi dalam bangunan empat tingkat berkeluasan 950,000 kaki persegi memiliki 250 lot perniagaan yang disewa kepada peniaga. ''Sejak kita membuka pasar raya besar pertama tujuh lalu di Mydin Subang Jaya, Mydin Seremban 2 menelan belanja RM275 juta merupakan yang terbesar di negara ini. ''Kita memilih untuk beroperasi di sini kerana populasi penduduk yang mencapai saiz 100,000-150,000 orang di Seremban, tambahan pula ia adalah antara bandar yang kian membangun dan faktor jarak dekat dengan Lembah Klang," katanya selepas merasmikan perasmian pasar raya besar Mydin Seremban 2, di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengasas merangkap Pengerusi Kumpulan Mydin, Mydin Mohamed. Kata beliau, Mydin Seremban 2 juga memperkenal sistem pengimbas layan diri yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara di mana teknologi itu merupakan revolusi baharu bagi meningkat kecekapan operasi. ''Teknologi ini menjimat masa pengguna ketika membuat bayaran dan mampu menjimat masa ketika beratur. ''Perkhidmatan e-bayar juga diperkenalkan bagi memudahkan urusan beli dan paling istimewa, kad Touch & Go boleh diguna untuk membuat pembayaran dengan ini pengguna mempunya pilihan dalam kaedah urus niaga di sini," jelasnya. Dalam pada itu, Dr. Ameer Ali berkata, Mydin juga akan membuka lima lagi cawangan baharu yang juga pasar raya besar di tiga buah negeri melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM650 juta pada tahun hadapan. Ujarnya, lima cawangan baharu dijangka dibuka pada Mac hingga April 2014 di Semenyih, Selangor; Gong Badak, Terengganu; Taman Rinting dan Pelangi Indah masing-masing di Johor Bahru. |
You are subscribed to email updates from di seremban - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan