Selasa, 2 Ogos 2011

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Syazana Ilya : Makeup <b>di Mambau</b> N9

Posted: 05 May 2011 01:32 AM PDT

Tahniah diucakapkan kepada erima dan suami...semoga berbahagia ke anak cucu...dan dimurahkan rezeki sentiasa..insyaallah....=]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Syarak Mengata , Adat Menurut: Curi motosikal berleluasa <b>di Seremban</b>

Posted: 27 Jul 2011 02:37 AM PDT

Saya menerima SMS yang melaporkan cubaan mencuri motosikal di rumah jiran saya di Jalan 6, Taman Alamanda, Senawang pada pukul 2 pagi Rabu 27 Julai 2011, oleh 2 orang pemuda berbangsa Melayu yang membonceng motosikal Honda EX5 dengan plet no NC* **** (no tidak dinyatakan, menunggu siasatan polis samada plet no sah atau palsu)

Laporan polis telah dibuat oleh mangsa.

Marilah kita berdoa agar pihak polis dapat dengan segera melakukan siasatan berdasarkan laporan yang diterima.

Artikel saya sebelum ini, kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara yang menegaskan antara faktor curi kenderaan berleluasa di negara kita adalah disebabkan oleh gejala rasuah di http://waghih.blogspot.com/2011/07/kes-curi-kenderaan-semakin-berleluasa.html

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Reminiscence: Photojog <b>di</b> Lake Garden <b>Seremban</b>

Posted: 25 Jun 2011 02:10 AM PDT

Salam
Aku sangat suka jogging. Semasa berlari ni aku rasa sangat tenang. Aku suka rasa angin yang terpa kat muka aku. Aku suka jantung aku rasa lelah untuk mendapatkan oksigen yang cukup ke seluruh badan dan otak. Aku suka bila dapat tengok orang lain jogging. Aku dapat rasa kagum dengan pak cik tua, yang jogging lagi banyak pusingan daripada aku sendiri.
Dengan jogging aku rasa bebas. Seronok sangat. Dan kalau ada pemandangan cantik di sekeliling, lagi suka. Sangat best. Kalau boleh hari-hari nak jogging.

:wish:Tapi kadang-kadang kau malas juga nak pergi jogging
Harapnya dah kerja nanti, still boleh kekalkan momentum untuk jogging. Huhu. Dulu di kampus aku akan jogging kalau aku tak busy. Di kampus aku akan jogging di track. Sebab kawan aku kata, boleh melindungi hentakan kaki yang berlebihan dan maka dengan itu, kaki tak cepat penat, kita pun boleh jogging lagi jauh.

Di rumah, aku akan jogging di Lake Garden Seremban. Setiap petang ramai akan berada di sini untuk jogging. Dan yang bagusnya, tiadalah sesak mana, sebab tempatnya luas. Kat sini aku jog sebanyak 3 round dan kemudian round yang terakhir, aku akan berjalan dengan kamera aku untuk menangkap gambar sekeliling. Sebab tempat ni lawa sangat. Korang usha kat bawah k;

Mula-mula korang kena tengok ni dulu. Aku pun baru tahu. Setiap hari kita kene berjalan sebanyak 10 000 langkah iaitu bersamaan 6 km. Dan larian di lack Garden yang ini sejauh satu kilometer untuk satu pusingan. Mak ai, sangatlah lembik aku ini. Patutlah pakcik kat sini lari lama gila. Kepada yang lain, mari kita cuba ok. Demi kesihatan kita !!

Larian pada hari tersebut ditemani adik aku. Ops. Dia tak nak toleh pulak kan. =P.

Sepanjang perjalanan akan ada 'kata-kata semangat' di tepi track. Contohnya yang ini, jika kita berjalan sejauh 0.5 km, kita membakar 24.4 kkalori dalam badan kita dan ia bersamaan 1 sudu teh gula. Ada banyak lagi sign begini, tapi tak teringat nak ambik gambarnya.


Lepas dah habis jogging. Mesti kena cooldown. Sepatutnya dua kali ganda pusingan yang korang jogging tadi, hehe. Tapi aku amik ala kadar je ok. Maka, sesi berjalan aku diserikan lagi dengan sesi gambar. Maka jadilah Photojog. Dulu pun pernah photojog juga. Maka aku persembahkan gambar yang aku tangkap;




Lepas tuh kan, ada mamat hensem tengah jogging tau. Ramai yang usha :riak:

P/S: Tempat ni juga merupakan tempat tumpuan untuk Wedding Photo. Sapa-sapa nak kawin, boleh laa berposing di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Ribut <b>Di Port Dickson</b> 30 Jul 2011 | Minda Cemerlang

Posted: 30 Jul 2011 07:58 AM PDT

PORT DICKSON, 30 Julai — Sebuah papan tanda tumbang dan menghempap sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengahari tadi.

Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap oleh beberapa batang pokok yang tumbang.

Ribut di Port Dickson 30 jul 2011

Ribut di Port Dickson 30 jul 2011

Ribut di Port Dickson 30 jul 2011

Ribut di Port Dickson 30 jul 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
makanan minda
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

perbarisan tamat latihan | Abg Chob Cikgu Website

Posted: 01 Aug 2011 12:08 AM PDT

The National Blue Ocean Strategy…. Perbarisan tamat latihan serentak ATM dan PDRM di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson Sabtu lepas menyaksikan satu sejarah baru tercipta hasil buah fikiran Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak.

perbarisan tamat latihan

perbarisan tamat latihan

Aku dapat lihat satu paduan kerjasama yang tiada tolok bandingnya apabila lebih 3000 anggota perajurit muda ATM dan konstabel Polis dengan penuh segak mempamerkan satu persembahan kawad yang mengagumkan.

Bukan kerja mudah untuk menyelaraskan dua pasukan sebegini ramai. Mendengar perintah kawad dari seorang RSM yang suaranya macam halilintar membelah padang kawad yang begitu besar. Namun kerjasama jitu membuktikan tiada yang mustahil. Ia terbukti boleh dilakukan.

lambaian PM tabik satu malaysia

Lambaian PM

Betapa bangganya aku melihat para pegawai dan anggota dari kedua2 pasukan berjabat tangan erat dan saling berbalas2 senyuman. Fenomena sebesar dan sehebat ini ini tak pernah aku lihat sebelum ini baik secara live atau pun dari media. Terpancar keikhlasannya. Jika sebelum ini ATM dan Polis dilihat sebagai 2 pasukan keselamatan yang realiti hubungan antara keduanya tak berapa "ERAT" sebab masing2 bergerak di dalam silo tersendiri. Tapi tanggal 30 Julai 2011 menyaksikan tembok pemisah tersebut telah berjaya dirobohkan. Sekalung tahniah buat PM kita. Aku tabik kat Dato Najib. Tabik Satu Malaysia!

Aku sampai kat Pusasda sejak pagi Jumaat dalam keadaan hujan lebat. Masa aku sampai raptai awal bermula jam 8 pagi tadi dah bersurai. Sebab hujan lebat. Raptai kedua jam 10 pagi sepatutnya bermula tapi di batalkan sebab hujan lebat langsung tak mahu reda. Aku bayangkan kalaulah keadaan sama macam ni pagi besok…tentu akan menjejaskan perbarisan tamat latihan bersejarah ini. Alhamdulillah sekitar jam 11.30 pagi Jumaat, hujan berhenti terus dan tak semena2 panas terik. Padang kawad yang tadinya basah lencun sekejap saja dah kering kontang. Perfect untuk latihan kawad. Tapi rehearsal tetap tak diteruskan kerana dah tergelincir dari jadual asal. Aku keluar bersiar santai ke Telok Kemang, makan2 dan berehat

Malam tu setelah mendapatkan lokasi parking yang sesuai aku landing kat mesjid Pusasda jer. Kalau aku ambil homestay kat luar pasti sangkut jamp giler awal pagi besok. Yela laluan PM. Gerenti sesak punyer… memang tepat sangkaan aku. Waris2 mula berpusu2 masuk ke kem seawal jam 10 malam tak ubah macam semut hitam masuk sarang. Paking lot semua penuh. Mesjid penuh sampai ke perkarangan. Bilik air mesjid pun turut tersumbat! Punyer la ramai manusia!!

Seawal jam 4 pagi grandstand semuanya penuh. Masing2 ambil kedudukan awal dan pilih tempat yang strategik nak tonton peristiwa bersejarah. Aku tak tahu la mereka ni ambil giliran sembahyang subuh ke tidak! Wallahua'lam…. Tapi mesjid penuh dengan jamaah subuh. Lepas berwuduk, aku solat dalam keadaan terkuncil saja pagi tu. Tak lalu aku nak jejakkan kaki masuk ke bilik air. Naik geli geleman aku tengok keadaannya. Selesai solat aku kembali ke grandstand tunggu hingga jam 8 majlis bermula. Seorang demi seorang orang2 besar sampai. Bermula dengan Komandan, dikuti KPN, Panglima ATM, Menteri Pertahanan Dato' Zahid, Dato' Menteri Besar NS akhirnya PM tiba tepat jam 9.30 pagi. Lagu Negaraku dilaungkan bergemuruh penuh bersemangat. Berdiri bulu romaku. Jangan main2 dengan kuasa PERPADUAN…… memang menggerunkan…

Upacara perbarisan bermula dengan cukup cantik. PM melakukan pemeriksaan perbarisan dengan menaiki jeep. Sampai kat penonton di tepi padang beliau sempat melambai sambil menunjuk isyarat 1 Malaysia. Maknanya kena bersatu la……. Bukan dia nak apa2 dari kita… pakat2 pangkah dia sudah la… barulah dia ada mandat nak buat kerja… Kalau tak … tentu huru hara punyer… mahu tidaknya… yang tak pernah masuk sekolah memandu pun ingin nak jadi drebar…. bahaya tu….

bumbung kena ribut

pentas utama hilang bumbung

PM selesai berucap, bangun meninggalkan pentas utama ke mana aku tak tahu la…pi soru kot kat dewan makan atau beredar erus kemajlis kat tempat lain pulak. Kita faham jadual dia memang padat. Pada ketika inilah Allah takdirkan satu kejadian yang luarbiasa berlaku. Dengan tak semena2 langit jadi gelap. Gumpalan awan hitam tiba2 saja berkumpul betul2 atas kepala kami. Hujan kasar mula menyiram. Macam siraman air menyurai penunjuk perasaan perhimpunan "bersih" tempoh hari.

Diikuti angin kencang yang berputar2. Sekelip mata bumbung sebelah pentas utama habis diterbangkan. yang tinggal hanya tiang kerangka besi. Penonton bercempera lari menyelamatkan diri masing2.

ada yang cedera....

Tak habis setakat itu, beberapa batang pokok besar sekitar kem turut sujud menyembah bumi. Aku tak nampak apa yang berlaku di luar ke kem. Aku perasan memang banyak kenderaan yang diletakkan di sepanjang laluan masuk ke kem. Semuanya berlaku dengan pantas.

Hujan tiba2 reda. Ribut tiba2 hilang. Aku memberanikan diri keluar buat tinjauan bersama ramai yang lain.

tumbang...

Ohh.. syukur tak ada yang cedera parah. Adalah seorang dua yang calar2 kena zink melayang dan genting pecah yang jatuh. Tak ada yang patah2. Tapi suasana masih cemas. Ambulan Pertahanan Awam dan dari Hospital PD menjerit2 datang. Membawa yang cedera ke hospital. Aku cuba hubungi 2 orang anak2 aku yang terpisah semasa mengambil perlindungan tadi. Aku yakin mereka selamat, cuma nak pastikan dimana mereka berada. Keadaan terlalu sesak . Aku tak nampak mereka. Aku cuba call tapi line Maxis sudah "KONG". Aku pakai Celcom. Aku boleh call keluar tapi anak aku tak terima. Bila mereka cuba call aku, yang aku dapat hanyalah auto mesej miss call. Waduh…… gawat banget!! Jadi aku belajar satu hikmah di sini. Jangan terlalu yakin dengan kehebatan teknologi komunikasi yang ada. Semuanya boleh lumpuh dan jadi tak bermanfaat langsung dalam keadaan yang Allah tak izinkan. Jadi yakinlah kepada yang kuasa yang Maha Hebat, bukannya teknologi ciptaan manusia.

Sebaik keadaan reda, aku kumpulkan anak2 dan isteri kat perkarangan mesjid kem. Kita merangka aktiviti seterusnya setelah berjaya melalui ujian Allah sebentar tadi. Setelah bergambar kenang2an dan makan2 apa yang patut, kami mendoakan keselamatan buat anak sulong aku yang kini sudah bergelar perajurit muda. Kami pun teruskan perjalanan….

tenggelam

tenggelam....

anak belum bangun tidor...

anak belum bangun tidor...

terbeliak

terbeliak...

otw balek....berehat sekejap kat medan ikan bakar terapung sg baru melaka

Share on Facebook

Tags: , , , , , , ,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


edyesdotcom: Ceramah Tolak Fitnah Menjelang Ramadhan <b>di Rembau</b> <b>...</b>

Posted: 29 Jul 2011 08:43 PM PDT


Ceramah : Tolak Fitnah Menjelang Ramadhan

Bersama : YB Johari Abdul, Ust Nor Azman Mohamad (Lobai Kampong),
YB Mohd Taufek Abd Ghani & che'GuBard

Tompek : Kampung Pulau Bintongan (Rumah Hj. Taufek), Rembau.
Maso : 845 Malam
Tarikh : 30.07.2011
Pertanyaan : Norazizi 012 3696474

Rombau, Soghomban, mambau, rantau, tampin, mantin, pilah, inas, paroi, johol... moh datang dongar coramah... 


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Mohamad Taufek Abd Ghani: 17 tahun tunggu elektrik <b>di Jelebu</b> <b>...</b>

Posted: 28 Jul 2011 01:40 AM PDT

Akhirnya selepas menunggu selama 17 tahun, sambil berusaha memohon bekalan elektrik ke rumah beliau di Kg Ulu Jelebu dari TNB dan kerajaan UMNO/BN, pada 27 Julai 2011, rumah En Radzuan Bin Halim, 50 tahun dan Puan Norhayati telah pun terang benderang dengan cahaya lampu berkat usaha dari sebuah NGO dengan kerjasama PAS Kawasan Jelebu dan PAS MTD Klawang.

Pihak NGO tersebut telah menyumbangkan sebuah generator dan 5 buah tilam kepada keluarga En Radzuan.

Pihak PAS MTD Klawang telah memberikan kerjasama dengan menyumbangkan wayar dan paip untuk membuat pendawaian di dalam dan di luar rumah En Radzuan.

Pasukan Unit Amal Jelebu telah menghantar 2 orang petugas mereka menjalankan kerja-kerja pendawaian tersebut.

En Radzuan menyatakan rasa gembira dan terharu dengan sumbangan dari pihak NOG tersebut dan usaha yang dijalankan oleh PAS untuk membantu beliau dan keluarga.

Beliau mempunyai 10 orang anak, iaitu 6 perempuan dan 4 lelaki. Dengan adanya lampu yang terang ini dapatlah anak-anak beliau mengaji dan meneruskan pelajaran pada waktu malam katanya.

En Radzuan menambah lagi walaupun dia tahu PAS bukanlah parti pemerintah tetapi usaha PAS yang ikhlas membantu orang-orang yang miskin seperti beliau, membuatkan beliau rasa terharu dan beliau mendoakan kemenangan PAS pada pilihanraya yang akan datang supaya lebih ramai lagi orang dapat dibantu.

Menurut Saudara Nor Anif (Timbalan YDP) adalah menjadi tanggungjawab PAS membantu semua orang sesuai dengan tema Muktamar tahunan PAS baru-baru ini iaitu 'Negara Berkebajikan'.

Saudara Anif juga menegaskan bahawa walaupun sekarang ini rumah En Radzuan telah pun terang tetapi masih menjadi tanggungjawab kerajaan UMNO/BN menyalurkan bekalan elektrik ke rumah En Radzuan kerana bekalan elektrik adalah kemudahan asas yang menjadi hak semua rakyat Malaysia untuk mendapat nya terutamanya kawasan Parlimen Jelebu ini diwakili oleh Rais Yatim yang juga seorang Menteri Kanan.

http://pasjelebu.blogspot.com/

Laporan penuh bergambar di http://orangklawang.blogspot.com/2011/07/selepas-17-tahun-baru-nampak-cahaya.html

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PAS Negeri Sembilan: 17 tahun tunggu elektrik <b>di Jelebu</b>, akhirnya <b>...</b>

Posted: 28 Jul 2011 01:40 AM PDT

Akhirnya selepas menunggu selama 17 tahun, sambil berusaha memohon bekalan elektrik ke rumah beliau di Kg Ulu Jelebu dari TNB dan kerajaan UMNO/BN, pada 27 Julai 2011, rumah En Radzuan Bin Halim, 50 tahun dan Puan Norhayati telah pun terang benderang dengan cahaya lampu berkat usaha dari sebuah NGO dengan kerjasama PAS Kawasan Jelebu dan PAS MTD Klawang.

Pihak NGO tersebut telah menyumbangkan sebuah generator dan 5 buah tilam kepada keluarga En Radzuan.

Pihak PAS MTD Klawang telah memberikan kerjasama dengan menyumbangkan wayar dan paip untuk membuat pendawaian di dalam dan di luar rumah En Radzuan.

Pasukan Unit Amal Jelebu telah menghantar 2 orang petugas mereka menjalankan kerja-kerja pendawaian tersebut.

En Radzuan menyatakan rasa gembira dan terharu dengan sumbangan dari pihak NOG tersebut dan usaha yang dijalankan oleh PAS untuk membantu beliau dan keluarga.

Beliau mempunyai 10 orang anak, iaitu 6 perempuan dan 4 lelaki. Dengan adanya lampu yang terang ini dapatlah anak-anak beliau mengaji dan meneruskan pelajaran pada waktu malam katanya.

En Radzuan menambah lagi walaupun dia tahu PAS bukanlah parti pemerintah tetapi usaha PAS yang ikhlas membantu orang-orang yang miskin seperti beliau, membuatkan beliau rasa terharu dan beliau mendoakan kemenangan PAS pada pilihanraya yang akan datang supaya lebih ramai lagi orang dapat dibantu.

Menurut Saudara Nor Anif (Timbalan YDP) adalah menjadi tanggungjawab PAS membantu semua orang sesuai dengan tema Muktamar tahunan PAS baru-baru ini iaitu 'Negara Berkebajikan'.

Saudara Anif juga menegaskan bahawa walaupun sekarang ini rumah En Radzuan telah pun terang tetapi masih menjadi tanggungjawab kerajaan UMNO/BN menyalurkan bekalan elektrik ke rumah En Radzuan kerana bekalan elektrik adalah kemudahan asas yang menjadi hak semua rakyat Malaysia untuk mendapat nya terutamanya kawasan Parlimen Jelebu ini diwakili oleh Rais Yatim yang juga seorang Menteri Kanan.

http://pasjelebu.blogspot.com/

Laporan penuh bergambar di http://orangklawang.blogspot.com/2011/07/selepas-17-tahun-baru-nampak-cahaya.html

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Masalah Air <b>di</b> Matrik <b>Kuala Pilah</b> sejak Zaman <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2011 08:00 PM PDT

Masalah Air di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Aduan Rakyat Online, July 18th, 2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Saya mewakili para pelajar perempuan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang terletak di Kuala Pilah ingin menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap masalah air yang membelenggu kami, pelajar perempuan yang mendiami kolej kediaman Cendikia (blok C).

Kolej kediaman Cendikia merupakan kolej kediaman yang terletak paling jauh dari pusat pentadbiran dan dewan kuliah. Selain daripada perlu menghadapi kenyataan bahawa asrama kami merupakan asrama yang paling jauh, kami juga mengalami gangguan air yang teruk. Terdapat 4 blok iaitu C1, C2, C3 dan C4. Setiap blok dianggarkan terdapat lebih 150 pelajar perempuan.

Pada waktu ini, blok C1 sudah kehabisan air langsung, maka dengan itu, seramai lebih kurang 150 pelajar dari Blok C1 turun ke Blok C2 untuk memenuhi keperluan diri seperti mandi dan sebagainya. Oleh itu, ini menjadikan 300 orang pelajar mandi di satu blok yang sama kerana jarak antara Blok C1 dan Blok C2 adalah yang paling hampir berbanding blok-blok yang lain.

Hal ini menyebabkan Blok C2 juga kehabisan air dan perkara yang sama berlaku pada Blok C3. Oleh hal yang demikian, seramai lebih kurang 450 orang pelajar terpaksa berebut dan bersesak di Blok C4 untuk mandi. Malangnya, tandas di Blok C4 hanya terdapat sebanyak 8 buah sahaja.

Kami telah menyuarakan perkara ini kepada pihak kolej tetapi sekali lagi malang buat kami kerana tiada tindakan diambil oleh pihak kolej. Kata-kata yang kami terima hanyalah "memang dari zaman pak kaduk lagi macam ni". Mereka seolah-olah tidak ingin mengambil sebarang langkah untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi.

Oleh itu, kami terpaksa mengambil insiatif ini iaitu kami mengadu kepada Aduan Rakyat dengan harapan pihak Aduan Rakyat dapat membantu menyelesaikan masalah kami di sini.

Kami berharap pihak Aduan Rakyat mengambil langkah terbaik bagi menyelesaikan hal ini. Hal ini kerana kami sudah buntu untuk mencari jalan bagi masalah kami ini.

Sekian. Terima kasih.

By: Anis Husna

http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-di-kolej-matrikulasi-negeri-sembilan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>serting</b> hilir - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2011 12:00 AM PDT

Kelmarin, 04-06-11; meriah majlis perkahwinan dua pasang pengantin di rumah Matseh Manaf, Pengurus FELDA Serting Hilir Lima.


Namun, bukan itu yang ingin aku khabarkan. Yang aku akan khabarkan di sini ialah:


SAH! Ada usaha pihak Pengurusan FELDA untuk memujuk peneroka supaya menarik balik saman mereka yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban, tahun lalu. Saman peneroka terhadap FELDA berkaitan isu kadar perahan minyak sawit yang melibatkan lebih 600 orang peneroka tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Khabarnya, usaha dibuat secara pujukan menerusi individu, bukan secara kelompok. Ada tawaran kewangan. BIASALAH tu, bila dah dah terdesak, macam - macam la janji dan budi. Semakin banyaklah tebu tumbuh di tepi bibir.


Yang aku tahu, sebelum saman itu difailkan, telah ada ruang rundingan dan perbincangan. Malangnya, pihak berkenaan tidak mahu menerima permintaan para peneroka berkenaan.


Bila dah masuk mahkamah, dah makan masa setahun, pandai pulak nak ajak berunding.


Benarlah kata aku;

akibat pintu rundingan seringkali tertutup, masalah akan merayau ke halaman orang.


Tu pasal, pihak kilang FELDA janganlah bersikap, Peneroka adalah Pelanggan Kelas Dua yang tidak tahu apa - apa.

Kita sangka mereka tidak tahu apa-apa walhal, mereka lebih tahu daripada kita tentang dunia. Kita yang ketinggalan rupa - rupanya.


Dengarnya, akan ada lagi kes saman - menyaman kadar perahan minyak sawit ni. Ini semua angkara kilang sawit yang tidak mendahulukan rakyat. Kita tunggu......

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PRU13 Sengit <b>Di Negeri Sembilan</b>

Posted: 31 Jul 2011 11:32 PM PDT

SHAH ALAM 1 OGOS: Simulasi pilihanraya Umno bukan sahaja meramalkan BN tewas di Perak, tetapi juga di Negeri Sembilan. Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke menjangkakan Negeri Sembilan bakal menyaksikan pertembungan hebat dalam PRU akan datang.
Beliau bagaimanapun mengambil sikap berhati-hati bagi mengelak termakan perangkap psikologi Barisan Nasional.
"Kita menjangkakan ada persaingan sengit dikedua-dua negeri ini. Apa-apapun saya rasa, dipihak kita dalam Pakatan Rakyat kita jangan termakan dengan propaganda ini," tegas Anthony.
Beliau juga berharap agar semua ahli parti akan terus bekerja keras selagi pilihanraya ke-13 masih belum diadakan.
"Mungkin seolah-olah mereka nak membuat kenyataan ini untuk kita berasa selesa dan supaya tidak perlu bekerja kuat untuk berkempen. Jadi saya tidak perlulah berasa terkejut ataupun berasa gembira dengan kenyataan seperti begitu," jelas Anthony.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads