Sabtu, 20 Oktober 2012

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Pradigma Srikandi: [Puteri UMNO Bahagian Seremban & <b>Rasah</b> <b>...</b>

Posted: 20 Oct 2012 01:35 AM PDT

 Puteri Seremban Dan Puteri Rasah bersama dalam Program Puteri Prihatin di Hospital Tuanku Jaafar Seremban..

Mengunjungi Pesakit Warga Emas Melayu..
Bertanya khabar...semoga cepat sembuh...

 Tq atas kerjasama yang baik...Ketua Jururawat yg bersama dalam lawatan. 
Sebelah kanan, Pn Norashikin Abdul Rahman, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rasah
Bersama Krew Jelita.. Bertugas di hari pertama.. Bila Seremban dan Rasah bergabung.. Nilah hasilnya

Tiada ahli keluarga yang datang menjenguk sepanjang berada di hospital... Semoga Auntie cepat sembuh. Bertepatan dengan kempen 'Sayangi Warga Emas' yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di Negeri Sembilan pada 24 April 2012, perkara seperti ini perlu dipandang berat dan diambil perhatian.. Semoga ramai anak di luar sana tidak melakukan kedua ibu bapa seperti ini.. Mereka insan yang banyak pengorbanan buat kita.. Mohon sayangi warga emas dan mereka yang memerlukan bantuan.. :) 

Wad seterusnya.. Sayang.. :)

Auntie ini gembira menerima kunjungan kasih sayang dari ahli Pteri UMNO Seremban.  Kita kasih pada semua.. 1Malaysia.. semua kaum tidak terpinggir..

 Bersama Naib Ketua Puteri Bhg. sempat singgah di Balairaya Jiboi Baru, Program Salam Sayang Wanita UMNO.

Kami sempat mengunjungi dan melawat Mazwin AJK Puteri Bhg.Sban yang telah melahirkan bayi lelaki baru-baru ini.
Alhamdulillah, akhirnya keadaan mengizinkan saya untuk mengemaskinikan blog Pradigma Srikandi.  Sebentar nanti di kawasan Sikamat pula.. Insya Allah, saya tidak akan berhenti berkhidmat selagi nyawa di kandung badan..
Terima kasih kepada ahli-ahli Puteri dan Belia yang sentiasa bersama aktiviti Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban mahupun aktiviti Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan.
Kita bukan belia 'demo crazy'.. kita belia Nusa dan Bangsa.. Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh.. 
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban 
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 
Presiden Majlis Belia Negeri Negeri Sembilan

05 di ampangan - Google Blog Search

05 di ampangan - Google Blog Search


Manjung Mari: Menyedihkan gambar-gambar Abby berceramah <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2012 06:36 PM PDT

Mula-mula Assyaikul Ostad Kazim menghentamnya, katanya baru dua hari joint parti PAS dah melebehi ustazah,,  kemudian Ustaz ASri pun hentamnya juga, kalau tak tahu pasai hukum jangan duk memandai bercakap,,, 
Kemudian yang terkini kena lagi,, dengan Mursyid Ulama Muda UFB pulak...

Apa  pun, selagi duk kena dengan ostad-ostad yang macam jeolous dengannya,, semakin mendapat sambutan... sendiri lihat.... 







He he, lepas ni ostad-ostad pencacai UMNO mana pulak yang dok nak hentam ko Abby... 

Sumber gambar aku cilok dari 
jinggo-fotopages.



05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


My Hectic Life as Superb Wife: Sepetang <b>di Teluk Kemang</b> (PD)

Posted: 07 Oct 2012 10:18 PM PDT

Semalam alang2 pergi kenduri kahwin member Cik Abang kita kat Senawang, Cik Abang kita ajak kita pergi ke Port Dicson. Ermmm.... macam biasa lah kalau Port Dickson maknanya ke Pantai Teluk Kemang lah... Banyak Pantai2 lain tapi kat sini pantainya landai... sesuai untuk budak2 mandi manda.. Ramainya orang tak terkata..
Sampai2 je kat sana terus kita cari port nak melabuhkan punggung yang debab nie... HeHe... Kita dah lama tak datang kat sini... so kali nie agak Jakun jugak lah tengok deretan kerusi and meja yang tersusun di tepi pantai... Mulanya kita ingatkan free... sekali tu kena sewa lah... Ok tu tak kisah lagi tapi punya lah cekik darah... sewa table je dah RM20.00 HUH... Cik Abang kita kata nie semua pasal hari minggu lah kalau tak cuma RM10.00 jer... Si kenit... bukan main relax lagi duduk kat bawah payung sambil angin laut tiup sepoi2 bahasa..
Posing sikit Adik... Comel.. :)
Cik Abang kita tak nak turun mandi dulu... kalau tak berkilat lah kulit oiii... panas giler kat sini... So jawabnya relex2 dulu sambil mengunyah makanan yang kita beli di food stall Teluk Kemang nie... Tapikan... time sedap2 kami makan tu tiba2 datang seorang lelaki muda nie bertutur dengan dialek Kelantan Pekat. Katanya dia datang jauh dari Pattani... Dia nak mintak kita beli keropok ikan parang yang dia jual... Memang tengok kesian, tapi kat rumah kita berlambak keropok kering, almaklumlah Cik Abang kita orang Terengganu so benda2 cam ni wajib ada kat Rumah. 
Kita pun menolak dengan cara baik... bukan apa memang stok kat rumah banyak tapi yang tak leh tahan tu di jual sampai RM12.00 sepeket. AIYO... CEKIK DARAH... tapi mamat nie main paksa2 orang jugak beli.. sampai guna perkatann TOLONG bagai... so Cik Abang kita hulur sikit untuk dia buat minum air (Bagi kita cukup untuk makan sekali kot), dah tu mamat nie still paksa2 lagi... kita pun geram lah... Kita cakap kat mamat tu "Rumah kita dah banyak.. lagipun Abe kita nie org Ganu... banyak kat rumah"... then baru lah dia belah dengan muka tak puas hati..
Tak cukup sorang... datang lagi sorang mamat nie, guna taktik yang sama.. kita dah bengang.. orang datang nak relex depa datang buat kacau... sakit hati kita tau...  Cik Abang kita tolak tawaran mamat tu dengan senyuman... and still dia paksa2 jugak...Kita direct je sound Cik Abang kita depan mamat tu " Tak payah bang, rumah kita banyak berlambak" then baru lah mamat tu belah... agaknya dia tengok muka kita yang Cengeh nie.. dia pun angkat kaki meninggalkan kami..
Muka Cik Abang kita nie muka orang boleh minta TOLONG ker?????
Hilang selera kita kejap... dek karana kehadiran salesman tak bertauliah ni... DALAM KEADAAN HANGIN kita tu... terubat jugak lah bila ternampak umang2 yang di dalam botol nie... (Siapa pulak lah menangkap binatang nie) Si Kenit excited campur curious bila tengok umang2 nie.. ye lah orang bandar.. mana nak kenal haiwan pelik2 cam nie.. Time kita syok2 tengok Umang2 nie main nyorok2 tiba2 datang dua orang budak India mintak botol yang berisi Umang2 ni... (So ini lah si penagkap Umang2)... Si Kecik buat muka sedih... kita pun pujuk lah dia "Ala nak buat macam mana itu bukan kita punya... Abang2 tu yang punya..."
Tapi sedihnya kejap aja... kita pujuk dia and start buat sand castle... 
Panas terik tak terkata kita duduk bawah payung je....  Kita tak join Cik Abang mandi...Abih kulit kita terbakar...
Si kenit tak nak mandi cause takut air masuk mata and hidung... Tu semua pasal bad experiences masa kat Pangkor dulu... sampai ke hari ini takut dengan air laut... Tapi bila Cik Abang kita pujuk and belikan pelampung... baru lah dia nak turut join ayahnya mandi pantai... Pelampung yang comel lah... tak main lah pelampung tube tayar nieh... 

Kita awal2 dah surrender tak tahan panas... Kita duduk jaga barang je lah...  
Apa pun kita puas hati dapat jugak bawak Si Kenit tu bersiar-siar mandi air laut (tak de lah asyik pegi shopping mall je)...Ye lah serampang dua mata... boleh kita berjimat... ;) Sebelum kita balik sempat kita beli fridge magnet...boleh tambah koleksi kat rumah lagi...

Hurm... minggu depan nak kemana ya???? tengok lah tak decide lagi...

Percutian Singkat Ke <b>Teluk Kemang</b> | Mohdzaid.com | Aku Cuma <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2012 04:51 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Semalam adalah percutian singkat aku bersama keluarga di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kalau nak diikutkan ini adalah percutian ke 1000 kali kot ke PD ntah la rasanya dah tak terkira pergi PD ni sebab ...

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Tiga Pelajar <b>Di Nilai</b> Cedera Diserang <b>...</b> - Anak-Anak <b>Negeri Sembilan</b>

Posted: 07 Jul 2012 07:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga pelajar tingkatan enam sebuah sekolah menengah di Nilai, Negeri Sembilan cedera selepas dikatakan diserang sekumpulan lelaki di kawasan sekolah itu dalam kejadian 10.45 malam Jumaat.

Bapa seorang mangsa, ASP Zulkarnain Ismail dari Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, berkata anaknya dibelasah tiga lelaki berumur lingkungan 20-an selepas cuba menyelamatkan rakan yang dipukul di depan pejabat sekolah.


"Saya dimaklumkan anak saya (Muhammad Najib) bahawa kejadian berlaku ekoran seorang pelajar tingkatan tiga tidak berpuas hati dengan teguran kerana membuat bising yang dibuat seorang mangsa yang ketika itu bertugas sebagai fasilitator bagi program yang dianjurkan pihak sekolah.

"Pelajar (tingkatan tiga) itu kemudian menghubungi abangnya yang kemudian datang ke sekolah bersama dua lagi rakan sebelum membelasah pelajar tingkatan enam berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Zulkarnain berkata anaknya serta seorang lagi rakan yang cuba membantu Mohd Salman Mohd Ismail, 18, mengalami luka dan bengkak. Sementara itu, Mohd Salman berkata ketika kejadian, beliau sedang melihat aktiviti sekumpulan pelajar tingkatan tiga, sebelum seorang suspek menghampiri dan menumbuknya bertubi-tubi.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Salman berkata seorang guru cuba menyelamatkan beliau namun tiga lelaki tersebut terus membelasahnya.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Nilai dan dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Sumber: Bernama

Tokan tando arrow di bawah untuk lihat komen Facebook terkini!

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Sepetang <b>di</b> Atas Air - Grand Lexis, <b>Port Dickson</b> | Nadot&#39;s Words

Posted: 28 Aug 2012 06:12 AM PDT

Kenape mood menulis belum betul-betul recover nih? Mood nak makan je yang makin menjadi-jadi. Tensenn.. Anyway, sebab tak brape nak rajin & nak tido awal sebab mcm ngantuk dah wpun pukul 9pm baru, aku buat entri bergambar je la eh hari ni.

(Dah la Nadot..entri bergambar je konon… dapat gak ko bebel 2 perenggan.. hehehe)

Ketika orang lain tengah sibuk beraye pada petang raya ketiga, kami anak beranak berjakun-jakun berjalan-jalan di titian perjalanan jambatan atas air di Grand Lexis menghirup udara segar tepi laut.

——

——

Maafkan kegedikan saye ;p

——

Nawfal yang Gembira! (^_^)

——

Sedangkan lidah lagi tergigit. Apa pula, suami isteri.
Eh!.. Cam kurang kene mengene je.. hehehehe

—–

KAMI (^_^)

——

Yours Truly, bergaye bersama tudung baru dari PEACE.. hohoho

Gambar atas ni, bukan nak suruh tengok aku, nak suruh korang tengok pemandangan kat belakang tu…cam cantek je… Tapi dengan adenye aku dalam gambar ni, kire mcm bonus la..menambahkan kecantikan gambar ni la kirenye…. hahahhahaha

(jangan kutuk statement di atas pleaseee… hohohoho)

ok..ok..aku tido dulu.. bai!

Later ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ads