Isnin, 13 Ogos 2012

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


(GAMBAR) Empat Rentung Dalam Kemalangan Lori Tangki <b>Di Jempol</b>

Posted: 20 Jul 2012 07:37 PM PDT

Empat individu rentung selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka bertembung sebuah lori tangki sebelum terbakar di Kilometer 37, Jalan Keratong-Bahau, dekat Jempol, petang semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 4 petang itu, semua mangsa yang belum dikenal pasti identiti, maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori diesel terbabit yang turut cedera dapat menyelamatkan diri.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara dalam perjalanan dari Bahau ke Keratong, Pahang, manakala lori tangki itu dari arah bertentangan menghala ke Felda Serting.

Menurutnya, difahamkan, pemandu lori tangki terbabit cuba membelok di tempat kejadian selepas satu objek dipercayai tayar ganti terjatuh.

Bagaimanapun, katanya, lori tangki itu dipercayai terbabas lalu merempuh pacuan empat roda dinaiki keempat-empat mangsa menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar.

"Pertembungan itu menyebabkan tiga mangsa rentung akibat tersepit dan gagal keluar apabila kenderaan itu terbakar, manakala seorang mangsa dikatakan tercampak keluar di bawah kereta dan turut rentung.

"Bagaimanapun, pemandu lori terbabit yang cedera berjaya keluar dari kenderaannya,'' katanya.

Menurut jurucakap itu, siasatan polis mengesyaki keempat-empat mangsa terbabit adalah dari satu keluarga, namun masih menunggu laporan bedah siasat lanjut kerana identiti mereka gagal dikenal pasti kerana rentung sama sekali.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun tidak dapat mengulas lanjut kerana belum menerima laporan lengkap.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Salam Aidiladha <b>di Teluk Kemang</b> - You, you, you.. inspire me

Posted: 08 Nov 2011 05:20 AM PST

Salam & Hi;

konon nak update entry malam tadi tapi ngantuk yang amat. plus nak setkan diri sendiri mesti tidur sebelum pukul 12tengahmalam. jadi, semalam dah dekat pukul 12tengahmalam lalu cepat2 tutup laptop dan zzzzzz…

okay2, ni cerita masa raya haji hari tu. dah settle beraya semua satu family, petang tu kami sekeluarga keluar ke Teluk Kemang. satu sebab adalah hujung minggu satu2nya waktu berhari keluarga. lagipun, auji sukaaaaa sangat berjalan. dia kan dah pandai jalan. baru ni dah pandai berlari lari anak. alahaiii comel. terkedek kedek. geramlah.

jadi, kat teluk kemang tu ada dataran. kat situ macam2 ada. ada kuda. ada kereta kuda. ada budak2 main kereta. main basikal yang macam kereta, hmm tatau lah nak describe macamana bentuk dia. jadi, kalau ramai2 orang ni memang laaaa kesukaan auji. auji happy, kami pun happy.

entah apala daddy duk cerita kat auji ni ha. tunjuk cat kot. kami tak pergi pantai pun. saja taknak bagi auji main pasir. dah jalan2, pusing2 kat situ kami terus pergi minum. hubby minum air kelapa. yummy.

alaaaaaaa.. tengoklah gaya anak beranak. mummy pantang nampak tempat duduk. jalan sikit duduk. jalan sikit duduk. letih wooo kejar auji berjalan. auji dahla sukahati dia je nak tegur semua orang. alahaiii.

oklah, tatah semua. nanti sambung lagi. i miss you rifdhi auji ! oh, auji dah pandai cakap bak, bak, bak. bak tu tandanya mintak barang. kalau kita tak bagi, dia cakap yah, yahhh, yah. maksudnya, takpayah. hahaha. muahhh sayang anak mummy mutukmatam tu !

This entry was posted on Tuesday, November 8th, 2011 at 9:20 pm and is filed under babyboo, Balik Kampung. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

ads