Rabu, 3 Julai 2013

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Hanya 20 orang hadir ceramah Pakatan Rakyat <b>di Mambau</b>. | N9 <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2013 08:03 PM PDT

Mambau : 26 April : Pakatan Rakyat telah mengadakan  siri ceramah mereka dengan membariskan Calon  PR Rantau dan  calon PR Rembau hanya disambut oleh 20 orang penyokong. Bagaimanapun ceramah diteruskan dengan membentangkan isu menefesto PKR di Negeri Sembilan. Penceramah begitu yakin dan menyatakan bahawa Putrajaya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU13 ini.

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


REMBAU HARI INI: Khairy hanya tumpu kempen <b>di</b> DUN <b>Paroi</b>

Posted: 28 Apr 2013 05:23 AM PDT


Nampakya KJ hanya menumpukan kempen di DUN Paroi. Adakah dia begitu yakin akan mendapat undi yang begitu banyak dari penyokong tegar Umno di kampung-kampung terutamanya di DUN Chembong, Kota dan Rantau?

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Rozmal bin Malakan: Kubur Tok Nungka Nangkir <b>di Rembau</b>

Posted: 28 Jun 2013 02:49 AM PDT



Rembau merupakan daerah yang penuh bersejarah. Tapi sayang ianya dihargai oleh banyak pihak, bukan sahaja generasi kini, malahan mereka yang bertanggung jawab memelihara dan memulihara khazanah negeri ini.
Kewujudan Makam Tok Nungka Nangkir tidak banyak diketahui sejarahnya yang lebih jelas dan terperinci. Harap ada pihak yang dapat membuat penyelidikan, pemeliharan serta pemuliharan makam ini.
Apakah Tok Nungka Nangkir ini sentiasa mengingatkan orang kampung akan pertanyaan malaikat dalam kubur?

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


two plus one and more: Trip Memancing: Kuala <b>Lukut</b>

Posted: 28 Jun 2013 04:05 PM PDT

Hampir setiap kali balik ke PD, En Kaki Pancing tak akan lepaskan peluang pergi memancing di Kuala Lukut. Geng pancing dia kali, macam biasa ayah dan adik saya. Guna enjin sangkut sendiri tapi perahu sewa kat orang. Sampan disewa dengan harga RM40. Umpan yang  biasa digunakan ialah udang kopek. Dulu-dulu ayah selalu guna umpun, sekarang ikan-ikan dah tak nak makan umpun. Tak pernah pulak guna gewang, nanti saya ingat birthday ayah awal tahun depan, nak hadiahkan ayah gewang. Dari jam 9 pagi hingga lewat petang, nak masuk magrib baru balik. Alhamdulillah, dapat 15 ekor ikan. Ada ikan sembilang, kerapu, kerapu singa, malong, gelama dan lain-lain. Cuaca minggu tu tak  berapa baik. Jerebu baru tiba. Mungkin tu penyebab ikan tak banyak.
 lepas balik pancing, soalan selalu saya tanya 'sapa menang, sapa dapat ikan banyak?'

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Hutan Lipur <b>Serting</b> Ulu diberi nafas baru | n9kini.net

Posted: 29 Jun 2013 10:15 AM PDT

SERTING ULU – Hutan Lipur Serting Ulu di sini, diberi nafas baru apabila bakal dinaik taraf dalam masa terdekat selepas mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri sebanyak RM350,000.

Adun Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berkata, ketika ini kawasan tersebut masih aktif dengan pelbagai aktiviti terutamanya perkhemahan pada hujung minggu melibatkan agensi kerajaan mahupun sekolah.

Menurutnya, surau dan dewan terbuka di kawasan itu juga akan dinaik taraf selain dua kedai makan, dua kolam mandi untuk kanak-kanak serta dewan akan dibina.

"Memandangkan kawasan ini sering dikunjungi orang ramai, kita juga akan menambah kemudahan lampu jalan.

"Projek naik taraf tersebut akan selesai sekitar dua tiga bulan ini," katanya.

Shamsulkahar berkata, selepas dinaik taraf, pihaknya menjangkakan lebih ramai pengunjung akan datang ke sini untuk mengadakan aktiviti riadah.

"Jika ramai yang berkunjung ke sini, pendapatan penduduk setempat yang berniaga di sini juga akan bertambah baik.

"Oleh itu, diharap belia mahupun penduduk kampung dapat menyambut sambut baik usaha ini," katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati bahagian atas hutan lipur ini agak sunyi, namun ianya kembali rancak dengan aktiviti perkhemahan yang dijalankan oleh Berhulu Camp pada hujung minggu.

ads