05 di serting - Google Blog Search |
Hutan Lipur <b>Serting</b> Ulu diberi nafas baru | n9kini.net Posted: 29 Jun 2013 10:15 AM PDT SERTING ULU – Hutan Lipur Serting Ulu di sini, diberi nafas baru apabila bakal dinaik taraf dalam masa terdekat selepas mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri sebanyak RM350,000. Adun Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berkata, ketika ini kawasan tersebut masih aktif dengan pelbagai aktiviti terutamanya perkhemahan pada hujung minggu melibatkan agensi kerajaan mahupun sekolah. Menurutnya, surau dan dewan terbuka di kawasan itu juga akan dinaik taraf selain dua kedai makan, dua kolam mandi untuk kanak-kanak serta dewan akan dibina. "Memandangkan kawasan ini sering dikunjungi orang ramai, kita juga akan menambah kemudahan lampu jalan. "Projek naik taraf tersebut akan selesai sekitar dua tiga bulan ini," katanya. Shamsulkahar berkata, selepas dinaik taraf, pihaknya menjangkakan lebih ramai pengunjung akan datang ke sini untuk mengadakan aktiviti riadah. "Jika ramai yang berkunjung ke sini, pendapatan penduduk setempat yang berniaga di sini juga akan bertambah baik. "Oleh itu, diharap belia mahupun penduduk kampung dapat menyambut sambut baik usaha ini," katanya. Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati bahagian atas hutan lipur ini agak sunyi, namun ianya kembali rancak dengan aktiviti perkhemahan yang dijalankan oleh Berhulu Camp pada hujung minggu. |
You are subscribed to email updates from di serting - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan