Rabu, 3 Julai 2013

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


two plus one and more: Trip Memancing: Kuala <b>Lukut</b>

Posted: 28 Jun 2013 04:05 PM PDT

Hampir setiap kali balik ke PD, En Kaki Pancing tak akan lepaskan peluang pergi memancing di Kuala Lukut. Geng pancing dia kali, macam biasa ayah dan adik saya. Guna enjin sangkut sendiri tapi perahu sewa kat orang. Sampan disewa dengan harga RM40. Umpan yang  biasa digunakan ialah udang kopek. Dulu-dulu ayah selalu guna umpun, sekarang ikan-ikan dah tak nak makan umpun. Tak pernah pulak guna gewang, nanti saya ingat birthday ayah awal tahun depan, nak hadiahkan ayah gewang. Dari jam 9 pagi hingga lewat petang, nak masuk magrib baru balik. Alhamdulillah, dapat 15 ekor ikan. Ada ikan sembilang, kerapu, kerapu singa, malong, gelama dan lain-lain. Cuaca minggu tu tak  berapa baik. Jerebu baru tiba. Mungkin tu penyebab ikan tak banyak.
 lepas balik pancing, soalan selalu saya tanya 'sapa menang, sapa dapat ikan banyak?'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads