Ahad, 28 Julai 2013

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Umno N.Sembilan dan Malaysia tumpu kempen <b>di Paroi</b>

Posted: 23 Apr 2013 08:27 PM PDT



Pada Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 , PAS di Negeri Sembilan hanya memenangi satu kerusi DUN sahaja iaitu di Paroi dalam Parlimen Rembau. Hj Mohamad Taufek Abd Ghani pada ketika itu menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS N.Sembilan telah menewaskan calon Umno.
Kini dalam PRU-13 tahun 2013 , semua jentera Umno tertumpu di Paroi, untuk memastikan kemenangan Umno di Paroi.
Dato Seri Mohamad Hasan selaku Pengerui Barsian Nasional N.Sembilan dan juga calon Umno DUN Rantau yang begitu yakin Umno akan menang besar di DUN Rantau, DUN Chembong dan DUN Kota tertumpu kempennya di DUN Paroi.
Khairy Jamaluddin yang merupakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, calon Umno Parlimen Rembau juga begitu yakin akan mendapat undi yang banyak di DUN Rantau, DUN Chembong dan DUN Kota, juga tertumpu kempennya di Paroi bersama bapa mertuanya Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi.
Ini terbukti dengan berita-berita kempen di laman web http://n9kini.com , hampir majoritinya ialah di DUN Paroi.
Apa khabar pengundi dan petugas Umno di DUN Chembong, DUN Rantau, DUN Kota, DUN Lenggeng, DUN Pilah, DUN Johol, DUN Senaling, DUN Klawang serta lain-lain DUN seluruh Negeri Sembilan selain DUN Paroi?

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di gemas</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jul 2013 09:04 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Catatan Pak Mail: Semalam <b>di Bahau</b>

Posted: 09 Jul 2013 09:30 AM PDT


Kami tiba di rumah Mak Ngah lebih kurang jam 11.00 malam 30hb Jun, 2013. Kami sekadar ingin menumpang tidur sahaja kerana esok  pagi-pagi kami akan ke Bandar Muadzam untuk urusan pendaftaran Nur Nadhirah (anak bongsuku) di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
'Assalamualaikom' isteriku memberi salam.
'Wa alaikomsalam' kedengaran suara dari dalam menyahut. Sebaik daun pintu dibuka Mak Ngah yang bertubuh kecil menegur.
'Ekau Zah, ingekkan sapo tadi'.
'Kami datang nak tumpang tidur' jawab isteriku. 'Esok pagi kami nak ke Pahang, Muadzam'. sambung isteriku.

Melihat kedatangan kami yang tidak dimaklumkan membuatkan Kak Ruby yang berada di atas rumah terkejut lantas tergesa-gesa mengemas keadaan ibu rumah yang kelihatan agak berselerak.

Ibu rumah inilah tempat yang selesa buat kami untuk tidur walaupun rumah Mak Ngah ada bilik tetamu.
'Nak minum air tak', Mak Ngah bertanya kepada kami.
'Tak payahlah Mak Ngah, kami baru saja makan di Bahau tadi', isteriku membalas.
Mak Ngah tahu kami memang gemar minum air teh yang Mak Ngah buat. Campuran teh dan susunya secukup rasa. Dalam hatiku, 'hei, melepas tak dapat secawan teh Mak Ngah'.

Dalam pada itu perkara utama yang aku lakukan ialah mengeluarkan laptop dari beg aku dan cuba akses internet melalui broadband yang aku bawa. Agak mengecewakan, akses internet sangat perlahan. Satu 'bar' sahaja. Itupun sekejap ada sekejap tak ada. Bosan kerana begitu perlahan dan kekerapan terputus, aku pun tutup laptop dan terus pergi mandi. Isteriku masih berbual dengan Mak Ngah dan Kak Ruby.

Bila aku selesai, aku dapati Mak Ngah dan Kak Ruby pun telah masuk ke bilik masing-masing. Barangkali mereka faham bahawa kami perlukan istirehat kerana esok kami perlu meneruskan perjalanan lagi.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Setelah selesai solat subuh, aku sambong mengorok sedikit lagi. Cuaca agak dingin kerana sebelum subuh hujan turun pagi itu. Lagi pun aku tidak dapat tidur lena malam itu kerana diganggu beberapa ekor nyamuk.

Di dapur Mak Ngah sibuk menyiapkan sarapan terutama teh istimewanya. Setelah selesai mandi aku sempat meninjau belakang rumah Mak Ngah. Di belakang rumah Mak Ngah terdapat sebuah perigi.

Aku masih ingat di awal perkahwinan dan sesudah mempunyai dua anak kecil, di perigi inilah aku dan anak-anakku bermandi. Airnya jernih dan sejuk sekali di pagi hari. Menggeletar tubuh badan apabila mandi. Sungguh nostalgik.

Namun, perigi itu kini kering. Tidak langsung mengeluarkan air. Ianya menjadi tanda tanya bagiku kerana di rumah ayahku di Paya Jaras dahulu juga terdapat sebuah perigi yang mengeluarkan mata airnya dengan banyak sekali. Tetapi kini kering kontang. Langsung tidak lagi mengeluarkan airnya dari perut bumi.

Selain perigi, terdapat juga beberapa ekar sawah padi. Tanah ini dipajakkan kepada orang lain untuk diusahakan.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Rancangannya seawal jam 7.30 pagi atau selewat-lewanya jam 8.00 pagi nak berangkat bertolak ke Bandar Muadzam. Hampir jam 9.00 pagi setelah 'pekena' secawan teh Mak Ngah baru kami bertolak.

Seperti biasa sebelum pulang atau berlepas dari rumah Mak Ngah kami tidak lupa menghulurkan sedikit  wang kepada Mak Ngah dan Kak Ruby. Tentunya mereka berbesar hati menerima sumbangan kecil dari kami, walaupun tidak seberapa.

Sebelum kereta kami bergerak sempat Mak Ngah bertanya kepadaku.
'Rayo ni balik tak Mail'.
'Tak tahu lagilah Mak Ngah, tengoklah nanti'.

Usia Mak Ngah mungkin hampir lapan puluh tahun. Tetapi kudratnya masih kuat walaupun susuk tubuhnya agak kecil. Begitu juga ingatannya masih sangat baik. Tidak seperti sesetengah orang yang seusia dengannya yang telah uzur dan tidak begitu baik ingatan mereka.

Perjalanan ke Bandar Muadzam, Pahang agak 'thrill' bagi saya. Ini kerana ianya pertama kali saya ke sana. In syaa Allah akan saya kisahkan pada entri akan datang.

ads