05 di juasseh - Google Blog Search |
sidang cawangan yb dun <b>juasseh</b> ditangguh kerana penipuan!!! Posted: 20 Aug 2013 06:39 PM PDT Persidangan Agung Mesyuarat UMNO Cawangan Kg Sg Jelutong, dalam Bahagian Kuala Pilah yang telah dijalankan semalam, 20hb Ogos 2013, telah ditangguhkan di atas keputusan yang dibuat oleh wakil bahagian. Saya menerbitkan posting ini kerana apa yang berlaku di dalam persidangan cawangan ini boleh dijadikan contoh paling klasik, bagaimana rupabentuk perangai dan mentaliti pemimpin yang sedang memegang kuasa di dalam parti hari ini memimpin dan mengurus parti. 1. Demi untuk mempertahankan kuasa, Ketua Cawangan sanggup melakukan apa saja. 5. Dengan ugutan, ancaman dan tawaran ini, ramai kalangan warga emas, ibu tunggal dan surirumah ini berada di dalam ketakutan, bimbang akan masa depan keluarga mereka dan merasa kehidupan mereka dalam masyarakat akan terancam dan terpinggir. 6. Budaya kempen dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh YB Ketua Cawangan dan orang-orangnya sangat busuk, kotor dan boleh menyebabkan seluruh masa depan institusi masyarakat di Kg Sg Jelutong rosak dan runtuh. 7. Sebenarnya masalah ini sudah menjangkau 10 tahun. Mesyuarat cawangan yang ditangguh atau gantung sementara ini hanyalah kesan atau implikasi dari segala masalah tertunggak yang telah berlaku di disebabkan cara kepimpinan YB Ketua Cawangan ini memimpin dan mentadbir cawangan. 8. Antara budaya dan cara pimpinan yang dijalankan oleh YB Ketua Cawangan hingga menyebabkan masalah cawangan dan institusi masyarakat menjadi tidak harmoni ialah; 9. Puteri UMNO cawangan sengaja dibatalkan pada 2005/2006 di atas alasan tidak cukup korum sedangkan borang keahlian Puteri baru yang diserahkan oleh Ketua Puteri untuk program menambah ahli tidak pernah diproses atau diluluskan oleh YB Ketua Cawangan. 10. Sebaliknya, beberapa kali mesyuarat pemuda di dapati tidak cukup korum dan sering membawa pemuda yang bukan ahli memasuki mesyuarat terus dibiarkan berfungsi. 11. Akhirnya setelah pelbagai usaha dan inisiatif dilakukan oleh sebahagian pemuda dan puteri yang dinafikan hak keahlian mereka di cawangan telah bertindak menyerah dan mendaftar keahlian mereka terus ke ibupejabat UMNO, apabila ibupejabat mengeluarkan perintah dan arahan "KETUA CAWANGAN ATAUPUN BAHAGIAN TIDAK DIBENARKAN MENYEKAT SESIAPA SAJA YANG BERNAMA MELAYU UNTUK MENJADI AHLI UMNO DI MANA-MANA CAWANGAM YANG MEREKA MAHU". 12. Antara peraturan baru yang dkeluarkan ialah; 13. Pokoknya, tiada sesiapa atau mana-mana Ketua Cawangan lagi yang boleh menyekat atau menahan sesiapa saja yang berminat untuk menganggotai cawangan pilihan mereka. 14. Hasil inisiatif pemohon yang dinafikan hak untuk menjadi ahli di Cawangan Kg Sg Jelutong, maka hampir 30 pemohon secara berkelompok yang menghantar terus permohonan mereka ke ibupejabat telah diluluskan permohanan mereka. 15. Saya bertanggungjawab menjadi saksi terhadap permohonan mereka. Saya juga yang memberi panduan kepada mereka bagaimana cara untuk menghantar terus permohonan ke ibupejabat parti. Sayalah orangnya yang memberi mereka jalan untuk pergi berjumpa siapa dan menyerahkan borang keahlian mereka di ibupejabat. 16. YB Ketua Cawangan tidak berpuas hati kerana tandatangan beliau dikatakan telah dipalsukan oleh mereka yang menghantar borang tersebut. 17. Inilah kesan dan akibat dari penipuan, penyalahgunaan kuasa ataupun sekatan yang selama ini telah dikenakan oleh YB Ketua Cawangan terhadap hak warga melayu kampong yang tidak pernah diberi peluang untuk menjadi ahli UMNO. 18. Apabila kita memulakan penipuan, penyelewengan ataupun menyalahgunakan kuasa, maka mereka yang menjadi mangsa kepada permainan ini akan membuat tindakan dan inisiatif untuk mengatasi permainan kotor YB Ketua Cawangan. 19. Akhirnya, itulah tindakan yang diambil oleh mangsa permainan kotor oleh pemohon yang masih muda dan mentah, tetapi sangat berminat untuk memganggotai perjuangan UMNO. 20. Berlakulah "penipuan balas" tandatangan palsu oleh mangsa yang selama ini telah ditipu hidup-hidup dan dinafikan hak untuk menjadi ahli oleh Yang Berhormat Ketua Cawangan, Dato Mohammad Razi Kail. Walhal, pada hakikatnya jika borang keahlian tersebut dihantar tanpa tandatangan Ketua Cawangan pun, ibupejabat tetap akan meluluskan permohonan tersebut kerana pekeliling ibupejabat telah membenarkan ahli menghantar terus permohonan ke ibupejabat jika Ketua cawangan menyekat permohonan mereka. Tetapi anak-anak muda yang masih mentah ini telah melakukan kesalahan etika disebabkan kesalahan etika dan penyelewengan yang disuburkan Yb Ketua cawangan yang begitu takutkan bayang-bayang sendiri demi untuk terus berkuasa dan menongkat langit. 21. Sekarang kita mahu bertanya, 21a. "Siapakah yang sedang menyumbang kepada kerosakkan dan 22b. Pemuda dan puteri yang dinafikan hak untuk bergiat bersama 23. Inilah di antara sebab kenapa blog ini bernama Kepal Nasi Kepal Beras. 24. Ada mereka yang menjadi pemimpin tetapi ibarat mengepal beras. Diberi mandat menjadi pemimpin tetapi sebenarnya menjadi pemecah belah hingga masyarakat pecah berderai. 25. Jadilah pemimpin kepal nasi. Semakin dikepal semakin padat dan lekat perpaduannya. |
You are subscribed to email updates from di juasseh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |