05 di gemencheh - Google Blog Search |
Nasi Ayam <b>Gemas</b> Mustafah | Backpackers.My Posted: 20 Sep 2013 01:09 AM PDT Nasi Ayam Gemas Mustafah sudah beroperasi sejak 1980 lagi. Sejak dari itu, dah banyak cawangan dibuka rupanya. Aku baru tahu ni. OK, slowpoke! Dengar ceritanya, asal kedai ni hanya mempunyai 8 orang pekerja, tokey kedai dan isteri, dan bertapak di gerai dekat Stesen Bas dan Teksi Gemas. Tapi dah sedap sangat kot, terus buka cawangan. Selepas nama kedainya terkenal, ramai pula yang guna nama 'Nasi Ayam Gemas', lalu, pemilik asalnya, Mustafah bin Yusof menukarkan nama kedai beliau kepada Nasi Ayam Gemas Mustafah (original). Apa yang membuatkan Nasi Ayam Gemas Mustafah ni lain, ialah, ayamnya yang lembut. Serious shit! Cer try! Masa pesan nasi ayam ni, kalau nak asing, sila beritahu. Kalau tak, dia sekalikan untuk 2 orang makan dalam satu piring. Tak tahu lah kalau pesan untuk 4 orang, dia sekalikan jugak. Cawangan yang aku terjah ni dekat Tampin. Guna GPS nak cari yang dekat Gemas sebenarnya. Dalam perjalanan tu, jumpa yang kat Tampin, singgah je lah. Jimat minyak. Selain Tampin, cawangan lain termasuklah, Putrajaya, Semenyih, Wangsa Maju, Kluang, Jasin dan… mana lagi entah. Harga pula, RM4 untuk ayam dan RM1.50 untuk nasi. Kalau nak tambah kepak atau peha, hanya perlu tambah 50 sen. Hmm. Boleh lah. Tak tahulah kot ini rasa Nasi Ayam Gemas Mustafah yang sebenar, sebab dah banyak cawangan, kan. Nak kata sedap sangat tu, tidak lah. Tapi, boleh lah nak cuba. Nanti nak try lah yang cawangan lain, mana tahu, lain tukang urus lain pula rasanya. Apa pun, selamat menjamu selera. GPS koordinat : 2.474218, 102.223765
|
You are subscribed to email updates from di gemas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan