Rabu, 17 Ogos 2011

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


Aina Emir... dari mata dan hatiku: Dari Lenggong Ke <b>Lenggeng</b>

Posted: 24 Jul 2011 06:33 PM PDT



Imej di Tasik Raban (cilok dari blog orang)

Salam semua,

Semoga semua berada dalam keadaan yang baik-baik hendaknya. Tiga hari saya tak update blog ini. Kebetulan pada hari Jumaat, saya telah menemani suami ke Perak, iaitu di kawasan Lenggong. Mungkin ramai yang tak tahu di mana terletaknya pekan Lenggong.

Lenggong ialah sebuah pekan kecil yang terletak di antara Kuala Kangsar dan Grik. Memang dah lama benar saya tak ke sana dan bila berkesempatan untuk berada di kawasan itu, saya pun meronda-rondalah. Teringat kepada nostalgia lama ketika bersama teman-teman sekolah berpuluh-puluh tahun yang lalu. Ramai juga kawan-kawan saya yang berasal dari Lenggong dan kawasan sekitarnya seperti Sauk, Raban, Chenderoh dan Lawin.

Saya pergi ke kawasan Tasik Raban dan memang best sangat kawasan tu. Tak macam dulu-dulu. Ada chalet dan resort dan 'full house' pulak tu! Kami sempat juga ke kawasan Lata Kekabu, mestilah ada air terjun kan?

Sebenarnya kami ke Kampung Beng, ada kenduri dan kami bersama-sama orang kampung makan kenduri kerbau masak rendang, kambing masak kurma dan ayam kampung goreng. Siap ada tempoyak dengan ikan kering lagi. Adoi mak, memang kena betul dengan selera saya!

Saya dan suami sempat melancong ke kawasan Grik dan terus ke Pulau Banding, cuma tak sempat ke Hutan Belum aje. Kami ronda-ronda dan relaks. Berhenti solat dan beli-beli buah-buahan tempatan. Ada timun betik (Mesti ramai yang tak tahu nama buah ni), ada tembikai comel, ada durian dan paling banyak ialah pisang. Semua jenis pisang ada.

Kami tidur di Lenggong, tetapi masa nak balik tu, kami singgah juga di Kuala Kangsar. Takkan tak singgah kot, itulah kampung saya walaupun dah tak ada siapa-siapa di sana. Pekan Kuala pun dah banyak berubah wajah. Saya ke sekolah saya dan juga ke sekolah suami saya. Yang wajib ialah pergi makan laksa dengan cendol kat tepi sungai. Lepas tu pergi beli roti Double Lion (Orang Kuala aje yang tahu). Dapat juga beli apam daun pisang dengan putu Perak. Memang puas hati, beb!

Adoi... akhirnya tinggal lah Perak dan kami terus balik ke Negeri Sembilan. Siapa sangka, kan... saya tak pernah bayangkan yang sekarang ini saya dah berkampung di Negeri Sembilan. Siap saya ada tanah di kawasan Lenggeng. Itulah yang saya katakan dari Lenggong ke Lenggeng, bunyi nak macam sama aje, tapi negerinya lain-lain. Dulu saya bermain di Lenggong, kini saya berubah tanah pula dan bermain di Lenggeng!

Apa pun, bagi saya, Lenggong dan Lenggeng merupakan latar yang indah. Ada gunung, ada sungai dan ada orang kampung yang baik-baik belaka. Alhamdulillah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


PUSAT AKSES SMK <b>MAMBAU</b>: GRAFIK <b>DI</b> PHOTOBUCKET

Posted: 14 Aug 2011 01:12 AM PDT

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


9W2DYA STESEN RADIO AMATUR: Monitor <b>di</b> V27 <b>Seremban</b>

Posted: 14 Jul 2011 10:29 AM PDT

Selepas saltmine hari Khamis 14 Julai 2011,aku bersama XYL ke Seremban untuk berjumpa dengan adiknya di SDAR. Ini kerana ada beberapa tugasan yang perlu disiapkan memandangkannya akan menghadapi PMR nanti. Sedang sibuk dengan tugasan itu aku monitor menggunakan handy antena rubber duckies. Bermula dari SDAR lagi, aku mendengar audio Abg Bad 9W2BDL di seremban terima 5/9 dibantu dengan keadaan muka bumi SDAR di atas bukit. Selepas itu memulakan tugasan ke Seremban Jaya dideretan kedai untuk menyiapkan tugasannya  itu. Aku mencuri-curi monitor tetapi tak QSL siapa dijalur kerana audionya terlompat-lompat akibat bermobile. Tetapi yang pasti audio Abg Bad pasti mantap lagi diterima 5/9 mungkin basenya terlalu dekat dengan QTH aku.
Selepas adik menyiapkan tugasannya terus hantar pulang ke SDAR. Aku bersama XYL kelaparan dan mengambil keputusan untuk makan malam di Seremban Jaya sahaja sebelum pulang ke Bangi. Aku terus monitor lagi kedengaran beberapa rakan sedang QSO dijaluran. Audio yang paling mantap tetaplah abg Bad 9W2BDL. Kedengarannya beliau sedang QSO dengan Abg Sham 9W2AYH di Putrajaya tetapi negatif tidak dapat menerima audionya. Kemudian kedengaran pula Abg Aky 9W2AKY masuk bergabung, tetapi aku terima dalam 3/8 masih boleh dicopy audionya. Tak pasti QTH beliau di mana agak-agak masih di sekitar Seremban. Kemudian kedengaran callsign Pak Taib disebut oleh Abg Bad 9W2TBD yang sedang bermobile. Aku tak dapat copy mungkin di highway tetapi beberapa lama kemudian apabila di sekitar seremban aku dapat terima audionya dalam 4/8. Aku teringin juga hendak bersalaman di udara tetapi handy aku hampir kehabisan bateri. Jadi aku mengambil keputusan untuk monitor sahaja. Kedengaran Abg Aky dan Pak Taib hendak bereyeball tetapi aku tidak copy QTH nya di mana. Selepas makan jam 10.15 malam akupun pulang ke Bangi semula. Lama sudah tidak monitor di simplex memandangkan base baru ini tidak dapat copy mana-mana jalur. Antena base masih dalam perancangan lagi. Dulu dibase lama xtvt monitor sangat hebat  maklumlah ditempat tinggi. Bukan monitor sahaja QSO pun boleh pakai rubber duckies je hi hi Jadi lokasi di tempat tinggi sangat membantu bagi TX dan RX. Biasa boleh kedengaran audio dari Kuala Kubu Bharu, Kota Damansara, Sungai Buloh, Gombak, Ampang, Shah Alam, Klang, Puchong, Salak Tinggi, Seremban, Mantin dan persekitaran base seperti Bandar Baru Bangi, Kajang, Alam Damai, Semenyih, Sungai Ramal, Seri Kembangan, Bandar Tun Razak, Cheras, Beranang, Nilai dan Sungai Merab serta Putrajaya. Namun propagasi juga turut membantu dalam menerima audio dengan sangat baik. Sekian.

73, Jojet, 9W2DYA.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Gangguan Bekalan Air <b>Di</b> Daerah <b>Seremban</b> Esok

Posted: 16 Aug 2011 10:49 PM PDT

SEREMBAN – Beberapa kawasan di daerah Seremban akan mengalami gangguan bekalan air pada Khamis, menurut Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Azlan Abdul Aziz.

Beliau berkata gangguan selama lapan jam itu dijangka bermula pukul 9 pagi berikutan kerja-kerja baikpulih dan penggantian injap dan meter alir di Kolam Imbangan Paroi-Senawang.

"Kawasan terlibat ialah kawasan industri Tuanku Jaafar, Light Industri Senawang, Taman Guru, Sri Mawar, Senawang Industri, Taman Marida, Taman Sea, Taman Sri Kasih, Sri Kamban, Taman Lily, Taman Cempaka Selatan, Taman Bukit Emas dan Senawang Jaya.

"Selain itu, Taman Merpati, Taman Kemuning, Taman Forest Heigth, Taman Desa Orkid, Alamanda, Sri Pagi, Taman Dahlia, Matahari Height, Desa Ixora, Taman Teratai, Taman Satria, Taman Melor, Senawang Commercial Park, Taman Tuanku Najihah, Taman Nuri Indah, Taman Blossom, Taman Tok Ungku, Sg. Gadut Industrial Estate dan Seremban Selatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Sementara itu, katanya gangguan selama lapan jam mulai pukul 10 pagi esok di seluruh kawasan Industri Senawang adalah berikutan kerja-kerja baikpulih dan penggantian injap serta flowmeter Syarikat Hatimuda Sdn Bhd di kawasan Industri Senawang.

Azlan berkata bekalan air akan disambung kembali selepas waktu yang dinyatakan dan ia dijangka pulih secara berperingkat, namun beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh kesan pembaikan yang lebih lama.

"Kerja-kerja baik pulih dan penggantian injap dan meter alir ini merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam mengurangkan kadar Air Tidak Berhasil atau Non-Revenue Water. Disamping itu, kerja-kerja ini dilaksanakan bagi menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan," katanya.

Katanya SAINS akan sedaya upaya mendapatkan sumber bekalan alternatif agar kawasan gangguan dapat dikurangkan.

Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS ditalian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Kilang Belacan <b>Di Tampin</b> Mencari Pengedar Seluruh Negara <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2011 02:02 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kilang Belacan Di Tampin Mencari Pengedar Seluruh Negara… Kilang Belacan Di Tampin Mencari Pengedar Seluruh Negara! Belacan Kampong Bakar Harom Semerbak! Hubungi Kak Zee! http://ping.fm/OTCt4 ...

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


acik@tersang: 14 Ramadhan 1432

Posted: 16 Aug 2011 03:26 PM PDT

Hari yang paling sibuk setakat ini di dalam bulan Ramadhan. Jam 0630 hrs. dapat panggilan telefon daripada kakak yang tinggal di Raub memaklumkan bahawa anak kepada anak saudaraku (Nurul Hayati Munira) telah kembali kerahmatullah di Hospital Temerloh, seorang bayi lelaki yang baru sahaja lahir sekitar 17 hari yang lalu. Kami sekeluarga mengambil keputusan untuk balik ke Kg. Tersang, Raub untuk ziarah.



Kami bertolak dari Seremban lebih kurang jam 0725 dan sampai di Kuala Lumpur pada jam 0830, perjalanan lancar kerana KL tak banyak kerata (hari Ahad). Kami sampai di Kg. Tersang pada jam 1000, kami terus pergi ke Masjid Kg. Tersang. Semasa kami tiba jenazah belum tiba dari Temerloh.


Jenazah dimandi dan disembahyangkan di masjid, kemudian di bawa ketanah perkuburan kampung. Urusan pengkebumian selesai sekitar jam 1230. Kami singgah sebentar di rumah kakak ipar (isteri alahyarham abang). Jam 1330 kami bertolak ke Raub dan singgah di rumah kakak (nak tengok rumah baru ubahsuai). Selepas solat zohor kami bertolak pula ke Bandar Tasik Selatan untuk menghantar Jujie (anak Teh Ju) naik bas untuk balik ke ITM Lendu, Alor Gajah.



Selesai urusan di terminal baru bas di Tasik Selatan kami terus bertolak ke Kuala Klawang untuk menghantar Yana (anak Teh Ju) balik kerumah tempat dia buat latihan amali di Hospital Jelebu.Kami di Kuala Klawang jam 1830. Sempat singgah di bazar ramadahan pekan  Kuala Klawang untuk beli juadah berbuka.

Jam 1900 kami bertolak balik ke Seremban, sampai di Ampangan azan magrib berkumandang, kami berbuka dalam kereta. Sampai di rumah jam 1930.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Dato Mahfuz Omar <b>di Rembau</b> 6 Ogos 2011

Posted: 01 Aug 2011 07:57 PM PDT

CERAMAH UMUM
Tarikh : 6 Ogos 2011, Sabtu
Masa : 9.30 malam
Tempat : Batu 3, Kg Pedas-Linggi, Rembau (berhampiran Tol Pedas)
Penceramah:
YB Dato Mahfuz Omar , Naib Presiden PAS
YB Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Dr Rosli Yaakop , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard , Ketua PKR Rembau

Semua dijemput hadir
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Senarai Direktori Hotel Yang Mendapat Sijil Halal <b>Di Negeri Sembilan</b>

Posted: 14 Aug 2011 02:15 AM PDT

Kak Long Mawar Merah mencari direktori hotel yang mendapat sijil halal di Negeri Sembilan kerana mencari tempat sesuai untuk Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim yang merupakan acara tahunan anjuran syarikat yang diterajui oleh adik ipar Kak Long pada minggu hadapan.

Tambahan pula Kak Long pula perlu menguruskan Majlis Berbuka untuk AJK persatuan. Sambil itu, bolehlah Kak Long kongsikan sama senarai tersebut. Mana tahu, ada pembaca yang pulang ke kampung atau mahu bertukar angin mencari tempat untuk berbuka puasa. Untuk pengetahuan, Buffet Ramadan yang ditawarkan di hotel-hotel di Negeri Sembilan masih murah berbanding di hotel-hotel di ibu kota sana. Namun pilihan menunya masih banyak dan sesuai sebab kalau masa berbuka puasa tu, bukannya banyak sangatpun kita makan…

SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL MALAYSIA (JAKIM)
[SIJIL MASIH SAH]

Bil.

Nama Hotel @ Resort
[ Nama Premis/Dapur ]

Tarikh Sah Sijil

1.

MALAYSIAN ALLAINCE PROPERTY SERVICES SDN BHD (CASA RACHADO RESORT HOTEL)
TANJUNG BIRU BATU 10
JALAN PANTAI
SI RUSA PORT DICKSON
71050
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
CASA RACHADO RESORT PORT DICKSON

01/01/2011
-
31/12/2012

2.

NILAI HOTEL SDN BHD
PT 9999, JALAN BBN 1/3D
PUTRA POINT PHASE 2A, PUTRA NILAI
NILAI
71800
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
NILAI HOTEL SDN BHD
PT 9999, JLN BBN 1/3D
PUTRA POINT PHASE 2A
PUTRA NILAI,71800 NILAI
N.SEMBILAN

01/11/2009
-
30/10/2011

3.

NILAI HOTEL SDN BHD
PT 9999, JALAN BBN 1/3D
PUTRA POINT PHASE 2A, PUTRA NILAI
NILAI
71800
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
MAIN KITCHEN NILAI HOTEL SDN BHD

16/02/2011
-
15/02/2013

SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL JAIN / MAIN / HDC
[BAGI NEGERI SEMBILAN]

Bil.

Nama Hotel @ Resort
[ Nama Premis/Dapur ]

Tarikh Sah Sijil

1.

ADMIRAL MARINA BERHAD
D/A AVILLION ADMIRAL COVE,
BATU 5 ½, JALAN PANTAI, SI RUSA, 71500 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen ( Banquet)

01/03/2011
-
29/02/2012

Sijil Aktif

2.

ALLSON KLANA HOTEL PUTRA NILAI
(AL-HUSRY TRAVEL & TOURS SDN BHD)
PT 7182, JALAN BBN 1/2E, PUTRA NILAI,
71800 NILAI
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Malay KitchenChinese Kitchen

01/03/2011
-
29/02/2012

Sijil Aktif

3.

ALLSON KLANA RESORT
(EMERALD SPIRIT SDN BHD)
PT 4388, JALAN PENGHULU CANTIK,
TAMAN TASIK, 70100, SEREMBAN
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Xin Jiang Court Chinese Restaurant

01/12/2010
-
30/11/2011

Sijil Aktif

4.

ALLSON KLANA RESORT
(EMERALD SPIRIT SDN BHD)
PT 4388, JALAN PENGHULU CANTIK,
TAMAN TASIK, 70100, SEREMBAN
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Malay Kitchen

01/04/2011
-
31/03/2012

Sijil Aktif

5.

ANCASA ALL SUITES RESORT SPABATU 8 1/2, JALAN PANTAI,
71050 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen (Banquet)

01/06/2011
-
31/05/2012

Sijil Aktif

6.

BAYU BEACH RESORT SDN BHD
LOBBY BAYU BEACH RESORT, BATU 4 1/2, JALAN PANTAI,
71000 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Orchid Court Chinese RestaurantGarden Terrace Coffee House

01/10/2010
-
30/09/2011

Sijil Aktif

7.

BOUGAINVILLA RESORT PORT DICKSON (TELUK TUAN SDN. BHD.)
LOT 1178, BATU 9, JALAN KEMANG 12
TELUK KEMANG
71050 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Village Cafe

01/09/2010
-
31/08/2011

Sijil Aktif

8.

CORUS PARADISE RESORT PORT DICKSON
3.5 KM, JALAN PANTAI
70100 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
DAPUR HOTEL (DICKSON)DAPUR HOTEL (LAGUNA)

01/08/2010
-
31/07/2011

Sijil Aktif

9.

EAGLE RANCH RESORT PORT DICKSON
NO 544, BATU 14
JALAN PANTAI
71250 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen (Banquet)

01/04/2011
-
31/03/2012

Sijil Aktif

10.

GLORY BEACH RESORT SDN BHD
BATU 2, JALAN SEREMBAN
TANJUNG GEMOK
71000 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Coral Cafe

01/06/0011
-
31/05/2012

Sijil Aktif

11.

GOLDEN STRAITS VILLAS BEACH RESORT PORT DICKSON
(SEMBILAN RESOURCES MANAGEMENT (M) S/B)
LOT 216, BT. 3
JALAN PANTAI
71000 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen (Banquet)

01/03/2011
-
29/02/2012

Sijil Aktif

12.

HOTEL SERI MALAYSIA SEREMBANJALAN SUNGAI UJONG,
70200, SEREMBAN
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen (Banquet)

01/06/2011
-
31/05/2012

Sijil Aktif

13.

KAYNS RESORT PORT DICKSON
BATU 9, JALAN PANTAI
TELUK KEMANG
71050 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen (Banquet)

01/09/2010
-
31/08/2011

Sijil Aktif

14.

LE PARIS HOTEL & RESORTS
NO. 325, BATU 1
JALAN RUMAH REHAT
PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Cafeteria Hotel

01/03/2011
-
29/02/2012

Sijil Aktif

15.

MZMR RESORT SDN. BHD (HOTEL SERI MALAYSIA PORT DICKSON)
LOT PT. 49. BT. 4
JALAN PANTAI, 71050
PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen ( Banquet)

01/02/2011
-
31/01/2012

Sijil Aktif

16.

PALM SPRING LEISURE
BATU 13, KM 21, JALAN PANTAI,
MUKIM PASIR PANJANG, 71250, PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen (Banquet)

01/04/2011
-
31/03/2012

Sijil Aktif

17.

PERMAISURI RESORT PORT DICKSONKM 16, BATU 10, TANJUNG BIRU,
JALAN PANTAI, 71250, PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen

01/12/2010
-
30/11/2011

Sijil Aktif

18.

PORT DICKSON GOLF & COUNTRY CLUB
BATU 5 �, JALAN PANTAI
SI RUSA
71050 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
D'Eagle Coffee House

01/02/2011
-
31/01/2012

Sijil Aktif

19.

SELESA BEACH RESORT PORT DICKSON
(TANJUNG TUAN HOTEL SDN BHD)
5TH. MILES, JALAN PANTAI
71050 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen (Banquet)

01/07/2011
-
30/06/2012

Sijil Aktif

20.

SERI MENANTI RESORT
PIO MANAGEMENT, ISTANA KAYANGAN, SERI MENANTI,
71550, SERI MENANTI, KUALA PILAH
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen (Banquet)

01/03/2011
-
29/02/2012

Sijil Aktif

21.

THE LEGEND INTERNATIONAL WATER HOMES
BT. 2, JALAN PANTAI,
71000 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Coffee House

01/06/2011
-
31/05/2012

Sijil Aktif

22.

THE LEGEND WATER CHALETS
BT. 21, JALAN SEREMBAN
71000 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen (Banquet)

01/06/2011
-
31/05/2012

Sijil Aktif

23.

THE REGENCY TANJUNG TUAN BEACH RESORT
BATU 5, JALAN PANTAI, 71050, PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
API-API COFFEE TERRACE

01/02/2011
-
31/01/2012

Sijil Aktif

24.

THE ROYAL BINTANG SEREMBAN/ROYAL ADALPHI (BOUSTEAD HOTELS&RESORT SDN BHD)
JALAN DATO' A.S DAWOOD, 70100 SEREMBAN.
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Main Kitchen ( Banquet)

01/03/2011
-
29/02/2012

Sijil Aktif

25.

THISTLE PORT DICKSON RESORT
KM 16, JALAN PANTAI,
TELUK KEMANG, 71050, PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Pastry Kitchen

01/04/2011
-
31/03/2012

Sijil Aktif

26.

THISTLE PORT DICKSON RESORTKM 16, JALAN PANTAI, TELUK KEMANG,
71050 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Banquet Kitchen

01/05/2011
-
30/04/2012

Sijil Aktif

27.

TIARA BAY RESORT
(TIARA BAY RESORT BERHAD)
NO1, PD TIARA, BATU 13,
JALAN PANTAI, PASIR PANJANG, 71250, PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Banquet Kitchen (Malay)

01/03/2011
-
29/02/2012

Sijil Aktif

28.

TIARA BAY RESORT
(TIARA BAY RESORT BERHAD)
NO1, PD TIARA, BATU 13,
JALAN PANTAI, PASIR PANJANG, 71250, PORT DICKSON
NEGERI SEMBILANNama Premis / Dapur :
Anna Thai KitchenChinese KitchenWestern Kitchen

01/04/2011
-
31/03/2012

Sijil Aktif

Rujukan Mawar Merah : Portal Rasmi Halal Hab Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


<b>Negri Sembilan</b> tourism promotion | Malay Mail Online

Posted: 14 Aug 2011 09:22 PM PDT

Monday, August 15th, 2011 10:39:00

MORE than 30 tourism industry players are expected to participate in a programme in Putrajaya tomorrow to popularise Negri Sembilan as a tourism destination.

Known as the Negri Sembilan Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions or MICE@Putrajaya, the event will be held at Melati Hall of the Putrajaya Corporation Complex in Presinct 3, said Negri Sembilan Tourism Malaysia director Hishamuddin Mustafa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


ceritaapaapasaja: Budak <b>Serting</b> Yang Kutemui <b>di</b> London

Posted: 18 Jun 2011 09:01 AM PDT


Seperti sering kutemui di Seremban, Shahhilan juga begitu sewaktu kutemui di Malaysia Hall, London pada suatu pagi musim luruh. Aku tidak sangka, kami bertemu di situ setelah bertahun-tahun tidak bersua muka. Shahhilan rakan sesama stringer.
       "Bila sampai warih?," sifat keterujaannya yang tinggi, manifestasi kuatnya ikatan persahabatan kami berdua.
        Tubuhnya tidak berubah - kurus, kecil dan kecil juga jumlah rambut di kepala.
       "Berapa hari di London?," keterujaannya masih tinggi tapi soalan-soalan yang tidak terarah selepas itu mula mengundang kecurigaanku. "Lalok," getus hatiku.
       Begitulah yang sering diadu oleh rakan-rakan lain apabila memperkatakan Shahhilan. Sifat cincai dan selambanya kadang-kadang menjengkelkan - memalukan profesion kewartawanan. Mengapa tidak? Dia gemar benar cuma berkemeja `T' sewaktu ke assignment. Seluarnya, jeans lusuh.
       "Boleh aku pinjam kamera video kau? Aku ada projeklah. Nanti aku datang jemput di Manchester," katanya sambil menghabiskan sisa-sisa makanan di pinggan.
       Seperti di Seremban, Shahhilan sering tidak menepati janjinya. Hinggalah aku pulang ke Malaysia, dia tidak pernah bertandang.
       Hendak dikatakan sibuk belajar, dia mengaku sudah lama berhenti. "Aku kerja dengan syarikat forwarding," katanya terus-terang. Itu sifat positifnya yang paling nyata, - berterus-terang walaupun akan menyusahkan dirinya kemudian hari.
       Setahu aku dia pinjam duit Yayasan belajar perfileman. Bidang yang dipilih adalah penerusan minat kewartawanannya. "Tok Isa yang tolong. Tapi duit Yayasan tu tak cukup untuk hidup di London warih. Patah kandar dibuatnya," ceritanya berterus-terang lagi.
       Hanya apabila aku bertemu dengannya semula setelah pulang, aku dapat cerita sebenar. "Sebenarnya duit yang Yayasan beri itu, kawan aku pinjam. Tak pulang-pulang sampai sekarang. Itu sebab aku tak bayar yuran universiti. Bila tak bayar, siapa hendak ambil belajar!," katanya jujur yang menyebabkan kami berdua ketawa berdekah-dekah.
       Kami terus semakin rapat dan berkongsi syarikat – Image & Sound Craft. Pada masa yang sama jejaka terlajak umur ini dipinang gadis jelita yang masih muda. Anak Ustaz lagi.
       Hijrah. Shahhilan menurut jejak Rasul. Bersama-sama isteri dan anak sulung, mereka ke Kuala Lumpur membangun kerjaya. Aku bangga, namanya tercatat sebagai Editor Berita akhbar Mingguan Watan yang diterbitkan kembali. Bila Mingguan Watan tidak terbit lagi, credit titles namanya  aku lihat di TV1 pula. 
       Dua minggu lalu aku bertemunya di Gerai Jalan Penghulu Cantik, Seremban. Dia yang telefon aku untuk bertemu. Wajahnya penuh ceria.
       "Warih! Aku ingat hutang aku. Sesiapa yang berhutang, tidak akan ke syurga walaupun dia mati syahid di medan perang," katanya bersemangat.
       Ah! Memang dia sudah jauh berubah.  Segala-galanya positif kini.
      "Sekarang ini cuma sehari aku kerja di RTM. Hari lain aku berniaga warih! Berniaga nasi lemak di Putrajaya.
       "Jadi, aku datang ni nak minta tolong kau. Kalau ada sesiapa hendak buat jamuan, kau rekomenkan aku. Peralatan masak dan katering dah ada. Benar kata agama, sembilan daripada 10 rezeki itu datangnya daripada berniaga," juga dalam nada penuh bersemangat bagai seorang motivator ternama.
       Aku menarik nafas syukur dan terdetik pula di hati. "Bertuah Shahhilan! Walaupun jauh lebih muda, anak Ustaz itu bukan sahaja mampu memberinya zuriat tetapi mampu melahirkan Shahhilan baru."
       Tanpa disedari, terasa suamnya air jernih mengalir di pipi.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads