Rabu, 17 Ogos 2011

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


acik@tersang: 14 Ramadhan 1432

Posted: 16 Aug 2011 03:26 PM PDT

Hari yang paling sibuk setakat ini di dalam bulan Ramadhan. Jam 0630 hrs. dapat panggilan telefon daripada kakak yang tinggal di Raub memaklumkan bahawa anak kepada anak saudaraku (Nurul Hayati Munira) telah kembali kerahmatullah di Hospital Temerloh, seorang bayi lelaki yang baru sahaja lahir sekitar 17 hari yang lalu. Kami sekeluarga mengambil keputusan untuk balik ke Kg. Tersang, Raub untuk ziarah.



Kami bertolak dari Seremban lebih kurang jam 0725 dan sampai di Kuala Lumpur pada jam 0830, perjalanan lancar kerana KL tak banyak kerata (hari Ahad). Kami sampai di Kg. Tersang pada jam 1000, kami terus pergi ke Masjid Kg. Tersang. Semasa kami tiba jenazah belum tiba dari Temerloh.


Jenazah dimandi dan disembahyangkan di masjid, kemudian di bawa ketanah perkuburan kampung. Urusan pengkebumian selesai sekitar jam 1230. Kami singgah sebentar di rumah kakak ipar (isteri alahyarham abang). Jam 1330 kami bertolak ke Raub dan singgah di rumah kakak (nak tengok rumah baru ubahsuai). Selepas solat zohor kami bertolak pula ke Bandar Tasik Selatan untuk menghantar Jujie (anak Teh Ju) naik bas untuk balik ke ITM Lendu, Alor Gajah.



Selesai urusan di terminal baru bas di Tasik Selatan kami terus bertolak ke Kuala Klawang untuk menghantar Yana (anak Teh Ju) balik kerumah tempat dia buat latihan amali di Hospital Jelebu.Kami di Kuala Klawang jam 1830. Sempat singgah di bazar ramadahan pekan  Kuala Klawang untuk beli juadah berbuka.

Jam 1900 kami bertolak balik ke Seremban, sampai di Ampangan azan magrib berkumandang, kami berbuka dalam kereta. Sampai di rumah jam 1930.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads