Selasa, 30 Oktober 2012

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


al-Husseyn: Gelombang Merah Umno Terhempas <b>Di</b> Tol <b>Rasah</b>

Posted: 11 May 2012 03:30 PM PDT


Menurut Cikgu Bard melalui tweeternya nya, sebuah bas yang membawa penyokong Umno Terengganu (Kuala Terengganu) telah merempuh sebuah treler yang dipercayai berjalan perlahan dari arah belakang.

Ini diikuti pula oleh sebuah lagi bas yang membawa penyokon Umno Kuala Berang merempuh dari belakang bas tersebut.

Cikgu Bard beserta beberapa aktivis SAMM Negeri Sembilan yang dalam perjalanan pulang dari Johor terserempak dengan kejadian tersebut serta merta turut membantu mangsa nahas yang terlibat.

Setakat ini tiada kematian dilaporkan, cuma beberapa mangsa dipercayai mengalami kecederaan yang agak serius. Beliau juga mendoakan agar mereka semua selamat!

Syabas kita ucapkan kepada Cikgu Bard yang walaupun diherdik dan dimaki hamun oleh sekumpulan Samseng Umno seperti disini , sikap dan rasa per kemanusian beliau perlu dicontohi oleh kita semua.Syabas Cikgu Bard dan aktivis SAMM Negeri Sembilan!

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


SK KAMPONG DACHING <b>LENGGENG</b>: Daching 9 FC Naib Juara <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 21 Oct 2012 12:36 AM PDT

Seremban, 20 Oktober 2012 : Pasukan boleh sepak bawah 12 tahun Daching 9 FC akhrnya melakar sejarah baru apabila menjadi naib johan di Pertandingan Persahabtan bawah 12 Tahun Anjuran Prokids yang berlangsung di Padang SMK KGV. Daching 9 Fc yang dibarisi hampir sebahagiannya pemain Bawah 11 Tahun yang beraksi di Liga Super Seremban 1. Pasukan kali ini turut diperkuat beberapa pemain bawah 12 SKKD dan turut disertai 2 orang pemain import. Daching 9 FC membuka tirai pertandingan dengan menentang kleab dari Cheras, Mahkota FA. Pasukan dikejutkan dengan jaringan awal pasukan ini namun akhirnya Daching 9 menang 2-1. Kekalahan kepada kelab dari Kedah (Akademi Anak Angkat) pada perlawanan ke 4 menyebabkan harapan Daching 9 FC untuk bergelar juara musnah. Jurulatih Daching 9 FC , En Arifin Hj Ismail yang ditemui selepas pertandingan mengakui terdapat sedikit peningkatan telah ditunjukkan oleh pemain terutama yang berumur di bawah 11 tahun. Beliau berharap agar pasukan ini dapat dikekalkan kerana semakin mendapat perhatian kelab-kelab di sekitar Lembah Klang. Keputusan penuh : 1. Daching 9 FC 2 - 1 Mahkota FA 2. Daching 9 FC 1 - 0 Prokids KLIA 3. Daching 9 FC 1 - 1 Akademi Gemilang Putrajaya 4. Daching 9 FC 0 - 1 Akademi Anak Angkat Kedah 5. Daching 9 FC 5 - 0 KJF Ghome FC

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Tu Dia !!! Taman Rekreasi Jadi Port Bercumbu <b>Di Tampin</b>.

Posted: 09 Oct 2012 10:03 AM PDT


Pasangan yang duduk berdua-duaan di Taman Rekreasi Tampin.
TAMPIN – Memalukan. Itulah luahan orang awam berikutan lokasi riadah pada waktu petang dicemari dengan segelintir pasangan muda memadu kasih di situ.Tindakan pasangan berkenaan bukan saja melangkaui batasan agama, malah menunjukkan contoh kurang sopan kepada golongan kanak-kanak, lebih-lebih lagi kawasan itu menjadi tumpuan keluarga. 
Itulah situasi yang berlaku di Taman Rekreasi Tampin, di sini, seolah-olah tiada pemantauan pihak berkenaan. 
Penduduk tempatan, Azahar Kasim, 40-an berkata, dia sering menghabiskan waktu petangnya di taman berkenaan untuk berjoging. 
Azahar mengakui sering ternampak pasangan kekasih muda atau mungkin masih di bangku sekolah berkelakuan tidak sopan di sebalik pokok besar di taman berkenaan. 
"Mula-mula memang saya terperanjat dan malu kerana budaya ini tidak sepatutnya berlaku di negara ini. 
"Namun, apabila ia semakin berleluasa, rasa malu saya bertukar menjadi marah dan berharap agar pihak berkenaan segera buat pemantauan," katanya kepada Sinar Harian. 
Tinjauan Sinar Harian juga mendapati, lokasi terbabit dicemari 'drama' segelintir pasangan seawal 2 petang di lokasi terlindung daripada orang ramai. 
Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Rahmat, 50-an berkata, dia kesal kerana taman rekreasi itu disalahgunakan golongan muda. 
"Jika pasangan terbabit beri alasan mahu berehat di sini, kelakuan mereka tetap salah kerana duduk dengan pasangan bukan muhrim dalam keadaan mencurigakan," katanya. 
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Razali Bakar berkata, taman rekreasi itu adalah kemudahan yang terdapat berhampiran pusat bandar bagi membolehkan masyarakat beriadah dalam usaha membudayakan cara hidup sihat. 
"Bagaimanapun, sekiranya perkara ini berlaku iaitu kelakuan tidak senonoh pasangan di lokasi tersembunyi di taman ini, diharap pihak berkenaan dapat memantau aktiviti tidak bermoral ini," katanya. - SH

Di dalam pergelutan politik sesama Islam di Malaysia yang mahukan kuasa politik, entah ke mana perginya maruah segelintir golongan muda masa kini apabila sudah tidak memperduli batas-batas pergaulan di dalam bersosial.
Bagi golongan Islam yang bergelut merebut kuasa politik, pastinya permasalahan ini akan di tunding jari antara satu sama lain tanpa adanya jalan penyelesaian bersama untuk membendung gejala sosial yang kian menghantui remaja Islam.
Pastinya ada yang akan menyalahkan kelemahan kerajaan yang mentadbir, namun tak semua mengetahui bertapa sukarnya sekiranya penekanan undang-undang di lakukan walau pun pihak tertentu yang ada kepentingan politik mendesak perlaksanaan hukum Islam di laksanakan untuk mengatasi masalah sosial remaja Islam, tapi sejauh mana keberkesanannya sekiranya ada pihak lain yang mempunyai agenda tertentu yang di sokong pihak yang berkepentingan politik itu memainkan peranan sebagai pihak yang memperjuangkan hak asasi dan kebebasan yang bermotifkan politik.
Di Malaysia pendidkikan Islam sudah di terapkan sejak mula alam persekolahan, mustahil bagi golongan remaja tidak mengetahui akan batas-batas yang perlu di jaga mengikut landasan Islam bagi mengelakan berlakunya perbuatan maksiat.
Ramai ibubapa menyalahkan pihak berkuasa kerana gagal melaksanakan tanggungjawap membanteras gejala sosial di kalangan remaja sedangkan hakikatnya, ibubapalah yang bertanggungjawap membentuk keperibadian anak-anak mereka sejak dari kecil lagi seperti mana yang telah di amanahkan oleh Allah S.W.T.
Bak kata pepatah "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". 

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Berada <b>di Port Dickson</b> Golf & Country Club - Sop Nama Saya | SOP <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2012 03:25 AM PDT

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sop dari semalam berada di Port Dickson Golf & Country Club atas urusan kerja. Sop sampai di Port Dickson Golf & Country Club jam 1.30 petang.

Dari Kuala Lumpur ke Port Dickson tidak jauh pun, kan? Nasib baik masa bertolak tidak hujan seperti sebelah petang sehingga banjir teruk! Sebelah malam baru Sop tahu yang Serdang dan Kuala Lumpur banjir.

Sop pertama kali berada di Port Dickson Golf & Country Club, Negeri Sembilan ini. Semasa lihat peta dari Google Maps sudah boleh agak ia berada di area mana. Tidak sudah untuk mencarinya. Review mengenai hotel ini akan dibuat dalam entry lain.

Kepada rakan yang tinggal di Port Dickson, bolehlah keluar minum teh tarik malam ini selepas Sop selesai tugasan. Esok sudah hendak balik ke Kuala Lumpur. 3 hari sahaja Sop berada di sini.

Semalam tidak sempat hendak membuat review blog kerana jadual aktiviti agak penuh. Tidak kesempatan pula hendak mengolah ayat kerana kepenatan :) Biasa Sop buat review ditengah malam kerana ketika itu, idea lebih banyak. Hehehe

Sekarang menulis pun menggunakan handphone sebab malas hendak mengadap laptop.


Description: Berada di Port Dickson Golf & Country Club, Rating: 5, Reviewer: Sop Nama Saya, ItemReviewed: Berada di Port Dickson Golf & Country Club

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Polis Tumpaskan Sindiket Curi Telefon Pintar RM3.23j | MyNewsHub

Posted: 29 Oct 2012 04:36 AM PDT

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri 1,407 telefon pintar terbaharu jenis Samsung Galaxy Note II bernilai RM3.23 juta setelah tertangkapnya 13 orang, termasuk dalang sindiket itu dalam tempoh sembilan hari.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata kesemua mereka adalah empat wanita dan sembilan lelaki yang berumur antara 22 dan 43 tahun.

Beliau berkata daripada 13 ditahan itu, seorang daripada mereka berusia 42 tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang pada Isnin.

"Polis melancarkan operasi pada 23 Okt setelah mendapat maklumat dan mereka ditahan di 11 lokasi di sekitar kawasan MAS Kargo di Sepang, kawasan perumahan di Nilai, Puchong, Sepang dan pasar raya menjual peralatan elektronik di Bukit Bintang," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Pada 20 Okt lepas, sekumpulan penjenayah menyamar sebagai wakil syarikat perkhidmatan pengangkutan untuk melarikan telefon pintar itu dari pusat simpanan kargo di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Syed Ismail berkata hasil daripada tangkapan tersebut, polis menemui 71 buah telefon pintar itu manakala selebihnya masih dikesan.

Beliau berkata dalang sindiket itu adalah petugas sebuah syarikat perkhidmatan pengangkutan yang dipercayai mempunyai maklumat dalaman mengenai telefon pintar itu.

Katanya polis turut menemui sebuah lori, yang digunakan untuk melarikan telefon pintar terbabit di Sepang dan lori berkenaan dilaporkan dicuri di Brickfields pada 18 Okt lepas.

Katanya antara mereka yang ditahan itu terdapat seorang wanita yang membeli 80 telefon pintar itu dengan harga RM104,000 dan menjualnya kepada orang ramai dengan harga RM1,850 seunit.

Sehubungan itu, polis masih mencari empat lagi suspek kes berkenaan iaitu U.Chalan, 23, beralamat No 17, Jalan Cheko, Jalan Klang Lama, di sini, dan N. Selvakumar, 32, beralamat PT10642, Taman Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan.

Dua lagi adalah adik beradik lelaki iaitu J. Aravindan, 29, dan J. Pratib beralamat No 7745, Taman Desa Jasmin 2, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika membeli telefon pintar berkenaan dengan harga murah kerana harga pasaran adalah RM2,299 dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mereka membeli telefon curi.

Mengenai siasatan dua pelajar Malaysia, yang belajar di Singapura dan mengeluarkan gambar dan video lucah mengenai diri mereka, Syed Ismail berkata polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedar bahan lucah dan siasatan dibuat berdasarkan laporan media.

"Sehingga kini tiada pihak yang tampil membuat laporan terhadap pasangan kekasih itu," katanya.- BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


YB Mahfuz Omar 4 Nov 2012 <b>di Rembau</b> - pakatan rakyat negeri <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 02:09 AM PDT

BOIKOT UTUSAN, BERITA, METRO, KOSMO

JOM BOIKOT SEMUA AKHBAR BERBAHASA MELAYU SELAGI IKLAN JUDI DAN KEPUTUSAN JUDI DISIARKAN.

MAKLUMAT LANJUT DI PMBAJ

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Ibadah Korban Anjuran Pemuda UMNO Bahagian <b>Kuala Pilah</b>

Posted: 28 Oct 2012 11:48 PM PDT

DSC_3184

KUALA PILAH –  Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah juga turut menganjurkan ibadah korban pada tahun ini. Seramai 35 orang telah mengambil bahagian dan tujuh ekor lembu telah disembelih pada 27 Oktober yang lepas.

Sembelihan telah disempurnakan oleh Imam Masjid Kg Parit, Kuala Pilah dan Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Kuala Pilah, Tn Hj Maradzi.

Ajk-ajk PPU BKP dan para belia telah sama-sama bergotong royong untuk melapah dan membahagi-bahagikan bahagian lembu korban untuk diagih-agihkan kepada penduduk sekitar dan juga golongan susah yang telah dikenalpasti.

Menurut Tn Hj Adnan Abu Hassan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah merangkap Adun Pilah berkata, program ini adalah hasil daripada perbincangan jawatankuasa dalam mesyuarat dua bulan lepas, dan jawatankuasa telah melaksanakan tugasan yang dibahagikan sejak dari itu untuk menjadikan program pada hari ini satu realiti.

Masjid Kg Parit telah dipilih sebagai lokasi untuk upacara korban pada tahun ini adalah memandangkan kepada lokasi masjid yang terletak di tepi jalan dan kawasan untuk melaksanakan upacara penyembelihan 7 ekor lembu yang luas dan sesuai.

Daging korban yang telah siap dibahagikan telah diagihkan kepada penduduk Kuala Pilah dan juga dimasak untuk jamuan tengahari secara bergotong royong.

Majlis tahlil dan doa selamat juga turut diadakan pada jam 12 tengahari dan selepas selesai majlis tahlil, semua jemputan dan hadirin telah menikmati hidangan jamuan tengahari bersama-sama.

Menurut salah seorang yang mengambil bahagian dalam ibadah korban Pemuda UMNO Kuala Pilah, Pn Zurina Zainudin berkata, beliau memilih untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun ini di Kuala Pilah adalah untuk mensyukuri segala nikmat  yang dirasai.

Beliau yang bekerja di Kuala Lumpur juga berkata, suasana bergotong royong di kampung beliau sendiri juga adalah salah satu faktor untuk beliau memilih melaksanakan ibadah korban di kampung.

Beliau juga berharap agar umat Islam di Malaysia sama-sama mensyukuri nikmat sebagai umat Islam di negara Malaysia kerana ramai umat Islam yang menderita di luar negara. Beliau berharap agar kerajaan Barisan Nasional yang mendaulatkan agama Islam akan terus menerajui negara ini.

YB Hj Adnan Abu Hasan,  Adun Pilah turut melapah daging korban

YB Hj Adnan Abu Hasan menyampaikan daging korban kepada yang layak



di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Jawatan kosong 2012 <b>di</b> Syarikat Air <b>Negeri Sembilan</b> (SAINS)

Posted: 24 Oct 2012 07:22 PM PDT

jawatan kosong 2012 Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

Jawatan kosong 2012: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) ialah sebuah syarikat korporat yang ditubuhkan pada 15 Mac 2007 dan telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih peranan dan fungsi pengurusan sistem bekalan air di Negeri Sembilan daripada Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) mulai 1 Januari 2009. SAINS adalah sebuah syarikat milik Kerajaan Negeri menerusi Menteri Besar Negeri Sembilan (Perbadanan) atau Menteri Besar Negeri Sembilan Incorporation.

Jawatan Kosong di Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) adalah seperti berikut:

1.RECOVERY MANAGER -Tarikh akhir permohonan:31 Oktober 2012
2. JURUTEKNIK -Tarikh akhir permohonan:9 November 2012

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2012

You can leave a response, or trackback from your own site.

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


Menikmati Nasi Ayam <b>Gemas</b> Mustafah - Azman Hj. Ayup

Posted: 27 Oct 2012 04:58 PM PDT

Tengah hari tadi, aku dan Mahadir ke Restoran Nasi Ayam Gemas Mustafah di Kg. Air Merbau, Jasin untuk menikmati nasi ayam. Minggu lepas, ada rakan sekerja menyampaikan kepada kami akan keenakan nasi ayam tersebut. Sebelum ini, nasi ayam yang paling sedap mengikut citarasa aku ialah Nasi Ayam Singapore yang terletak di Jalan Krubong di Kawasan Perindustrian Krubong, Melaka.
Perjalanan dari Ayer Keroh ke Taman Asia Selatan, Air Merbau, lokasi restoran mengambil masa lebih kurang 20 minit. Dari pekan Bemban ke Bandar Jasin, restoran ini terletak di sebelah kanan jalan berhampiran jejantas PLUS.
Sewaktu kami sampai, tidak ramai pelanggan di restoran tersebut. Restoran ini agak bersih dan pelanggan boleh nampak kawasan dapur restoran tersebut daripada bahagian hadapan tempat duduk.
Seperti diduga, menu utama di restoran ini ialah nasi ayam. Setiap hidangan ada ayam, sos cili, sup, kicap dan timun.
Menariknya ayam kicapnya digoreng sebegitu rupa sehingga kulit luarnya rangup tanpa menjejaskan isinya di bahagian dalam. Kemudian ayam ditabur bawang goreng di atasnya sehingga menampakkan hidangan begitu menyelerakan. Pelanggan boleh memilih ayam separuh atau ayam suku mengikut selera sendiri. Tekstur nasinya biasa-biasa sahaja.
Kami memesan dua pinggan nasi ayam dan air mata kucing sejuk. Harga makanan di sini sedikit mahal tetapi berbaloi. Dua pinggan nasi ayam, ayam suku dengan dua gelas air mata kucing harganya RM18.30.



Selain di Jasin, ada cawangan-cawangan Nasi Ayam Gemas Mustafa di Segamat, Tampin, Cheng, Bukit Beruang, Wangsa Maju dan terbaru di Putrajaya.

Kepada sesiapa yang ingin menikmati Nasi Ayam Gemas Mustafah, restorannya terletak di Taman Asia Selatan (Air Merbau), Jasin, 77000 Melaka atau telefon sahaja 019-2872463 atau 017-6749094 untuk tempahan.

Selamat mencuba....

ads