Rabu, 6 Februari 2013

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


<b>Juasseh</b> Cafe: ALCOHOL. BERSAMA &#39;SPIRIT OF LIFE&#39;

Posted: 06 Feb 2013 06:31 PM PST


22hb Jan.2013. Suatu ketika aku teringat semasa zaman kanak kanak aku, waktu itu rumah aku belum mempunyai bekalan letrik lagi, walaupun ada peti tv tapi tak boleh tengok selalu nanti 'bateri' habis, waktu menonton hanya pada waktu malam sahaja jadi pada siang hari nya aku bermain main di kawasan rumah. Pada waktu malam nya abang aku yang tua akan memasang lampu 'gasolin' supaya rumah aku terang . Lampu gasolin ini memerlukan minya tanah untuk dinyalakan, ia memiliki sumbu yang seakan akan mentol lampu letrik apabila menyala, sumbu ini perlu di bakar dulu, untuk membakar sumbu ini, ia memerlukan satu lagi bahan api lain yang di panggil 'spirits' yang cepat menyambar api apabila di bakar, sama seperti minyak petrol. Setelah 'spirits' menyambar api dan sumbu pun terbakar, abang aku akan cepat cepat mengepam minyak tanah yang ada didalam tangki lampu itu, dan kemudian meng 'ejas' kan 'valve' yang ada dilampu itu untuk angin, setelah melaku kan beberapa ketika lampu itu pun menyala dengan baik nya, maka dapat lah kami cahaya terang untuk kami makan malam sebelum duduk menonton peti tv.
   Satu ketika aku bermain main di kawasan rumah, tiba tiba kaki aku terpijak kaca, aku menangis kesakitan, mak aku terus mendapat kan aku, dengan pantas mak aku mancapai 'spirits' yang sebelum ini digunakan untuk menyalakan lampu, kemudian tanpa ragu ragu terus mencurah kan cecair itu di tapak kaki aku yang luka tadi, aku merasa sejuk dibahagian yang terkena cecair itu kemudian aku meraung kepedihan, rasa sejuk bertukar pedih apabila terkena tempat yang luka itu,kemudian cepat cepat mak aku membalutnya dengan kain. Cecair 'spirit' itu sangat berkesan, darah luka aku cepat berhenti, luka aku cepat bertaup, tidak berkudis dan cepat sembuh.
   Suatu ketika disekolah ada van hospital datang bersama beberapa jururawat, hari tu kami murid yang sebaya akan di berikan suntikan 'cacar'. Aku berdebar debar, kini sampai aku punya 'turn', mula mula 'misi' tu sapukan kapas yang lembab ke lengan bahu, aku merasa sejuk dan selesa kemudian terus dia membenam kan jarum suntikan. Bahan yang di sapu sebelum suntikan itu aku tahu, ia adalah 'spirits' seperti yang mak aku gunakan bila aku luka.
   Suatu ketika aku dengar perbualan mak dan bapak aku, kata nya nak buat dua sekali, aku dan abang aku la tu, pakai hospital punya, dengar punya dengar dan aku faham, aku dan abang aku akan di 'sunat' kan sekali. Sampai saatnya, aku berdebar debar menunggu giliran, budak kampung yang senior gelak kan aku, dia kata muka aku pucat, abang ipar aku tenang kan. Sampai giliran aku, sebelum 'potong' dia sapu kan kapas yang lembab dekat 'anu' aku, aku rasa sejuk, aku tau itu benda yang sama yang mak aku pakai bila aku luka, 'spirits', aku tak ragu ragu pun, aku tau 'tok mudin' hospital itu tak akan potong habis anu aku.
   Begitu lah bahan yang di panggil 'spirits' yang memiliki berbagai guna, selain sebagai bahan api ia juga untuk 'first kit' kami disaat kecemasan di samping itu ia juga untuk mencairkan getah untuk di buat jerat burung.
Ikhlas Dari 'Juasseh Cafe'.

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


BN optimis DUN <b>Bahau</b> ditawan kembali | umnons.org

Posted: 20 Jan 2013 09:28 AM PST

Datuk Lilah Yassin

JEMPOL  - Kegagalan DAP menyelesaikan pelbagai masalah rakyat khususnya di Bahau memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yassin berkata, pihaknya mendapati banyak aduan terutama melibatkan masyarakat Cina di kawasan itu tidak dapat diselesaikan wakil rakyat DAP.

"Masyarakat di Bahau mengeluh dengan janji yang tidak ditepati DAP khususnya di Bahau.

"Kita optimis kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahau akan kita rampas daripada DAP," katanya ketika ditemui pemberita di pejabat Parlimen Jempol, di sini kelmarin.

Tegas Lilah, sejarah membuktikan Bahau bukan milik sepenuhnya DAP kerana suatu ketika dahulu pernah dikuasai BN.

Kerusi DUN Bahau dimenangi calon DAP, Teo Kok Seong dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu dengan majoriti 837 selepas memperoleh 6,188 undi berbanding calon BN, Lim Fui Ming yang mendapat 5,351 undi.

Beliau turut menjelaskan, BN telah memperlengkapkan jentera dan sudah pun bergerak untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"BN sentiasa mendekati rakyat dan bukan hanya menanti tarikh pembubaran atau pilihan raya sahaja. Kita bekerja untuk rakyat setiap masa tanpa ada had waktu," jelasnya.

Ketika ini katanya, BN telah mendekati golongan pengundi atas pagar dan menyampaikan maklumat betul terhadap usaha baik Kerajaan BN.

"Golongan atas pagar ini lebih gemar mendapat maklumat di internet dan sebab itulah kita mendekati mereka supaya maklumat betul dapat disampaikan dengan cara bersemuka," jelasnya.

Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


TT sarapan <b>di seremban</b> 2/2/2013

Posted: 02 Feb 2013 12:00 AM PST

HOT ITEM: Merchandise SNC.COM ...3D Pewter Keychain ready to purchase.. please see at tread for infomation...


Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5


Messages In This Thread
TT sarapan di seremban 2/2/2013 - ajack - 02-05-2013 01:03 PM


User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)

Tempahan Dari Pn Marliana <b>di seremban</b> Negeri Sembilan <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2013 09:52 AM PST

kad wm

stiker mar siap

Terima kasih Pn Marliana dari seremban Negeri sembilan kerana menempah kad dan stiker dengan saya…

Hmmm… Negeri Sembilan… Kampung omak den kek Pilah… Hehehe…

Facebook page : http://www.facebook.com/TempahanKadAqiqahDanCukurJambul?bookmark_t=page

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan hubungi / watsapp iema 0194787442.

Atau email ke nurima_aishah@yahoo.com

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Bantuan Awal Persekolahan 2013 <b>di</b> NS berjumlah RM19.7 juta

Posted: 23 Jan 2013 03:21 PM PST

Mambau, 23 Jan – Dalam belanjawan 2013 lalu, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meluluskan peruntukan RM540 juta pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid tahun 1 sehingga ke tingkatan 5 tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar.

Hari ini bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Mambau, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menyampaikan kepada 1292 orang pelajar SMK Mambau daripada 831 keluarga. Manakala seramai 560 orang pelajar daripada 350 keluarga dari SRK Mambau.

Menurut Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Puan Hjh Kalsom bin Khalid, "di Negeri Sembilan, bantuan yang diterima hampir RM19.7 juta."

Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar di dalam ucapannya pula berkata, bantuan dari belanjawan 2013 untuk rakyat ini sahaja menelan perbelanjaan hampir RM8 bilion banyaknya.

Beliau hadir bagi menyampaikan amanah Perdana Menteri kepada pelajar-pelajar seperti yang dijanjikan.

Katanya, "Ini dikatakan bantuan.. ia bukannya rasuah. Jika rasuah, awal-awal lagi tidak dicadangkan di dalam belanjawan 2013. Malah ini merupakan kesinambungan dari bentuk bantuan yang pernah kerajaan Barisan Nasional sempurnakan pada tahun 2012. "

Apabila Perdana Menteri mendapati, kerajaan mampu menghulurkan bantuan ini sekali lagi, maka pada tahun ini ianya diteruskan.

"Inilah keprihatinan pemimpin utama yang memikirkan kesejahteraan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Oleh itu marilah kita sama-sama bersyukur.." ujar beliau.

Ibu bapa dinasihatkan agar ambil tahu pendidikan anak-anak di sekolah kerana hanya dengan pendidikan sahaja menjamin masa depan generasi ini.

Beliau turut menafikan pihak yang menyatakan bantuan khas dari kerajaan ini berbentuk rasuah. Bantuan seumpama ini jarang ada di negara luar dan mungkin tidak ada.

"Kita perlu bersyukur, sebelum ini kerajaan membantu dari segi bantuan kepada barangan keperluan, seperti petrol, gula, minyak, gas dan sebagainya. Tetapi kebanyakan daripada kita, tidak merasainya."

"Apabila di beri bantuan khas seumpama ini, kita dapat melihat rakyat sedar bahawa kerajaan prihatin ke atas rakyat. " tambah beliau lagi.

Menteri Besar turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar PMR 2012 yang mendapat keputusan cemerlang.

Turut hadir, Puan Hajah Kalsom Mohd Khalid, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

N9 Kini – Portal Berita Negeri Sembilan

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Selatan Online - Ada rahsia besar <b>di Teluk Kemang</b>?

Posted: 19 Dec 2012 11:20 AM PST

[unable to retrieve full-text content]PROSES penambakan pantai di Teluk Kemang, Negeri Sembilan perlu dihentikan bagi m emastikan warisan negara itu terjaga dan terpelihara. Desakan itu disuarakan Pengerusi Sekretariat Bantahan Penambakan Pantai ...

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


BlogList Malaysia: Markas PKR, PAS <b>di Rembau</b> diceroboh <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2013 10:55 PM PST

Markas PKR, PAS di Rembau diceroboh, bendera diturunkan

6 Feb 2013 – Ahli PKR kesal dan kecewa apabila pihak tidak bertanggungjawab bertindak menurunkan bendera Pakatan Rakyat (PR) di sekitar Durian Daun dan sekitarnya bagi acara rasmi kerajaan, kelmarin

Ahlinya, Ramly Jalon, 69, berkata, dia kecewa kerana bendera PR di sepanjang jalan dari persimpangan Kampung Kundur ke Pilin diturunkan sekitar 9 pagi.


Ramly yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Durian Daun berkata, lebih mengecewakan lagi apabila bendera PR yang terletak di markas PKR juga diturunkan sesuka hati.

"Kita tidak tahu motif sebenar pihak berkenaan menurunkan puluhan bendera PR ini tetapi kita yakin pihak berkenaan tidak mahu bendera PR ini kelihatan semasa acara rasmi pihak kerajaan berlangsung di kampung ini, selain mahu menyatakan kawasan ini tiada pembangkang.

"Malah, apa yang kita kesalkan ialah, bendera di tanah persendirian iaitu di markas PR juga diturunkan dan ini jelas menunjukkan pihak berkenaan sesuka hati mencemarkan amalan demokrasi di negara ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Markas PKR, dekat sini, petang kelmarin.

Sementara itu, Ketua PKR Ranting Pilin, Mohd Daud Manas berkata, dia kecewa kerana PR tidak pernah mengambil tindakan menurunkan bendera mana-mana pihak sekiranya ingin menganjurkan sebarang program di lokasi berkenaan.

"Nasib baiklah batang buluh yang digunakan untuk mengibarkan bendera di markas ini diletakkan dengan baik tidak seperti bendera di tepi jalan yang diturunkan dan dibuang ke dalam semak.

"Kita sangat kesal dan tidak berpuas hati dengan insiden ini. Malah, kita harap pihak tidak bertanggungjawab berkenaan tidak mengulangi lagi amalan berat sebelah seperti ini," katanya.

- sinarharian


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial Facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Biaqpila™: Pesta Seks <b>Di Port Dickson</b> Kementerian Pelancongan <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2012 04:35 PM PST


PESTA SEKS DI PORT DICKSON : KEMENTERIAN PELANCONGAN NAFI ANJUR

PUTRAJAYA, 26 Mei - Kementerian Pelancongan hari ini menafikan Tourism Malaysia terlibat dalam penganjuran pesta seks di Port Dickson, Sabtu lalu.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu kesal dengan tindakan sebuah syarikat yang menganjurkan pesta tersebut Sabtu lepas dan memberi gambaran salah bahawa ia disokong Tourism Malaysia.

"Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat tersebut.

"Kementerian serta Tourism Malaysia tidak pernah menyokong kegiatan berkenaan atau memberi kebenaran untuk penggunaan logo pada acara tersebut.

Kementerian juga tidak menyokong kegiatan yang berunsurkan gejala negatif walaupun ia berlandaskan pelancongan," katanya.

Kementerian Pelancongan memandang serius perkara itu dan akan melakukan satu siasatan menyeluruh bagi mengelak insiden sedemikian terus berleluasa, sekaligus memberi persepsi buruk terhadapnya dan Tourism Malaysia.

Sebelum ini, sebuah akhbar tabloid melaporkan polis berjaya menggagalkan penganjuran pesta yang dikenali sebagai 'Moon Soon Beach Party' di Port Dickson yang lengkap dengan pentas dan minuman keras.

Penganjur pesta dikatakan mengguna nama sebuah hotel terkemuka dan Tourism Malaysia untuk menjual tiket secara dalam talian pada harga RM165 seorang.

Malah pihak pengunjung disaran berbikini dan berseluar pendek sebagai tema pakaian pada malam penganjuran tersebut.

Walaubagaimanapun pesta seks yang dirancang sekumpulan remaja diberkas pihak polis, yang dilengkapi dengan pentas dan sistem pembesar suara dihidangkan dengan minuman keras.KLPOS

cananglannie

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


CiPot CeDoT: <b>Nilai</b> 3, <b>Negeri Sembilan</b>

Posted: 30 Jan 2013 05:45 PM PST


Beberapa hari lepas gua ada pergi Nilai 3 untuk shopping sebarang dua dengan family gua...kalau lu orang dari Kuala Lumpur..Lu orang boleh try guna highway Utara-Selatan, terus exit ke Nilai..takpun lu orang boleh guna jalan Bangi lama...arrghhh!!!   guna Google Map la ! apadahal ! 


Kalau di ikutkan...dah lama jugak gua tak jejak kaki dekat Nilai ni...memang bapok beso !!..dari kering ketiak gua berjalan...sampai berlecak !


Bermacam-macam kedai ada...kedai barang-barang perkahwinan, perabot, langsir, gambar...senang crita semua ada..tapi kedai keranda je gua tak nampak...


Kerja gua senang je..follow bontot mak gua..dekat mana mak gua pergi..gua follow dari belakang..sambil isap rokok sepam dua...kadang-kadang tuh gua slow-slow pegang erat tangan mak gua...alaaaa, macam makwe pakwe berjalan...


Sambil gua jalan pegang tangan mak gua..gua dapat pehatikan ada makwe makwe yang cuba pandang serong dekat gua..mungkin depa ingat gua anak ikan...atau mak gua mak ayam...tapi gua hanya jelirkan lidah tanda respond...pedulik !

TAMMAT

P.S: kalau lu malu nak pegang cium mak lu dekat public..lu kemungkinan anak luar nikah !

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Tanah tapak rumah <b>di Serting</b> Tengah Batu Kikir – Land for sale <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 11:00 AM PST

Area:Batu Kikir Property Type:Residential Price:RM61 000 Size:0.25Acres Title type:Freehold Other info:Bumi Lot
Tanah telah diratakan
sesuai untuk memdirikan rumah
Berdekatan dengan jiran
mempunyai kemudahan api dan air
tanah telah ditukarkan status pembanguan
mempunyai jalan masuk ke lokasi tanah
200mtr dari jalan besar menuju ke Bandar baru
Serting
Berminat sila hubungi en Razali 0129914508

admin

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Banjir Kini <b>di Negeri Sembilan</b> : 2 Lagi Mangsa Maut.

Posted: 27 Dec 2012 06:32 PM PST

alt

 

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Kematian akibat banjir dicatatkan setakat pukul 10.30 malam tadi dengan masing-masing satu di Terengganu dan Negeri Sembilan menjadikan mangsa korban bencana itu meningkat kepada lapan orang.

Menurut laporan Laman Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), seorang maut akibat lemas di Jelebu, Negeri Sembilan dan seorang lagi di Setiu, Terengganu.

Di Terengganu, setakat petang tadi telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu.

Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu bertambah buruk malam ini apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri Pantai Timur itu meningkat kepada 22,609 orang berbanding 21,800 petang tadi.

Laman portal tersebut turut mengesahkan mangsa banjir di Pahang malam tadi meningkat kepada 448 orang berbanding 435 petang tadi.

 

ads